Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 28 Februari 2009

AHLI MAJLIS MPSP bongkar kes rasuah-malaysiakini


AMIZUDIN Ahmat menunjukkan salinan surat kompaun dihantar Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara kepada dua syarikat kuari yang melakukan kesalahan selepas mesyuarat penuh MPSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat hari ini mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Amizudin yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas mendakwa, penyelewengan beberapa syarikat kuari di negeri ini melibatkan jumlah wang yang banyak dan kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit dan jumlah rasuah yang diterima oleh kedua-duanya dengan alasan akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.

''Saya tidak ada masalah untuk mendedahkan nama dua pemimpin tertinggi PKR negeri ini yang terlibat dalam rasuah kerana saya seorang pejuang yang cukup telus dan jujur.

''Saya juga tidak takut dengan risiko walaupun menyedari akibat daripada pendedahan ini akan menyebabkan saya disingkirkan daripada menganggotai MPSP," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti kukuh untuk dikemukakan berhubung dakwaan yang dilakukannya itu.

''Bukti yang saya ada ialah melalui rakaman perbualan telefon sepanjang sembilan minit empat saat di antara saya dengan salah seorang daripada dua pemimpin itu,'' ujarnya.

Isu itu kata Amizudin, timbul selepas beliau mendedahkan penyelewengan beberapa syarikat kuari sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit kerana tidak menerima bayaran royalti daripada syarikat terbabit.

Katanya, selepas membongkar kes kuari itu dalam mesyuarat penuh MPSP pada pertengahan tahun lalu, beliau telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memarahinya kerana membangkitkan isu tersebut.

Tambahnya, laporan berhubung penyelewengan yang berlaku telah dihantar kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan lanjut.

Serangan Bermula ESOK...!!! - malaysiakini




Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang. Asyik-asyik kena serang je, eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.

Ketika ini Pakatan Rakyat teruk diasak bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan seperti derhaka, pengkhianat dan macam-macam lagi label yang diberikan oleh media totok UMNO.

MB Selangor terpaksa berdepan dengan SPRM berhubung pertuduhan rasuah dan salahgunakuasa. MB Perak digulingkan setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat belot. KM Pulau Pinang diasak dengan tuduhan anti Islam. MB Kedah terpaksa menangkis fitnah exconya membuat surat layang menghina Sultan Kedah dan MB Kelantan cuba dimalukan oleh Raja Katak, Ibrahim Ali.

Najib memerlukan modal besar untuk menghadapi Pemilihan UMNO pada Mac depan dan kejayaan merampas Perak secara haram belum memadai baginya. Selangor kini cuba diintainya dan tengah menunggu peluang untuk merampasnya secara haram.

Tindakan Tan Sri Khalid mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Khir Toyo telah mengejutkan puak-puak UMNO di Selangor dan khabarnya jika didakwa di mahkamah peluang Khir Toyo untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO makin tipis. Senang hatilah Mukhriz dan Khairi pasal saingan korang dah tumbang.

Tok nak cadangkan sedikit penambah baikan kepada Tan Sri Khalid supaya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Muhamad Taib, bekas MB Selangor dan Ketua Penerangan UMNO. Kerjasama rakan-rakan bloggers diperlukan dan sebagai permulaan insiden letupan kilang mercun yang beroperasi secara haram di Sungai Buloh dan telah menggorbankan belasan nyawa perlu disiasat semula oleh SPRM.

Benarkah dakwaan Mat Taib@Mike Tyson memiliki saham di dalam Syabas dan lain-lain syarikat pembekal air sehingga rundingan air di antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat-syarikat pembekal air ini gagal. Biarpun tawaran yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor itu berpatutan iaitu dengan nilai keuntungan yang bakal mereka terima sebanyak 12%. Khabarnya syarikat-syarikat pembekal air ini mahukan keuntungan 300%. Tokey judi kat Gentingpun tak dapat keuntungan sebanyak ini. Memang proksi Mat Taib tamak dan sanggup menyusahkan rakyat Selangor. Eloklah dibuat laporan kepada SPRM agar persepsi Suruhanjaya itu lembu UMNO tidak benar?

Mulai bulan 3 ini tok cadangkan bloggers semua membentuk kesatuan di peringkat nasional dan kita sama-sama mengumpul bukti dan mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Hishamudin yang terpaksa berdepan dengan tentangan hebat daripada PAS, PKR, NGO-NGO seperti Gapena, PIBG, tokoh-tokoh akademik yang membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan BI.

Gerakan ini atau GMP perlu diperhebatkan dengan sokongan kesatuan sekerja seperti CEUPACS, NUTP dan MTUC. Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga perlu menyahut seruan memartabatkan semula Bahasa Melayu dengan menyokong GMP. Pada 7 Mac, jika kita benar-benar menyokong GMP, marilah kita beramai-ramai menyertai demonstrasi yang diadakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Soal demonstrasi haram atau tidak tidak timbul kerana UMNO sering mengadakan demo, siap bawa budak-budak sekolah lagi. Jika UMNO membantah,kita paparkan semula gambar UMNO buat demo dengan kanak-kanak. Jangan lupa CEO TNB, Che Khalib dapat award CEO of the yearpun pasal anjurkan demo bantah pembinaan Carrefour di Kota Damansara. Siap bawak budak sekolah lagi dan TV3 ada menyiarkan demo itu di dalam Buletin Utama.

Tok juga nak minta rakan-rakan bloggers mengumpulkan bukti berapa banyak sekolah di seluruh negara yang terbengkalai dan lewat untuk disiapkan. Setahu Tok kaum keluarga Hishamudin juga diberikan projek menyiapkan lebuhraya DUKE bernilai berbilion ringgit dan tok seperti warga Malaysia yang lain nak tahu ada tak kaum kerabat Hishamudin terlibat dengan projek membina bangunan-bangunan sekolah. Mungkin ramai yang tidak tahu Hishamudin adalah sepupu kepada Najib, TPM @ Menteri Kewangan.

Rakyat tengah sengsara dengan kemelesetan ekonomi,ramai yang menganggur,korang pulak perabih duit rakyat.

Mulai tahun ini,berapa banyak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membazirkan duit rakyat dengan mengindahkan bangunannya dan kita mulakan dengan negeri Pahang kerana Najib pernah jadi MB di sini. Eloklah solan ini semua ditanya oleh MP-MP Pakatan Rakyat dan didedahkan di dalam blog-blog. Tak kena gaya Hishamudin akan disiasat oleh SPRM dan besar kemungkinan tak dapat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Hishamudin bolehlah diibaratkan orang kanan kepada Najib.

Tok nak cadangkan MB Kedah menurut jejak langkah MB Selangor mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika memerintah Kedah.Tok heran UMNO Kedah yang sibuk memainkan isu surat layang menghina Sultan Kedah. Korang kata Exco Kedah yang tulis surat tu. Kalau betul apasal korang tak buat report polis dan dedahkan nama exco tu. Nampak sangat nak buat modal untuk kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau. Korang sekarang dah kamceng dengan polis, eloklah pindahkan aje cawangan korang kat balai polis. Jangan sampai rakyat menyampah nanti ada pulak kambing, baghal atau keldai yang dihantar di balai polis. Baghal@keldai@kambing tu pulak ada tulis nama PDRM. Macam yang berlaku kat Shah Alam hari tu.

Di Perak pula,hampir pasti BN nak boikot sidang tergempar DUN Perak. Eloklah macam tu. Bolehlah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh Perak. lepas tu MB haram zombie boleh pencen. Korang agak-agak SPR nak ke isytiharkan pilihanraya. Bab ni tok musykil sikit.

Tok dengar citer di Selangor jika MB Selangor dipenjarakan, Sultan akan menolak calon yang dikemukakan oleh PKR dan menerima Dr Hasan Ali sebagai MB yang baru. Jika ini berlaku huru-haralah negeri Selangor seperti yang berlaku di Perak dan jalan penyelesaian terbaik selepas ini Dr Hasan Ali tolak tawaran itu dengan berhemah dan serahkan kepada PKR pilih calonnya. Selepas ini untuk menunjukkan korang semua bersatu, buatlah khidmat komuniti bersama-sama.Semua ADUN PKR, PAS dan DAP turun padang menyertai program ini.

Najib tika dan saat ini sibuk membina kemnya di Pahang dengan menjadikan Ismail Said, MP Kuala Krau sebagai orang kanannya. Setahu tok UMNO Bahagian Kuala Krau hari tu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan bukannya Mukhriz yang dipilih Najib kerana Mukriz anak Mentornya Tun Dr Mahathir. Kau jangan salah pilih geng sudahlah najib. Setahu Tok juga ada sumber yang mendedahkan Khir Toyo telah memberikan rasuah kepada perwakilan UMNO di Kuala Krau untuk mencalonkannya. SPRM siasat ke tidak perkara ini?

Khabarnya Najib akan melantik Ismail sebagai Menteri kerana sebelum ini kempunan tidak dicalonkan sebagai timbalan menteri biarpun dah 2 penggal jadi MP. Ismail Sabri 2 penggal jadi MP Bera dah dapat jadi Menteri Belia dan Sukan. Saifuddin Abdullah baru jadi MP Temerloh dah jadi timbalan menteri. Ada sumber memberitahu nama Ismail dah dicalonkan Tok Nan dan disingkirkan di saat akhir kerana Rosmah nakkan kawan baiknya Maznah jadi timbalan menteri. Ismail Said pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang dan exco Pemuda Malaysia ketika Hishamudin menjadi Ketua Pemuda.

Khabarnya Tok Nan MB Pahang akan digantikan oleh calon pilihan Najib, Shakar Shamsudin kerana beliau orang Pak Lah dan ADUN Kerdau, Zaharudin Kasim juga turut menerima tempiasnya kerana mempunyai hubungan erat dengan Pak Lah dan pernah menjadi Ketua Penaja UMNO Putrajaya. Ramailah orang Pak Lah dan Khairi yang akan dicantas oleh Najib setelah beliau menjadi PM.

Kem Najib jugalah yang memerangkap Norza Zakaria. orang kuat khairi dengan pertuduhan rasuah dan kem Najib jugalah yang mencantas Wan Farid, seorang lagi hulubalang khairi sehingga tewas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Persaingan di antara Khairi dan kem Najib belum tamat kerana khairi baru sahaja mendapat tonik baru setelah mendapat sokongan ketua pemuda Johor, Datuk Razali Ibrahim. Ketua Pemuda WP, Perak, Kelantan dan beberapa negeri lain turut menyokong Khairi.

Kem Najib yang selama ini menyokong Mukhriz terpaksa bekerja keras dan dalam persaingan hebat ini siapa yang tewas akan kehilangan semuanya dan eloklah korang mintak borang masuk PAS atau PKR. Kalau malu, korang boleh mintak borang keahlian DAP.

Pemilihan UMNO semakin hebat dan setelah Konvensyen BN ditangguhkan, ramai yang menjangkakan pemilihan UMNO turut ditangguhkan bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Jika Pak Lah berundur sekarang, masa depan politik Khairi dijangkakan akan berakhir. Masa depan anaknya, Kamarudin sebagai jutawan segera juga akan berakhir. Scomi akan jadi maggi mi. Pak Lah juga yang gigit jari. Paling suspen apakah orang kuat Khairi seperti Ismail Sabri dan Saifuddin Abdullah akan lompat menyertai kem Najib yang dianggotai Jamaluddin Jarjis, Ismail Said, Hishamudin, Zahid Hamidi, Shakar Shamsuddin. Kita sama-sama tunggu dan lihat.
 

Jumaat, 27 Februari 2009

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB Kedah-malaysiakini

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.
 
Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.

"Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion', nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno.

"Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!" tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini.

Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.

ImageMenurut Ustaz Azizan, usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah lama dilakukan termasuk menggunakan nama istana seperti juga krisis yang dicipta di Perak dengan menggambarkan PAS sebagai jahat dan menentang Raja-raja.

Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi 'Pilihan Raya Besar' iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah.

Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini.

"Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah menyalahgunakan kuasa.

"Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita," tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. "Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat.

Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri.

"Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini.

"Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat," tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah.

Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution

Khamis, 26 Februari 2009

PM kata ( Kaji semula kenaikan tol ) hahahah-malaysiakini

Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan mulai 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet esok yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama dari Pattaya, Thailand.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," beliau dipetik berkata di sela-sela program Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean hari ini.

Walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang, tambahnya.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya lagi.

Tambahnya, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen, 10 Mac ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol antara 0.68 sen/km hingga 50 sen melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Menurut Bernama lagi, Abdullah berkata sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

"Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

Perdana menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.
 
zmp../ apa punya mangkaq la paklah nie....  tak kan time meeting kabinet dia tak bincang abis-abis....

Laporan kepada SPRM : ugutan Najib tidak masuk akal -malaysiakini

Najib Razak menganggap dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari Pakatan Rakyat iaitu dari Kuala Kurau dan Malim Nawar yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kononnya mereka ditawarkan RM20juta untuk keluar parti sebagai tidak masuk akal.

Sambil menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri menegaskan mereka yang membuat laporan palsu boleh didakwa.

Kami mempersoalkan kenyataan Najib yang berbaur ugutan kepada dua ADUN Pakatan rakyat iaitu YB. abdul Yunus Jamahri(Kuala Kurau) dan YB. Khesvinder Singh (Malim Nawar).

Sebagai penduduk sebuah negara yang masih menghormati undang-undang dan perlembagaan, langkah yang dilakukan oleh dua ADUN berkenaan sepatutnya dipuji oleh Najib.Sekiranya benar beliau dan partinya tidak ada kaitan dengan dakwaan itu, biarlah saluran undang-undang yang masih kami percayai walaupun tidak 100% akan menentukan segala-galanya.

Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat telah dirampas haknya, konspirasi inilah sedang kami dedahkan. Mustahil segalanya terjadi dengan sendiri tanpa ada pihak yang merancangnya.

Usaha kami adalah untuk mempertahankan hak dan maruah oleh pihak perampas kuasa itu. Siapa makan lada dialah yang rasa pedasnya.
Ugutan Najib memang tidak masukakal.

NI LE..JAWAPAN SEORANG PENAKUT -malaysiakini


Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS untuk berdebat berhubung Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kalau kita di peringkat pengubalan dasar, (maka) bolehlah kita debat, tak ada masalah. Tetapi kita sedang dalam peringkat hendak mengubahsuai dasar sedia ada dan memikirkan kaedah yang baru."
"Sebelum ini, perbincangan meja bulat pun telah diadakan. Saya pun telah beritahu sebelum ini di Parlimen bahawa pelbagai pilihan telah diketengahkan."
"Jadi, di peringkat yang kita berada hari ini, (maka) nak debat apa lagi. Lebih baik mereka (Pemuda PAS) berikan cadangan dan pandangan," kata Hishammuddin selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini.

(1001 alasan diberi nak mengelak dari berdebat. Dah banyak kali dia ni tolak berdebat dengan Pemuda PAS, takkan inipun tolak juga. PPSMI bukan ke bidang Menteri Pelajaran ? Segala maklumat ada dalam tangan, apa nak takut ! Takkan setakat berani cium keris aje...)

Berikut adalah respon Ketua Dewan PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub berikutan penolakan Ketua Pemuda UMNO


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Salahuddin Ayob menganggap penolakan cabaran debat oleh Ketua Pemuda Umno sebagai satu kemalangan besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau menegaskan penolakan tersebut juga merupakan satu petanda buruk yang digambarkan oleh Pemuda Umno terhadap usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa.

Salahuddin menegaskan demikian sebagai respon penolakan Hishamuddin terhadap pelawaan mengadakan debat mengenai isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Pemuda PAS kesal dengan kenyataan Hishamuddin Hussein kerana ia mengambarkan Pemuda Umno tidak berminat untuk memartabatkan bahasa Melayu.

"Penolakan ini juga memberikan gambaran buruk terhadap pendirian Pemuda Umno dalam isu bahasa Melayu," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan DPPP tidak akan berputus asa dalam usaha mereka bersama pejuang-pejuang bahasa menuntut kerajaan memansuhkan PPSMI.

Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno untuk mengadakan satu perbincangan intelektual mengenai isu PPSMI.

(Salahuddin kata, kalau takut berdebatpun tak apa la, apa nak buat..dasar penakut. Tapi jom berbincang secara intelektual dan akademik pula. Boleh..? Takut jugak..!)

Ketua Pemuda Umno dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini menolak cabaran debat yang dibuat oleh Salahuddin Ayob.

Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen.
 
(Pemuda UMNO cuma berani kepung Karpal kat Parlimen aje. Kepung orang yang duduk atas kerusi roda sahaja yang mampu Pemuda UMNO buat...)

Isu kereta dan lembu: Sultan Selangor terima penjelasan MB -malaysiakini

"Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi...lembu korban sebagai usaha kebajikan."
 
Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.

"Berkenaan isu derma lembu korban pula,Tuanku Sultan tiadak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah,malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak,"jelas Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Tambahnya, baginda bertitah demikian sewaktu beliau mengadap Tuanku Sultan semalam di Istana Mestika,Shah Alam untuk memberikan taklimat tentang hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri termasuk mengenai segala tohmahan mengenai derma lembu korban dan tuntutan penyelenggaraan kereta persendirian.

Sementara itu, Khalid yang turut mengulas isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa, beliau akan menulis surat kepada suruhanjaya tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan Pengerusinya baru-baru ini.

Selain itu tambahnya, "satu proses undang-undang akan diambil terhadap Pengerusi Gerak atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media sebelum ini."

"Setiap keputusan kerajaan negeri adalah berlandaskan undang-undang dan mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhannya,"tegasnya

Kompromi jawatan timbalan presiden?-malaysiakini

Semua pengerusi perhubungan Umno negeri yang menghadiri mesyuarat semalam, menyerahkan kepada bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon-calon timbalan presiden untuk memutuskan cadangan supaya jawatan nombor dua itu tidak dipertandingkan dalam pemilhan parti itu bulan depan.

Tiga calon timbalan presiden itu terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Mohamed Ali Rustam.

umno general assembly taib muhyiddin rustamPengerusi Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata semua pengerusi perhubungan yang hadir, berpendapat terpulang kepada Najib dan calon-calon yang bertanding untuk memutuskannya.

Katanya, terpulang kepada Najib selaku bakal presiden Umno untuk membuat keputusan mengenai cadangan yang dibuat oleh Umno Bahagian Besut itu, lapor Bernama.

Annuar berkata, mereka akan menyokong apa saja keputusan yang dibuat oleh Najib nanti.

Katanya, semua pengerusi perhubungan tersebut memberi pandangan tersebut selepas Najib meminta pandangan mereka berhubung cadangan tersebut.

"Keutamaan kita adalah untuk memulihkan parti dan memastikan beliau mengambil alih kepimpinan secara teratur dan beliau perlu diperkasakan," katanya.

annuar musaSehubungan itu, Annuar berkata, Umno Kelantan yakin Najib akan membuat keputusan wajar dan adil berhubung cadangan tersebut.

"Ini kerana orang yang nak bertanding sudah nyatakan hasrat mereka, (dan) mereka ada hak dalam perlembagaan parti (untuk bertanding).

"Dalam masa yang sama, presiden punyai banyak pengaruh untuk tentukan banyak perkara, jadi terpulang kepada Datuk Seri Najib untuk ambil tindakan yang difikirkan patut," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Annuar juga berkata Umno Kelantan menghormati pendirian ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berhubung saranan sesetengah pihak yang mahukan beliau diterima kembali ke dalam Umno.

Annuar turut tidak menolak kemungkinan Ibrahim, bekas Ketua Umno Pasir Mas dan kini wakil rakyat Bebas, diterima oleh Umno jika Ibrahim sendiri ingin kembali.

"Kita hormati pendiriannya, bila sampai masanya dia ada perasaan nak masuk semula Umno, baru kita bincang perkara ini. Dalam politik, tak ada musuh kekal, dan juga tak ada kawan yang kekal," katanya.

Rabu, 25 Februari 2009

Kenyataan Muhd Taib bodoh lagi membodohkan-malaysiakini

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib di media baru-baru ini bahawa kemelut politik yang berlaku di Perak sekarang ini merupakan tindakan Pakatan Rakyat bertujuan memastikan suasana politik negeri itu terus huru-hara dan memaksa Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata kenyataan bodoh lagi membodohkan.

Bekas MB Selangor yang pernah ditangkap di Australia kerana melarikan 'hasil rompakan wang rakyat Selangor' bernilai RM9 juta itu berkata, tindakan Pakatan di Perak menganggu pentadbiran kerajaan pimpinan MB yang lahir daripada rampasan kuasa, Zambry Abd. Kadir membuktikan mereka merancang penderhakaan bersiri terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Inilah kenyataan seorang seorang playboy yang pernah melarikan anak raja, anak sultannya sendiri Tengku Yah, yang dikahwininya sekejap dan kemudiannya diceraikannya. Tindakannya amat dimurkai Sultan Selangor ketika itu. Apakah beliau merasakan tindakannya itu taat setia? Di mana maruah dan air mukanya untuk bercakap tentang derhaka kepada raja?

Calon Timbalan Presiden Umno itu menuduh tanpa asas bahawa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak (DUN), V. Sivakumar yang menggantung keanggotaan Zambry dan enam exco kerajaan negeri serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas baru-baru ini.

Bahkan cadangan bekas MB, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry merupakan tindakan penderhakaan bersiri kepada Sultan Perak.

Inilah bunyinya cakap seorang penderhaka yang menuduh orang lain sebagai penderhaka.

Tidakkah Menteri Luar Bandar yang pernah mendapat jolokan Mike Tyson ini sedar bahawa kemelut politik di Perak bermula apabila Umno/BN melalui Najib Tun Razak telah merasuah, mengugut dan menculik wakil Pakatan lalu merampas kuasa? Tidakkah tindakan membeli itu bermula sejak Umno/BN kalah teruk dalam PRU yang lepas? Tidakkah tindakan jahat itu berterusan terhadap Adun Pakatan negeri-negeri Selangor dan Kedah juga?

Apakah Mike tidak tahu bahawa ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Kuala Kurau Yunus Jamahri sedang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM yang suka cepat-cepat kata ada bukti kukuh) bahawa mereka telah dirasuah oleh Umno/BN sebelum ini di mana tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan demokratik Negeri Perak yang dipilih rakyat pada 8 Mac 2008 yang lepas?

Muhd Taib tidak sedarkah semua ini?

Lantaran itu jelaslah, bahawa kenyataan bekas 'menantu tunggal' sultan ini adalah terlalu bodoh lagi membodohkan!

Sultan Selangor Yakin Sebarang Keputusan Menteri Besar-malaysiakini

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
25 Februari 2009

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

DATO' HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
Dato' Lela Bakti
Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

Dari Blog DSAI

 

SPRM di bakar ?-malaysiakini



sila ikuti berita lanjut

untuk semua paparan  klik disini chegubard

Hanya majlis silaturrahim antara agama-malaysiakini

Ahli exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata apa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ialah majlis silaturrahim antara agama.

Katanya, ia bukanlah majlis perundingan antara agama, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar samalam.

"Istilah majlis perundingan antara agama yang digunakan itu tidak tepat.

"Sebaliknya, nama yang betul adalah majlis silaturahim antara agama," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga menafikan majlis itu mempunyai kuasa mempengaruhi dasar kerajaan negeri berhubung hal ehwal agama di negeri itu.

"Ia macam mesyuarat sahaja," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Negeri Batu Maung.

Menurutnya, beliau difahamkan, majoriti anggota majlis tersebut terdiri daripada orang Islam.

Abdul Malik diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

'Ruang berkenal-kenalan'


Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Shabudin, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Permatang Berangan dilaporkan berkata, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan bahawa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

Beliau juga turut mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man pula berkata, usaha menubuhkan majlis silaturrahim itu bukanlah untuk menyamaratakan semua agama.

Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan untuk mewujudkan ruang 'perkenalan' antara penganut pelbagai fahaman agama.

Menurut beliau, penubuhan majlis tersebut adalah untuk mewujudkan kefahaman terhadap agama-agama lain dan bagi mengelakkan wujudnya suasana perkauman di negeri itu.

Salleh menambah, saranan supaya 'bertaa'ruf' atau berkenal-kenalan itu dituntut dalam Islam, malah terkandung dalam kitab suci al-Quran.

Penduduk Bandar Tun Razak berhimpun sokong MB S'gor

Wakil surau dan masjid di Bandar Tun Razak yang menerima 46 ekor lembu korban daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan terhadap beliau yang didakwa telah menyalahgunakan dana kerajaan Selangor untuk tujuan tersebut.

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 06Kira-kira 60 orang menyertai perhimpunan tersebut di hadapan Pejabat Khidmat Komuniti ahli Parlimen Bandar Tun Razak, kira-kira jam 3 petang tadi.

Abdul Khalid adalah ahli Parlimen kawasan tersebut.

Mereka membawa sepanduk berbunyi "BN dikejar roh 46 ekor lembu" dan "Prinsip kami dari rakyat untuk rakyat" sambil melaungkan "Hidup Tan Sri Khalid" beberapa kali.

Manakala kain rentangnya antaranya berbunyi, "Sedekah lembu adalah jariah bukan rasuah" dan "YB Tan Sri Khalid Ibrahim terima kasih kerana memberikan kami lembu untuk korban Aidiladha"

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 05Perhimpunan aman selama sepuluh minit itu turut diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis.

Penduduk kecewa


Sebelum ini, Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Khalid menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban untuk mengedarnya kepada penduduk di situ sewaktu Hari Raya Korban Disember lalu.

Sementara itu, Pengerusi Surau Firdaus, Ghazally Salim, melahirkan rasa kecewa kerana pemberian lembu tersebut dipersoalkan dan dipolitikkan.

khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 03"Kami kecewa mengapa amalan baik Tan Sri Khalid Ibrahim ini dipersalahkan dan dituduh mengamalkan rasuah?

"Padahal ini adalah sumbangan terus oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Amalan sebegini sepatutnya digalakkan bukan dipersoalkan," tegas Ghazally dalam sidang media tersebut yang turut dihadiri kira-kira 15 wakil surau dan masjid di parlimen tersebut.

Ghazally mendakwa ramai penduduk di parlimen tersebut adalah anak jati negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Adakan solat hajat


khalid ibrahim protest bdr tun razak cows 250209 ghazally salim"Adakah kerana Bandar Tun Razak telah dijadikan Wilayah Persekutuan, maka kami tidak lagi berhak berkongsi sedikit kekayaan dan manfaat dari Selangor?

"Sebahagian besar daripada kami masih anak Selangor!" tegas Ghazally.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli politik dari BN, Pakatan Rakyat, Gerak, SPRM dan rakayat Malaysia agar tidak mempolitikkan soal agama.

"Kalau kita tidak mampu untuk bersedekah, janganlah disekat orang lain daripada bersedekah," kata Ghazally.

Menurutnya, penduduk di situ juga akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan menteri besar Selangor itu.

SURAT TERBUKA ZAHID MD ARIP KEPADA PAKLAH-malaysiakini

 
PERMINTAAN TERBUKA KEPADA YAB DATO' SERI ABDULLAH BADAWI

Tarikh : 16 Februari 2009 - Isnin

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No K/P : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Keluarga Dan Para Sahabatnya.

YAB Dato' Seri,

Di dahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan Dato' Seri beroleh sihat sejahtera.

Izinkan saya memulakan bicara dengan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato' Seri.

Buat pengetahuan Dato' Seri, peristiwa yang bersejarah dan penting ini, sememangnya di tunggu-tunggu dan di harap-harapkan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun (InsyaAllah) ianya hanya akan berlaku pada akhir bulan Mac 2009 - kira-kira 1½ bulan dari sekarang, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk menjadi warganegara Malaysia yang pertama merakamkan secara terbuka ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan kepada Dato' Seri.
Bagaimanapun, dalam kita menghitung hari menunggu tibanya saat tersebut, terdapat beberapa spekulasi yang tidak enak di dengar sekali gus ianya boleh menambah rosak imej Dato' Seri yang sedia tercalar selama ini.

Bagi saya, saya tidak mahu imej rosak dan tercalar ini mengiringi pengunduran Dato' Seri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebaliknya, saya mahu Dato' Seri berundur sebagai anak jantan yang punya maruah dan harga diri. Dato' Seri seharusnya memperlihatkan keikhlasan yang tinggi, supaya sejarah dan anak cucu di kemudian hari akan menganggap Dato' Seri lah pemimpin yang boleh di jadikan contoh – yang meletakkan kepentingan UMNO dan Negara melebihi segala-galanya dan bukannya pemimpin yang bacul yang terlalu sayangkan jawatan – sehingga sanggup memporak-perandakan UMNO dan Negara yang tercinta.

Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mendedahkan beberapa spekulasi yang tersebar secara meluas yang sampai ke telinga saya. Saya harap pendedahan ini akan dapat di jawab dan di jelaskan oleh Dato' Seri secara terbuka dengan ikhlas, supaya para penyebar spekulasi ini akan dapat di diamkan dan seluruh ahli UMNO mendapat kepastian yang sejelas-jelasnya.

SPEKULASI 1, menyatakan;

Dato' Seri dan budak-budak "tingkat 4" sedang menggunakan para penulis blog pro pembangkang dan beberapa pemimpin pembangkang untuk memenafaatkan waktu 1½ bulan terakhir ini untuk terus menyerang, menghina dan mengaibkan Dato' Sri Najib dan keluarganya. Konon katanya, ada kempen yang di lancarkan oleh mereka yang di restui sendiri oleh ahli keluarga Dato' Seri – kempen tersebut diberi nama "NO TO NAJIB, YES TO PAK LAH". Betul kah?

SPEKULASI 2, menyatakan;

Atas nasihat anggota keluarga dan penasihat-penasihat veteran dari kalangan sahabat, Dato' Seri di katakan tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Presiden UMNO, Dato' Seri konon katanya tetap tidak mahu berhenti dan akan terus menjadi Perdana Menteri. Konon katanya, Dato' Seri terlalu sayangkan jawatan tersebut.

Dato' Seri juga konon katanya sudah merancang untuk memasang seorang perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk membawa usul tergempar supaya Dato' Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Kononnya keinginan Dato' Seri sudah sampai ke tahap tidak menghormati tradisi pemilihan Perdana Menteri yang di amalkan oleh parti selama ini di mana sesiapa jua yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Spekulasi ini terus bertiup kencang apabila Utusan Malaysia (Khamis – 12 Feb 2009 – m/s 3) menyiarkan berita bergambar mengenai kempen secara besar-besaran promosi laman web Perdana Menteri yang mengajak rakyat berhubung secara terus dengan Dato' Seri dengan menghantar cadangan, pandangan, teguran dan kritikan.

Ada logiknya juga, apa perlunya promosi laman web ini di buat secara hebat dan besar-besaran jika usia pemerintahan Dato' Seri hanya tinggal kira-kira 1½ bulan? Mungkin juga Dato' Seri mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua keluhan yang di hantar ke laman tersebut dalam masa 1½ bulan sahaja.

Atau mungkin laman itu akan di gunakan oleh "gulungan tertentu" semahu-mahunya bagi merintih, merengek, merayu, memujuk dan mendesak Dato' Seri supaya terus kekal menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menjadi Presiden UMNO. Maklum sajalah – Dato' Seri adalah Perdana Menteri "yang terhebat" dan "yang tersohor" yang pernah di lahirkan oleh UMNO.
Spekulasi ini juga menyebut, bahawa kononnya jadual Dato' Seri sebagai Perdana Menteri telah di susun padat oleh pejabat Dato' Seri sehingga 31 Disember 2009. Dan, ini menggambar dan menandakan Dato' Seri tidak mahu berhenti.

Konon katanya lagi, satu gerakan yang begitu tersusun dan terancang sedang di laksanakan oleh budak-budak Dato' Seri untuk membina keyakinan rakyat bahawa jika Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri, nescaya keadaan akan lebih teruk dan negara akan kucar kacir. Gerakan ini juga kononnya sedang membiayai beberapa NGO untuk mengutip tandatangan seberapa ramai orang untuk mendesak Dato' Seri supaya jangan berundur sebagai Perdana Menteri. Soalan saya – betul kah?

SPEKULASI 3, menyatakan;

Dato' Seri akan merombak kabinet dalam waktu terdekat ini. Konon katanya rombakan ini akan melibatkan Dato' Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain termasuk membawa masuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet. Kononnya rombakan ini adalah bertujuan untuk merendahtarafkan Dato' Sri Najib sebelum beliau di buang dari kabinet. Lebih dahsyat lagi, spekulasi ini juga menyebut, Dato' Seri dan penasihat-penasihat Dato' Seri sedang merekacipta cerita dan pertuduhan untuk mendakwa Dato' Sri Najib di mahkamah. Betul kah?

SPEKULASI 4, menyatakan;

Dato' Seri akan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf ikan bilis termasuk mereka yang di katakan rapat dengan Dato' Seri dan anggota keluarga Dato' Seri, sebelum menahan pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung yang benar-benar tidak sehaluan dengan Dato' Seri.

Manakala pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung, yang menjadi kesayangan Dato' Seri walaupun di katakan membeli pencalonan secara terang-terangan akan terselamat dari sebarang bentuk tindakan. Betul kah?

SPEKULASI 5, menyatakan;

Dato' Seri sedang berusaha keras dengan melakukan pebagai cara untuk memastikan menantu kesayangan Dato' Seri memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Betul kah?

SPEKULASI 6, menyatakan;

Dato' Seri dan konco-konco Dato' Seri sedang berusaha dengan begitu gigih dan keras dalam memastikan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah untuk jawatan Timbalan Presiden. Konon katanya Dato' Seri mahukan Dato' Seri Ali Rustam memenangi jawatan tersebut. Betul kah?

SPEKULASI 7, menyatakan;

Dato' Seri konon katanya akan menggunakan peluang semasa menyampaikan Ucapan Dasar untuk membelasah Tan Sri Muhyiddin bagi menarik simpati perwakilan memberikan undi dan kemenangan kepada Dato' Seri Ali Rustam. Kononnya, inilah caranya untuk Dato' Seri membalas dendam kesumat terhadap kelantangan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sehingga proses peralihan kuasa terpaksa di laksanakan.

Spekulasi ini juga menyebut, Dato' Seri begitu yakin Dato' Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana kononnya - dari 2 ribu lebih perwakilan yang akan berada di Dewan Merdeka, terdapat kira-kira 580 orang penerima darjah kebesaran DMSM yang membawa gelaran "DATUK", DSM dan JP dari Melaka yang memangnya terhutang budi dengan Dato' Seri Ali Rustam.

Andaian di buat, jika setiap seorang dari 580 orang ini berkempen dan dapat mencari seorang sahaja lagi perwakilan untuk mengundi Dato' Seri Ali Rustam, tidak syak lagi dan sudah tentu Dato' Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekali lagi saya mohon bertanya kepada Dato' Seri – Betul kah?

Demikianlah spekulasi-spekulasi yang saya dengar mutakhir ini. Sebagai ahli parti yang bertanggung jawab, saya merayu dan memohon Dato' Seri memberikan penjelasan dan menjawab spekulasi ini sejelas-jelasnya secepat mungkin atau dengan kadar segera. Tujuannya supaya UMNO yang kita dukung ini berada dalam keadaan jelas, aman dan proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana ikhlas, aman dan damai.

Kegagalan Dato' Seri untuk menjawab spekulasi-spekulasi yang saya dedahkan ini akan menyebabkan ianya terus hidup subur dan kesannya amat tidak molek bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada Dato' Seri sendiri.

NASIHAT

Nasihat saya kepada Dato' Seri, ikhlaskanlah hati. Pergilah Dato' Seri sebagai pemimpin yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.

Saya sangat-sangat berharap kepada Dato' Seri, alang-alang berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, tinggalkanlah pesanan dan wasiat yang baik-baik buat UMNO dan jangan sekali-kali Dato' Seri lupa untuk mengumumkan sekali perletakkan jawatan Dato' Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia di akhir ucapan dasar itu nanti.

InsyaAllah, Dato' Seri akan dapat melihat dan akan dapat merasakan sendiri penghormatan dan tepukan bergemuruh sambil berdiri yang bakal diberikan oleh UMNO kepada Dato' Seri.
Sesungguhnya, kemuncak kerjaya bagi seseorang pemimpin UMNO ialah apabila dirinya mendapat penghormatan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Akhirkata, saya hadiahkan 3 rangkap pantun buat mengiringi pengunduran dan persaraan Dato' Seri sebagai Presiden UMNO yang ke 6 dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.

Tinggi Bukit Gilang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit payah nak hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur Badan di kandung tanah
Budi sedikit ku kenang juga

Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap mari di pohon redup
Budi Tuan walau sedikit kami terima
Jadi kenangan seumur hidup

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum WHB.

Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP
 
 
 
zmp../ kalau betul le apa yang seperti dikatakan 2.... nampaknya akan ada episod yang lebih menarik lepas nie........
najissssss..... jangan dok angan-angan ler nak jadi pm.........

Besar Kepala?-malaysiakini

Nampaknya makin hari makin ramai wakil rakyat kita (yang mengumumkan menjadi Wakil Rakyat Bebas) mengeluarkan pandangan mereka yang jauh berbeza dengan majoriti rakyat yang diwakilinya. Kalau dulu sebelum ini wakil rakyat tersebut mendapat kerusi yang didudukinya daripada beberapa parti politik yang berdaftar namun kini mereka telah tidak sehaluan dengan parti politik tersebut.

Malah ada terdapat Wakil Rakyat Bebas (menang atas tiket parti politik) yang bertindak "Lebih kuah daripada sudu", "Gunting didalam lipatan", "Kacang lupakan kulit" dan "Melepaskan anjing tersepit".

Penyakit "Besar Kepala" yang dihidapi oleh Wakil Rakyat Bebas ini adalah kerana mereka merasakan kemenangan mereka dahulu didalam pilihanraya adalah atas kapasiti serta pengaruh mereka dan bukannya dari undi-undi penyokong parti politik yang memberikan mereka tiket untuk bertanding dahulu.

Jika benar Wakil Rakyat Bebas ini berpengaruh dikalangan rakyat yang diwakilinya, adalah lebih wajar (dan bermaruah) jika sekiranya mereka meletakkan jawatan mereka dan seterusnya dilakukan satu pilihanraya kecil semula ataupun diadakan satu pungutan suara bagi rakyat yang diwakilinya.

Itu pun jika beliau berani mempertaruhkan reputasi dan pengaruhnya. Persoalannya sekarang ini ialah adakah beliau mempunyai pengaruh seperti yang beliau rasakan masih ada itu ataupun ianya sekadar penyedap hatinya sendiri?

Kepada Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas), Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), Jamaluddin Radzi (ADUN Behrang) dan Hee Yit Fong (Adun Jelapang), sila buat satu pungutan suara atau letak sahaja jawatan anda supaya rakyat dikawasan anda dapat menentukan status (pengaruh) anda.

Jika anda tidak berani untuk melakukan salah satu daripada perkara yang saya sebutkan diatas, maka anda sebenarnya tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat kerana sebenarnya anda cuma adalah Wakil Diri Anda sendiri. Anda juga sewajarnya tidak layak (walau satu sen pun) untuk menerima elaun sebagai Wakil Rakyat kerana wang elaun itu datangnya daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.

Jika anda masih lagi menerima wang elaun Wakil Rakyat tersebut, maka anda sebenarnya memakan wang haram (iaitu tidak diizinkan oleh rakyat yang anda wakili). Ingin saya tegaskan sekali lagi iaitu anda tidak berhak untuk menerima apa-apa imbuhan sebagai Wakil Rakyat selagi mana anda tidak mewakili rakyat dikawasan anda.
 

Ibrahim Ali Pertimbang Tawaran Masuk Umno-malaysiakini

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan mempertimbang pelawaan untuk menyertai Umno semula setelah mengambil kira pandangan dari pengundi di kawasannya.

Ibrahim yang merupakan anggota Parlimen Bebas berkata tawaran itu akan dipertimbangkan dan diperincikan dengan mengambil kira pelbagai faktor kerana beliau tidak mahu "pisang berbuah dua kali".

"Saya amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, saya sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong-penyokong. Saya mempunyai jentera sendiri. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mereka saya akan ikut.

"Kalau nak terima saya, terimalah kelantangan saya selagi saya tidak melanggar disiplin tetapi kalau saya ada kes rasuah atau menjejaskan parti, silalah buang saya secepat mungkin tetapi jangan buang saya hanya kerana kelantangan saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad berkata Umno Kelantan sedia menerima Ibrahim sekiranya beliau mahu kembali kepada parti itu.

Ibrahim sebelum ini pernah dibuang oleh Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum 2004 walaupun ketika itu menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.

Beliau juga pernah keluar dari Umno pada 1988 dengan mengisytihar diri sebagai anggota Parlimen Bebas bagaimanapun memohon semula menyertai parti itu pada 1991.

Ibrahim berkata beliau boleh kembali kepada parti itu dengan syarat Umno bersedia menerima beliau seadanya serta kelantangannya dalam menyuarakan pandangan.

"Kalau ini boleh diterima, saya akan fikir masak-masak. Saya dulu pernah digugur sebagai ketua penaja tanpa sebab yang saya sendiri tidak tahu. Mereka kena ingat yang saya ini memang seorang yang semula jadi lantang sejak menjadi pemimpin pelajar lagi dan hal ini nampaknya menjadi masalah kepada banyak pihak," katanya.

Beliau berkata kelantangannya menyuarakan pandangan telah menjadi masalah kepada pelbagai pihak dan yang terbaru ialah PAS Kelantan yang memintanya meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Mereka (PAS) mahu bekerjasama dengan saya dan menggunakan saya kerana mereka takut kalah dalam pilihan raya 2008 dan mereka juga kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir. Pada masa itu, mereka terima saya walaupun mereka tahu saya lantang.

"Tapi sekarang apabila saya lantang, mereka marah pula. Saya tidak mahu perkara itu berulang lagi jika saya masuk ke dalam Umno. Kasihanlah dekat saya," katanya.
sumber dari bernama
 
p/s..Tapi, siapa yang perlu kasihankannya.Pengundi, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, PAS, UMNO atau siapa ? Tengku Razaleigh sudah lama kasihankannya.

Desas - Desus Konflik Pak Lah & Najib Memuncak-malaysiakini

 Banyak sumber berita , ulasan dan komen mutakhir ini mempercayai ada nya konflik , atau tikam menikam antara Pak Lah dan Najib menjelang 24 mac 2009 nanti.

Pendapat dan Ulasan yang paling mungkin boleh dipercayai dibuat oleh Mahathir  , katanya ada kemungkinan Pak Lah tidak bercadang serah kat Najib menjelang tarikh itu.

Begitu juga dengan komen yang dibuat oleh Ahli Prlimen Teluk Kemang Dato' Kamarul Baharin Abbas , katanya " PM pasang jerat besar pastikan Najib tidak jadi PM"
Jadi ada kemungkinan memang Pak Lah tidak akan melepaskan jawatan PM nya ada kebenaranya , kerana ia juga menimbulkan kebimbangan anak Mahthir iaitu ,  Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta semua pihak memberikan penghormatan tertinggi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja beliau melepaskan jawatannya apabila berakhir Perhimpunan Agung UMNO, bulan depan

Ini dibuat dengan harapan supaya Pak Lah mengotakan segala janji – janji nya yang 'dibuat' tahun lalu . Mungkin kenyataan Pak Lah ini  " Sokong Najib sepenuhnya" akan meredakan sedikit kebimbangan najib tentang ketidakmungkinan beliau diberikan jawatan PM , dan hanya mendapat post Presiden UMNO saja .
 
Ini kerana telah mula diperkatakan di sana sini kemungkinan Perhimpunan Agung UMNO ditunda.
Bagi menyedapkan hatinya yang sudah mula gusar , kata Najib " Perhimpunan Agung UMNO ikut jadual" 

Tidak dikethui secara tepat lah adakah kenyataan Najib ini boleh diterimapakai atau tidak. Ini kerana , N 29 Batang Ai juga akan diadakan PRK berikutan kematian ADUNnya. 

Ini mungkin point yang sangat berguna untuk Pak Lah , bagi menunda Perhimpunan Agung UMNO ke suatu tarikh lain , ,melepasi 7hb April. " Mati aku macam ni " kata Najib

Ada baiknya Najib tidak berprasangka burok , kerana Pak Lah dah cakap
" beliau tidak akan lakukan sesuatu yang memalukan kerajaan" 

Catatan Akhir
Walaupun cuba digambarkan semuanya ok , cukup baik , mesra , kedua – dua pihak saling memberi jaminan dan pengakuan , namun arus di dasar berlainan nada dan bahasanya.

Kalau benar perumpamaan menyebut kalau tidak ada angin masa kan pokok bergoyang. 24 mac masih panjang lagi . masih ada kira – kira 30 hari lagi.
 
Segalanya serba mungkin dan boleh jadi.
Sebab , kalau meneliti tajuk berita dalam media hari , iaitu " 90 aduan rasuah politik membabitkan pemimpin umno"  ia pastinya menganggu jadual harian Najib sehingga menjelang 24 Mac nanti.

Berbalik kepada tajuk berita tu ,  ianya boleh meliputi semua peringkat pemimpin , bermula dari Najib hingga ke bawah , iaitu yang terlibat dalam perebutan ini , kecuali Pak Lah kerana sudah tidak termasuk dalam nama yang akan merebut apa – apa jawatan

Apa kata kalau - kalau Najib adalah termasuk salah seorang dari 90 orang dikatakan Pak Lah tu ?


p/s
Prof rasa berat bagi Pak Lah nak lepaskan jawatan PM tu. " Kau , Najib nak pegang jawatan Presiden UMNO ambil lah " kata Pak Lah

Lepas 28 hb Mac  nanti , dan menjelang PRK P59  ,  N 25 dan N 29  , Najib akan diseret ke mahkamah kerana terpalit dalam rasuah politik wang pemilihan umno dan juga akan diheret ke satu lagi mahkamah kerana ditarik oleh Si Sairul , beliau hanyalah 'kambing hitam' saja.

Kata Pak Lah , " kalah dalam PRK tu tak jadi kudis , sebab kedua – dua kerusi tu memang hak Anwarkecuali N 29 yang ni akan dipertahankan walau macam mana sekali pun.

Agaknya , begitu lah 'ending' perjalanan politik Najib
 

Selasa, 24 Februari 2009

Surat Terbuka Kepada Pak Lah – malaysiakini

"Kepada

Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia
Bangunan Perdana Putra
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.

Assalamu' alaikum Paklah,

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan suasana politik yang berlaku di dalam negara ini, saya merasa terpanggil untuk menulis warkah ini memandangkan tempoh Paklah sebagai Perdana Menteri dijangka akan berakhir dalam sebulan lagi.

Semenjak mengambilalih pentadbiran negara daripada Dr Mahathir pada 31 Oktober 2003 dahulu, banyak suara-suara nakal yang mengutuk dan mengkritik Paklah dan menjadikan kelemahan Paklah sebagai sasaran serangan mereka. Orang yang paling teruk menghentam Paklah adalah Mahathir sendiri. Memang tiada manusia yang sempuirna. Orang yang menghentam Paklah itu sendiri terlalu banyak buruk dan jeleknya sewaktu mengurus negara dahulu.

Saya tidak berhajat untuk menulis surat ini panjang lebar memandangkan saya kurang sihat tetapi demi memikirkan nasib negara dan rakyat keseluruhannya, saya merasa bertanggungjawab untuk menulis secebis nasihat kepada Paklah sementelah masih berbaki sisa kuasa yang masih ada itu. Seperti juga saranan pemimpin pembangkang seperti Dato Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mahukan Paklah terus menjadi PM sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya yang akan datang.

Seruan ini bukan dibuat demi kepentingan politik semata-mata tetapi demi kesejahtreraan negara. Pemimpin pembangkang telah melihat jauh ke depan bahawa Paklah masih diperlukan oleh rakyat dan negara dan tidak rela menerima Najib sebagai PM pada akhir Mac depan.

Suka saya memberikan amaran kepada Paklah bahawa kehancuran negara ini sekiranya terjadi nanti adalah berpunca daripada kesilapan Paklah menyerahkannya kepada seorang yang sangat buruk perangai dan akhlaknya. Paklah akan dipertanggungjawabkan di depan Allah s.w.t nanti sekiranya menyerahkan negara ini kepada seorang pembunuh. Usahlah Paklah berdusta dengan diri sendiri atau cuba melindungi kebejatan perangai dan jenayah yang Najib lakukan kerana satu dunia sudah tahu bahawa Najiblah pembunuh Altantuya.

Harus diingat Paklah bahawa penjenayah seumpama Najib bukan sahaja tidak layak menjadi PM malah tidak layak untuk menghirup udara bebas di luar ini. Kerakusan dan kebuasan nafsunya bakal memporakperandakan negara ini sehingga rakyat tidak akan merasa aman daripada kejahatannya. Cubalah Paklah berfikir dan merenung jauh di sudut hati apakah wajar Paklah menyerahkan negara yang tercinta ini kepada seorang penjenayah? Kami rakyat lebih rela berPMkan Paklah berbanding Najib syaitan yang bertopengkan manusia itu.

Kami rakyat sekalian akan mempertahankan Paklah sekiranya Paklah tidak menyerahkan negara ini kepada si pembunuh itu. Alangkah moleknya kes perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang ini digunakan sebaik-baiknya untuk meletakkan Najib sebagai pesalah jenayah di kandang tertuduh. Perlu diingat bahawa nasib Khairy menantu Paklah juga akan musnah apabila Najib menjadi PM. Percubaan Najib untuk mengenakan orang-orang Khairy melalui SPRM baru-baru ini adalah contoh bahawa beliau mencuba strateginya untuk memastikan legasi Paklah luput ditelan waktu apabila beliau menjadi PM.

Kami rakyat percaya bahawa Najib akan menjadi PM paling jahat dan ganas dalam sejarah tanahair memandangkan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh dan meletupkan mayat demi memuaskan hawa nafsunya. Apakah Paklah sanggup menanggung dosa dan bala yang akan menimpa negara sekiranya menyerahkan pentadbiran kepada seorang pembunuh?

Untuk itu kami rakyat ingin merayu Paklah agar terus kekal menjadi PM sehingga sekurang-kurangnya pilihanraya akan datang. Buatlah rombakan kabinet dan singkirkanlah segala musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang sedang dan akan membakar Paklah dan Khairy nanti. Nyahkanlah mereka kerana rakyat pasti menyokong Paklah sekiranya mahu membersihkan kabinet daripada syaitan-syaitan yang bernafsu buas itu. Sementara masih ada kuasa ini, buatlah sesuatu wahai Paklah yang kami hargai. Persetankan si mulut becok Mahathir nyanyuk itu. Kubur dia semakin dekat dan sebaiknya dia persiapkan dirinya untuk menangkis pukulan Munkar dan Nakir. Kami merayu janganlah diserahkan negara ini kepada seorang pembunuh !!

Pertimbangkanlah dengan hati nurani yang bening akan saranan ini kerana Paklah masih diperlukan oleh rakyat demi kesejahteraan hidup mereka.

Salam hormat;

Cucu Datuk Bahaman
pewaris Ilmu Kiyai Salleh
Dan penduduk Batu Pahat
Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim.
21 Februari 2009. "

Jika Siva dah kena, Pandikar Amin bagaimana?-malaysiakini

" Hari ini speaker DUN Perak (V.Sivakumar) telah diambil keterangan berikutan laporan polis terhadapnya. Laporan polis (10 jumlahnya) dibuat oleh pihak BN kerana tindakan tidak puas hati terhadap beliau yang menggantung MB Perak (MB tanpa sijil halal) bersama-sama dengan exconya.

Perlu diingat taraf speaker adalah sama seperti YDP Dewan Rakyat yang kini disandang TS Pandikar Amin Mulia. Jika YDP Dewan Rakyat punya kuasa, speaker DUN Perak juga ada kuasa.

ADUN mesti hormat sama speaker begitulah juga MP mestilah hormat dengan YDP Dewan Rakyat. Semua rakyat sudah tahu. Yang tak tahu adalah mereka yang sengaja tak mahu ambil tahu atau yang dah tahu nak kasi tahu pula supaya rakyat jadi bertambah-tambah keliru, bisu dan dungu.

BN kena ingat rakyat telah celik dan cerdik. Bukannya macam pemimpin BN yang cukup licik dalam memutar dan membelit. Yang dilakukan untuk terus berkuasa selagi ada lubang dan ruang untuk mengekalkan kuasanya dari dihalang atau ditentang.

Isu di Perak menyerlahkan BN sememangnya gila kuasa. Bersetuju saya akan istilah "gengster" yang diberi oleh Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (MB Kelantan) lagak BN yang merompak kuasa dari Kerajaan PR di Perak secara rakus serta menikus.

Rakusnya BN seperti dilihat menelan segala muntah jijik akan perbuatannya tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang memilih PR. Manakala menikusnya BN seumpama seorang yang nampak gagah tapi sebenarnya penakut untuk beradu tenaga di gelanggqang. Tambah pula sanggup menggunakan istana dan bersembunyi dibuntut raja apabila panglima PR mencabarnya.

Silap bagi BN yang tidak menawarkan jumlah CUKUP BESAR untuk menawan V.Sivakumar. Ataupun sememangnya BN terlupa akan pentingnya speaker, dan hanya berpuashati dapat membeli timbalan speaker sahaja. Kita yakin sesungguhnya V.Sivakumar punya PRINSIP CUKUP BESAR dalam menangani isu Perak secara bijaksana seperti seorang Laksamana.

Pengajaran dari tindakan V.Sivakumar tidak akan disudahi begitu sahaja. Selepas ini nanti mana tahu jika ada cubaan TS Pandikar Amin Mulia nak tunjuk 'act' di parlimen, kemungkinan apa yang berlaku pada Sivakumar akan berlaku juga pada Pandikar Amin. Kepada TS Pandikar Amin, bersedialah dari sekarang, jika speaker DUN Perak dah kena YDP Dewan Rakyat pula bagaimana?

Guan Eng akan saman Utusan Malaysia kerana Dakwaan hina Islam-malaysikini

Setiausaha Agung DAP, Lim GUan Eng akan menyaman Utusan Malaysia serta Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahya berhubung tuduhan 'DAP menghina Islam' yang termuat dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.
 
Ia berikutan kenyataan Shabudin yang melahirkan rasa kesal dengan kononnya ada penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Guan Eng dalam satu sidang media bersama Paktan Rakyat di Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan laporan Utusan Malaysia itu yang baginya tidak bertanggungjawab.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali serta dua ahli Parlimen KeADILan, Dato' Johari Abdul (KeADILan Sungai Petani) dan Yusmandi Yussof (KeADILan Balik Pulau).

Sambil menggangap laporan Utusan itu satu 'berita palsu', Guang Eng menegaskan ia akan tetap menyaman Utusan dalam apa juga keadaan sekalipun.

Ditanya kemungkinan Utusan dan Shabuddin mempunyai bukti membuat laporan sedemikian, Guan Eng berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak pernah menubuhkan majlis itu.

"Macam mana beliau kononnya dapat maklumat mengenai majlis ini sedangkan kami dalam mesyuarat exco tidak pernah membincangkan hal ini, ini satu fitnah yang keterlaluan," kata Guan Eng dengan nada marah.

Beliau seterusnya melahirkan rasa marah dan geram dengan laporan utusan tersebut dan nekad akan mengenakan tindakan undang-undang kepada akhbar tersebut dan Shabudin sendiri.

Beliau menegaskan DAP tidak pernah menghina Islam atau berhasrat menghina Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh akhbar seperti Utusan.

Malah katanya sebelum ini beliau sendiri pernah membela nasib keluarga Melayu yang pernah dianiaya dalam kes rogol membabitkan orang kenamaan di Melaka yang menyebabkan dirinya terpenjara.

"Hal ini tak pernah pula dilaporkan," soalnya.

Terdahulu, pada 23 Februari Shabudin dalam akhbar utusan berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

"Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

"Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai," katanya.

Shabudin berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua pada 23 Februari.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Utusan melaporkan, majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya
 
 

P'raya Batang Ai perlu diadakan:SPR-malaysiakini

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.

"Maknanya, ada dua tahun lebih. Jadi, pilihanraya kecil perlu diadakan," katanya kepada Bernama di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dublin, 53, meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi ini akibat serangan angin ahmar.

Mendiang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.

Ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil itu akan diadakan, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat daripada Speaker berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi.

Isnin, 23 Februari 2009

Program Pesta Char kue Teow & Ceramah Pertembungan di 3 Bukit.-malaysiakini

MASA : 0845 MALAM

TARIKH : 28. 02. 2009

HARI : JUMAAT

TEMPAT : NO. 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, Seremban ( Rumah Fauzi )

PENCERAMAH : YB ABDULLAH SANI ( MP KUALA LANGAT )

CHEGUBARD ( MPT KEADILAN / KETUA BHGN REMBAU )

YB TAUFEK ABD. GHANI ( ADUN PAROI )

YB ANTHONY LOKE ( ADUN LOBAK / MP RASAH )


( Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012 3696474 (Norazizi) )

DATANG BERAMAI-RAMAI.......... SEBARKAN..........

AWAS!!!!!!! Dakyah umno/bn mula diedarkan-malaysiakini


Umno mula mengedarkan risalah yang berbentuk dakyah mempertahankan rampasan kuasa yang dilakukan mereka di negeri Perak ini kepada orang ramai.

Maklumat yang diterima Umno mengatakan majoriti rakyat Perak sudah tidak mempercayai dan bersama dengan mereka membuatkan mereka menggelabah. Media perdana milik mereka seperti akhbar utusan, berita hairan serta tv rtm dan tv3 ternyata tidak mampu untuk menyumbatkan maklumat palsu mereka ke benak rakyat Perak.



Isi kandungan risalah tersebut menceritakan kronologi kejadian rampasan kuasa di Perak dan soal jawab mengenai perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak yang telah mereka celarukan.


Kandungannya tidak mampu mempengaruhi pemikiran rakyat Perak yang telah jauh kehadapan daripada pemikiran puak-puak umno melalui pembacaan mereka di laman-laman blog dan akhbar-akhbar parti seperti harakah, suara keadilan, siasah dan wasilah. Jika tidak, masakan pihak KDN merampas akhbar-akhbar ini daripada kedai-kedai untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Risalah ini juga dikatakan akan diedarkan sehingga pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.

Bagi saya risalah ini tidak mampu menandingi risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat yang lebih bermaklumat serta tepat tentang rampasan kuasa tersebut. Dan risalah-risalah Pakatan ini diterima baik oleh rakyat.

Sebelum ini, 4 orang telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah daripada PR di Kuala Kangsar. Saya berharap agar polis membuat perkara yang sama jika puak-puak umno mengedarkan risalah-risalah mereka.

Janganlah pihak berkuasa berpihak dalam menjalankan tugas harian mereka. Kerana tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat, bukannya menjaga kepentingan parti-parti politik yang menganiaya rakyat.


Download risalah Pakatan Rakyat di sini.


Penjelasan
MB Nizar mengenai kemelut di Perak.
 
Oleh ajijoi
"

Jemputan "bakar bukti rasuah depan SPRM"-malaysiakini


Pengumuman : Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu
  • masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
  • masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.
Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3 dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan.

Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.


23 Febuari 2009

Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.


Bola kini di kaki Pakatan Rakyat-malaysiakini

GELORA politik Perak yang menampakkan keredaan seminggu lalu sebenarnya sebagai satu petanda gelombang yang lebih besar bakal melanda Perak.

Speaker DUN Perak, dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ternyata tidak melepaskan peruntukkan tersebut. Peluang yang muncul didepan mata digunakan sebaik mungkin oleh Tuan Speaker, V.Sivakumar.

Hasilnya, Menteri Besar (H) Dr Zambry Kader bersama 6 lagi anggota Exco Kerajaan (H) nya telah digantung dan dilarang dari menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan. Asas kepada penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak itu ialah penghinaan ke atas Dewan Yang Mulia ekoran Majlis Angkat Sumpah yang dihadiri mereka, sedangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar masih sah dan belum lagi meletakkan jawatan.

Selepas penggantungan ini dijalankan dan berkuatkuasa, para pencinta keadilan mula menarik nafas lega. Rakyat pula bagaikan mendapat sinar baru. Apa tidaknya, kalau sebelum ini Kerajaan yang mereka pilih secara sah dalam PRU 12 lepas dirampas dan diranapkan begitu sahaja oleh Umno BN, kini mereka (rakyat) bagaikan mendapat peluang kedua.

Dalam permainan bola sepak, boleh diibaratkan bahawa bola yang berada di kaki Umno BN telah berjaya dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat. Dan bola yang direbutkan itu kini berada di kaki Pakatan Rakyat. Selepas ini Pakatan Rakyat hanya perlu mengelecek beberapa pemain pertahanan (anda boleh teka sendiri siapa gerangannya) sebelum melepaskan tendangan padu yang bisa menggegarkan jaring dan gawang Umno BN.

Pada waktu-waktu getir sebegini, ketelusan dan keadilan daripada pegawai perlawanan samada Pengadil, Penjaga Garisan dan Pegawai Masa adalah amat-amat dituntut.
 

Unit Amal, bloggers dan media diraikan-malaysiakini


IPOH (22.2.2009): Tugas dan pengorbanan anda selama ini amat saya hargai, kata MB Nizar kepada semua ahli unit amal, bloggers dan pihak media di dalam satu majlis meraikan mereka yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar pagi tadi.


Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Kamalullail dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK Jabatan Amal Perak, Ustaz Kassuri.



Ahli-ahli unit amal yang bertugas di kediaman rasmi semenjak krisis bermula dianggarkan melebihi 200 orang tidak termasuk yang datang daripada segenap pelusuk negara.


Blogger albanjari pula diberi penghargaan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak bloggersnetwork@perak dan bloggers-bloggers yang telah hadir.

Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MB Nizar kerana memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pengorbanan para bloggers dalam menyampaikan berita-berita yang terkini dan sahih melalui alam siber@internet. Juga terima kasih beliau kerana MB Nizar membenarkan mereka berkampung di kediaman rasmi untuk memastikan berita-berita yang terkini dapat disampaikan kepada umum.



Setiausaha akhbar MB Nizar, Haji Anuar Hashim memberikan sedikit latar belakang perkenalan beliau bersama MB Nizar yang mana menurutnya, beliau lebih mengenali MB daripada orang lain.

Beliau yang juga bekas ketua biro berita nasional di Pulau Pinang dan mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam dunia kewartawanan berasa lebih tenang dan berkat apabila bekerja bersama dengan MB Nizar berbanding dahulu. Atas dasar itu, beliau menasihatkan para wartawan baik bloggers mahupun media perdana agar berhemah dan bertanggungjawab didalam laporan yang dibuat kerana segala tulisan dan laporan tersebut akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak. Biarlah laporan yang dibuat telus dalam menyedarkan rakyat dalam membuat pertimbangan yang betul.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada MB Nizar kerana kesempatan yang diberikan bekerja bersama dan memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada melakukan kesilapan dan terkasar bahasa semasa menjalankan tugas sebagai setiausaha akhbar MB.



Saudara Ariff B Shaarani, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Perak mewakili kesemua petugas-petugas unit amal menyatakan rasa terima kasih kepada MB Nizar kerana membenarkan mereka menjalankan tugasan amal mereka sebagaimana tuntutan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Menurutnya lagi, segala tugasan yang dilakukan mereka hanyalah mengikut arahan pimpinan tertinggi dan seandainya ada salah dan silap mereka, harap dapat dimaafkan. Juga segala tugasan mereka selama ini tidak mengharapkan apa-apa balasan seperti upah ataupun gaji kerana mereka percaya balasan amalan yang akan mereka perolehi di akhirat nanti.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas unit amal yang telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang tanpa mengira waktu.



Umno dan Barisan Nasional umpama pondan yang takut untuk berdepan satu lawan satu dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya seandainya Dun dibubarkan, tegas MB Nizar di dalam ucapannya.

Kerajaan haram umno/bn yang merampas kuasa PR di Perak merupakan kerajaan haram yang kedua di dunia selepas Israel yang merampas tanah Palestin, ujarnya lagi.

Krisis yang berlaku di Perak telah memberikan suatu pengalaman terbaik dan berharga buat pasukan unit amal dan juga para bloggers.

Pesanan beliau kepada pihak media agar melakukan laporan yang telus agar rakyat dapat memilih yang hak dan menolak yang batil. Juga diingatkan akan hari pembalasan dimana akan ditanya nanti segala laporan yang dibuat oleh pihak media.

Kepada para bloggers, MB begitu berbesar hati kerana mereka telah memberikan gambaran yang tepat dan sebenar tentang apa yang berlaku di Perak untuk tatapan seluruh warga Perak dan juga dunia. Berita-berita yang dihidangkan di dunia siber memainkan peranan yang penting dan cepat untuk sampai kepada pengetahuan rakyat.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pasukan unit amal yang telah berusaha keras memastikan keselamatan beliau sekeluarga, kediaman rasmi, para pimpinan PR serta orang ramai yang berkunjung ke kediaman rasmi ini terjaga dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Juga penghargaan beliau kepada penderma-penderma yang telah bermurah hati mendermakan pelbagai makanan dan minuman untuk petugas di kediaman. Begitu juga para ustaz dan ustazah yang telah menghidupkan kediaman rasmi ini dengan majlis-majlis yang menjana ilmu orang ramai yang saban hari hadir di sini.

Beliau menasihati agar rakyat Perak bertenang dan berlapang dada dengan apa yang terjadi dan biarlah mahkamah yang akan menentukan mengikut proses undang-undang yang telah dijalankan pihak PR.

Di akhir ucapannya, MB Nizar telah memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua seandainya selama 10 bulan memerintah mewakili kerajaan Pakatan Rakyat ini ada melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.

Pihak bloggernetwork@perak telah menyampaikan cenderahati tanda penghargaan mereka terhadap layanan dan perhatian yang telah diberikan MB Nizar sekeluarga kepada para bloggers yang telah berkampung selama 14 hari di sana.

 
 
sumber dari ajijoi