Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 30 Januari 2009

SPRM tetap pantau rasuah dalam Umno-malaysiakini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini perhebatkan gerakan menghapuskan rasuah, termasuk memantau politik wang dalam Umno menjelang pemilihan parti, Mac ini.

Pengarah Bahagian Risikannya Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata semua aspek yang boleh dikaitkan dengan rasuah akan tetap menjadi perhatian suruhanjaya itu, lapor Bernama.

"Kami mempunyai banyak ejen yang sentiasa memberi maklumat," katanya selepas majlis penyerahan tugas Pengarah SPRM Perlis oleh Pemangku Penolong Kanan Pesuruhjaya II P Ganeson kepada Pemangku Penolong Pesuruhjaya Yusof Shamsudin hari ini.

Diminta mengulas kemungkinan wujud politik wang menjelang pemilihan Umno itu, Mohd Jamidan berkata SPRM akan memastikan  pihak yang terbabit dengan kegiatan rasuah disiasat seterusnya didakwa.

Tambahnya, setiap risikan sering membawa kejayaan besar dalam menangani kes penyelewengan dan rasuah yang merugikan negara.

"Kami telah mencapai banyak kejayaan besar tetapi perkara itu tidak dilaporkan dengan meluas," katanya.

Beliau menyebut kejayaan badan itu menumpaskan sindiket penyeludupan mercun bernilai lebih RM1 juta dan isu penyelewengan minyak bernilai jutaan ringgit setiap bulan oleh sebuah agensi kerajaan.

Menurut agensi berita itu lagi, Mohd Jamidan berkata kerajaan telah mewujudkan 105 perjawatan baru untuk ditempatkan di bahagian risikan dan ia akan membantu memperkuatkan kegiatan perisikan suruhanjaya itu.

Sepanjang tahun lepas, 256 maklumat berkaitan rasuah dan penyelewengan telah diterima termasuk berkaitan politik wang dan 138 fail siasatan telah dibuka.

Enam orang dihadapkan ke mahkamah yang terdiri daripada tiga penjawat awam dan tiga orang awam.

Angka itu meningkat berbanding 2007 apabila hanya 181 maklumat yang diterima dan 89 fail siasatan dibuka dengan hanya seorang sahaja yang didakwa di mahkamah.

Sepanjang Januari ini, SPRM telah mendakwa dua penjawat awam di mahkamah, katanya.

Anwar temui Gabenor Bangkok-malaysiakini

BANGKOK, 29 JANUARI -  Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi menemui M R Sukhumbhand Paribatra untuk mengucapkan tahniah kerana dipilih sebagai gabenor bandaraya Bangkok dalam pilihanraya 11 Januari lalu.

Anwar mengatakan kemenangan Sukhumbhand dalam pilihanraya gabenor itu disambut meriah oleh sahabat-sahabatnya di rantau Asia Tenggara dimana beliau dikenali sebagai cedekiawan dan tokoh politik yang berperinsip.

Sukhumbhand adalah timbalan menteri luar Thailand ketik Anwar dipenjarakan dan beliau secara terbuka mengkritik kezaliman tindakan perdana menteri ketika itu terhadap mantan timbalannya.

Kedua-dua mereka telah menjalin persahabatan lebih dari satu dekad ketika Anwar menteri kewangan dan Sukhumbhand seorang professor di Universiti Chulalongkorn.

Sukhumbhand adalah penulis utama kepada laporan bertajuk "Shared Destiny" yang ditulis dibawah naungan Anwar. Sebahagian dari konsep dan cadangan dalam laporan itu kini menjadi sebahagian dari Piagam Asean.

Sukhumbhand memberitahu Anwar bahawa keutamaan dasarnya adalah untuk pencipta pekerjaan bagi penduduk Bangkok, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperbaiki lain-lain kemudahan asas.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menjadi Bangkok bandar berkembar dengan beberapa bandaraya Islam seperti Istanbul, Dubai dan lain-lain. Beliau meminta bantuan ketua pembangkang tersebut yang beliau ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Turki dan lain-lain pemimpin negara Islam di Timur Tengah.

Pelancaran Mansuhkan PPSMI, esok!-malaysiakini


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Gerakkan Memansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya esok (31 Januari ) jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Setiausaha GMP Hasni Abas berkata keputusan perlancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Dato� Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP.

Perlancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP sendiri yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka malah bakal hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan dari pelbagai NGO.

"Semua mereka yang menyokong perjuangan GMP dijemput hadir khususnya yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - azm _


Teka-teki lompat parti di Negeri Sembilan-malaysiakini


Jika benar akan berlaku usaha melompat parti dalam masa terdekat di Negeri Sembilan, hanya tiga wakil rakyat Umno yang berpotensi menyertai Pakatan Rakyat, dakwa ketua bahagian Seremban.

Datuk Ishak Ismail berkata calon-calon itu kemungkinannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng).

Dua daripada mereka, Aziz dan Mustafa, bagaimanapun menafikan mereka akan menyertai pembangkang.

Dihubungi hari ini, Ishak berkata desas-desus itu disampaikan orang kepadanya.

"Tetapi daripada bacaan saya, Aziz yang paling berpotensi akan menyertai PKR," katanya.

Aziz, ketika dihubungi petang ini berkata, beliau tidak ingin campur urusan PKR.

"Soal PKR ini saya cukup menyampah, saya tidak mahu," katanya.

Mustafa pula berkata, "walau apa terjadi" beliau tidak akan meninggalkan Umno.

"Saya menolak sekeras-kerasnya spekulasi saya akan menyertai PKR," katanya kepada Malaysiakini.

Manakala Shamsul Kahar yang juga exco pelajaran dan pendidikan tinggi kerajaan negeri tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan spekulasi tersebut.

Ketua Wanita Umno bahagian Jempol, Noraini Idris berkata, orang mengaitkan nama Shamsul Kahar dan Aziz kerana kedua-dua mereka kalah dalam pertandingan bahagian baru-baru ini.

"Orang sengaja nak buruk-burukkan nama mereka. Saya tidak dengar khabar mereka nak masuk parti lain," katanya.

Ishak juga berkata, ketiga-tiga mereka dianggap mempunyai masalah kerana tewas dalam pertandingan peringkat bahagian masing-masing.

Aziz kalah di Jempol kepada penyandang jawatan ketua bahagian Datuk Lilah Yassin.

Shamsul Kahar pula tewas jawatan timbalan ketua bahagian itu kepada Mohd Salim Shariff, manakala Mustaffa sedang menghadapi tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi, ketua Puteri Umno Seremban, Wan Salawati Abdullah berkata, beliau mendengar berita PKR memujuk bekas ketua-ketua cawangan Umno untuk memujuk wakil rakyat mereka supaya menyertai parti pembangkang tersebut..

"Ini berlaku di kawasan Seremban dan luar Seremban tetapi saya tidak tahu sama ada benar atau tidak.

"Saya baru dengar dari kawan-kawan di sini," katanya.

Bekas setiausaha Umno bahagian Seremban, Datuk Md Yusop Hermain Shah pula berkata, cakap Ishak tidak boleh dipercayai kerana ia mahu memecahbelahkan Umno negeri.

Difahamkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu program PKR di Tampin, bulan depan.

Seorang pemimpin PKR negeri Badrul Hisham Shahrin berkata, Anwar akan mengumumkan tiga atau empat wakil rakyat Umno yang akan menyertai parti itu "dalam masa terdekat".

Beliau bagaimanapun tidak menamakan wakil-wakil rakyat terbabit.

Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan beberapa Adun BN akan meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan - keputusan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan negeri BN itu.

Pada pilihanraya umum lalu, BN negeri memperoleh majoriti mudah dengan meraih 21 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala 15 lagi kerusi dimenangi pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Desas-desus isu lompat parti - antara kedua-dua hala BN dan Pakatan Rakyat - muncul kembali susulan penyertaan Adun Bota, Perak Datuk Nasharuddin Hashim bersama PKR hujung minggu lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan desas-desus beberapa Adunnya akan menyertai pembangkang.
 

Khamis, 29 Januari 2009

DSAI MOHON DENGAR INGATAN INI!!! -malaysiakini

Di dalam kekecohan isu YB Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno kita dapat mengesan sesuatu yang mengambarkan PKR Perak sendiri bergolak secara langsung dan tidak langsung.Esok Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi ke Bota Kanan.

Harap Datuk Seri Anwar akan menanyakan kemana perginya dua exco PKR menghilang semasa sambutan YB Nasaruddin ke pejabat MB semalam.Inilah gambaran apabila orang lain yang berusaha sapi dapat nama.Saudara Usaili yang berusaha keras menarik YB Nasaruddin pun tidak di jemput.Tanyalah orang DUN Bota siapa yang tak kenal Hj . Usaili dari wakil rakyat dulu sampai sekarang tetap mengutamakan parti dari kepentingan sendiri.Wakil rakyat orang mati dan wakil rakyat orang kawin mengambarkan betapa mesra rakyatnya beliau.Teman kawin pun dia datang hehehe...

Rakyat melihat dan tahu susur galur perkembangan PKR Perak,siapa yang kuat dan bagus buat kerja telah ramai di ketepikan.Teman bukan ahli PKR mahu pun PAS tapi tahu akan talam 18 muka dalam PKR Perak.Budaya cantas mencantas di bawa dari Umno.Harap Datuk Seri Anwar menilai dari pelbagai sumber dan jangan bersandarkan kepada orang sekeliling sahaja.2 exco dari PKR telah gagal menjalan tugas,untuk PRU akan datang carilah golongan yang codek sikit ilmunya dan mulia sifatnya.PKR Perak telah membuang ahlinya yang berkemampuan dan mengambil mereka yang pandai membodek seterus mengutamakan kepentingan peribadi.

Lihatlah AMK Perak bergerak bertopengkan AMK dan berusaha melahap apa yang boleh membuncitkan perut..bukan semua AMK Perak tapi ia semakin membarah.Bagi peringkat negeri terlalu perlahan program yang mendekati masyarakat.Harap dalam ceramah malam esok Datuk Seri Anwar bagi teguran sedikit buat PKR Perak.

Kita jangan hanya dilamun mimpi indah dengan kemasukkan YB Nasaruddin,kerana dua exco ini tiada semangat pakatan rakyat.Yang betul-betul kuat PKR telah keluar jadi bloggers macam MSK dari Perak Express...otaknya jauh kehadapan memang express tak terikut deme...penyudahnya kene humban oleh PKR sendiri.Udah menjadi satu kerugian..kita kena berjuang demi kepentingan ramai bukan sendiri...

Teman bukan nak kempen untuk Hj . Usaili dan Mat Saman Kati,tapi itulah antara contoh-contoh insan yang berguna untuk rakyat..banyak lagi yang memerap dalam dan luar parti..malas nak turut serta dalam kepartian kerana masalah dengki mendengki ni masih subur dalam ahli PKR yang beranak di dalam Umno dulu..

-Telok Bakong Online

Masyarakat Yahudi di Iran-malaysiakini

Tidak banyak orang yang tahu bahwa penduduk Yahudi kedua terbesar setelah Israel tidaklah tinggal di Amerika atau Eropa melainkan justru tinggal di Iran! Iran…? Bukankah Iran berseteru berat dengan Israel dan bahkan Ahmadinejad mempertanyakan kebenaran jumlah korban Holocaust? Ya. Saat ini ada sekitar 25.000 penduduk Yahudi di Iran dan mereka bahkan punya perwakilan di parlemen Iran! Meski pemerintah Iran berseteru dengan Israel tapi mereka menetapkan diri untuk tinggal di Iran dan tidak bersedia untuk dibujuk pindah ke Israel. Bahkan ketika pemerintah Israel merencanakan untuk membayar keluarga Yahudi Iran yang mau pindah ke Israel sebesar $60,000, Masyarakat Yahudi Iran mengecamnya dengan pernyataan :

" Identitas Yahudi Iran tidak bisa dibeli dengan uang. Masyarakat Yahudi Iran adalah termasuk penduduk Iran tertua. Yahudi Iran mencintai identitas dan budaya Iran mereka. Jadi ancaman dan rayuan politis kekanakan semacam ini tidak akan berhasil."

Lantas bagaimana kehidupan mereka jika Iran dan Israel berseteru? Apakah hak hidup dan hak minoritas mereka diakui? Meski Iran dianggap sebagai negara yang 'tidak toleran' di mata Barat, utamanya dalam perseteruannya dengan Israel, pemerintahnya justru memberikan tempat dan perlindungan bagi warga Yahudi Iran. Bapak Revolusi Iran, Imam Khomeini, melindungi agama dan penduduk Yahudi dan, seperti Kristen Armenia, mereka dianggap sebagai 'Ahli Kitab' dan mendapatkan kebebasan menjalankan agama mereka berdasarkan Konstitusi Islam Iran Th. 1979. Imam Khomeini membedakan antara masyarakat Yahudi dengan Zionisme dan menganggap penduduk Yahudi tersebut sebagai warganegara Iran belaka dan melindungi hak-hak mereka.

Berdasarkan Konstitusi tersebut masyarakat Yahudi Iran dapat memilih perwakilannya di parlemen Iran dan menikmati hak-hak administrasi mandiri tertentu. Penguburan dan hukum perceraian Yahudi diterima oleh pengadilan Islam Iran. Bahkan penduduk Yahudi Iran juga kena wajib militer.

Penyangkalan Holocaust

Ahmadinejad beberapa kali menyampaikan slogan "Hapuskan Israel dari Peta" dan mempertanyakan jumlah korban Holocaust selama Perang Dunia II yang dianggapnya berlebihan.
Mr Mohtamed, perwakilan warga Yahudi di parlemen, menentang sikap presidennya – yang menunjukkan bahwa warga yahudi bisa dengan bebas menyampaikan pendapatnya di Iran. Ia juga mengutuk keras pameran kartun tentang Holocaust oleh koran Iran yang dimiliki oleh pemerintah daerah.

Meskipun menentang pemerintah Israel, pemerintahan Ahmadinejad baru-baru ini menyumbangkan sejumlah dana ke Rumah Sakit Yahudi Teheran, satu diantara hanya empat RS Yahudi di seluruh dunia yang dananya disumbang dari masyarakat yahudi yang tersebar – sesuatu yang agak aneh mengingat bahwa bahkan organisasi bantuan lokal pun kesulitan menerima bantuan dana dari luar Iran karena takut dianggap sebagai antek asing.
Ciamak Morsathegh, direktur RS ini berkata, :"Anti Semitism bukanlah fenomena Timur, bukan juga fenomena Islam atau Iran. Anti Semitism adalah fenomena Eropa," Ia menambahkan bahwa orang Yahudi di Iran, bahkan dalam kondisi yang paling buruk pun, tidak pernah mengalami penderitaan seperti orang-orang Yahudi di Eropa.

"Dengarkan saya, komunitas Yahudi disini tidak menghadapi kesulitan. Posisi kami tidak seburuk yang diperkirakan orang di luar Iran. Kami menjalankan agama kami dengan bebas, kami merayakan perayaan keagamaan kami, dan kami juga punya sekolah dan Taman Kanak-kanak sendiri." kata Farangis Hassidim pekerja Yahudi di RS tersebut.

Bagaimana dengan komunikasi dengan sanak famili yang ada di Israel? Sambil memotong daging, Hersel Gabriel si penjagal bercerita bahwa ia mengira akan mendapat masalah ketika kembali dari Israel, nyatanya petugas imigrasi tidak berkata apa pun tentang hal tersebut.

"Apa pun yang dikatakan di luar itu bohong semua –kami hidup nyaman di Iran – kalau kita tidak berpolitik dan tidak mengganggu mereka maka mereka juga tidak mengganggu mereka." katanya

Pelanggannya, Giti, ibu rumah tangga berusia paruh baya , sepakat dan berkata bahwa ia dengan mudah berbicara pada dua orang anaknya di Tel Aviv di telpon ataupun mengunjungi mereka.

"Tidak ada masalah pergi ataupun kembali; saya pergi ke Israel sekali lewat Turki dan sekali lewat Cyprus dan tidak ada masalah sama sekali.

"Yang lucu adalah bahwa sebelum revolusi islam di Iran, mungkin hanya ada 20 orang tua yang beribadah di sinagog," bisik Nahit Eliyason, 48, sambil melewati empat wanita lain untuk mencari tempat duduk yang kosong di Sinagog. "Sekarang tempat ini penuh. Sulit untuk mencari tempat kosong."

Paris Yashaya, produser film yang mengetuai komunitas Yahudi Teheran menambahkan, : "Kami lebih kecil dalam jumlah, tapi lebih kuat dalam segi lain."

Sebagai masyarakat non-muslim, orang-orang Yahudi diperbolehkan menyimpan minuman keras di rumahnya dan berdansa.

"Kadang-kadang saya pikir mereka lebih toleran terhadap orang Yahudi ketimbang pada diri mereka sendiri….. Kalau kami berkumpul di rumah, dan keluarga sedang merayakan upacara dengan anggur dan musik yang terlalu keras, dan jika mereka tahu bahwa kami Yahudi maka mereka tidak akan menegur kami, " kata Eliyason

"Dimana-mana di dunia ada orang yang tidak suka pada orang-orang Yahudi. Di Inggris mereka menggambar swastika (lambang Nazi) di kuburan Yahudi. Saya tidak beranggapan bahwa Iran lebih berbahaya bagi orang Yahudi ketimbang di negara lain.


Tiga 'bandar politik wang' Umno-malaysiakini

Temerloh, bandar ikan patin, dijadikan lokasi strategik agen-agen politik wang dalam Umno untuk mengatur strategi kempen pemimpin nasional yang berebut jawatan dalam pemilihan parti Mac depan.

Menurut sumber, bandar itu dipilih sebagai tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Umno bagi mewakili tengah Pahang yang merangkumi bahagian-bahagian Maran, Jerantut, Bera dan Kuala Krau.

Kuantan pula dijadikan lokasi mobilisasi sokongan perwakilan- perwakilan timur Pahang dan Raub bagi barat Pahang.

pekan temerloh pahang 290109Kata sumber, mereka berkumpul di tempat-tempat tertentu di bandar Temerloh pada hari yang telah ditetapkan.

"Pemimpin luar Pahang yang ingin melobi perwakilan-perwakilan Umno Pahang Tengah perlu bertemu di Temerloh. Mereka menghulurkan wang kepada agen-agen untuk diagihkan kepada perwakilan.

"Banyak tempat yang boleh dijadikan tempat bertemu seperti restoran, resort dan hotel tertentu," kata sumber dalaman parti itu lagi yang enggan dikenali.

"Mereka daripada pelbagai golongan, ada yang bekerja sendiri, penganggur dan sebagainya.

"Kegiatan agen-agen politik berkumpul ini berlaku sejak bulan Oktober lagi iaitu sebaik sahaja mesyuarat Umno bahagian bermula.

"Mereka bukan menjadi agen untuk seorang dua sahaja tetapi semua orang yang mahu menggunakan khidmat mereka."

Sumber itu diminta mengulas penangkapan beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dalam politik wang menjelang pemilihan Umno.

Sumber itu berkata, identiti agen berkenaan sukar dikesan kerana mereka hanya berhubung dengan individu tertentu sahaja.

"Malah calon yang hendak bertanding tidak mengenali agen berkenaan dan kerana itu mereka terpaksa menggunakan orang tertentu di tempat berkenaan.

"Calon hanya memberi ucapan berkempen kepada agen berkenaan supaya memanjangkannya kepada perwakilan bahagian," katanya.

Menurut sumber itu lagi, agen ini mempunyai "kaki" mereka sendiri di setiap bahagian di Pahang.

Dengan ini, katanya, mereka boleh mengatur pertemuan dengan agen-agen di bahagian tersebut dengan mudah.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Datuk Mohd Hamdan Sudin ketika dihubungi berkata, ramai pemimpin politik dari seluruh negara berkunjung ke Temerloh terutama pada hari minggu.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada agen-agen politik bergiat di bandar tersebut.

Rabu, 28 Januari 2009

Tun Mahathir mengaku ada rasuah di zaman pemerintahannya-malaysiakini

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Rasuah merupakan satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata rasuah adalah penyakit sosial yang wujud di seluruh dunia dan tiada negara yang benar-benar bebas daripada gejala ancaman itu dan di sesetengah negara rasuah menjadi satu kelaziman.

"Dan rasuah merupakan antara jenayah yang paling sukar dikesan, malahan payah untuk dikenakan sabitan dalam perundangan mahkamah. Namun rasuah adalah satu halangan utama yang menyekat pembangunan sesebuah negara.

"Keputusan yang baik tidak dapat dilakukan dan apatah lagi keputusan yang lemah hanya akan menyebabkan kelewatan. Akhirnya, pelaburan bagi pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilakukan," katanya semasa berucap pada Forum Persaingan Global di Riyadh, Arab Saudi.

Teks ucapan beliau yang bertajuk "Berkongsi Pengalaman Malaysia Untuk Menjadi Negara Berdaya Saing Dunia" diterima Bernama di sini.

Bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa kontraktor bagi projek-projek kerajaan lazimnya menjadi mangsa utama rasuah tetapi "apa sahaja yang membabitkan kelulusan pihak berkuasa dikaitkan dengan permintaan bagi memperoleh ganjaran haram."

"Dengan rasuah, kos mestilah meningkat. Berapa banyak ia bertambah, tidaklah dapat ditentukan. Tiada kadar bagi rasuah dan tidak ada kepastian bahawa selepas pembayaran dilakukan tidak akan ada pihak lain yang meminta sogokan.

"Rasuah berlaku di Malaysia, walaupun ia berada pada peringkat awal semasa zaman saya (memerintah) iaitu pegawai rasuah menyembunyikan penerimaan sogokan kerana mereka takut ditangkap atau mereka tidak suka melakukan kesalahan secara terbuka," kata Dr Mahathir.

Pada peringkat ini, beliau berkata masih ada kemungkinan untuk membanteras rasuah tetapi apabila ia sudah mencapai peringkat kedua dan menjadi sebahagian budaya masyarakat, dengan setiap orang daripada peringkat atas hingga bawah menerima sogokan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata rasuah boleh dikurangkan walaupun ia tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

"Di Malaysia, kami mahukan supaya proses dan tempoh membuat keputusan disingkatkan. Ini dilakukan dengan memperkenalkan manual prosedur kerja bagi setiap tugas, dan menerusi carta aliran kerja dan fail meja bagi setiap pegawai.

"Jika masa yang diambil bagi melulus atau menolak melampaui masa yang ditetapkan dalam prosedur, kami dengan mudah dapat mengetahui sesuatu tidak kena berlaku dan kami akan tahu di peringkat mana kelewatan terjadi dan siapakah yang terbabit," katanya.

Beliau berkata hasil pelaksanaan sistem seumpamanya sangat memberangsangkan dan dalam masa singkat Kuala Lumpur membangun pesat, pelaburan diluluskan, kilang-kilang dibina dan semua projek infrastruktur dilaksanakan.

"Memang diakui masih berlaku rasuah tetapi tidak sehingga pembangunan negara tidak dapat dilakukan atau tertangguh begitu lama," kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA



p/s.. itulah slogan umno... RASUAH dulu,kini dan selamanya..........

Ada lagi Adun Perak pasang niat keluar BN-malaysiakini

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

"Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian," katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.
 
 
 
p/s.. umno perak... siap sedia lah untuk mengali kubur anda sendiri........

Ramlang dah kena pecat la pulak..-malaysiakini

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.

azmin ramlang pc 250808 01Ramlang dihadapkan dengan empat pertuduhan - tiga daripadanya kerana berucap di tiga tempat berasingan di kawasan parlimen tersebut pada hari berkenaan.

Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, pertuduhan keempat - mengadakan sidang media pada tengah hari 25 Ogos - bagaimanapun tidak benar.

Ramlang mengadakan sidang media bersama Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali (foto atas) dan beberapa pemimpin pembangkang sejurus selepas tengah malam hari yang sama di pusat khidmat parti itu di Penanti.

Peguam itu menambah, tanpa memberikan sebarang alasan jelas, surat Jakim itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada telah mencukupi" untuk memecat Ramlang.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808Pada 15 Ogos lalu, Ramlang termasuk antara empat pegawai Masjid Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu dua bulan sebelumnya.

Ramlang kemudian muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat (foto bawah, kanan) - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti menurut Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.

Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.
 
 

kalau takut kereta hilang kunci kereta anda begini-malaysiakini


Selasa, 27 Januari 2009

Rakyat tolak Najib jadi PM, tidak mahu peralihan kuasa-malaysiakini

KUANTAN, 27 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan melalui jalan sukar untuk menduduki kerusi Putrajaya sebagai Perdana Menteri kerana terdapat petunjuk proses peralihan kuasa mungkin tidak berlaku atas desakan pelbagai pihak dalam Umno sendiri kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Sharpawi.
 
Azman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu ketika berceramah di Kampung Razali delat sini, baru-baru ini menjelaskan proses peralihan kuasa terganggu akibat Najib yang mengetuai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hilang wibawa akibat daripada kekalahan Umno-BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Dulu apabila Unno BN kalah dalam pilihanraya umum semua tangan menunjukkan kearah Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap lemah. Kemudian berlaku desakan agar peralihan kuasa dalam Umno perlu dilakukan.

"Kemudian apabila Umno BN kalah lagi dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, desak lagi agar segerakan peralihan kuasa dalam bulan Mac. Pak Lah turut lagi, ini bermakna semasa berlakunya pilihanraya kecil Kuala Terengganu Najib adalah Presiden Umno dan Najib adalah bayangan Perdana Menteri. Tetapi rakyat secara jelas telah menolak kepimpinan Najib dengan mengalahkan calon Umno. Sebab itu kita percaya Najib lalui jalan sukar,"katanya.

Tambah Azman terdapat banyak desakan agar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kepimpinan sebagai Perdana Menteri bagi meneruskan agenda pembaharuannya dalam pentadbiran.

"Banyak desakan kita dengar agar Pak Lah meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Ada yang berpendapat kalau Najib ambil alih keadaan bertambah buruk," katanya. Image

Mengenai kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Azman berkata sokongan luar biasa golongan muda memberi keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan pada pilihanraya akan datang.

"Sokongan golongan muda memang luar biasa dan amat membimbangkan Umno. Kejayaan kita kerana golongan muda berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kalau trend ini berterusan masa depan PAS dan Pakatan Rakyat memang cerah,"katanya
 
 
sumber dari harakahdaily

Ahamad Pakeh akui terima tawaran PKR-malaysiakini


AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam (foto) mengakui dirinya ada menerima tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setakat ini, katanya, beliau belum memutuskan untuk menerima tawaran berkenaan atau tidak. Semuanya bergantung hasil pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.

"Memang saya ada menerima tawaran itu diajak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tak kan saya nak terus pergi begitu sahaja. Tunggulah keputusan hasil pertemuan dengan Datuk Seri Najib.

"Sekarang ni ramai yang anggap jawatan Ketua Bahagian adalah lebih penting dari wakil rakyat saya. Jadi, tengoklah macamana nanti," ujar Ahamad ketika mengulas ringkas desas-desus terdapat beberapa lagi Adun BN khususnya Umno akan menuruti jejak langkah diambil Nasharudin untuk menyertai barisan Pakatan Rakyat yang kini menerajui kerajaan negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaludin dipetik sebagai berkata, terdapat tiga Adun Umno akan menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Bagaimanapun, proses perbincangan masih berjalan dan menunjukkan tanda positif..
 
sumber dari nakmarahmarahlah

Isnin, 26 Januari 2009

BEREBUT-REBUT LIHAT KEKUASAAN ALLAH-malaysiakini


Tiap-tiap sesuatu yang berlaku di dunia ini ada hikmah dan sebab musababnya. Namun ada sesetengah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menerima kenyataan bahawa segala musibah yang berlaku adalah bala Allah.

Mereka ini mengaitkan semua kejadian tersebut sebagai fenomena alam yang tiada kaitan dengan Allah. Walaupun pelbagai peringatan di firmankan oleh Allah dan hadis disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W mereka tidak juga mahu mempercayainya.

Mengapa mereka begitu takut untuk mengakui kekuasaan Allah dan firman Allah.

Hari ini orang-orang beriman menyambut gerhana matahari atas rasa keinsafan kerana mereka faham bahawa Allah menjadikan gerhana untuk menakutkan hambanya. Namun di sana masih ramai yang melihat gerhana dengan tidak ada rasa apa-apa seolah-olah gerhana itu terjadi dengan sendirinya.

Orang-orang beriman berebut-rebut untuk mengambil peluang untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kejadian gerhana, tetapi orang-orang yang derhaka kepada Allah melihat gerhana hanyalah fenomena Alam yang datang sekali sekala.
 
dari blog mutaligat
 
 

keADIlan Pulau Pinang Perlu Menjalani Prosedur Bedah Gemuk-malaysiakini

Sebarang tindakan yang diambil oleh kADILan Pulau Pinang berhubung isu Fairuz tidak akan membawa sebarang perubahan yang diingini jika lemak yang gemuk yang ada sekarang tidak dinyahkan dari pimpinan parti diperingkat negeri. Kini keadaan parti menjadi semakin celaru bukan sahaja akibat daripada isu Fairuz akan tetapi ia juga melibatkan pemimpin tertinggi negeri.

Episod anti Fairuz harus dijadikan satu ikhtibar untuk kedua-dua pimpinan serta ahli-ahli biasa parti keADILan supaya mereka tidak melangkau melampaui batas prinsip & budaya parti.

Parti keADILan ditubuhkan berdasarkan perjuangan untuk menegakkan keadilan untuk semua & atas prinsip masyarakat madani yang progresif ke hadapan, akan tetapi selepas Mac 2009, sesetengah pihak tertentu dalam parti mengambil langkah terbalik; membawa masuk budaya melampau dulu, kini & selamanya ke dalam parti.

Budaya seperti penyelewengan, kronisma serta patronisma kini sudah mula berjinak dengan parti reformasi ini terutamanya di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tidak dinafikan bahawa parti-parti lain dalam Pakatan juga menghadapi masalah tetapi ia bukan isu disini & ia akan dibincangkan dalam diskusi yang lain.

Isu Fairuz hanya sekadar mukadimah sahaja, ada lagi kes-kes yang melibatkan pimpinan negeri terutamanya di negeri pulau Mutiara yang belum diketahui umum.

Kebanyakan ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati dengan gelagat pimpinan tertinggi negeri sekarang yang nampaknya lebih umno dari umno. Apa yang dibincangkan & dipersetujui dalam mesyuarat perhubungan negeri tidak langsung diendah oleh pemimpin tertinggi negeri sendiri.

Contohnya, dalam perlantikan baru atau perlantikan semula ahli-ahli majlis untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang/Seberang Prai, mesyuarat perhubungan negeri baru-baru ini telah memutuskan bahawa perlantikan ini akan dibawa ke bahagian untuk dibincangkan & bahagian akan mengesyokkan tiga calon untuk jawatan tersebut. Malangnya, pengerusi perhubungan negeri selaku pengerusi mesyuarat tersebut sendiri tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam mesyuarat negeri.

Ramai ahli bahagian Bayan Baru yang tidak puas hati dengan perlantikan semula En. Muhammad Bakhtiar b. Wan Chik sebagai wakil bahagian untuk ahli majlis yang juga mengangotai jawatankuasa pengurusan kewangan serta jawatankuasa pusat setempat yang berkuasa dalam menentukan kelulusan projek.

Prestasi Bakhtiar dikatakan lemah & ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau merupakan proksi atau kroni untuk pihak tertentu yang berkuasa dalam bahagian tersebut. Sumber dalam bahagian memberitahu mesyuarat bahagian pada 24 Jan 2009 tidak menbincangkan isu perlantikan seperti yang ditetapkan oleh mesyuarat perhubungan negeri malah apabila seorang AJK bahagian menyoal ketua bahagian berhubung perlantikan semula Bakhtiar, ketua bahagian yang juga pengerusi perhubungan negeri tidak layan & menolak usul untuk menbincangkan isu tersebut.

Ini memberi gambaran bahawa ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan pintas membelakangkan mesyuarat bahagian & mengkukuhkan tanggapan bahawa Bakhtir merupakan frontman untuk pihak tertentu untuk mendapat projek-projek majlis perbandaran.

Hal sebegini tidak harus terjadi jika pemilihan raya untuk kerajaan tempatan diadakan. Janji pilihan raya kerajaan tempatan oleh Pakatan Rakyat mesti ditunaikan & ia merupakan salah satu cara untuk membuka proses demokrasi ke akar umbi & mengurangkan berlakunya perkara-perkara tidak sihat seperti kronisma & proksi/patronisma yang biasanya berlaku melalui lantikan politik.

Selain daripada itu, kemungkinan selepas Raya Cina, satu kes yang melibatkan orang kanan pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang akan meletup jika pimpinan pusat tidak mengambil langkah yang tegas untuk memerangi penyelewengan yang melibatkan pimpinan parti di peringkat negeri.

Ada 5 kuari yang haram ataupun bertahun-tahun tidak membayar cukai kepada kerajaan negeri. Dari 5 kuari ini, 3 daripadanya merupakan operasi yang dijalankan oleh syarikat dengan orang kanan pengerusi perhubungan negeri bertindak sebagai pengarahnya. Jika orang sebegini diberi jawatan dalam kerajaan negeri, tidakkah ia akan memudaratkan parti dengan melakukan penyelewengan seterusnya?

Jika pemimpin yang tidak mempunyai pegangan moral & imam yang kuat diamanahkan dengan tugas rasmi kerajaan, masalah besar akan melandar kerajaan & parti kelak.Pemimpin bermasalah akan menarik minat lebih ramai ahli yang tidak berpegang kepada prinsip keadilan sejagat serta anti rasuah/penyelewengan & akhirnya membawa parti ke jalan yang bergelumang penuh dengan najis korupsi ala dulu kini & selamanya.

Dengan membawa kembali rakan-rakan seperjuangan yang neutral seperti Dr Mansor Othman & Cheah Kah Peng, seorang ahli MPT yang sekian lama telah dicold-storagekan oleh pimpinan negeri sekarang maka mudah-mudahan ia akan membentuk satu check & balance dalam badan penting parti di peringkat negeri. Perlantikan jawatan diperingkat negeri seharusnya mencerminkan kepelbagaian yang sedia ada dalam parti bukannya datang dari kumpulan kroni tertentu yang mempunyai mementaliti "Bisa diaturrr".

Akhirkata, gemuk yang berlebihan jika tidak dikeluarkan dari badan pimpinan parti akan memudaratkan kesihatan badan tersebut & akhirnya akan membawa padah. Slogan berubah sebelum parah & berubah demi maruah adalah tepat dalam situasi di Pulau Mutiara.

- CK Chew

sumber dari :marhaendaily

p/s: la... kalau mcm ni la gamaknya..... mungkin umno punya perangai dah merebak kat pkr... tapi mungkin jugakan...... pasai ramai ahli pkr tu datangnya dari umno..... peraangan lama masih ada....

ADA 3 LAGI ADUN BN PERAK YANG AKAN SERTAI PR???-malaysiakini




Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Yang mana satu betul??
Benar atau salah dakwaan Nizar, ianya tidak menjadi hal, jika benar PR akan bertambah kuat, BN semakin lemah dan longlai.
Malah bukan itu sahaja, ianya sudah tentu menjadi pemangkin kepada ahli-ahli parlimen BN untuk sama-sama menyertai PR dan akhirnya menumbangkan kerajaan BN yang sudah tua ganyut itu.
Mstar melaporkan suatu berita yang sudah tentu merunsingkan Najib.
Dalam laporannya hari Mstar memuatkan kenyataan Nizar bahawa perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.

"Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.

Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.

Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.

"BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.
Insya Allah BN Perak khususnya Umno akan LUMPUH.
sumber dari SOFI WAHAB

Gong Xi Fa Cai From YB Sim Tze Tzin...!!!-malaysiakini

CNY Program: 26 Jan - 10am Chief Minister Open House @ Resident. 29 Jan - 7pm State CNY @ Campbel Street. 1 Feb - 3pm PKR Open House @ St Anne Hall BM. 1 Feb 12pm-12am CNY @ Heritage Area.

Gongxi. YB Sim.


Gong Xi Fa Cai To All Malaysian..!!!



Umno dah hilang 1 lagi kerusi-malaysiakini


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

nasarudin hashimBerikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, demikian menurut The Star.

Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri.
 
Borang penyertaan telah di serahkan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.
 
Spekulasi sebelum ini yang membabitkan penyertaan ADUN tersebut sudah terjawab hari ini.

Putrajaya Oh Putrajaya , nantikan kedatangan Pakatan Rakyat.

 
p/s:Tahniah Yb Nasarudin kerana telah berjaya mencari kebenaran.... selepas ini seorang demi seorang lagi adun umno akan megikut jejak Yb Nasarudin untuk menyertai PR.......

Program majlis gotong royong bubur asyura di Sungai Nibung kecil-malaysiakini

JDM Sungai Nibung kecil dengan kerjasama Wanita keADILan Bahagian Bayan Baru,JDM2 dan JKKKK dikawasan Sungai Nibung Kecil telah telah menganjurkan program gotong-royong memasak bubur Asyura pagi tadi di perkarangan Rumah Pak Salim ( Pejabat PKR JDM SG Nibung Kecil)
 
Majlis diserikan dengan kehadiran YB  Sim(Adun Pantai Jerjak),YB Hj Malek(Adun Batu Maung) YB Raven(Adun Batu Uban) dan tidak ketinggalan YB Dato'Zahrin(Ahli Parlimen Bayan Baru).

Bacaan Tahlil dan doa selamat disempurnakan oleh Tuan Imam Yusof dari JDM Kampung Tengah bersama dengan ahli jemaah surau.

Adun2 terlibat juga telah berbesar hati menyampaikan sumbangan bubur tersebut ke sekitar rumah di kawasan tersebut.

Kepada YB Sim dan semua yang berbangsa China,saya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru China" semoga tahun ini lebih membawa kejayaan kepada semua.

Terima Kasih

Hazali b Hj Yahaya...
Bayan Baru...

p/s:Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.... maaf saya tidak dapat hadir kerana ada urusan di Kelantan


    

Jumaat, 23 Januari 2009

Fairus digugurkan dari jawatan timbalan pengerusi perhubungan negeri keADILan Pulau Pinang-malaysiakini


YB Mohd Fairus Digugurkan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri


Dato Zahrain Mohd Hashim - Kekal Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang



Mohd Fauzi- Kekal sebagai Pen Setiausaha Perhubungan Negeri


YB Tan Hock Leong Menggantikan YB Law Choo Kiang


PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.

Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha.Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.Ketika dihubungi hari ini, Zahrain berkata, mesyuarat perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri."Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, perubahan drastik mencetuskan andaian bahawa ia ada kaitan dengan prestasi Mohd Fairus yang dikritik oleh banyak pihak, termasuk mendapat teguran ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mengulas mengenainya, Zahrain berkata ia tiada kaitan dengan isu tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata-mata."Saya tidak ada menerima aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.Beliau mengakui ia adalah keputusannya tetapi telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Anwar sendiri.

PAS hantar 'batu nesan' ke pejabat agama -malaysiakini

PULAU PINANG, 23 Jan (Hrkh)- Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) hari ini menerima tamparan paling hebat dalam sejarah penubuhanya apabila PAS Tanjung mengantar 'batu nesan' sebagai tanda ingatan supaya Maipp lebih agresif menjagai tanah perkuburan Islam terutamanya yang diapit pembangunan.
 
Rombongan PAS Tanjung diketuai Yang Dipertuanya, Yaacob Omar dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Tanjung, Rasidi Salim bagaimana pun gagal bertemu Yang Dipertua Maipp, Shabudin Yahya kerana beliau dikatakan berada di Kuala Lumpur.

Memorandum sehelai mukasurat itu diserahkan kepada wakil Maipp untuk tindakan lanjut agar mereka lebih prihatin terhadap setiap pembangunan yang hendak dirancang supaya ia tidak membabitan kawasan perkuburan lama.

"PAS dan Lajnah Kebajikan PAS Tanjung kesal atas apa yang berlaku di tanah perkuburan Kampung Kolam yang kini dijadikan tempat membuang sampah dan besi-besi binaan.

"Bukan itu sahaja malah batu nesan dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, " ujar Yacoob kepada media sejurus selesai pertemuan dengan wakil Maipp.

Menurutnya, tanah wakaf yang ada di Pulau Pinang hendaklah dipelihara kesucianya selari dengan amanah pewakaf yang mahukan pembangunan perkampungan Islam dan pendidikan Islam bukan dengan projek komesial yang menguntungkan golongan kaya.

Sambungnya, banyak tanah wakaf yang tergadai contohnya tanah wakaf Jalan Perak lot 1525 yang dipajak kepada JKP oleh Maipp bertentangan dengan tanah perkuburan Dato' Keramat yang dibangunkan dengan harga ratusan ribu ringgit seunit.

Sepatutnya, Maipp menjadikan kawasan tersebut dengan perkuburan baru bagi umat Islam di Pulau Pinang memandangkan tanah perkuburan yang sedia ada padat dan tidak mampu lagi menampung apabila berlaku kematian.

"Apa salahnya kawasan yang hendak dimajukan dibangunkan perkuburan baru yang sememangnya sudah menjadi isu terpenting ekoran kawasan yang ada contohnya di masjid Hashim Yahya kini sudah padat, " terang beliau mengharap satu perubahan.

Bukan sahaja perkuburan dibangunkan dengan pembangunan komesial malah ada sebuah bangunan di Kampung Makan didirikan atas tanah perkuburan.Sampai hari ini tegas Yaacob, Maipp masih gagal tanganinya begitu juga ke atas tanah wakaf di Jalan Lebuh Chulia yang mana sehingga kini ia menjadi tempat pembuangan sampah, menghisap dadah, meminum arak setelah tiadanya pemantauan daripada pihak Maipp.
 
Berita ini tiba-tiba gempar kembali setelah ia menghiasi muka depan akhbar harian kononya tanah perkuburan Islam di Kampung Kolam dijadikan tempat pembuangan sampah.
 
Justeru itu, kesan daripada memorandum tersebut Maipp telah menghantar empat orang kakitangan untuk menyiasat sendiri kes tersebut.
 
"Sebagai langkah awal kami nak pastikan ia benar-benar kawasan perkuburan sepertimana yang didakwa.
 
"Selepas ini kami mahu pemaju memasang tali untuk menandakan ia adalah perkuburan lama dan dilarang sama sekali individu melaluinya atau meletakan sebarang barangan seperti besi atau sampah, " kata wakil Maipp ketika ditapak lokasi. - azm_
 

Malaysia mesti iktiraf Hamas, usir duta Amerika-malaysiakini

"Kita bersetuju dengan cadangan supaya duta Amerika diusir sahaja dari negara ini tanda bantahan terhadap perilaku mereka yang menghalalkan tindakan zalim Israel."
 
Imagekeganasan Isreal keatas penduduk Gaza mendapat perhatian seluruh dunia. Berbagai bantahan dilancarkan sama ada dalam bentuk demonstrasi dan boikot barangan Amerika. Wartawan Harakah, IRWAN MUHAMMAD ZAIN mendapatkan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar untuk menyorot pandangan PAS dalam soal keganasan Israel ke atas penduduk Palestin.

HARAKAH: Israel telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata. Itu pun setelah Hamas mencadangkannya dan perlu mematuhi beberapa syarat seperti Israel perlu meninggalkan bumi Palestin. Bagaimana sikap PAS dalam soal ini?

DATO' KAMARUDIN JAFFAR: Kita menyambut baik sebarang usaha damai atau gencatan senjata yang mahu dilakukan. Namun kita juga mengambil sikap untuk melihat sejauh mana kesungguhan Israel dalam melakukan gencatan senjata ini. Seperti yang kita tahu, sebelum ini pun sudah banyak kali Israel melanggar perjanjian demi perjanjian sehingga kita merasakan apa jua bentuk diplomasi yang cuba dilakukan seolah-olah telah tertutup akibat dari karenah Israel ini.

Tuntutan yang dibuat oleh Hamas itu perlu bukan sahaja dihormati bahkan perlu juga Israel akur kerana dari segi sejarahnya juga Israel telah menceroboh Palestin. Jadi, sepatutnya bukan sahaja di Gaza tetapi diseluruh negara Palestin itu, Israel perlu keluar dan Israel juga perlu menghormati keputusan rakyat Palestin yang telah memilih Hamas untuk membentuk kerajaan. Urusan memilih kerajaan itu adalah urusan rakyat Palestin bukan urusan Israel atau Amerika atau negara-negara lain.

Biarkan rakyat Palestin menentukan sendiri siapa yang mereka mahukan menjadi ketua negara mereka dan parti mana yang layak membentuk kerajaan. Seperti yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden ketika membahaskan usul di Gaza ketika mesyuarat tergempar Dewan Rakyat baru-baru ini, Hamas dipilih secara demokrasi yang mana sistem ini didokong dan disokong kuat oleh Amerika.

Pilihanraya di Palestin pada tahun 2006 itu adalah yang paling bersih dan adil. Pilihanraya itu diawasi oleh pasukan pemantau dari eropah dan juga dari Amerika iaitu dari Carter Centre. Kalau pilihanraya itu bersih dan adil, kenapa pula nak pertikaikan kemenangan Hamas? Image

Yang sepatutnya dipertikaikan oleh Amerika ialah Israel itu, yang tiada negara tetapi bertindak ganas menceroboh Palestin dan membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Jadi biarpun sudah dipersetujui agar dilakukan gencatan senjata tetapi pendirian PAS jelas, Hamas perlu diiktiraf bukan sahaja oleh Amerika tetapi juga oleh kerajaan Malaysia yaang dilihat lebih condong kepada Fatah.

Sebelum ini sudah banyak demonstrasi dilakukan sebagai bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Setelah gencatan senjata ini dipersetujui, apakah perlu demonstrasi ini dihentikan atau ia harus diteruskan?

Pada pandangan peribadi saya, biarpun gencatan senjata telah dipersetujui namun itu tidak bermakna sebarang demontrasi harus juga dihentikan. Demonstrasi yang diadakan sejak beberapa minggu lalu setiap kali selepas solat Jumaat bukan sekadar bantahan terhadap serangan Israel ke atas penduduk Gaza tetapi ia merupakan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis itu sejak 60 tahun dahulu.

Oleh itu demonstrasi perlu terus dilakukan supaya Amerika tidak semudahnya membenarkan Isreal berbuat sesuka hati terhadap Palestin dan Israel juga perlu melihat bantahan yang dibuat dari seluruh dunia ini sebagai penolakan terhadap apa yang mereka lakukan. Isreal dan Amerika mungkin boleh bersikap angkuh ketika ini tetapi ia tidak selamanya akan terus berkuasa. Image

Selain itu, demonstrasi besar-besaran harus tetap dilakukan agar Amerika mengiktiraf Hamas. Bantahan ini merupakan desakan kepada Amerika supaya tidak sewenang-wenangnya memberi restu kepada Isreal untuk terus menganyang Palestin. Presiden baru Amerika Syarikat, Barrcak Obama perlu melihat bantahan ini sebagai protes bukan hanya dari negara Islam tetapi negara-negara lain yang sudak muak dengan tingkah laku Israel.

Krisis berleretan selama enam dekad di bumi Palestin itu adalah antara krisis dan jenayah kemanusiaan teramat dahsyat dan antara yang paling menghanyirkan dalam sejarah moden. Sama sekali sanubari kita tidak terbayangkan bagaimana kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya berpanjangan menempuh ketakutan dan azab derita, di sana. Walhal Palestin pada satu masa merupakan wilayah yang penuh dengan sejarah janji dan kasih Tuhan untuk sekian manusia. Ini semua hanya pandangan peribadi saya bukan pandangan parti.

Bagaimana dengan kempen boikot barangan Amerika dan Yahudi. Pada pandangan Dato' adakah kempen ini berkesan dan perlu diteruskan?

Boikot barangan Amerika ini harus diteruskan. Biarpun ada yang beranggapan bahawa ia tidak akan memberi kesan tetapi setidak-tidaknya ia akan mewujudkan kepedulian dikalangan rakyat negara ini bahawa produk-produk yang dikeluarkan oleh Amerika yang dibeli itu merupakan dana yang membantu Israel untuk terus membedil Palestin. Image

Amerika perlu diajar dengan cara melemahkan atau melumpuhkan saja ekonominya. Seperti yang telah diperkatakan ramai, jika ekonomi Amerika lumpuh, maka bantuan terhadap Israel juga tidak akan mampu diteruskan. Ini merupakan kesedaran yang harus ada pada setiap rakyat negara ini. Kita tidak perlu gerun dengan Amerika atau tidak perlu terlalu bergantung harap dengan produk Amerika. Jika produk-produk ini tiada, ini peluang untuk anak tempatan mengeluarkan produk sendiri dan memasarkan bukan sahaj di dalam negeri tetapi juga di luar negara.

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, apakah sudah mencukupi atau perlu ditingkatkan lagi?

Setakat ini apa yang dilakukan oleh kerajaan memang mengecewakan. Sepatutnya sudah lama kerajaan memanggil duta Amerika, EU, Mesir dan Arab Saudi serta menyatakan bantahan secara rasmi kepada mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Israel.

Kita bersetuju dengan cadangan supaya duta Amerika diusir sahaja dari negara ini tanda bantahan terhadap perilaku mereka yang menghalalkan tindakan zalim Israel. Sekali lagi perlu kita sedar bahawa tidak seharusnya kita gerun dengan Amerika.

Apa yang PAS tuntut dari kerajaan Malaysia supaya ia segera dilakukan dalam hal ini?

Seperti yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden sebelum ini, PAS sudah lama mengiktiraf Hamas. Jadi kerajaan Malaysia juga perlu mengiktiraf Hamas. Pengiktirafan kerajaan Malaysia ini bukan hanya setakat menyatakan di Parlimen tetapi perlu dengan cara memanggil wakil Hamas sebagai duta Palestin di negara ini. yang ada sekarang merupakan wakil dari Fatah.

Perlu kita ingat pada tahun 2006, dalam satu persidangan di Kuala Lumpur, kerajaan Malaysiaa menjemput wakil Fatah untuk memberikan ucapan sebagai wakil dari Palestin sedangkan ketika itu terdapat wakil Hamas dan kerajaan Hamas sudah dibentuk. Sikap kerajaan ini mengambarkan mereka tidak mengikitiraf Hamas.

Selain itu, kerajaan Malaysia hingga hari ini amat mengecewakan dari segi tindakan susulan. Kita sudah mencadangkan agar Malaysia mendesak negara-negara OIC mewujudkan sebuah pasukan ketenteraan dan memanggil persidangan tergempar OIC, kita boleh jadi tuan rumah. Tetapi nampaknya cadangan dari PAS tidak diendahkan. Apakah kita mahu menunggu lebih banyak nyawa terkorban di Palestin untuk kita memulakan satu tindakan proaktif. - azm

(Rayuan Gaza - Penghuni gaza kini diselubungi kepayahan dan keperitan angkara Zionis. Kewajipan untuk kita menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Hulurkan Bantuan anda ke Tabung Kemanusiaan Harakah, 14069010021298 BIMB) _
 
 
sumber dari harakahdaily
 

Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh-malaysiakini


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.

Difahamkan siasatan sedang dijalankan.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.

kugan ananthan 230109Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.

Bercakap kepada pemberita di Kuching, Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.

Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.

kugan funeral 230109 family cryingKematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.

Mayatnya kini berada di Pusat Perubatan University Malaya. Difahamkan polis enggan membenarkan keluarganya melakukan bedah siasat kedua.

Laporan polis

Peguam keluarganya, Gobind Singh memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan memohon perintah mahkamah Rabu depan untuk memaksa pihak berkuasa melakukan bedah siasat.

kugan death protest 210109 mother (in red)Keluarga juga telah menghantar memorandum kepada ketua polis negara di ibupejabat polis Bukit Aman hari ihi, menggesa supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.

Pada masa yang sama, satu laporan polis telah dibuat terhadap keluarga Kugan kerana menyerbu masuk ke bilik mayat Hospital Serdang malam Selasa lalu untuk melihat mayat Kugan.

Dalam reaksinya, Musa berkata anggota keluarga Kugan tidak sepatutnya pergi ke bilik mayat untuk melihat mayatnya kerana ia boleh dianggap sebagai mengganggu bahan bukti.

kugan detainee death morgue scene 220109Katanya, ia tidak seharusnya berlaku kerana pihak polis akan menjalan siasatan kerana terdapat satu laporan telah dibuat mengenainya.

Semalam, polis berkata, pihaknya akan mengambil kenyataan dari dua timbalan menteri yang turut hadir ketika anggota keluarga Kugan menyerbu masuk ke bilik mayat.

Mungkin didakwa minggu depan

t murugiahSementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah mengesahkan bahawa kematian Kugan dalam tahanan polis dikategorikan sebagai kes bunuh.

Menurutnya, peguam negara telah menghubunginya pagi ini bagi memberitahu tentang perkara itu, untuk dimaklumkan kepada anggota keluarga mangsa serta orang awam.
   
"Beliau (Abdul Gani) telah mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan sekiranya proses siasatan berjalan lancar,  kemungkinan besar orang
 yang terlibat akan didakwa di mahkamah minggu depan," katanya kepada pemberita di Putrajaya, lapor Bernama.
   
Murugiah meminta agar ahli keluarga mangsa supaya memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang  akan dijalankan.
   
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Murugiah berkata beliau turut menerima aduan daripada anggota keluarga Kugan, yang antara lain tidak berpuas hati dengan laporan bahawa mereka membuat kecoh di rumah mayat Hospital Serdang, sedangkan mereka cuma merayu untuk melihat mayat Kuhan setelah lapan jam menunggu.
   
Katanya, mereka juga mendakwa pihak polis gagal memaklumkan kepada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat Kuhan dalam masa 24 jam setelah dia ditahan.
   
"Aduan ini akan saya majukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok supaya dapat diangkat dalam mesyuarat kabinet akan datang untuk dibincangkan," katanya.


Khamis, 22 Januari 2009

senjata canggih Israel-malaysiakini

Antara banyak-banyak senjata inilah salah satu senjata cangih yang digunakan oleh israel laknatullah untuk membunuh penduduk Palestin...
 
siap boleh lipat siot......
 
haramjadah sungguh

BN berkokok nada sumbang..!!-malaysiakini

UMNO/BN



dulu
http://pouleornement.free.fr/races/serama/photos/blkbrown.jpg

kokokkannya seperti amanat yang tidak boleh disanggah...
kokokkannya adalah keramat...
kokokkannya tiada yang shumbang..
kokokkannya menggegarkan dunia...
setiap langkahnya sentiasa jadi perhatian...
setiap langkah adalah bak pahlawan...


sekarang
http://images.erryocha.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SB6AEAoKCrEAAHN19aQ1/ayam_kampung1.JPG?et=uZLXkKOpZIOU3t6f7dT94Q&nmid=&nmid=94449743&nmid=94449743




BN dah macam ayam ni...
setiap kali berkokok dah takde nada..
kokokkannya membingitkan....
apa saja yang dibuat hanya membogelkan diri sendiri...
langkahnya penuh sumbang..
setiap gerak geri penuh dusta....

yang lain2..korang tafsir lah sendiri..
BN dah tiada nilai...
 
p/s.. lani depa dah hilang taji..........
dulu dabik dada... sekarang!!!!!!!!
korang tau la sendirikan..
 
dari blog ummi