Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Rabu, 31 Disember 2008

Perutusan Tahun Baru 2009



Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai. Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.

Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.

Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.


Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Selamat Tahun Baru 2009

ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israel

PULAU PINANG, 31 Dis (Hrkh) "Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu."

Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.

"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa.

" Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

Bagi yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.

"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.

Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.

Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum.

Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.



sumber: harakahDaily

Selasa, 30 Disember 2008

Ezam dakwa 6 kotak rasuah ada pada Anwar.... (pulak dah....)

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.

Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.

Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telahpun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.

'Perjuangan konsisten'

Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.

Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.

Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsistesten. Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.

Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”

“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”

Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.

sumber: malaysiaki

p/s: kalau le si ezam ni betul, kenapa dia tak buat report polis atau cabar DSAI untuk dedahkan kotak-kotak misteri tu.....

AMK minta Ezam dedahkan 6 kotak rahsia di KT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan.

"AMK Terengganu meminta Ezam datang bersama enam kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN," kata Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam - sewaktu menjadi ketua AMK dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

"Sekiranya beliau masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah, sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya.

"Rahsia enam kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam," katanya Faris dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan perbuatan rasuah tersebut.

"Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula, dengan mendedahkan enam kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno/BN.

"Ini kerana antara alasan beliau menyertai Umno semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah .

"Para pengundi di Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama enam kotak yang diwar-warkan itu," tambah Fariz



p/s... Boleh caya ke cakap seseorang yang munafik seperti si ezam nie.....
kalau dia betul2 ada kotak tu kenapa tak di dedahkan dari dulu...
Semua tu hanya gimik Politik yang dah lapuk....

Sambutan Maal Hijrah wajar 'lebih besar' dari Tahun Baru

Kumpulan nasyid UNIC berharap sambutan Maal Hijrah 1430 lebih besar dan konsisten daripada perayaan tahun baru Masihi 2009 yang bakal disambut pada malam 31 Disember ini.
Ketuanya, Mohd Fitri Mohd Haris berkata, sepatutnya sambutan Maal Hijrah bagi umat Islam merupakan titik permulaan melakukan yang terbaik dan sewajarnya diadun dengan khasiat iman dan taqwa yang tinggi.

Tanpa melibatkan iman dan taqwa seseorang muslim itu tidak mampu mengharungi kemelut dunia yang makin mencabar apatah lagi Islam di asak dari pelbagai sudut oleh musuhnya yang senantiasa menanti saat-saat kelalaian.

"Kami puji langkah yang diambil oleh Masjid Taqwa, Taman Bertam Indah kerana menyedari fenomena tersebut. Hiburan sememangnya dibolehkan dalam Islam tetapi biarlah ia beradap, "katanya ketika menghadiri program 'Bicara Remaja dan Malam Kesenian Islam' yang dianjurkan oleh Masjid Taqwa, Taman Bertam Indah semalam.

Beliau berharap para remaja Islam khususnya di Pulau Pinang, isikan program sepanjang tahun baru ini dengan berbagai perkara yang berfaedah dan usah lagi terlibat dengan gejaja yang boleh memesongkan akidah serta menjatuhkan martabat sebagai remaja melayu.

Katanya orang melayu dilihat menjuarai segala permasalahan seperti paling ramai di penjara, Pusat Serenti atau terlibat dengan keruntuhan moral maka untuk mengatasinya organisasi masyarakat serta politik atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) mesti merancang aktiviti yang berfaedah mengikut apa yang diminati golongan ini.

"Lazimnya di tahun Hijrah orang akan adakan doa akhir dan awal tahun lepas tu habis. Remaja tidak juga diajari dengan kaedah bagaimana untuk mendekati surau, masjid atau mencari aktiviti yang boleh meningkatkan jati diri dan sebagainya, " ujar Fitri selanjutnya.

Sementara itu penyelaras program berkenaan, Ustaz Hafiz Mohd Aris.Beliau ketika ditemui Harakahdaily menyifatkan, golongan remaja agak sukar untuk diajak jika program yang diatur tidak diselitkan hiburan alternatif di samping menyemai semangat motovasi yang tinggi.

Jelasnya lagi, kesan daripada penganjuran kali pertama dulu bersama kumpulan nasyid yang sama terdapat peningkatan kefahaman remaja di Qariah Masjid Taqwa tentang beberapa keperluan seperti berjemaah, mendekati masjid sebagai medan perbincangan serta menyertai program yang dilaksanakan di sini."

"Penganjuran kali ke dua ini pastinya menarik lebih ramai remaja untuk mendekati masjid selain dapat menyuburkan semangat setiakawan yang telah terjalin. Ibubapa kena juga main peranan menasihati anak-anak remaja mereka supaya bersama membantu mengimarahkan masjid kerana tanpa kta sendiri mengimarahkan siapa lagi yang akan berbuar demikian, " tegas Hafiz yang juga juara rancangan realiti Cari Menantu terbitan TV9.

"Mengawal anak bukan bermakna mengongkong mereka sebaliknya bersikap waspada dengan ancaman global. Jika tidak, pasti anak remaja yang bakal memimpin negara tidak mampu menanggung amanah yang ditinggalkan oleh generasi masa kini," katanya lagi yang juga salah seorang imam di masjid berkenaan.

sumber :harakahdaily

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

Dipetik Dari Malaysiakini

Isnin, 29 Disember 2008

Shabery Cheek "Kufur"@Ingkar@Kafir..! - malaysiakini

Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.

"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.

Aku ada beberapa soalan yang nak aku ajukan pada "Pengkhianat" ni.

Soalan pada kenyataan no 1 diatas - wanita berkenaan telah bertemu Shabery DUA MINGGU LEPAS, tetapi kenapa setelah 2 minggu tiada apa-apa tindakan dari Shabery keatas permintaan wanita berkenaan?

Ini kenyataan pertama dari Shabery yang buat darah aku naik atas kepala hotak. dalam tempoh 2 minggu lepas sehingga blog berkenaan dipublish di[sini], aku tak nampak apa-apa tindakan pun dari Shabery yang boleh menyelesaikan masalah berbangkit. apa yang aku nampak ialah, tak ada apa-apa tindakan dari kementerian penerangan atau mana-mana media perdana berkenaan isu ini sedangkan didalam setengah-setengah yahoogroups, isu ini terlalu mendapat tempat dan menjadi perbincangan hangat.

Apa yang sebenarnya berlaku sepanjang 2 minggu ini ialah, media perdana yang berada dibawah kementerian penerangan pimpinan Shabery terlalu sibuk memutar belit isu hudud, cuba melaga-lagakan parti-parti pembangkang dan juga cuba untuk mengganggu perpaduan antara kaum dean agama di Malaysia dengan isu hudud tanpa cuba menjelaskan apa itu hudud kepada rakyat Malaysia.

Dalam masa 2 minggu ini, langsung tidak ada usaha dari kementerian penerangan pimpinan Shabery untuk menyelesaikan aduan dan permintaan wanita terbabit yang dianiaya.

Jelas disini, Shabery telah mengkhianati kesucian agama Islam dengan membiarkan perkara ini berlaku (didalam pengetahuannya) tanpa diambil sebarang tindakan dan usaha untuk memulihkannya.

Bukan Islam Sahaja Yang Dihina.

Aku juga mendapat banyak maklumat berkenaan kes ini dan antara yang menarik dan ada persamaan dengan kenyataan Shabery ialah -
  • memang sah bukan adibah punya kerja, saya dah call majikan dia auto bavaria dan sahkan, budak ni dianiaya, orang tu hantar kad deepavali siap print gambar dia hantar pada branch auto bavaria, persatuan india dan client india dengan ucapan wishing u and ur paria family a happy deepavali. then hantar kad sama to many clients kata they all menang lucky draw bmw.

  • dia buat account adibah44@gmail.com and facebook adibah ahmad. account adibahsunyi at friendster dah kena block sebab dia dah buat police report dekat 4 kali. report to mcmc pun dah buat, tapi still no aciton taken yet sebab tak boleh trace.

Pada bahagian yang aku boldkan tu, jelas dekat situ ada usaha melaga-lagakan penganut agama Islam dan Hindu disitu dan pada kenyataan Shabery juga ada dianyatakan perihal kad ucapan tersebut.

Persoalannya ialah, apakah yang Shabery lakukan untuk menghindari perasaan syak wasangka dan salah sangka penerima kad ucapan tersebut dengan "pengirim" yang dianiaya?

Adakah Shabery sengaja mendiamkan perkara ini dengan harapan supaya timbulnya perselisihan faham antara kaum dan agama di Malaysia atau mungkinkah ada dalang disebalik perkara ini yang sengaja mereka-reka isu ini supaya berlaku ketidak stabilan di Malaysia?

Shabery perlu perjelas perkara ini kepada umum dan apa yang aku lihat dan terfikir buat masa ini ialah, Shabery langsung tidak layak untuk memegang jawatan menteri penerangan kerana terbukti Shabery telah gagal menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

Udang Sebalik Batu?

Setelah aku amat-amati perkara ni, aku macam terfikir akan ada udang sebalik batu dibelakang semua ni.

Aku pelik kenapa lepas 2 minggu aduan dibuat pada menteri penerangan, sekurang-kurangnya 4 laporan polis dibuat - langsung tidak ada feedback dari ke 2-2 badan tersebut.

Tiada kenyataan bertulis rasmi atau tidak rasmi dari pihak media setelah dimaklumkan oleh pengadu supaya dihebahkan duduk sebenar perkara tersebut demi membersihkan kembali namanya yang dianiaya.

Tiada juga kenyataan bertulis rasmi atau tidak rasmi yang menjelaskan kepada penerima-penerima kad ucapan tersebut di media setelah aduan dibuat oleh pihak yang dianiaya sebaliknya aku difahamkan bahawa pihak autobavaria terpaksa mengambil inisiatif sendiri menghubungi pelanggan-pelanggan menjelaskan perkara sebenar.

Apa fungsi kementerian penerangan sebenarnya? menerangkan sesuatu yang benar atau mengadu domba memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan juga menimbulkan suasana tidak stabil antara kaum dan agama?

Apakah Shabery rasa soal menghina agama Islam ini tidak penting untuk diselesaikan berbanding dengan soal memutar belit hudud?

Shabery "Kufur"@Ingkar@Kafir..!

Yang ni memang aku tak boleh kompromi.bagi aku, jelas sangat-sangat bahawa Shabery tergolong dalam golongan orang-orang yang "kufur" sebab tidak cuba untuk melindungi seorang perempuan Islam yang dianiaya oleh orang yang tidak beragama padahal dengan jawatan yang dipegangnya, Shabery mampu untuk menyelamatkan seorang perempuan Islam dari fitnah dan wasangka terhadap saudara seagamanya sendiri.

Akibat dari ke"kufur"an Shabery, perempuan Islam yang dianiaya oleh seorang yang tidak beragama, telah dinista dan dicaci oleh bukan seorang dua, malah mungkin mencecah berjuta-juta orang Islam kerana tiada usaha dari seorang menteri yang Kufur untuk membersihkan nama perempuan Islam tersebut dari fitnah padahal menteri ini memang mampu untuk melakukannya.

Lebih menyerlah kekufuran Shabery ialah apabila media perdana dibawah kementeriannya saling berlumba memainkan isu hudud dan langsung tidak ada usaha untuk menerangkan apa itu hudud kepada Rakyat Malaysia...kalaupun kau tak suka hudud dilaksanakan di Malaysia, sebagai seorang Islam apa salahnya kau terangkan apa itu hudud kepada yang tidak faham? kau kan pegang portfolio "Menteri Penerangan".

Susah sangat ke kau nak laksanakan tanggungjawab kau pada agama kau dan susah sangat ke kau nak laksanakan amanah yang diberi ataupun kau memang seorang yang "kufur"???

Shabery WAJIB letak jawatan...!!!

Korang perasan tak kenyataan Shabery -

  • "Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.
  • Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

Korang tau tak kenapa aku boldkan ayat dekat atas tu?

Sebenarnya "blog" tu baru je dibuka pada 24hb. Disember, 2008. maknanya tak sampai seminggu pun usia blog tu... macam mana Shabery boleh cakap "dalam pertemuan 2 minggu lepas???

"Apa sebenarnya di"belakang tabir" isu hina Rasulullah ni? adakah "Director"nya adalah orang yang sama yang mengarah filem "Say Fool meets Najib"???

Entahhh...

*"kau" merujuk kepada Shabery


Sumber http://perisik-rakyat.com/

Ahad, 28 Disember 2008

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS

SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _



sumber maklumat dari HarakahDaily

Hudud bukan isu sesuai diperkatakan oleh Anwar

SEORANG pemimpin MIC yang kalah dalam pilihan raya umum lalu di satu kawasan Parlimen di negeri Perak telah meminta Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya mengenai hudud.Mungkin dalam kepala pemimpin itu Anwar orang paling layak untuk bercakap bagi menghentikan isu hudud yang berlaku antara DAP dan Pas yang telah dimanipulasikan Umno dan media kroninya.

Saya tidak faham dan mungkin ramai orang tidak mengerti kenapa pemimpin parti India itu meminta Anwar membuat pendirian? Mungkin dia tidak faham bahasa Melayu.Kalau pemimpin ini membaca akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia atau Berita Harian dia sudah dapat membuat kesimpulan sendiri mengenai isu hudud.

Sejak isu itu meletus di Kota Bharu minggu lepas, bermacam-macam orang bercakap mengenai hudud.Mereka yang tidak arif mengenai Islam dan tidak mengamalkan syariah Islam yang mudah dan ringkas pun turut bercakap mengenai hudud. Semuanya mencuri peluang untuk mempopularkan diri dan menunjukkan pakar dan alim tentang hudud.

Baik pemimpin Pas, Umno semuanya bercakap, tidak kurang juga golongan akademik yang menjadi penyambung mulut parti pembangkang dan kerajan semuanya bercakap dan mengulas mengenai hukum hudud. Apakah pemimpin India itu naif sangat kefahamannya?

Kerana itu saya fikir pemimpin India yang kalah dan tergilakan talak itu cuba memerangkap Anwar dalam isu hudud ini. Kalau itu tujuannya beliau silap. Anwar bukan semudah itu untuk menuruti rentak dan paluan gendang kebudak-budakan pemimpin berkenaan. Saya sangat bersetuju kalau Anwar tidak memberi reaksi kepada isu hudud.

Kata pemimpin India itu Anwar perlu menjelaskan kerana masyarakat bukan Islam dalam parti PKR tidak memahaminya. Sebenarnya di sini yang tidak faham bukan masyarakat India dalam PKR tetapi pemimpin India itu sendiri. Saya yakin masyarakat India dalam PKR sudah faham mengenai hukum hudud sebab itu tidak ada siapa pun dari kalangan mereka meminta dan mendesak Anwar menjelaskannya.

Sebenarnya isu seperti hudud yang dipolitikkan itu bukan perkara penting untuk disentuh Anwar. Anwar ada agenda dan tugas lebih besar dari berkecamuk dalam polimek pician seperti hudud itu. Tugas Anwar merubah negara bukannya memikirkan soal titik bengkit yang timbul mengikut musim.

Perlantikannya sebagai Pengerusi PKR Sabah dan Sarawak adalah cabaran buatnya. Tugas itu penting kerana apa-apa perubahan dan kejayaan di Sabah dan Sawarak bakal merubah landskap politik Malaysia. Jadi eloklah kalau Anwar memberi tumpuan sepenuhnya kepada kedua negeri berkenaan.

Sambutan dan pentunjuk-pentunjuk baru yang berlaku dikedua negeri itu memberi harapan dan sinar baru ia akan dapat menyambungkan projek 16 September yang terbangkalai itu. Projek itu yang sudah dimulakan di mana tapaknya sudah dipiling kena diteruskan juga walau dalam keadaan apa sekalipun.

Yang jelasnya rakyat sudah merasakan tidak selamat dengan kediaman (kerajaan) yang ada hari ini yang keadaanya sama dengan rumah-rumah mewah di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang. Hakisan yang berlaku dari bawah berupa rasuah, penyelewengan salah gunakan kuasa dan sebagainya ibarat hakisan tanah di bawah kediaman di Bukit Antarabangsa itu. Ia menanti masa saja untuk merudum.

Kepada pemimpin parti India berkenaan kalau beliau mahu tahu kesimpulan mengenai hudud sila baca akhbar-akhabr berkenaan yang disebutkan. Buat kesimpulan sendiri. Masakan setelah lebih 25 tahun jadi menteri masih belum memahami bahasa Melayu dan gelagat politik Malaysia.

Saya percaya akhabr Tamil yang menjadi kegemarannya tidak berjaya menghuraikan persoalan hudud dengan tepatnya. Mungkin masalah istilah atau frasa-frasa digunakan dalam kanun itu tidak begitu difahaminya.Ataupun kalau terdesak sangat nak tahu mengenai hudud bukalah gelanggang dan jemput ahli panel terdiri daripada Pas dan lain-lain parti untuk menjelaskannya.

Maka disini adalah elok kalau Anwar jangan melayan pemimpin berkenaan. Biarkanlah isu hudud itu berkecamuk antara Pas dengan DAP dan Umno. PKR jangan masuk campur dan tumpukan kepada isu-isu yang lebih besar dan lebih penting. Selain menumpukan Sarawak dan Sabah, misalnya bagaimana PKR memastikan kerusi Kuala Terengganu akan jatuh kepada Pas dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Kejayaan Kuala Terengganu memberi erti dan makna besar kepada Pakatan Rakyat. Apa lagi kalau kejayaan itu nanti kerana komitmen dan saham PKR yang besar. Anwar awal-awal lagi menyatakan PKR akan membantu Pas memenangi kerusi berkenaan ini merupakan satu pentada baik dan menggambarkan semangat politik yang ada kepada Anwar.

Apa yang dilahirkan itu menunjukkan ketulusan dan standard politik yang ada kepadanya. Beliau sedikitpun tidak mengungkitkan apa yang Pas Terengganu lakukan kepadanya samasa pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu. Hendaknya apabila Pas selesai megumumkan calonnya nanti, Anwar dan anak buahnya akan berarak ke Kuala Terengganu.

Bagi Pas Terengganu mereka harus melupakan dan membuang rasa tidak senang hati terhadap Anwar sebelum ini. Seperti mana yang saya catatkan sebelum ini pilihan raya kecil Kuala Terengganu hendaklah dijadikan titik mula baru untuk Pakatan Rakyat, khasnya antara Pas dengan PKR dalam mengetatkan semula ikatan dan perkuatkan semangat untuk menghadapi pilihan raya ke-13. Sesungguhnya Pas tidak ada pilihan lain yang disukai rakyat melainkan terus bersama Pakatan Rakyat.

Projek terbangklai 16 September hendaklah diteruskan sebelum ianya terpaksa diserahkan kepada “Khazanah Nasional” untuk diurustadbirkan. Pas boleh memastikan bagi mengelakkan ini daripada berlaku. Saya yakin gema untuk menjatuhkan kerajaan BN akan kuat kembali apabila Kuala Terengganu dapat ditawan secara bersama oleh Pakatan Rakyat. [wm.kl. 11:145 am 28/12/08]


sumber dari : Suara Ahad

Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Negeri Pulau Pinang @ Kepala Batas

Tarikh:29 Disember 2008
Masa:8.00 pagi - 11.00 malam
Tempat:Dewan Millenium,Bertam, Kepala Batas,Seberang Perai Utara.

ATURCARA MAJLIS :

8.00 pagi :Ketibaan Dif-dif jemputan / Orang Ramai

8.30 pagi :Ketibaan Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dan Y. Bhg. Puan Nurusa’adah bt. Jelani

8.35 pagi : Ketibaan T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A. Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff

:Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita

8.45 pagi : Bacaan Doa

8.50 pagi :Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Berqiraat Oleh: En. Mohd Fakhrulradhi bin Kamarudin Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3

9.05 pagi : Ucapan Aluan Oleh Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

9.20 pagi : Ucaptama Oleh T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

9.40 pagi : Persembahan Puisi Islam Oleh Kumpulan UNIC

10.00 pagi : Ceramah Oleh : Y.Bhg. Dato’ Hj. Md. Hashim bin Haji Yahaya Pensyarah Syariah Kuliah Undang-undang, UIATajuk : “ Menjana Ummah Gemilang”

11.00 pagi :Majlis Penyampaian Anugerah & Tokoh Maal Hijrah

: Lagu Negaraku dan Lagu Untuk Negeri Kita

11.30 pagi : Bersurai

Semua di jemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis..

Hentikan berbalah di media

Timb Presiden ingatkan pemimpin KeADILan


TIMBALAN Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali mengingatkan pemimpin-pemimpin KeADILan dan Pakatan Rakyat supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai perbezaan pendapat dan perbalahan melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah.

“Saya menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukakan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah BN,” kata Syed Husin dalam satu kenyataan kepada Suara Keadilan.

Kenyataan itu dikeluarkan disaat media-media BN memperbesarkan laporan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang menyatakan akan keluar parti serta kenyataan balas oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Begitu juga dengan laporan mengenai perbezaan pendapat antara Ahli Parlimen Kelang Charles Santiago dengan Speaker Selangor Teng Chang Khim.

Menurut Syed Husin, masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari KeADILan sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh parti pemerintah.

“Mereka menyelewengkan sesetengahkenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

“Memang jelas, tujuan mereka (media-media ini) ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utamanya, terutama menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,” tambah beliau.

Menurut Syed Husin lagi, pemimpin-pemimpin berkenaan sebaliknya harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman.

“Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau mesyuarat Biro Politik-badan tertinggi penentu dasar politik KeADILan akan diadakan pada 31 Disember ini untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum Anwar Ibrahim berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.




sumber dari suara keADILan

Adik hilang - Rabiatul Adawiyah Bt Ngah




Assalamualaikum.......

Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618( hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@ yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.

Sekian, terima kasih.

Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah

Sabtu, 27 Disember 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

“Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,’ kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

“Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

“Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja’afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

“Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

“Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,’ katanya.
Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja’afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.
berita lanjut sila klik: malaysiakini

curi

KaLaU hArI iNi ''HARI MENCURI SEDUNIA''...
aPe yAnG AkAn aWaK CuRi dArI SaYe??
PoSt tHiS BuLLeTiN To yOuRs oThEr fReNz,
aWaK AkAn dApAt jWpN Yg PeLiK2..
jAwAb DuLu sOaLaN SaYe nIe tAu

Jumaat, 26 Disember 2008

Tsunami dalam kenangan..






26hb Disember 2004 merupakan hari yg paling trajis bagi dunia kerana ianya merupakan hari berlakunyanya Tsunami...hari ini telah mengingatkan kita kepada Tsunami yg berlaku 4 tahun lalu..Tsunami yang telah meragut ratusan ribu nyawa...semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mangsa2 Tsunami ini..dan ianya akan segar diingatan sebagai iktibar kepada semua umat Islam supaya sentiasa tidak lalai dan leka dengan amaran Allah dan kemurkaanNya...


Al-Fatihah buat mangsa2 Tsunami 26 Disember 2004...


AL-FATIHAH..!!

Tak Ada Sebab Nak Undi UMNO/BN Lagi - Nik Aziz

KUALA TERENGGANU, 26 Dis - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada sebab mengapa para pengundi Kuala Terengganu perlu mengundi calun UMNO/Barisan Nasional sekali lagi.

“PAS boleh membawa pembangunan dan juga menjaga kepentingan orang Melayu. Tak perlu mengundi UMNO sekali lagi.”

“Di Kelantan PAS telah membuktikan keupayaannya (memerintah),”katanya selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco Kelantan semalam.

Beliau juga berkata PAS juga telah menerima sokongan dari kalangan bukan Islam dan bukan Melayu melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS yang mendapat sambutan hebat dari kalangan kaum Cina dan India di seluruh Negara.

“Secara logiknya mereka sepatutnya menubuhkan Kelab Penyokong UMNO, tapi mereka pilih kami (PAS) walaupun kami parti yang kecil dan miskin.

“Mereka sukarela menubuhkan Kelab Penyokong sebab mereka percaya kepada perjuangan kami (PAS),”tambah Nik Aziz.


Pernah tak korang semua terfikir pasal benda ni?...

Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alamsemesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.
Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.

Mari kita mula permainan ini.

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …

Kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.


Khamis, 25 Disember 2008

Susulan Kisah 1 - Pembantu khas : Fairus hadir konsert untuk bertemu Agong bincang Islam

Pembantu khas Timbalan Ketua Menteri 1 berkata Mohammad Fairus Khairuddin hadir di konsert ‘Mamma Mia’ antara lain bertujuan untuk bertemu Yang Dipertuan Agong bagi berbincang soal agama Islam.

Menurut pembantu khas yang mewakili Fairus dalam blogya, exco hal ehwal agama itu memenuhi undangan tersebut bagi mengambil peluang bertemu Agong yang turut hadir pada malam tersebut.

“Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, YB ( Fairus) memenuhi undangan tersebut adalah untuk mengambil peluang bertemu dengan Yang Di Pertua Agong,” ujarnya.

“Kesempatan dalam pertemuan tersebut telah dimanfaatkan untuk berbincang serba sedikit mengenai isu-isu agama Islam dan MAIPP ( Majlis Agama Islam Pulau Pinang ) yang berada di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong,” katanya.

Pembantu khasnya itu menjawab soalan yang dibangitkan pengunjung blognya berhubung kehadiran Fairus ke konsert berkenaan.

“Sepatutnya YB (Fairus) tidak patut pergi memandangkan ia akan mencemarkan imej YB selaku Exco Agama, lagipun tarian yang dipaparkan amat tidak sesuai dengan budaya Malaysia, lebih teruk dari tarian i-Dance di Pulau Pinang,” katanya

“Patutlah YB tidak pernah membuat kenyataan tentang i-Dance seperti yang dibantah (Dewan Pemuda) PAS Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Difahamkan pembantu khas tersebut baru memulakan tugas menggantikan Farid Wajdi yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Fairus yang juga exco hal-ehwal agama gagal menyelesaikan masalah berhubung perlantikan Yang Dipertua MAIPP yang kini masih disandang oleh Adun (BN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Kegagalan itu turut membantutkan perancangan urusan agama Islam negeri ini, termasuk perlantikan jawatankuasa masjid yang masih di bawah bidang kuasa MAIPP.

Pentadbiran Jabatan Agama Islam juga sering terganggu ekoran ‘sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda.’

Pulau Pinang satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang terpaksa mengekalkan Adun BN sebagai Yang Dipertua Majlis Agama.

Agong membuat keputusan mengekalkan Shabudin sehingga Disember 2009 selepas Fairus gagal menyakinkan baginda dalam isu perlantikan AJK MAIPP.

Pertemuan rasmi dengan Agong diadakan sebanyak dua kali selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang Mac lalu.

“Baginda dipercayai membuat keputusan tersebut setelah tidak yakin dengan kemampuan Fairus setelah menyelidiki latar belakang Fairus yang sebenarnya,” jelas sumber.

Bagaimanapun keputusan itu dikaji semula dengan campur tangan daripada Pengerusi keADILan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohd Hashim.

Kata sepakat telah diperolehi di mana Shabudin bersetuju melepaskan jawatan, sepatutnya pada Oktober lalu dan digantikan dengan Pensyarah Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Ustaz Alias Zakaria.

Persetujuan juga dicapai untuk melantik tiga orang Lembaga Pengarah MAIPP daripada kalangan pemimpin Umno.

Namun persetujuan tersebut tidak terlaksana kerana Fairus gagal bertindak seperti yang dirancang.

Fairus kemudian menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi yang dituduh campurtangan dalam urusan pelantikan YDP MAIPP.


dari alahai fairuss

Anwar : Isu TKM 1- akan bertindak jika ada bukti sahih

Dari anwaribrahimblog.com

sya omel menanyakan:


Salam DSAI…


Apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tohmahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa di kalangan pemimpin parti ini.

Bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini, di mana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang di bawah mereka melihat rentak yang di atas…!!!

Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun di bahagian bawah, sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan Presiden parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…

Pertamanya soal TKM1 P.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan, cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.

Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan Islam itu sendiri…

Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!! Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang di bawah mengerti derita yang di atas….

Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan bapa penggerak REFORMASI rakyat, selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..

KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….
——
Saudari sya omel,

Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.

Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.


Wassalamualaikum.
ANWAR IBRAHIM


dari alahai fairus lagi

kalau suami, jika suami

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA...............

JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ..... KALAU SUAMI....
lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ... wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

p/s... kepada rakan2 ku yg sudah berkahwin sekalian lu orang pikir la sendiri..di manakah diri anda.......heheheeee

Kisah 1 :Selaku exco agama Fairus hadir saksi konsert Mamma Mia

Pada bulan Mei lalu, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor mengharamkan Islam Hadhari.

Selaku exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, Fairus berkata langkah negeri itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk “mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.

”Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam bidang Sains Politik itu berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.
“Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tambahnya pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.

Sementara pada September lalu, ADUN Penanti itu turut mengumumkan Penanti, akan dijadikan Serambi Mekah.

Ketika ucapan pertamanya di khalayak ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Seberang Jaya April lalu, Fairus mahu rakyat ikut pedoman Nabi Muhammad dan berhasrat menjadikan mereka sebagai 'generasi Al-Amin.'

"Jika mahukan generasi Pulau Mutiara dihormati orang termasuk dunia luar kita perlu kembali kepada 'Generasi Al-Amin' yang tidak mempunyai batasan bangsa kerana sikap itu boleh memupuk menjadi manusia yang berhati mulia dan disanjungi, " terangnya.

Hasrat murninya selaku TKM 1 dan Exco hal ehwal agama itu patut disambut baik oleh orang Islam khususnya.

Namun dengan bersangka, mungkin Fairus mempunyai alasan yang kukuh, apabila dia hadir ke konsert Mamma Mia yang diadakan di Ibu Kota, baru-baru ini.

Mungkin itu salah satu cara dia ‘berdakwah’ untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenar dan menobatkan agama suci itu.

Mana tahu, mungkin itu juga pendekatan terbaik baginya untuk melahirkan generasi Al-Amin atau ‘tafakuh fiddin’ yang sering di bibirnya setiap kali berceramah di khalayak orang Islam.

Mana tahu, Fairus mungkin hadir untuk mengkaji sama ada konsert tersebut sesuai diadakan di Penanti yang akan di jadikan sebagai Serambi Mekah Pulau Pinang.
Mana tahu kan ?

Alahai….Fairus

p/s Nasib baik hari tu, Fairus tidak sakit perut lagi, kalau tidak terlepaslah menonton konsert tu !




Di cedok lagi dari blog: alahai fairusss




Rabu, 24 Disember 2008

Samy Vellu pecat Bendahari Agung MIC serta merta

PETALING JAYA: Pemimpin veteran MIC, Tan Sri M. Mahalingam, antara orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu sekian lama, telah dilucutkan daripada jawatan Bendahari Agung parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Malah difahamkan, Mahalingam, Bendahari Agung sejak tiga penggal lalu, telah diminta oleh Samy Vellu supaya melepaskan semua jawatan dalam MIC termasuk dalam sayap pelaburan dan pendidikan parti itu.

Mahalingam, 73, ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi mengesahkan ada menerima surat daripada Samy Vellu semalam mengenai keputusan melucutkan jawatan itu.

“Saya ada terima surat daripada Datuk Seri (Samy Vellu) semalam. Tiada sebab dinyatakan. Lagipun melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung adalah kuasa Presiden,” kata Pengerusi MIED Capital Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan pelaburan pendidikan MIC.

mStar Online difahamkan ia berkait rapat dengan perkembangan terbaru dalam parti itu termasuk dipercayai ekoran pendirian beberapa pemimpin veteran menjelang pemilihan parti tahun depan, yang bakal menyaksikan Samy Vellu mempertahankan kerusinya.

Laporan semalam menyebut bakal calon jawatan Presiden, Datuk M. Muthupalaniappan kemungkinan berhadapan dengan tindakan disiplin parti dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Khamis lalu.

Selain Bendahari Agung, Mahalingam juga merupakan salah seorang pengarah badan amanah sayap pendidikan MIC, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) yang baru ditubuhkan.

Ketika ditanya sama ada menyedari sebab atas tindakan itu, beliau yang juga bekas Setiausaha Agung MIC itu berkata, “itu anda kena tanya pada Presiden. Ia hak Presiden.”

Mahalingam merupakan bekas Ahli Dewan Undangan, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri sebelum dilantik sebagai Bendahari Agung.

Selaku Bendahari Agung beliau dilantik mengurus dan menyelia sayap pelaburan dan pendidikan itu.

Malah, dengan lantikan sebagai sebagai Bendahari Agung Mahalingam menganggotai CWC MIC - badan membuat keputusan dasar dan keputusan parti.

Bulan lalu Mahalingam dilantik menganggotai jawatankuasa pemilihan presiden. Pemilihan presiden akan diadakan suku pertama tahun depan.

Dalam pada itu, Samy Vellu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai sebab pemecatan Mahalingam.

http://www1.mstar.com.my/



Sumber dari Pink turtle

Antara TNB dan Lilin (18sx)




Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.

" Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.

" Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???" Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya...........

" Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA...

Laporan ‘Kehidupan TKM 1 Terlampau’ sedang disiapkan..... Tunnggguuuu!!!!!!!!


Kelab bekas-bekas pegawai TKM 1 sedang menyiapkan laporan yang dinamakan ‘Kehidupan TKM 1 Terlampau,’ untuk diserahkan kepada pemimpin de facto Anwar Ibrahim dan Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan berkenaan akan diserahkan dalam masa terdekat.Kami difahamkan laporan tersebut memuatkan beberapa salah laku Fairus sepanjang 10 bulan berkhidmat sebagai TKM 1 Pulau Pinang.
“Ia mengandungi dokumen beserta dengan foto berkaitan,” jelas salah seorang bekas pegawai berkenaan.

Pihaknya mengambil tindakan tersebut setelah Mohammad Fairus Khairuddin tidak menunjukkan sebarang perubahan positif dan keinsafan untuk berubah, termasuk membaiki sikap buruknya.

“Dia bukan sahaja terus berlagak bodoh sombong, bahkan terus menipu dan mengkhianati amanah rakyat,’ ujarnya.

“Kami menggunakan saluran dalaman dahulu, bagi membuktikan kepada pimpinan bahawa Fairus tidak layak sebagai TKM 1,” ujarnya.

Katanya pihaknya berharap pimpinan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan imej Pakatan Rakyat sebelum terlambat.

Ditanya jika pimpinan tidak bertindak seperti diharapkan selepas menerima laporan tersebut, dia berkata, “Itu petanda keADILan bakal menempuh malapetaka pada pilihan raya akan datang. ”

Menjawab soalan sama ada laporan tersebut berkaitan dengan apa yang pernah didedahkan Alahai... Fairus, dia berkata ; “Ya, hampir 99 peratus.”


Di Cedok Tanpa Izin Dari Blog Alaaahhhaaaiii Faaaiiirrruuusss

Anwar ‘belasah’ Fairus



Pemimpin de facto Anwar Ibrahim naik angin Sabtu lalu. Kemarahannya dihala antaranya kepada dua pemimpin muda Pulau Pinang.

Salah seorang daripadanya, tidak lain tidak bukan ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin. Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof turut menerima tempiasnya.

Fairus ‘dibelasah’ atas beberapa kelemahannya, termasuk egonya yang enggan menerima memorandun tertutup yang diserahkan oleh AMK Pulau Pinang Selasa lalu. Sementara itu Yusmadi ditegur kerana jarang turun padang.

Penyerahan memorandum itu sepatutnya berlangsung secara tertutup-dalaman, bagaimanapun ia ‘meletup’ apabila Fairus ‘buat gila’ dengan mengugut dua Exco AMK untuk memenggal kepala sekiranya meneruskan hajat mereka.

Perjumpaan dengan AJK Perhubungan Negeri di Yayasan Aman, Penanti itu, turut dihadiri oleh Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Perhubungan Negeri Zahrain Mohd Hashim selain Ketua-ketua Bahagian, Ketua Wanita dan Angkatan Muda.

“Siapakah kita yang enggan terima memorandum, saya pun pernah terima ?” Anwar dilapor berkata merujuk kepada Fairus.

“Sama ada kita setuju atau tidak, terima dulu memorandum tu, isi kandungannya perkara kedua,” Anwar dilapor berkata.

Fairus sepatutnya menerima memorandum berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

Anwar turut memaklumkan yang beliau juga telah menerima kunjungan beberapa pegawai kerajaan negeri, mengadu tidak berpuas hati dengan prestasi Fairus.

Menurut sumber Fairus ketika itu hanya tunduk membisu.

Difahamkan perjumpaam kira-kira 20 minit itu, diikuti dengan perjumpaan lapan mata melibatkan Anwar, Dr Wan Azizah, Fairus dan Setiausaha keADILan Negeri Mustafa Kamal Yusof.

Perjumpaan susulan itu juga dilaporkan Anwar, bahkan Dr Wan Azizah turut meninggikan suara terhadap Fairus.Sebaik selesai perjumpaan tersebut Fairus terus menemui salah seorang bekas penyumbang dananya – Azmi Nayan dan berkata ; ‘Anwar begitu berpuashati dengan prestasinya.’

Azmi hanya tersenyum sinis kerana sebahagian rahsia Fairus dalam koceknya.


sumber dari blog Alahaiiii …. Fairus

Isnin, 22 Disember 2008

Ketua Umno Pokok Sena digantung keahlian dua tahun


Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin adalah antara dua ahli Umno bahagian itu yang digantung keahlian selama dua tahun berkuatkuasa 17 Disember lalu.

Ahmad didapati bersalah melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu iaitu kesalahan di bawah di bawah Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan Umno yang dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam sidang medianya di ibu pejabat Umno, Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang ahli Wanitanya turut digantung keahlian selama tiga tahun atas kesalahan membuat aduan palsu berhubung politik wang, kesalahan di bawah Perkara 5.4 dibaca bersama Perkara 10.2

Tata etika Ahli Umno.Tengku Ahmad Rithauddeen, seramai tiga ahli Umno didapati bersalah melanggar tataetika parti dan telah diberi amaran dalam perbicaraan yang berlangsung pada 17 Disember lalu itu.

"Mereka adalah bekas Ketua Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor kerana mengadakan blog untuk tujuan berkempen bagi jawatan Ketua Bahagian,manakala dua lagi adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd Rahman kerana menjadi ejen bagi mengadakan majlis makan untuk calon yang bertanding dalam mesyuarat cawangan," katanya.

Sementara itu katanya, 13 lagi ahli didapati tidak bersalah dalam perbicaraan itu. Mereka adalah Amir Hassan, Ammar Hassan dan Zoinuddin Yom dari bahagian Arau; Shahanim Mohd Yusoff dan Shaharumi Mohd Yusoff dari bahagian Sungai Petani; Hanapi Daing Dalisang dan Mohd Zahrin Hashim dari bahagian Rasah; dan Abd Lateh Mohd Saman, Mohmad Khir Budin, Abdul Rahman Md Zain, Hashim Md Lazim, Ahmad Lateh dan Zainol Ramli dari bahagian Padang Terap.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, sehingga hari ini, seramai 23 orang telah didapati bersalah melanggar tata etika Umno manakala 26 lagi tidak bersalah.

"Sementara itu, satu kes lagi masih belum diputuskan kerana ia tertangguh berikutan saksi tidak dapat hadir."

Selain itu, seramai 50 tertuduh telah dipanggil untuk tunjuk sebab kepada tribunal Lembaga Disiplin," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen, sebanyak 224 daripada 865 aduan telah disiasat oleh panel penyiasatan Lembaga Disiplin Umno sejak awal tahun ini.

"Sementara itu, sebanyak 93 aduan masih belum dimulakan siasatan, 82 memerlukan dokumen tambahan iaitu Borang A dan 133 tiada tindakan lanjut.

"Selain itu, sebanyak 177 aduan aduan adalah bukan di bawah Lembaga Disiplin dan sebanyak 151 aduan lagi belum diputuskan sama ada untuk disiasat atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithaudden berkata, mesyuarat pengurusan Umno minggu lalu telah meluluskan penambahan 11 ahli Lembaga Disiplin baru menjadikan jumlahnya kini seramai 25 orang.

Beliau berkata, penambahan itu adalah bagi memastikan aduan-aduan yang diterima dapat disiasat dan diambil tindakan dengan segera.

~dari blog perisik rakyat

It 's japaneese..................................

ONLY IN JAPAN




















Ahad, 21 Disember 2008

Fairus boleh dipenjara maksimum 2 tahun

Mohammad Fairus Khairuddin boleh didakwa mengikut seksyen 506, kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun, sekiranya disabitkan dengan kesalahan ancaman jenayah terhadap dua anggota exco AMK Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya yang enggan dikenali, kesalahan tersebut boleh disabitkan ke atas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu, meskipun ugutan tersebut tidak membabitkan sebarang senjata.

“Meskipun tidak membabitkan senjata, beliau boleh disabitkan dengan seksyen 506, kanun keseksaaan kerana ancaman jenayah,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Fairus yang mengugut melalui telefon dua exco berkenaan ketika mereka dalam perjalanan menghantar memorandum mewakili AMK Pulau Pinang kepada tiga Exco kerajaan negeri ( keADILan ) yang turut membabitkan Fairus.

Fairus bagaimanapun menafikan dia berbuat demikain dalam akhbar hari ini.


sumber.... alahai fairus

wanita.....mana pilihan kamu...



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah sama ada
Hendak menjadi kelapa atau pun mutiara..
Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat danpujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi berzaman..




hantu2 yang tak boleh tolong BN masa pilihanraya


Hantu-hantu yg tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu:

Toyol

Toyol didefinisikan sebagai "hantu kanak2 bogel yg digunakan untuk mencuri. Undang2 mentakrifkan "kanak2" sebagai orang yg berusia bawah 18tahun, manakala umur yg layak mengundi pula adalah 21tahun. Oleh itu, walaupun toyol itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundi hantu kerana tidak cukup umur.

Orang Minyak

Orang minyak badannya diselaputi minyak. Selepas menyerahkan kad pengenalan, kertas undi yg beliau ambil akan terpalit kesan minyak yg hitam dan pekat. Secara automatic undi beliau akan menjadi undi rosak. Ia tidak membawa faesah kepada mana-mana parti (kecuali PUNDAK)

Pocong

Pocong, walaupun hantu yg cukup umur dan tidak berminyak , tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu. Ini adalah kerana tubuh beliau yg dibungkus ketat tidak mengizinkan menggunakan tangan. Tanpa tangan, beliau tidak dapat memangkah kertas undi.

Hantu Jepun

Hantu jepun adalah bayangan makhluk yg berpakaian seperti tentera jepun. Selalunya beliau dikaitkan dengan tempat yg pernah dijadikan markas tentera jepun semasa jepun menawan Malaya. Tempat yg selalu disebut-sebut adalah bangunan sekolah berasrama dan pejabat kerajaan. Walaupun hantu jepun itu hantu, mereka tidak layak menjadi pengundi hantu kerana mereka Pendatang Asing Tanpa Izin...atau PATI warga Negara jepun.

Hantu galah

Hantu galah dikatakan besaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Oleh kerana pusat mengundi biasanya di sekolah, dan pintu bilik darjah hanya sekitar 7 kaki, beliau tidak dapat digunakan sebagai pengundi hantu. Ketinggian beliau tidak mengizinkan beliau masuk ke bilik mengundi.(hang ingat dunia aje ada politik mengundi..hantu pun ada..lagi2 sekarang..ghost month)

Untuk peringatan..!!

Dah kita semua dalam suasana PRK Kuala Terengganu ini..marilah kita berjaga2 dengan hantu yang paling bahaya mutakhir ini..jenis hantu ni tak tau nak masuk katogeri mana..bak kata pepatah cina..''nang bo ti nang..kui bo ti kui.. ''maksud bahasa antarabangsanya "nak kata human bukan human..nak kata ghost bukan ghost..".

jadinya janganlah anda diselubungi MISTERIIIIII......
wallahualam...jangan lupa baca ayat Kursi sebagai pendinding...