Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 31 Mac 2009

N25 Bukit Selambau : Program Ceramah Malam Ini


TARIKH:31 MAC 2009 9 MALAM
TEMPAT:TAMAN KELISA RIA(JDM BUKIT RUSA)
PENCERAMAH:DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DATO JOHARI ABDUL

TEMPAT : TAMAN RIA UTARA
PENCERAMAH : KPT (B) ZAHAR HASHIM

TEMPAT : BATU BELACAN
PENCERAMAH : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN YB UST FIRDAUS JAAFAR

TEMPAT : TAMAN SRI BAYU
PENCERAMAH : YB DR HATTA RAMLI YB UST TAIB AZAMUDDIN

TEMPAT :BANDAR LAGUNA MERBOK
PENCERAMAH : YB DR HATTA RAMLI

TEMPAT : TAMAN BANDAR BARU
PENCERAMAH : YB UST TAIB AZAMUDDIN

TEMPAT : BUKIT SELAMBAU
PENCERAMAH : YB UST FIRDAUS JAAFAR DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TEMPAT : TENGKORAK BATU
PENCERAMAH : DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TEMPAT : TAMAN PERUDA
PENCERAMAH : KPT (B) ZAHAR HASHIM


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : AKTIVITI CALON HARI PETANG INI 31/3/09

3.00PTG PENIAGA/KEDAI TAMAN BANDAR BHARU

5.30 PTG PENIAGA/KEDAI TAMAN SRI BAYU

6.00 PTG PENDUDUK TAMAN SERIBU(PENDUDUK INDIA)

7.00 MLM BANDAR LAGUNA MERBOK/SIMPANG 4 LAGUNA

9.00 MLM LAWATAN JENTERA

9.30 MLM TAMAN WIRA


CERAMAH DATO SERI ANUAR IBRAHIM MALAM INI DI TAMAN KELISA RIA, BUKIT RUSA JAM 10 MALAM.....




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Pilihanraya ini akan jadi Referendum tolak Najib...-malaysiakini

Rayu Pak Lah jangan serah jawatan dulu.....

"Sikap tidak berterus-terang Najib, tidak menjawab, tidak mahu ke mahkamah terhadap isu Scorpene/Altantuya sudah meyakinkan rakyat untuk tidak mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka.

Tambahan lagi, peranan beliau sebagai pemimpin UMNO Perak dalam krisis di negeri Perak tidak menampakkan beliau sebagai pemimpin yang ikhlas dan mahu berhadapan dengan rakyat.

 Dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO Perak, dia boleh mempengaruhi ahli-ahlinya dan Sultan supaya DUN Perak dibubarkan dan diserahkan kepada rakyat untuk memilihnya. Pemimpin sedemikian tidak suka mendengar keluhan rakyat. Kuasa lebih penting. 3 katak diangkat menjadi pemimpin rakyat, menjadi idola rakyat, menjadi tunjang demokrasi Perak.

Jika semua tuduhan yang tersebar itu benar (sehingga ke Perancis), dan ia telah pun kelihatan benar dengan sikap Najib, kita tiada pilihan lain melainkan berusaha menyekat beliau daripada menjadi pemimpin kita (mengikut lunas undang-undang). Jika pemimpin seperti ini dibiarkan, negara akan menuju kepada kehancuran yang pasti. Pemimpin seperti ini akan merosakkan negara jika dia diangkat menjadi ketua pemerintah. Fikirkan apa yang boleh pemimpin seperti ini lakukan dengan kuasa kehakiman yang boleh dipengaruhi, polis yang terpaksa/dipaksa menurut perintah dan kuasa majoriti legislatif yang boleh mengubah undang-undang dan perlembagaan mengikut kepentingan. "It's going to be worst than Mahathir's time."

Apakah ada jalan bagi menyakinkan Yang di Pertuan Agung bahawa rakyat tidak mahu dipimpin oleh pemimpin seperti ini? Bagaimanakah rakyat boleh bersuara secara kolektif untuk menghantar mesej yang sedemikian, dan boleh dijadikan alasan oleh Yang dipertuan Agung untuk menolak perlantikannya? Apakah masa mencukupi atau boleh dilewatkan lagi perlantikan beliau? Bagaimana dengan inisiatif Referendum Rakyat?

"Disclaimer": Jika semua tuduhan itu tidak benar, (ada yang akan ketawa) Najib patutlah diangkat sebagai pemimpin idola agama, bangsa dan negara. "Perintahlah kami semua."





!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : Spisis hantu baru telah wujud-malaysiakini


Macam-macam hantu dah ada kat bkt selambau.Dulu pengundi hantu,sekarang wujud pula spisis hantu yang baru iaitu sekolah  hantu.Ada seorang penduduk masyarakat India  sdr Valli kena mengundi disekolah bandar baru,sedangkan sekolah nya pun tak wujud.Spr buat kerja apa.Tukar kepala pun sama sahaja lah duit haram tu.Anda diamanahkan kerja biar telus dan jujur,Tapi subahat dengankumpulan BN.Ingat nak beri anakbini makan ,tapi duit yang halal jadi haram.
 
 
Pengundi dinasihat semak daftar pemilih

Dari Blog Tun Saban Balek


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Terkini..... Untuk Makluman.....

Mulai hari ini akhbar Suara Keadilan akan diganti dengan akhbar SUARA KEAMANAN dan akan di terbitkan secara mingguan..
Dapatkan Naskah Anda Di Pasaran.............


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Isnin, 30 Mac 2009

N25 Bukit Selambau : Program ceramah Isnin 30 Mar-malaysiakini

SUNGAI LALANG ( Tmn Sg Lalang )
YB Saifuddin
YB Dato Zahrain
YB Law Choo Kiang
 
BUKIT LEMBU (Bukit Lembu )
Johari Kassim
M.N Segaran
YB Maktar Shafie
 
BANDAR LAGUNA MERBOKI ( Taman Desa Enggang )
YB Dr Xayier Jayakumar
YB Law Choo Kiang
YB Ahmad Kassim
 
AIR MENDIDIH ( Jln Tiong )
Faridah Arshad
Lim Boo Chang
YB Yusmadi Yusof
 
JALAN BADLISHAH (Banglow Jln Hospital )
YB Amir Shaari
Faris Musa
YB Dr Xayier Jayakumar
 
UNITED PETANI ( Lrg Inang Tmn Ria Jaya )
Razaini Md Isa
YB Amir Shaari
YB Dato Zahrain
 
PETANI PARA ( Ladang UP Bkt Selambau )
Johari Kassim
M.N Segaran
YB Abdul Malok Kassim
 
BUKIT RUSA ( Tmn Kelisa )
Cikgu Badrul Hisham
Dr Krishnamoorty
Razaini Md Isa
 
AMBANGAN HEIGHT ( Bandar Aman Jaya )
YB Ahmad Kassim
YB Sim Tze Tzin
Farid Arshad
 
TMN RIA SELATAN ( Tmn Bandar Baru )
Lim Boo Chang
YB Yusmadi Yusoff
YB Sim Tze Tzin
 
BILIK GERAKAN UTAMA
TN HJ Mahamad Hashim
YB Saifudin Nasution
Faris Musa
 
KG SUNGKUP ( Kg Sungkup )
YB Malik Kassim
YB Maktar Shafie
YB Saifudin Nasution


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau :Calon Bebas Ahli UMNO?-malaysiakini


BUKIT SELAMBAU  - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto). Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam.

Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008). Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi.

Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata. Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding. Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain.

Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau :PKR yakin menang tidak risau 13 calon Bebas-malaysiakini



Pakatan Rakyat.. Insya'allah MENANG..!!

BUKIT SELAMBAU:Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin calon mereka S. Manikumar berpeluang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Bukit Selambau pada 7 April ini atas kelebihannya dapat memancing pengundi baru dan golongan muda.

Pengarah Pilihan raya PKR DUN Bukit Selambau, Datuk Johari Abdul berkata, Manikumar, 35, seorang yang muda dan mudah bergaul dengan semua kaum.

"Kami yakin dapat memperoleh majoriti undi kerana calon PKR lebih muda dan berupaya mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, Sungai Lalang di sini hari ini.

Kata beliau, semua petugas parti itu telah mula berjumpa dengan pengundi di Bukit Selambau selepas proses penamaan calon berakhir tengah hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 22 bilik gerakan PKR telah dibuka dan para petugas akan memasuki semua kampung, ladang, pasar tani dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi memastikan calon mereka dikenali pengundi.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, walaupun polis melarang mana-mana parti mengadakan ceramah di tempat terbuka, pihaknya hanya meminta untuk mengadakan ceramah di premis terhad.

"Kita tidak pernah minta mengadakan ceramah di tempat-tempat terbuka. Kita hanya minta kebenaran mengadakan di premis-premis yang beralamat.

"Bagaimanapun, kalau dibuat dalam premis, mungkin hanya 30 orang yang boleh masuk dan yang lain-lain itu akan berkumpul luar.

"Adakah yang berkumpul di luar itu pun dikira perhimpunan haram? Memang ceramah kita selalunya popular," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Manikumar.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti politik, PKR bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej kepada rakyat melalui ceramah yang diadakan dan pihak polis perlu menjalankan tugas mereka untuk menjaga ketenteraman.

"Kerja polis menjaga keselamatan. Kita hormat kerja mereka seperti mana yang mereka minta kita hormati.

"Kalau parti politik tidak dibenarkan mengadakan ceramah, ia tidak masuk akal. Kita akan teruskan ceramah kita seperti biasa," katanya.

Berhubung sokongan terhadap PKR, Saifuddin berkata, walaupun ia adalah pertandingan 15 penjuru, beliau percaya, tidak akan wujud 'pecah undi' yang begitu besar kerana ia mempunyai tapak sokongan kukuh di Bukit Selambau.

"Kita akan kekalkan tapak sokongan itu malah akan menambah lagi.

"Dalam tempoh sembilan hari berkempen, kita akan mendekati 35,000 pengundi yang ada di kawasan ini," katanya.


KedahLani

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ucaptama ‘Forum Krisis Ekonomi Sejagat & Masa Depan ASEAN’ di Bangkok-malaysiakini

–SIARAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

30 Mac 2009 - Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menyampaikan ucaptama di Forum Krisis Ekonomi Sejagat Dan Masa Depan ASEAN di Universiti Chulalongkorn, Bangkok pada 30hb Mac jam 1.30 PM. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas menteri kewangan itu akan membicarakan krisis kewangan mutakhir ini di dalam konteks kepimpinan beliau pada tahun 1997; sewaktu krisis kewangan yang melanda Asia. Beliau juga akan menawarkan beberapa pandangan di dalam membentuk Asean yang stabil serta makmur.

Professor Pirom Kamolratanakul, Rektor Universiti Chulalongkorn akan menjadi hos forum tersebut manakala HRH Sukumphan Paribatra Boriphat, Wizurai Bangkok dan mantan Timbalan Menteri Luar Thailand akan menyampaikan ucapan pendahuluan.

Acara ini adalah sebahagian dari siri syarahan oleh pemimpin ASEAN terkemuka bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan cita-cita untuk pembangunan demokrasi serta perkembangan rantau di tengah dunia yang melangkah pesat ini. Forum ini dianjurkan oleh Thailand Political Database Project.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

—————

–PRESS ANNOUNCEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE–

MARCH 30, 2009 - Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim will deliver a keynote address on the "Global Economic Crisis and the Future of ASEAN" at Chulalongkorn University in Bangkok on March 30th at 1:30 PM. Anwar Ibrahim, the former Malaysian Minister of Finance will discuss the current global recession in the context of his leadership during the 1997 Asian Financial Crisis and offer perspectives on forging a more stable and prosperous future for the Asean region.

Professor Pirom Kamolratanakul, rector of Chulalongkorn University will host the event and HRH Sukumphan Paribatra Boriphat, the Bangkok Governor and Former Deputy Minister of Foreign Affairs, will deliver an introductory speech.

The event is part of a broader series of lectures by outstanding ASEAN leaders to speak in order to share experiences, concerns and visions regarding the development of democracy and development of the region in a fast changing world. It is organised by the Thailand Political Database Project.

The lecture will take place in Room 212 Mahitalatibej Building at Chulalongkorn University in Bangkok. A press conference will follow beginning at 4:15 PM in Room 208 of the Mahitalatibej Building. Please RSVP at +6622618951,+6622618953, Fax : +6622618950 (Miss Aruchita Auttamapokin)

E-mail: thaiswatch2007@gmail.com
http://www.thaiswatch.com/anwarliveinbangkok

THE OFFICE OF ANWAR IBRAHIM




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

melayu UMNO(B) sudah hilang jati diri-malaysiakini

Salam cikgu dan pengunjung kerajaan rakyat,

Masa terus berlalu dan masih menggunakan nama samaran Thamby Kecik agar Mahathir jangan bermulut celupar mengatakan melayu mudah lupa.

Thamby Kecik sinonim dengan nama pembesar Melaka dan akan mengingatkan kita betapa perlakuan seorang ketua menteri merogol seorang gadis melayu bawah umur dan hasil kepincangan sistem kehakiman negara YB Lim Guan Eng disumbat kedalam penjara.

Buat permulaan bicara atas tajuk maka orang melayu UMNO(B)wajib bertanya siapa Mahathir yang begitu ghairah bercakap persoalan orang melayu.

Siapa Mahathir ?
Kenapa bermati-matian bercakap soal UMNO(B)dan hal ehwal orang melayu ?

Dari situ,mari kita lihat ideologi UMNO(B)/BN/ZIONIS dan Imperialis.

Saya ulangi titipan yang lalu :
Dari perhitungan kaum zionis dan imperalis,secara jangka panjang adalah lebih selamat jika yang ditentang oleh rakyat hanyalah manifestasi moral dan bukan penentangan terhadap kuasa,modal dan asas ekonomi yang didukung oleh pemodal antarabangsa.

Sesungguhnya melayu UMNO(B) sudah hilang jati diri.
Mahathir berjaya melemahkan kuasa raja-raja melayu. Melemahkan sistem kehakiman. Memanupulasi Parlimen dan Perlembagaan negara.

Melayu UMNO(B) mudah lupa pada sejarah diri.
ApakahUMNO(B) lambang perjuangan orang melayu ?
Apakah United Malays (Melayu) National Organization sebuah parti melayu yang genuine(asli)?
Kalau begitu yang disangka singkir sahaja ahli yang tidak mempunyai jati diri dan siasah !
Ubah perlembagaan UMNO(B)sediada kembali pada perlembagaan asal dengan menerima ahli-ahlinya berdasar pada United Melayu National Organaziation.

Kalau ini terjadi saya rela kembali kepada UMNO dan berjuang bersama-sama untuk ugama bangsa dan tanahair terutama bangsa melayu yang semakin lemah dan terpinggir.

Andainya Mahathir/mamak ingin juga di bawah pakatan BN, maka wujudkan sahaja lagi satu parti yang berteraskan kaum mamak india dan bernaung dibawah BN.

Apakah orang melayu lupa dari mana asal -usul Parameswara ?
Sejak kedatangan beliau dan penjajah, kepulauan melayu berpecah-pecah atas dasar pecah perintah yang didokongi oleh penjajah dan ideologi ini meresap dalam diri Mahathir.

Sebenarnya orang melayu dan kaum-kaum lain yang tidak menyokong UMNO(B)/BN adalah terdiri dari satu bangsa Malaysia yang menentang kuasa imperalis/kapitalis yang telah meresap dan menjadi pegangan hidup ahli-ahli UMNO(B) kini.

Oleh kerana ada sokongan puak-puak Anglo-Amerika, sekutu dan jentera kerajaan terutama PDRM maka UMNO(B) tidak akan teragak-agak memenjarakan mereka yang menentang dengan menggunakan akta ISA, OSA, AUKU dll. hatta membunuh.

Kepada orang melayu yang punya harga diri dan jati diri juga kaum2 lain yang punya hak di bumi malaysia sebagai warganegara marilah sama2 kita menolak UMNO(B) ciptaan Mahathir.
Lupakan UMNO(B) yang kononnya memperjuangkan nasib orang melayu dan kaum-kaum lain.

Kesilapan membawa masuk kembali Mahathir tidak akan dimaafkan oleh orang melayu yang punya harga diri.

Kepada pemimpin melayu UMNO(B)anda tidak akan dimaafkan atas perlakuan sundal ini.

Terima Kasih.
Tamby Kecik

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

ORANG UMNO JAWAB LA...-malaysiakini

Tolong sampaikan kepada yang berkenaan :

Pemimpin, Bloggers Dan Penyokong UMNO. Tolong Jawab...!!!

Salam semua pengunjung dan pembicara minda Kerajaan Rakyat, semoga kalian berada dalam peliharaan ALLAH s.w.t hendaknya...

Seorang penitip bicara minda bernama 'Guest' bertanya soalan berikut:

Persoalan berkaitan kes Dato' Seri Najib Razak, presiden UMNO. Demi untuk tidak mengelirukan dan membuatkan RAKYAT tertanya-tanya, maka laman Kerajaan Rakyat.com mempersilakan dan memohon jasa baik para pemimpin, bloggers dan penyokong UMNO/BN untuk menjawabnya.

Andainya tiada jawapan yang konkrit dan logik, maka dengan sendirinya RAKYAT Malaysia akan menghakimkan bahawa Dato' Seri Najib Razak, presiden UMNO sebagai bersalah dan cuba berselindung menggunakan statusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perlu diingat, mengenepikan kesalahan sendiri dengan menggunakan status sebagai timbalan perdana menteri boleh ditakrifkan sebagai menyalahgunakan kuasa!!!

Sekiranya para penyokong dan bloggers UMNO juga gagal untuk memberikan jawapan, maka ini memberi maksud bahawa bloggers dan penyokong UMNO/BN juga adalah dalam kalangan mereka yang tidak bermaruah, maka bolehlah RAKYAT anggap mereka seperti "Lembu yang dicucuk hidung" - mengikut pemimpin mereka tanpa usul periksa kerana mereka bebal, bahalol dan tolol.

Soalan-soalannya seperti berikut:

1 - Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

Kepada pemimpin, blogger dan penyokong UMNO, sila jawab kesemua soalan yang diutarakan.

Nota: Kepada para pengunjung, sekiranya ada lagi apa-apa keraguan, sila titipankan di ruangan komen dan harap penitip bicara minda pro umno dapat membantu untuk meleraikan keraguan RAKYAT.

Salam Takzim.

-abudol albahlol


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : Calon-calon bebas hantui siapa ?-malaysiakini


CALON BN dan PKR..Datuk S.Ganesan dan calon PKR S.Manikumar akan berhadapan dengan saingan 13 calon Bebas yang turut bertanding di DUN Bukit Selambau.

Bukit Selambau: Banyaknya calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan adalah manifestasi suasana politik di Kedah yang masih tidak menentu, kata penganalisis politik tempatan hari ini.

Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruq, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata 13 calon Bebas yang bertanding bersama calon Barisan Nasional Datuk S.Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar akan mengakibatkan undi berpecah kepada banyak calon.

"Tetapi sekiranya BN menang, maknanya trend pengundi berubah kepada BN selepas kalah di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Inilah yang diingini BN iaitu melihat perubahan trend pengundi," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Azeem Fazwan berkata penyertaan banyak calon Bebas mungkin mencerminkan wujudnya perpecahan ekoran tidak dapat menerima calon yang dikemukakan parti dominan seperti PKR dan BN.

"Apabila parti bertanding memberi calon yang pada pandangan kumpulan tertentu tidak dapat diterima oleh mereka, maka timbullah calon Bebas... cuma sukar dipastikan mereka didalangi oleh sesiapa.

"Ini menunjukkan masyarakat itu berpecah kepada banyak puak," katanya.

Beliau berkata jika BN menang, ia juga boleh diterjemahkan sebagai penerimaan pengundi Bukit Selambau terhadap barisan baru pucuk pimpinan Umno yang dipilih pada Perhimpunan Agung yang baru berakhir.

Bagaimanapun, katanya, isu di Bukit Selambau lebih merupakan permasalahan tempatan dan bukannya isu nasional.

Beliau menjangka perpecahan dalaman PKR ketika kini mampu memberikan kelebihan kepada BN untuk menang.

Dr Azeem Fazwan menjangka pengundi Melayu yang merupakan separuh daripada 35,140 pemilih berdaftar bakal menjadi penentu pada 7 April nanti.

Ini kerana, katanya "mood" pengundi India yang merupakan 29.5 peratus pengundi sukar diramal walaupun ada kecenderungan mereka bersikap "antiestablishment".

"Tetapi kita tidak boleh jangka juga kerana mood mungkin berubah selepas Kedah dikuasai kerajaan Pas sejak pilihan raya umum tahun lepas," katanya.

Pengundi Cina pula merupakan 19.3 peratus manakala yang lain mewakili satu peratus daripada jumlah pengundi.

Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menyifatkan banyaknya calon Bebas memberi peluang kepada BN memenangi pilihan raya kecil itu.

"BN mempunyai saluran kempen yang lebih meluas berbanding calon Bebas yang ramai. Kebanyakan pengundi Bukit Selambau tinggal di pedalaman dan jumlah calon Bebas yang ramai boleh mengelirukan mereka," katanya.

Beliau juga setuju bahawa perpecahan dalam PKR juga sedikit sebanyak membantu calon BN untuk menang.

Bagaimanapun Ahmad Nidzamuddin tidak menafikan kemungkinan calon Bebas memenangi kerusi Bukit Selambau berdasarkan keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Sementara itu, tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata penyertaan calon Bebas yang banyak itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.

"Saya tak tau apa strategi di sebalik semua ini. Politik dulu bukan macam sekarang kerana orang dulu tak begitu kompleks," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya pilihan raya akan melibat pertandingan dua atau tiga penjuru sahaja.

Khoo berkata, ada ketikanya terdapat percaturan untuk menggalakkan seorang calon Bebas bertanding bagi memecah undi dan mereka sering kali ditaja oleh pihak tertentu tetapi sekarang ini dengan 13 calon Bebas, ia sudah menjadi terlampau kompleks.

Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan perletakan jawatan V. Arumugam (PKR) pada 8 Feb lepas.

Arumugum memenangi kerusi itu atas tiket Bebas dengan menewaskan calon BN S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi. BERNAMA


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

 

Ahad, 29 Mac 2009

PRK : logo calon yang dikatakan bebas-malaysiakini

Gambar logo calon yang dikatakan bebas tetapi akan berkempen bagi pihak BN di 3 tempat prk...
 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

PRK- semakan pemilih melalui SMS untuk 3 tempat prk-malaysiakini

 
© Hakcipta Terpelihara 2009 | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

MAKLUMAT TERKINI DARI 3 PRK - malaysiakini

The Broken Shield
Audie61

Dayak Nation

Borneo Warrior
Dayak Baru
Teropong Dunia
Letter From Batang Ai
Hornbill Unleashed

BloggersNetworks@Penang Team & Utara

zulmamakpng
Hijat Panjang
kerani opis
Amk Sungai Petani
Tun Saban Balek
Aloha2
anil netto

PRK Bukit Selambau




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : Penamaan calon ( Antara 2 Darjat ) -malaysiakini

Di bukit Gantang Umno terus mempolitikkan Istana. Mereka hadir dengan banner mengaitkan Istana dan berselempang kuning. Namun kehadiran mereka yang hanya sekitar hampir 5,000 orang telah ditenggelamkan dengan kehadiran 30,000 orang penyokong Pakatan.

Disahkan 3 penjuru di Bukit Gantang antara Ismail Saffian (BN), Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

Di bukit Selambau, Bn yang mendapat tempat berkumpul lebih selesa dari Pakatan yang diberi berkumpul dalam Semak dan sempit seperti hilang semangat. Penyokung BN pula diangkut menggunakan begitu banyak Bas tapi hanya mampu mencecah kira - kira 2000 orang sahaja. Namun dalam kawasan yang sempit Pakatan hadir kira kira 10,000 orang dengan penuh bersemangat.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau:: PROGRAM CERAMAH TERKINI N25 BUKIT SELAMBAU ::-malaysiakini

29-3-09 / 9mlm - Ceramah Disekitar N25 (AHAD)
1. Taman Ria Jaya
Penceramah : YB Dato' Haji Mahfuz Omar dan YB Ustaz Izzat Shauki
2. Taman Ria Utara
Penceramah : YB dato' Haji Mahfuz Omar, YB Ustaz Taib Azamuddin, YB Ustazah Aishah Ghazali
3. Taman Cempaka
Penceramah : Sdr. Shamsul Iskandar dan YB Nasir Zakaria
4. Taman Bandar Baru
Penceramah : YB Azmin Ali, Sdr. Shamsul Iskandar dan YB Nasir Zakaria

The image



--
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

& rakan2 Blogger Network@Penang

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 BUKIT SELAMBAU : Laporan Ringkas Penamaan Calon-malaysiakini

BUKIT SELAMBAU- Berikut adalah perkembangan terkini yang dibawa oleh wartawan Harakah di Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan raya kecil Bukit Selambau.

12.00 tgh: SPR umumkan seramai 15 calon sah bertanding di Dun Bukit Selambau. Sebanyak 9 bantahan diterima tetapi kesemuanya ditolak.

11.00 pagi: SPR umumkan masa bantahan telah ditutup.

10.30 pagi:Seramai 13 calon bebas telah mendaftar untuk bertanding menentang calon BN dan KeADILan dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April nanti.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9:35 pagi: Calon Bebas ke-13, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.

9:25 pagi: Calon Bebas ke-12, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 pagi: Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.

Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.

9:00 pagi: Rombongan BN berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno baru, Dato'k Seri Hishammuddin diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Presiden MIC Dato' Seri S. Samy Vellu.

9:00 pagi: Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.

8:45 pagi: Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.

8:40 pagi: Calon KeADILan, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar.

8:40 pagi: Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.

8:35 pagi: Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.

8:30 pagi: Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.

8:25 pagi: Rombongan Parti KeADILan tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.

Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa,Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.

Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.

8:15 pagi: Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.

8:10 pagi: Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.

8:05 pagi: Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.

7.50 pagi: Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.

Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.

Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter polis sedang membuat tinjauan di udara.

7:35 pagi: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.

7:30 pagi: Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.

7:20 pagi: Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

7.00 pagi: Pertama kali dalam sejarah pilihan raya, penyokong kedua-dua pihak diletakkan terlalu jauh sehingga tidak dapat dilihat antara satu sama lain.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berkemungkinan mengambil pendekatan tersebut untuk menghalang sebarang provokasi antara satu sama lain.

Ini berkemungkinan bimbang dengan Umno-BN dimalukan ekoran beberapa insiden yang menimpa kepimpinan mereka sejak akhir-akhir ini


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : Terkini........... 15 calon akan berentap di N25 Bukit Selamabau-malaysiakini

Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A  Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.
 



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : terkini..... Gambar-gambar sekitar proses penamaan calon N25 Bukit Selambau-malaysiakini



















N25 Bukit Selambau-Terkini..... Gambar penyokong calon-calon bebas-malaysiakini



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : Terkini.....Lebih 50,00 penyokong hadir di penamaan calon N25 Bukit Selambau-malaysiakini

BUKIT SELAMBAU-Naib Presiden KeADILan Azmin Ali bersama-sama  lebih 50,000 penyokong pakatan rakyat kini sedang menunggu proses penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani.

Selain Azmin Ali antara pemimpin yang turut kelihatan ialah Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy, Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar dan pemimpin pakatan lain.

Dalam perkembangan yang sama, dilaporkan kira-kira 15 calon yang bakal bertanding hari ini termasuk dari Barisan Nasional dan calon KeADILan S Manikumar.

Sementara itu, petugas media telah dihalang masuk ke dewan penamaan calon di sekolah berkenaan. Difahamkan hanya calon, wakil calon, pecandang dan penyokong untuk calon sahaja dibenarkan masuk.
 
Ketika ini masih ramai penyokong yang yang sedang berpusu-pusu hadir untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat
 
lagi berita akan menyusul........................

--
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Sabtu, 28 Mac 2009

N25 Bukit Selambau : PEMANDANGAN SEBELAH PETANG SEBELUM PENAMAAN CALON -malaysiakini












 
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau : LALUAN MASUK PENYOKONG PAKATAN RAKYAT -malaysiakini

Penyokong pakatan rakyat akan berhimpun di hadapan stesen minyak ESSO berhadapan SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI.Bendera dan t shirt akan di bekalkan,BENDERA PARTI KEADILAN juga akan di sediakan untuk di pegang berarak masuk ke pusat penamaan calon.

Khamis, 26 Mac 2009

N25 Bukit selambau : Depa nak bagi jentera kecil la pulak!!!!!!!!! - malaysiakini

BUKIT SELAMBAU-Pada 28 MAC 2009 akan berlangsung satu program penyerahan jentera kecil pertanian.Bertempat di dewan orang ramai KG PADANG SEKAWAN.

Begitulah nasib rakyat yang akan di ingati ketika PRK sahaja.Bagi,ambil jangan tak ambil sebab duit untuk beli jentera tersebut dari duit rakyat bukan duit BARISAN NASIONAL dan NEGARA INI BUKAN HAK BARISAN NASIONAL.

Yang pastinya ketika kempen bermula nanti akan ada sumbangan MESIN JAHIT,KAIN BATIK,BASIKAL dan bermacam lagi.Wang yang di belanjakan untuk membeli barang-barang tersebut adalah menggunakan duit rakyat bukan duit UMNO.

Rakyat sudah muak dan jelek tektik murahan BARISAN NASIONAL INI.

Masa untuk berubah,cukuplah sudah lama ........

BARISAN NASIONAL TELAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA SELAMA INI.


ZMP: ambik jangan tak ambik, kalau tak ambik rugi wwoooooo..... bab undi UNDILAH PAKATAN RAKYAT



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

MALAM KEAZAMAN PEMBEBASAN PALESTIN-malaysiakini

TARIKH : 28hb MAR 2009
JAM : 9.00 MALAM
TEMPAT : BERHAMPIRAN PADANG BOLA SEPAK SUNGAI TIRAM
PENCERAMAH : SDR AYED RIZAL MIKAIL ( SETUASAHA ABIM PULAU PINANG )
 
PERASMIAN : YB TUAN HJ. MALIK KASSIM ( ADUN BATU MAUNG / EXCO AGAMA NEGERI PULAU PINANG )
 
ANJURAN JKKK SG TIRAM DAN PEJ ADUN BATU MAUNG
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

 
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

N25 Bukit Selambau: Pas komited bantu calon KeADILan-malaysiakini

SUNGAI PETANI,  Pas Kedah akan bekerja keras bagi memastikan calon KeADILan Manikumar Supramanin memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Bukit Selambau, Senator Yusop Hussin berkata, gerak kerja dan semangat yang dilakukan Pas seolah-olah Pas juga bertanding walaupun hakikatnya KeADILan yang bertanding.

"Setakat ini kempen Pas berjalan seiring dengan KeADILan malah kita membentuk jawatankuasa bersama termasuk jawatankuasa penyelaras dan kami semua sudah bergerak," katanya

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kedah berkata, walaupun majoriti pengundi India dan Cina 50 peratus, calon Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk menang ditambah sokongan pengundi tradisi Pas di Bukit Selambau.

"Kerana itu tidak ada masalah untuk pertahankan kerusi itu, apatah lagi calon yang dikemukakan oleh KeADILan seorang penduduk tempatan," jelas beliau.

"Bahkan mana-mana pengundi yang masih belum mengenali Manikumar kami akan perkenalkan. Rasanya semua berpuas hati dengan calon tersebut yang merupakan seorang yang berkemampuan dari segi kemasyarakatan dan akademik," ujarnya

Pada kempen kali ini mereka akan memperjelaskan kepada rakyat apa yang dilakukan kerajaan Kedah yang diterajui Pas sejak setahun lalu.

Pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat kerana sekarang ini Bukit Selambau satu-satunya calon yang mewakili kaum India bagi negeri Kedah. Jadi kemenangannya akan mewakili seluruh kaum India di Kedah.

"Kita juga melihat kemungkinan jika calon Pakatan Rakyat menang beliau akan berada dalam Exco Kerajaan Kedah,"katanya.

Bagaimanapun katanya, PAS menjaga lebih 24,000 pengundi manakala KeADILan seramai lebih kurang 12,000 pengundi.

"Biarpun PAS lebih ramai bilangan pengundi berbanding KeADILan, ia tidak mengapa bahkan ini menunjukkan kita bekerja seperti kita yang bertanding," jelas beliau lagi.

"Kita buat begitu, demi kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Kerjasama erat itu katanya, akan dipertingkatkan terutamanya untuk menarik lebih kurang 1600 pengundi Melayu yang tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Sehubungan itu katanya, jentera pilihanraya Pas akan berusaha untuk memasti pengundi tersebut keluar mengundi kerana katanya undi mereka akan menguatkan lagi kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar Azizan Razak N25 Bukit Selambau

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Siapa pun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelanggu Umno?-malaysiakini

Pemilihan di peringkat sayap-sayap Umno sudah diketahui, malah ada yang me nyifatkan satu keputusan yang agak mengejutkan dengan ramai muka baru membarisi ketiga-tiga sayap Umno.

Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sementara Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menang besar selaku Ketua Wanita menewaskan 'iron lady', Dato' Seri Rafidah Aziz dengan jurang undi yang besar.

Di peringkat Puteri pula, ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Sirlin menewaskan lima lagi calon lain termasuk saingan sengitnya, Dato' Shahaniza Shamsuddin.

Menyingkap kemenangan Khairy menewaskan saingan sengitnya Mukriz, beberapa penganalisis politik membayangkan perihal Pemuda Umno yang akan dibawa selepas ini.

Paling menarik, sebelum ini bekas calon KeADILan, Badrul Hisham Shaharin yang pernah menentang Khairy di Rembau pada pilihan raya umum ke-12 mengungkap bahawa jika Khairy menang, benarlah hipotesisnya bahawa ada 'deal' yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno itu dengan orang penting yang akan menerajui Umno.

Sementara dalam sebuah forum televisyen swasta semalam, seorang panelis, Anis Yusal Yusof mengingatkan antaranya jika ini kehendak perwakilan Pemuda Umno maknanya ia juga akan menjadi bicara kepada semua pihak di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Anis Yusal membayangkan apa yang dikaitkan dengan Khairy sebelum ini menjadi bahan yang turut akan dibawa tidak kira oleh mana-mana pihak yang akan berkempen nanti.

Walaupun agak terkejut dengan kemenangan Khairy, namun kesemua panelis forum itu antaranya, Norizan Shariff dan Prof Hamidin masih mahu melihat apa sebenarnya mesej yang mahu ditampilkan perwakilan pemuda yang memilih Khairy.

Di peringkat Puteri pula, Anis Yusal positif dengan pemilihan Rosnah yang pernah dikenali sewaktu di Institut Integriti Malaysia.

Sementara membincangkan perihal rasuah yang membelenggu dalam Umno, Anis Yusal dengan tegas memberi peringatan bahawa apa juga bentuk politik wang ia adalah satu jenayah yang harus dipandang serius.

Menjadikan tindakan larangan bertanding oleh Lembaga Disiplin Umno ke atas Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai contoh, Anis Yusal mengingatkan betapa masyarakat melihat Ali dikekalkan selaku penjawat kerajaan mengundang persoalan.

Perihal rasuah dalam pemilihan Umno bukan rahsia lagi, malah secara terang terangan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut jika siapa pun terpilih dalam Wanita, perihal rasuah tidak akan terlepas di antara dua calon Ketua Wanita.

Nah rakyat kini mempunyai persepsi bahawa terpilihnya Shahrizat tidak semestinya barisan kepimpinan 'muka baru' ini tidak terlepas dari rasuah.

Hanya kini yang kurang dibicarakan persoalan rasuah hanyalah jawatan Ketua Puteri Umno, walaupun mungkin dalaman sayap itumengetahui ada 'benda' yang berlaku.

Dari cerita seorang rakan Pemuda Umno yang hadir dalam pemilihan semalam, pemilihan Khairy tetap dilihat dengan penuh persoalan.

Tidak kesemua bicara penulis dengan rakan itu boleh diadaptasi dalam analisa ini namun, bicara beliau mengundang persoalan adakah apa yang ditohmah kepada Khairy selama ini termasuk perihal rasuah akan terus dibincangkan selepas ini?.

Kejadian sorak menyorak antara penyokong Khairy dengan Mukriz selepas pengumuman keputusan yang berlaku di luar dewan dan tuduh menuduh yang didakwa berlaku turut mengundang persoalan.

Rakan penulis menyingkap persoalan 'jika benar pemilihan Khairy diekori persoalan rasuah, maka kelompok yang kalah termasuk Mukriz dan Khir perlu melaporkan kepada Lembaga Disiplin untuk siasatan'.

Namun katanya jika Khairy benar-benar menang dengan bersih, pastinya tamparan hebat kepada Mukriz dan Khir yang sebelum ini mendominasi pencalonan di peringkat bahagian.

Khairy hanya calon yang terakhir yang layak bertanding jawatan Ketua Pemuda, dan dalam ucapannya semalam menantu Perdana Menteri itu mengingatkan perwakilan perihal yang dihadapinya sewaktu pencalonan sebelum ini.

Norizan Sharif dalam forum Awani Astro yang membincangkan ucapan penangguhan Khairy menyifatkan ucapan tersebut tidak berunsur menyatukan pemuda.

Tidak seperti ucapan Shahrizat yang jelas membuka mata perwakilan wanita agar bersatu kembali di bawah pentadbirannya.

Persoalannya, dengan kepimpinan yang diterjemahkan perwakilan yang memilih semalam adakah Umno yang terus dilihat sebagai parti yang bergelumang dengan rasuah ini mahu dilihat sedemikian selamanya?

Yang menariknya natijah dari pemilihan ini pastinya membuka satu lagi episod yang bakal diterjemahkan rakyat dalam pilihan raya kecil 7 April ini.

Sama ada jentera sayap Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan berkempen di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diterima dengan imej yang dibawa nanti, atau sebaliknya kehadiran mereka akan membawa liabiliti kepada Umno.

Adakah persoalan rasuah akan terus membayangi Umno selepas ini, pastinya ramai yang menanti analisa bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad yang terpaksa menerima hakikat anaknya kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak?-malaysiakini

Persidangan Agung Umno telah pun bermula, lagak bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai perasmian sidang Wanita, Pemuda dan Puteri semalam nampak gah dan bersemangat.

Persidangan kali ini merencahkan pelbagai kesukaran kepada Umno selaku parti yang dilihat sedang terumbang ambing.

Pertamanya kerana pukulan maut pilihan raya umum ke-12 dan dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu serta Permatang Pauh yang menatijahkan kekalahan besar kepada Umno/BN.

Namun paling menazakkan Umno ialah perihal rasuah dan penyelewengan yang bergelumang dalam parti nasionalis itu.

Pendakwaan ke atas Dato' Norza Zakaria dan beberapa ketua bahagian pada peringkat awal dilihat hanya sekelumit sahaja 'episod rasuah' yang berlaku.

Namun, apabila beberapa nama besar seperti Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan rasuah dan dengan Ali sudah pasti dikenakan larangan bertanding kerana rasuah, gelombang semakin besar berlaku.

Paling tragis, Lembaga Disiplin Umno dikatakan membuat keputusan terpilih dalam kes Ali dan Khairy, walaupun kedua-duanya nyata rasuah melalui agen mereka.

Namun, segala keputusan Lembaga Disiplin Umno ini pastinya membibitkan perpecahan kerana disatu pihak (Kem-Abdullah) pastinya merasai mereka teraniaya, sementara di pihak lain (Kem Najib) kononnya mahu membuktikan mereka bersih.

Walhal, seperti kata beberapa ahli umno semua kumpulan sama sahaja cuma kumpulan yang satu ini kini mempunyai kuasa.

Betapa hebat pun perihal rasuah dalam Umno dilaporkan media, namun kelibat penentang rasuah nombor satu negara yang pernah menjadikan motto 'rasuah musuh nombor satu negara' masih tidak kelihatan mengulas atau membicarakan perihal ini.

Apakah individu tersebut sudah mula 'sedar' akan parti yang disertai semula itu sebenarnya sebuah parti yang menentang gagasan beliau sewaktu menubuhkan Gerakan Anti Korupsi (Gerak)?.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor yang sejak isu rasuah dalam terdedah hanya diam membisu.

Adapun Gerak yang diperturunkan Ezam kepada anak didiknya, Mohd Nazree Yunos hanya mampu mengeluarkan kenyataan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Walhal dalam kes 45 ekor lembu membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nazree menjadi orang pertama yang melaporkan kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan tersebut.

Nazree dan beberapa rakan mahasiswanya melaporkan sendiri kes tersebut kepada SPRM, dan disambung dengan pelbagai kenyataan kecaman terhadap Khalid.

Natijah laporan itu, Khalid sendiri telah menyaman Nazree selaku Pengerusi Gerak berikutan dakwaan melampau kononnya Khalid menyalahgunakan harga kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Sankara N Nair di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (24 Mac 2009).

Namun dalam kes rasuah membabitkan Umno termasuk yang telah disahkan rasuah (Ali Rustam) oleh Lembaga Disiplin Umno, Gerak atau Nazree hanya berdiam diri.

Tidak ada sebarang usaha untuk mengemukakan laporan, walhal amat dikehatui umum bahawa Gerak kononnya mempunyai sumber dalaman yang cukup bijak mendapatkan maklumat.

Seperkara lagi persoalan yang juga akan timbul samada engasas Gerak akan membela nasib anak didiknya yang kini berhadapan dengan saman dari Khalid, atau Nazree akan terus bersendirian menghadapinya.

Rakan lama Ezam sewaktu menubuhkan Gerak, Badrul Hisham Shaharin sendiri ada menyatakan perihal Ezam dalam hal ini.

Yang pastinya kata Badrul Hisham, Nazree akan tahu siapa sebenarnya mentornya itu selepas ini, dan perihal rasuah dalam Umno pastinya suatu pengajaran kepada Gerak.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Mahkamah memang milik umno? -malaysiakini

Sidang umNo dilaporkan secara meluas oleh akhbar harian. Dalam masa yang sama Harakah dan akhbar Keadilan digantung penerbitan selama tiga bulan. Media elektronik pula seakan menggila dengan cerita persidangan Agong umNO. Ternyata negara ini milik umNo dan selain umNo adalah NO!

Kenyataan pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said bahawa "kita melakukan kesilapan kerana membebaskan Anwar Ibrahim" ketika membahaskan usul menyentuh isu-isu ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa UMNOlah yang menguasai proses keadilan di mahkamah. Kenyataan tersebut seolah-olah UMNOlah yang menentukan Anwar bersalah atau tidak, bukannya hakim. Hakim seolah-olah rubberstamp sahaja terhadap telunjuk dan keputusan UMNO

Surat khabar hari ini antara lain menyatakan kekesalan seorang ketua pemuda Bahagian Permatang Pauh. Beliau menyatakan kesilapan terbesar umNO ialah membebaskan DSAI dari Penjara. Tanpa segan silu beliau menyebut kesilapan umNO. Apakah benar umNO yang membebaskan DSAI. Bukan Mahkamah? Apakah mehkamah itu umNO dan umNO menguasai mahkamah. Seakan konspirasi ini tak wujud lagi. Tidakkah juga kenyataan ini menghasilkan beberapa persoalan?

01. Apakah benar umNO menguasai mahkamah?
02. Jika tidak ,, apakah kenyataan itu boleh disifatkan menghina mahkamah?
03. Apakah itu isyarat selepas ini umNO mesti menguasai sepenuhnya mahkamah?
04. Apakah umNO akan menastikan DSAi akan ke penjara semula selepas ini.

Persoalan itu adalah sambilan jika pemimpin umNo tidak membetulkan kenyataa terbuka perwakilan mereka.Dan haruskah Pakatan dan Rakyat boleh meletakkan harapan keadilan dari mahkamah yang ada??


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Rabu, 25 Mac 2009

Bukit Selambau:LAWAN TETAP LAWAN -malaysiakini

Semakin dekat tarikh penamaan calun semakin hangat suasana PRK Bt Selambau kali ini. Malam Isnin 23 Mac lalu program memperkenalkan calun dan ceramah bersama DSAI telah di gempur oleh si Topi Merah dan si Jaket Kuning. Mereka menyembor air kimia dan menembak rambang gas pemedih mata yang menyebabkan kira2 10,000 hadirin bertempiaran lari kerana tak tahan dengan bisanya asap gas tersebut dan jeket kuning menangkap kira2 32 orang hadirin termasuk beberapa pimpinan PKR dan Pas Kedah. Mereka yang ditahan dilepaskan keesokan harinya.

Alasan polis menyuraikan majlis ceramah tersebut atas alasan perhimpunan haram tetapi ironinya permit pada awalnya telah diberikan tetapi ditarik balik pada saat2 akhir yang mana alasannya bagi kita ahli Pakatan Rakyat telah pun boleh mengagakkan nya. Begitulah takutnya parti gerombolan Ameno terhadap program2 yang dibuat oleh pakatan rakyat. Kita juga jangan terkejut jika perkara sedemikian juga akan berlaku disaat kita sedang menghadapi PRK kali ini. Mereka akan melakukan apa saja untuk menghalang dari Pimpinan Pakatan Rakyat untuk berjumpa dan menceritakan hal sebenar politik semasa kepada rakyat. Mereka menjangka jika rakyat tidak didedahkan perkara sebenar rakyat akan menyokong mereka tetapi mereka tersilap percaturan politik kerana rakyat Malaysia telah matang dan berpolitik serta maklumat.

Lagi tekanan diberikan lagi cepat dan pasti kejatuhan mereka. Rakyat Bt Selambau sudah tidak sabar2 lagi untuk menghukum BN pada PRK ini. Tambahan pula lagi benci rakyat bila melihat markas polis (martec) yang sedang disiapkan ditepi IPD Sg Petani sedang disiapkan dan pondok polis didirikan hampir dengan markas Pakatan Rakyat seolah-olah akan berlaku kekacauan dan keganasan pada PRK ini.

Minggu ini juga kita dikejutkan dengan penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan oleh kementerian yang diterajui olah Syed Hamid, menteri yang terkenal dengan kerapkali membuat kenyataan bodah. Alasan diberikan Harakah dan Suara Keadilan mengeluarkan berita berunsur fitnah dan mengelirukan. Rakyat ingin bertanya surat khabar mana yang mengeluarkan berita yang tak fitnah dan tak mengelirukan untuk dibaca?.... adakah utusan malaysia, berita harian atau nak paksa rakyat melihat dan mendengar TV3.......!!!!!!. Atau apakah yang akan berlaku dalam masa 3 bulan ini dalam politik Malaysia yang akan disorokkan dari pengetahuan rakyat Malaysia?. Yang pastinya sewaktu PRK kali ini Pakatan Rakyat akan mengalami pengurangan media untuk sebaran kepada pengundi dan penduduk dan gerombolan BN akan menyogok pengundi dengan berita2 hanya mereka sahaja yang baik,perihatin dan membela rakyat dalam media kesayangan mereka dan pasti kali ini diberikan secara percuma kepada pembaca menjelangnya hari penamaan calun sehingga hari pembuangan undi kelak.

Berbalik kepada Bt Selambau telah berlaku pertemuan para pengkianat parti dilokasinya kelab cinta sayang. Kehadiran agak membanggakan kepala segala pengkianat. Hampir 40 orang hadir dan ini temasuklah beberapa bahagian PKR yang mana ketua bahagiannya tidak sehaluan dengan pimpinan negeri bermesyuarat dan mencari jalan serta resolusi untuk mengalahkan calun PKR dalam PRK kali ini. Pertemuan ini juga melibatkan calun2 yang tidak dipilih untuk bertanding yang telah termakan hasutan dan terkena jarum bisa dari kepala pengkianat iaitu si Zamil Ibrahim. Maka adalah keputusan dibuat antaranya menetapkan calun bebas dan telah dibuktikan dengan keluarnya siaran di TV3 iaitu Radi Md Lazim akan bertanding sebagai calun bebas dan mengeluarkan kenyataan2 haprak tentang Pimpinan PKR.Juga akan keluar selepas ini pula keburukan mengenai calun PKR yang dipilih iaitu Manikumar untuk disebarkan tanpa henti sepanjang PRK kali ini.

Kepada Zamil pula gerombolan BN telah menyediakan seorang Pemberita khas untuknya menjalankan kerja2 kotor ini. Pemberita ini sentiasa dengan kameranya dan tulisannya mengikut kemana sahaja Zamil pergi dan menyiarkan keburukan samaada perkara yang sengaja dirancang atau keburukan yang dirakam untuk didedahkan. Jadi AWASLAH Pakatan Rakyat!!!!!!!!!. Bagi Pimpinan PKR negeri antara yang hadir adalah dari Baling, Pendang dan Padang Serai. Padang Serai diwakili oleh seorang ahli majlis yang kontraversi yang telah didedahkan beberapa kali kerja pengkianatannya tetapi tidak diambil pun tindakan terhadapnya.

Kepada Zamil ingin kawan2 berpesan kepadanya....Jaga lah marka yang bawa dari luar negeri tu....walaupun bukan dari monggolia tapi wajahnya hampir2 sama dengannya. Pada hang dok buat kerja2 kotor dan dimarahi oleh orang adalah lebih baik hang tumpukan masa kepada sidia. Waktu yang ada hang ajar dia mengucap dan ajar di solat dan niat berpuasa sebagai persedian untuk dijadiakan yang nombor 3. Mentor hang moktar Mansur mesti tersenyum jika beliau membaca perenggan ini.Walaupun hang dok cari keburukan orang hang jangan lupa orang juga dak teropong keburukan hang.

Cukuplah kekayaan segera yang hang dah dapat. Ingatlah sama dosa dan pahala. Walau sekaya mana pun hang dengan kereta2 dan motosikal serta rumah mewah bila sampai masa nanti pasti menyahut seruan Ilahi. Masa itu hang pikirlah betapa sengsaranya waris2 hang untuk menyempurnakan jenazah hang.Hang nak panggil orang2 Ameno untuk menguruskannya............

Hahaha.....Lu pikirlah sendiri.

Wassalam....Jumpa lagi.

Jin Brabus.
 
N25 Bukit Selambau

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Biodata Ir. Muhammad Nizar-malaysiakini

Salam Perjuangan…

Baidata Calon PAS P059
Nama : Ir. Muhammad Nizar Bin Jamaluddin
Umur : 52 Tahun
Tarikh Lahir : 17 Mac 1957
Tempat Lahir : Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak

Keluarga
Isteri : Fatimah Binti Taat
Anak : 8 Orang -
Anaknya yang pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan.
Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan.
Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon.
Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Taraf Pendidikan

  1. Mendapat pendidikan awal di Kampar.
  2. Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
  3. Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.
  4. Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
  5. Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Pengalaman Kerja

  1. Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari.
  2. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus).
  3. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
  4. Perunding (M/E) Mecs Engineer.

Jawatan Dalam Parti

  1. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
  2. Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar.

Keistimewaan

  1. Selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.
  2. Walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.


    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "