Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 30 April 2009

n12 penanti : BN perlu letak calon dari SPR-malaysiakini

SPR wajar meletakkan calonnya mewakili BN bagi menentang Pakatan Rakyat pada PRK DUN Penanti. Ini kerana telah terang bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat oleh SPR semuanya menyebelahi BN termasuk isu pondok panas dan menghadkan jumlah pernyokong pada hari penamaan calon dan lain-lain.
 
Jadi eloklah SPR memohon kepada Najib supaya calon SPR yang diletakkan di DUN tersebut untuk mewakili BN. Lagipun BN sendiri takut untuk meletakkan calonnya.
 
Mungkin Pengerusi SPR, Aziz Yusof atau Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad boleh bertanding untuk menentang calon PR.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Rahsia Altantuya????-malaysiakini

Kj pernah bertemu bapa Altantuya.... apa kisahnya mungkin Kj tahu lebih pasal Altantuya...

Najib jangan himpit Kj sampai dinding nanti menyesal...


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Rabu, 29 April 2009

n12 Penanti: Perlumbaan telah bermula -malaysiakini


Gendang perang baru dipalu.. bersedia tengok siapa bakal menyahut..


Menanda perlumbaan sudah bermula.. sinting lengan bersedia beradu..


Elok la siapkan diri.. pastikan talipinggang dipasang rapi.. jangan tengok saja ada tapi spec entah apa2..


Tunjukkan skill yang mana ada.. jangan biaq tersimpan, rendam lama2 takut karat..


PKR oii.. seantero Malaya dah tau.. ni kubu kuat hangpa.. bukan takat kalah.. kurang majoriti saja hangpa dah malu gelabah.. kudung kepala ooo...


Tegak demokrasi elok2.. mata jangan di jolok.. elakkan perkara yang tak elok.. hudoh orang tengok..

 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

n12 penanti:Dr Mansor calon PKR -malaysiakini

Tahniah kepada DR MANSOR OTHMAN yang telah di umumkan sebagai calon PKR di PRK N12 Penanti dan jika beliau menang akan di lantik sebagai TKM1 Pulau Pinang. 
 
Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale, pernah menjadi setiausaha politik Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.Dan sekarang menjawat jawatan sebagai Tim Pengerusi Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi setelah mendapat 4,696 undi.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus darinya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Kerusi DUN Penanti berada di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihanraya umum 2008, kerusi itu dimenangi oleh Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat yang memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abd Jalil Abd Majid yang memperolehi 5,127 undi. Majoriti undi yang diperolehi oleh PKR ialah 2,219 undi.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Sabtu, 25 April 2009

Najib lebarkan lubang kubur BN -malaysiakini

Jika BN membuat keputusan tidak menyertai Pilihanraya Kecil kawasan Dun Penanti, atas apa alasan sekalipun, mereka bakal menghadapi tekanan penghinaan yang kuat kerana didakwa penakut. "Kalau masuk pun BN tahu mereka akan kalah teruk ..." Itulah antara ayat yang membingitkan telinga.

Sewaktu Barisan Alternatif (BA) memboikot satu pilihan raya kecil di Pahang, masa Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri, itulah kata-kata yang dilemparkan terhadap BA. Masa itu mereka kuat. Angkuh orang kuat, semuanya kena pada mereka. Apabila tanpa ditaja sesiapa muncul seorang calon bebas, maka BN menggunakan seluruh kekuatan jentera Pusat dan negeri berdepan dengan calon bebas dengan mengisytiharkan kononnya calon bebas itu ditaja BA.


Adakah dengan tidak menyertai pilihan raya, bermakna BN berjaya 'menyelamatkan' wang dan masa rakyat dari dibazirkan? Belum tentu, kerana tiada siapa berhak menyekat calon bebas dari turut serta. Seorang dari 13 bekas calon bebas Bukit Selambau menghantar borang pencalonan di Penanti sudah cukup untuk SPR dan polis terpaksa 'membazirkan wang'. Pakatan Rakyat tidak akan menyerang calon bebas, sebaliknya akan menghalakan peluru berpandu kepada Najib dan BN, sedang BN tidak berhak untuk berceramah di Penanti kerana mereka tidak bertanding. Sanggupkah BN berputih mata melihat suasana itu?

Andaikan pula BN turut menghantar calon bertanding dalam Dun Penanti, mereka akan menghadapi dua tekanan.

Pertama, Najib akan dituduh lidah bercabang. Najib sudah terlepas cakap mengatakan pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana bukan berlaku kematian. Katanya, ia cuma mainan politik KeADILan. 'Tidak perlu diadakan' bermakna Najib mahukan Adun KeADILan terus mewakili Penanti. Dari awal dia mengatakan, ia satu mainan politik KeADILan. Kalau tiba-tiba dia menyerah leher pula dalam permainan (atau lebih tepat disebut perangkap) maka na�f sangatlah politik Najib.

Kedua, BN akan kalah teruk lagi. Reputasi Najib merudum lagi. Pakatan Rakyat akan berpesta lagi. Beratus ekor lembu dan kambing akan turun menjadi korban meraikan kemenangan bersiri. Rakyat akan mengulang-ulang lagi kata-kata, "BN di penghujung usia, nazak dan dah nak mati ..." Ungkapan dan suasana itu akan lebih digeruni dari kutukanmengatakan BN penakut.

Majoriti senyap akan kembali

Pendek kata, percaturan politik Anwar Ibrahim benar-benar mengasak BN ke penghujung jalan; ke kanan jurang, ke kiri gaung. Pilihlah mana satu untuk mereka terjun. Najib adalah seorang Perdana Menteri yang betul-betul dalam dilema. Dia memimpin BN di zaman kegelapan.

Bagi mengembalikan sokongan rakyat dia telah melakukan pelbagai pembaharuan. Untuk menghadapi kebangkitan bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat, Najib memperkenalkan 'One Malaysia' satu konsep yang ditiru dari 'Malaysian Malaysia' tajaan DAP. Berjanji akan mengkaji penghapusan ISA, mengembalikan permit akhbar parti politik dan mengumumkan kononnya zaman 'kerajaan lebih tahu' sudah berakhir adalah antara strategi menghadapi gelombang kebangkitan rakyat.

Dengan bersikap lunak terhadap rakyat, Najib berharap sokongan 'majoriti senyap' akan kembali. Percaturannya salah bagi mengekalkan kuasa BN. Tapi dengan tidak melakukan pembaharuan itu, kuasa BN lebih cepat menghadapi kehancuran.

Dilema yang sama pernah dialami oleh Mikail Gorbachev. Dia perkenalkan 'glasnost & perestroika' (perubahan dan pembaharuan) bagi membendung kebangkitan golongan antikomunis. Gelombang penentangan terhadap Kesatuan Soviet tidak hancur tapi dia yang turun dulu.

Presiden Africa Selatan, FW De Clerk memperkenalkan pembaharuan menghapuskan dasar Arparteid. Dia menghalalkan semula ANC yang diharamkan serta membebaskan Nelson Mandela. Tetapi akhirnya, bukan setakat Arparteid, politik De Clerk pun turut berkubur.

Jika contoh terlalu jauh, lihat sajalah di negara jiran Indonesia. Di zaman Suharto parti politik yang menggunakan nama Islam dianggap subversif dan diharamkan. Golongan yangbercita-cita menegakkan negara Islam dianggap musuh negara. Mereka ditangkap dan diseksa ala ISA.

Apabila gerakan reformasi mengambil tempat, Suharto turun takhta dan Naibnya BJ Habibie mengambil alih. Habibie juga adalah pemimpin Golkar, parti yang yang tua dan bermasalah macam Umno. Tetapi Habibie nampak lebih baik dari Suharto. Dia melakukan pembaharuan demimengambil hati rakyat.

Jika Najib menubuhkan Kabinet Rakyat untuk menyaingi pengaruh Pakatan Rakyat, Habibie menubuhkan Kabinet Pembangunan Reformasi untuk menyaingi pengaruh reformasi. Rakyat bebas menubuhkan apa jua parti politik serta bebas turun ke jalan raya. Rakyat amat menyukai pembaharuan Habibie, tetapi mereka membenci Golkar dan menumbangkannya dalam pilihan raya.

Percayalah Najib akan melakukan bermacam-macam pembaharuan dalam negara. Tidak pelik kalau ruang demokrasi yang sempit sekarang ini dibuka seluas-luasnya oleh Najib. Macam Gorbachev, De Clerk dan Habibie juga, Najib nampaknya cuma meluaskan lubang kubur Umno dan BN.



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

PRESIDEN PAS CABAR BN BERTANDING DI PENANTI -malaysiakini

Presiden Pas, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang mencabar agar Umno@BN bertanding di Dun Penanti. Cabaran ini dibuat semasa Tuan Guru merasmikan Mesyuarat Agong Pas Kawasan Bachok, Kelantan.

Cabaran ini dibuat memandangkan Umno@BN terus berdolak-dalik dan cuba mencari alasan seperti ingin mengelakkan mereka dihakimi oleh rakyat sekali lagi dalam pilihanraya kecil.

Umno@BN kini bersikap defensif serta cuba 'melakonkan' watak baik kononnya tidak mahu membazirkan duit rakyat dengan menyertai pilihanraya di Penanti

Sejak bila pulak Umno@BN pandai berjimat cermat guna duit rakyat? Bayaran pampasan yang tak sepatutnya kepada konsortium yang membina Jambatan Bengkok yang dibatalkan berjumlah lebih daripada RM 200 lebih daripada cukup untuk mengadakan lima kali pilihanraya umum. Begitu juga dengan pembaziran duit rakyat akibat pampasan yang bakal dibayar oleh kerajaan Umno@BN Pahang sebanyak RM 63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan. Semua ini menunjukkan kejayaaan dasar jimat cermat kerajaan Umno@BN memerintah negara.

Banyak lagi kejayaan hasil jimat cermat kerajaan Umno@BN yang tak perlu diungkapkan yang sudah muak kita mendengarnya setiap hari.

Jika Umno@BN selama ini begitu mendabik dada dan angkuh mengatakan mereka masih mendapat sokongan rakyat hasil perubahan dalam umno kenapa takut untuk menyertai pilihanraya di Penanti? Adakah mereka bimbang lebih banyak maklumat atau rahsia penyelewengan dan skandal akan diketahui oleh rakyat? Bukankah mereka menguasai rangkaian syarikat telivesyen dan akhbar untuk menjelaskan 'kebaikan' Umno@BN?

Umno@BN perlu belajar sejarah perjuangan Pas yang tetap bertanding dan meletakkan calon walaupun kawasan yang ditandingi sebelum ini adalah kawasan yang menjadi kubu kuat Umno. Malah dalam beberapa siri piliharaya sebelum ini, Pas sering hilang deposit bagi kawasan yang ditandingi seperti di Johor, Sabah dan Sarawak. Tetapi pernah tak Pas menarik diri daripada tidak bertanding dengan memberi kemenangan percuma?

Oleh itu Umno@BN sebenarnya tidak ada alasan untuk tidak bertanding di Penanti. Kalah menang adalah adat dalam pertandingan. Tetapi mengaku kalah sebelum bertanding melayakkan pemimpin Umno@BN yang ada sekarang lebih afdal duduk di dapur daripada cakap bergegar-gegar sampai bergoyang mikrofon!


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Si Hilmi Rupanya Adalah Anak Dato' Malek? -malaysiakini

 

Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini.

Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek.

Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?.

Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan.

Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini. - Pahangdaily




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ketua Perhubungan Negeri: Pusing tang mana pun UMNO tetap bermasalah…

Bubuhlah sapa pun menjadi Ketua Perhubungan Negerinya kalau dah yang dipilih tu penuh dengan masalah bilanya nak pulih.

Seperti ketandusan pemimpin diperingkat negeri, nama-nama yang sepatutnya menjadi peneraju peringkat negeri dilupuskan dari percaturan Najib kali ini.

Yang bestnya menteri Besar yang telah dijatuh hukum pun menjadi pilihan.

UMNO sekarang ni tercungap-cungap menyedut udara politik yang dah dikotorkanya.. di tambah lagi dengan perlantikan ketua -ketua Perhubungan Negeri yang baru ni menambahkan lagi sosak nafas sementara menunggu ambulan datang menjemput.

Kita lihat dibawah ini antara senarai yang terpilih.

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal…Malang penyokong Umno Kedah

PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…diberi tugasan khas setelah menjadi penolong di Perak ( dah takde pemimpin umno Pulau Pinang yang layak untuk jadi ketua perhubungan negeri kot )

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak…Selangor dah pupus pemimpin..ini pun yang dimahukan negeri

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin…tak tau nak tulis apa tak de idea

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam…ni yang paling hebat, dah jatuh hukum pun layak

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein…nak ajar orang ganu cakap gomen & MB tak power lagi

Ahli Majlis Tertinggi antara yang dilantik, iaitu:

Datuk Seri Rais Yatim…ok ke
Datuk Nazri Aziz…boleh pakai ke ni
Datuk Jamil Khir Baharom…baru disesah Che Det
Datuk Seri Ali Rustam…dua kali namanya, mungkin ada pertalian dengan Hang Tu…
Tan Sri Rafidah Aziz…kalah yang terpilih ( mungkin Najis kesian pasai kasut dia tercabut masa Che Det umun nak letek jawatan dulu kot )
Datuk Seri Shahidan Kassim…pemberontak pun dapat jawatan, nak ambil hati kot

Ini sajalah muka-muka melayu UMNO terakhir yang selayaknya pada kacamata Presiden UMNO. Kita tak boleh nak salahkan Najib, sebab ni je yang dia ada.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Jumaat, 24 April 2009

isu Fairus : SPRM mula main wayang-malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan rasuah kerana tidak cukup asas.

Dalam alasannya itu, SPRM mendapati Fairus ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London, bagaimanapun, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus.

Namun, keputusan itu dikatakan 'kurang disenangi' SPRM Pulau Pinang, yang menyiasat kes tersebut yang berpendirian sebaliknya.

Menurut sumber, sebelum itu pihak SPRM negeri telah mencadangkan agar Fairus didakwa. Ini berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi sewaktu siasatan.

Dalam pada itu, pihak SPRM Pulau Pinang dikatakan tidak dimaklumkan keputusan itu terlebih dahulu. Sebaliknya 'sumber SPRM' di ibu pejabatnya dipercayai telah menghubungi Fairus secara langsung.

Malah sehingga kini, media hanya menyatakan keputusan itu daripada sumber SPRM, tanpa memetik jurucakapnya.

Ketika ditanya media semalam, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim enggan mengulas kes berkenaan, dipercayai kerana pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi.

Seorang pegawai SPRM Pulau Pinang yang dihubungi Alahai... mengesahkan pihaknya belum dimaklumkan keputusan tersebut, dan terkejut dengan keputusan berkenaan.

Dan lebih menimbulkan persoalan, apabila Fairus sendiri merasakan seolah-olah terkejut, apabila mengetahui dirinya 'bebas' dan tidak akan didakwa.

''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya kepada Utusan Malaysia .

Apakah ada tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan SPRM di Kuala Lumpur, yang dikatakan keputusan itu ada hubungkait dengan pilihanraya kecil Penanti yang mungkin akan diadakan nanti ?



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

ADAKAH OSMAN JAILU KE 2 AKAN MUNCUL?-malaysiakini

Sudah lama hati ini berkeinginan untuk mencoret sebuah warkah buat sahabat-sahabat seperjuangan. Saya sudah lama melihat gerak geri penyokong PR sejak awal penubuhannya. Kesimpulan yang dapat ditulis di sini ialah, PR memiliki penyokong yang ramai, tetapi beberapa kerat sahaja yang mendokongnya. Kalau sebelum ini, saya lebih suka menasihat golongan biru, tetapi hari ini, saya ingin memberi nasihat juga kepada PR. Nasihat itu adalah untuk semua.

Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan kepada anda ialah, "kenapa anda menyokong PR?". Sudah pasti anda akan menjawab bahawa anda menyokong PR kerana PR memperjuangkan keadilan dan hak rakyat.

Sekiranya anda hanya menjawab sebegini sahaja, maka jawapan tersebut belum lengkap. Sepatutnya anda menyokong PR kerana PR menegakkan keadilan, dan keadilan itu adalah satu suruhan Allah SWT. Anda juga perlu menyatakan bahawa aku menyokong PR kerana PR memperjuangkan Islam. Islam itulah yang memperjuangkan keadilan.

Ramai penyokong PR yang menyokong kerana semangat semata-mata. Mereka lupa bahawa semangat itu pasti akan berkurangan dan akan bertukar lemah semangat. Tetapi, anda perlu betulkan perjuangan anda berdasarkan kefahaman! Anda perlu faham kenapakah aku berjuang di dalam PR. Anda juga perlu tahu bahawa sekiranya PR itu tidak memperjuangkan Islam, anda perlu meninggalkannya.

Begitu juga keadilan. Sekiranya PR tidak lagi menegakkan keadilan yang Allah suruh, maka perbetulkanlah ia. Sama seperti PAS hari ini yang berusaha membetulkan kerajaan BN yang sekian lama telah melakukan jutaan kesilapan. Wahai penyokong PR, janganlah anda menjadi BN yang kedua. Janganlah anda membentuk kezaliman baru, untuk menjatuhkan kezaliman yang lama.

Kezaliman baru itu ialah berjuang bukan atas tiket Islam. Tetapi dengan tiket menuntut hak poket sendiri semata-mata. Walaupun orang menyatakan bahawa perkataan "jangan" itu bahaya untuk digunakan, tetapi bagi penyokong PR, saya wajar menggunakannya. Janganlah anda menjatuhkan BN kerana mereka merampas hak anda semata-mata! Ini kerana, sekiranya mereka telah memberikan hak tersebut kepada anda, tetapi tidak pada orang lain, maka anda akan seronok dan lupa diri.

Lihatlah apa yang terjadi pada Osman Jailu, akibat kesilapan tujuan di dalam berjuang, akhirnya beliau tersungkur di tengah jalan, lalu dilanggar kereta… Jadikanlah individu Osman Jailu itu sebagai pengajaran supaya kita tidak menuruti jejak langkahnya. Ini kerana pada mulanya, beliau bersemangat menentang BN kerana kezaliman BN, tetapi akhirnya dia sendiri yang mencipta kezaliman baru yang menyebabkan seluruh Negeri Perak dilanda kemelut.

Beliaulah salah seorang yang tidak memahami erti perjuangan PR. Memang merugikan. Saya yakin, Osman Jailu akan bertambah bilangannya sekiranya penyokong PR hanya berjuang kerana semangat, dan tidak memahami apa ertinya aku berjuang. Inilah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pejuang kebenaran. Fikirlah bersama.
 
 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Khamis, 23 April 2009

kerajaan PR PP diarah bayar RM14.6j kerana kebodohan kerajaan BN dahulu-malaysiakini

Kerajaan negeri Pulau Pinang diarahkan membayar RM14,678,135.50 kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes pertikaian tanah antara kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan seorang individu bernama Tang Hak Ju selaku plaintif. :

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang memberitahu demikian pada sidang media di sini, semalam berkata, kes itu masih dalam proses untuk mengurangkan pembayaran pampasan tetapi sementara menunggu rayuan, mahkamah mengarahkan kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah ganti rugi yang diputuskan sebelum ini iaitu RM29,356,271.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh pembayaran itu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang bagi membolehkannya membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk kelulusan mengeluarkan wang bagi membayar tuntutan tersebut.

Kes ini berpunca daripada tindakan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.28 hektar Di Seberang Perai Tengah kepada Hak Ju tetapi kemudian membatalkan perjanjian itu.
 

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

PELIK DALAM BOLEHLAND -malaysiakini

Segala yang pelik bisa saja diaturkan dalam bolehland Malaysia. Hari ini Gobind Singh Deo menyaman kerajaan Malaysia, speaker Dewan Rakyat, menteri di Jabatan perdana menteri nazri Aziz, setiausaha dewan rakyat kerana perkara yang berkatan dengan penggantungan beliau daripada dewan rakyat. kan ke speaker dewan kebal mengikut perlembagaan malaysia artikel 72 (1). Tetapi kerana Malaysia memang sangat arif membuat perkara yang pelik sehingga mahkamah telah membuat satu precedent kekebalan tersebut boleh dicabut. Dengan ini banyak lagi saman yang akan berbangkit kerana pelik yang dihasilkan bolehland malaysia.

SPR kata nak isytihar tarikh pilihanraya kecil Penanti. Tetapi rakyat bolehland Malaysia kena nanti. Sebabnya ialah SPR kata cop! aku rehat sebentar. Tidak jadi isytihar tarikh. Tak ke pelik tu?Tetapi yang pelik itu tidak pelik kalau kita fahami apa yang sedang berbuih sekarang.

Pertama BN takut nak bertanding di Penanti. Sebabnya ialah ia milu mengenangkan terpaksa telan satu lagi kepahitan yang namanya kekalahan. Oleh itu, Najib telah melontarkan idea tidak mahu bertanding. Tetapi ada Tun penyebuk yang acah suruh bertanding juga. Jadi orang UMNO penin kepala. Maka terciptalah perkara pelik lagi dalam bolehland Malaysia . Apa kata kalau kita paksa Fairuz tu tari balik pengisytiharannya meletak jawatan? jadi nanti tidak perlu pilihanraya kecil.

Petanda kepada perkara pelik ini telah pun tersembul. Pertama, Fairuz didapati bersih sebersih bersihnya oleh SPRM. Tiada rasuah. Tiada itu. dan tiada ini. Maka dia tidak akan menghadapi apa apa kes di mahkamah. Jadi apa perlunya letak jawatan ADUN?

Kemudian SPR buat perkara pelik lain pula dengan mengisytihar untuk bermesyuarat hal pilihanraya kecil Penanti. Tetapi tarikh pilihanraya tersebut SPR kata, nanti! Satu lagi pelik. Apa tak peliknya, SPR mungkin tunggu apa yang diputuskan oleh mensyuarat MT UMNO jumaat ini barulah ia boleh buat keputusan. Kan ke pelik tu dalam bolehland Malaysia.

Kalau sekiranya dapat dipaksa Fairuz tidak meletakkan jawatan ADUN, maka tidak perlu pilihanraya, dan dengan itu SPR akan segera buat pengumuman pelik lagi: tiada pilihanraya.

Memang mereka suka buat perkara yang pelik. Tetapi bagi mereka itu bukan perkara pelik. itulah tanda Malaysia ini berada dalam bolehland.
 
Oleh itu, tiada apa yang pelik di Malaysia. Melainkan satu sahaja. Di Sepang, Selangor.

Sungai Pelek

dari blog hamirdin
 
 
 
 
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Rabu, 22 April 2009

Dimanakah Puteri Zainah ?????? -malaysiakini


Masihkah kita ingat setiap kali menerima PM baru pasti negara ini menjadi tumpuan pemimpin dunia menghantar ucap tahniah..... Namun bila Najib naik jadi PM berlaku sebaliknya seperti Malaysia tiada di mata dunia.

Maka media tempatanlah yang main peranan hebat puja Najib. maka bukan sedikit ruang kononya eksklusif ....interview Rosmah, Toh Puan Raha (mak Najib)...

Tapi kenapa tiada media yang nak interview janda Najib Puteri Zainah. Bukan sedikit masa yang mereka hidup bersama, sehinggalah Rosmah datang membomohkan Najib. Tentu banyak cerita menarik juga boleh diceritakan Puteri Zainah isteri pertama Najib.

Selepas bertemu Rosmah, Najib tiba tiba gila dengan Rosmah sehingga sanggup menuduh isteri pertamanya ada penyakit gila babi. Tuduhan ini disiar di media dan disebut di mahkamah untuk memudahkan proses cerainya. Rosmah pula pada ketika itu isteri orang telah juga meninggalkan suaminya dan mendesak cerai dengan membayar tebus talak yang tinggi nilainya.

Persoalanya kini sudahkah Puteri Zainah pulih kerana 'gila babi"...? benarkah Puteri Zainah gila babi atau sengaja dituduh Najib untuk memudahkan cerai atau memang dia terkena buatan sihir angkara Rosmah..?





!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Ahad, 19 April 2009

PRK Penanti : Ada komplot untuk menidakkan prk Penanti??????-malaysiakini

Di jangkakan kemungkinan tidak akan ada PRK Penanti.... Sebabnya!!!!!!!! SPR hanya akan bermesyuarat pada hari Rabu tetapi keputusan mesyuarat hanya akan di umumkan pada hari Jumaat...
 
Kenapa????????
 
SPRM pula akan mengumumkan keputusan siasatan keatas mantan TKM1 P.Pinang pada hari khamis.. Dijangkakan hasil siasatan didapati Fairus tidak bersalah dan tiada kes disabitkan.
 
Dan pada hari Jumaat SPR akan mengumumkan yang mana surat perletakan jawatan Fairus sebagai Adun tidak sah dan tidak ada PRK Penanti
 
Semua ini telah dirancang untuk memalukan PKR dan sebab itu awal-awal lagi Najis telah membuat kenyataan yang BN tidak akan bertanding di penanti...

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

SPR nak reka satu lagi peraturan 'gila'-malaysiakini

" Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak.

Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil (PRK) iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Idea ini mungkin timbul apabila jumlah penyokong pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) jauh mengatasi jumlah penyokong Barisan Nasional (BN) dalam setiap kali PRK di negara ini, sama ada semasa hari penamaan calon atau hari pengundian. Lebih ketara lagi ialah pada PRK Bukit Gantang baru-baru ini, apabila kita saksikan pada hari penamaan calon, nisbah penyokong kedua belah pihak ialah 1 (BN) : 10 (PR). Begitu juga pada hari pembuangan undi.

Keadaan ini sebenarnya memberikan kemenangan moral kepada PR sendiri, dan ia boleh dijadikan petunjuk kepada keputusan sesuatu PRK itu. Jadi bagi menutup 'kemaluan' BN, SPR mungkin telah diarahkan untuk mencipta satu peraturan bagi menyekat penyokong setiap parti (sebenarnya untuk PR sahaja) daripada hadir beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada PRK berkenaan.

Semua orang tahu bahawa dalam setiap PRK penyokong PR yang datang berduyun-duyun itu datang dengan kerelaan mereka sendiri, dengan perbelanjaan sendiri, bahkan terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk beberapa ketika. Mereka memberikan khidmat dengan penuh ikhlas tanpa meminta dan mengharapkan apa-apa balasan.

Sebaliknya di pihak BN pula, mereka yang datang ramai-ramai (itupun belum cukup ramai) adalah orang-orang yang menerima upah, sama ada wang minyak kenderaan atau belanja makan minum. Kalau tidak ada habuan berupa benda seumpama itu, jangan diharap akan ada orang yang sanggup untuk datang menyokong dan membantu.

Setakat ini rasanya kita tidak pasti dan tidak nampak lagi apakah kaedah dan pendekatan yang akan digunakan oleh SPR bagi merealisasikan hasrat pemimpin-pemimpin BN ini. Kita tunggu perkembangannya...

Sumber: Penerus Perjuangan
"


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Dr Koh sokong Najib, Samy kata tanding-malaysiakini

 Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemungkinan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, mendapat reaksi berbeza dari kalangan pemimpin gabungan tersebut.

Najib, menyatakan kemungkinan itu kepada pemberita di Pekan Pahang kerana BN tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN.

"Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang... kita tidak patut takut berdepan dengan mereka," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, tegas beliau, BN perlu meletakkan calon bertanding di situ memandangkan gabungan itu kini di bawah kepimpinan Najib "yang kuat dan berkemampuan".

"Oleh itu, menang atau kalah, kita mesti bertanding untuk memelihara prestij kita," katanya.

Setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, bagaimanapun berkongsi pandangan Najib bahawa tidak perlu bertanding kerana ia membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat.

Bernama memetik Subramaniam sebagai berkata, sebaliknya masa yang dibazirkan dalam pilihanraya tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang berfaedah.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Menurutnya, ia adalah satu idea yang baik untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil yang berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Rakyat.

Naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan turut menyokong cadangan Najib itu bagi mengelak pembaziran wang dan tenaga, tetapi menyarankan agar kepimpinan BN supaya menghalang ahli-ahlinya daripada bertanding sebagai calon bebas.

Katanya, ini kerana mereka tidak menggunakan jentera BN dan bertanding atas kemampuan dan kebolehan masing-masing.
zmp: mungkin kerana si samy tu takdapat apa-apa jawatan ler yang dia dok bising-bising.. cuba kalu dia pun dapat jawatan senator ke apa.. mesti dia pun diam macam lembu dicucuk idonggg

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Sabtu, 18 April 2009

Mohamed Hanipa Maidin:CAMPUR TANGAN HAKIM AKAN BAWA KE KRISIS KEHAKIMAN -malaysiakini


Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja.

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

  • Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

  • Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


  • Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah. Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu.

    Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

    Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

    Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

    Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

    1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

    6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

    7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

    8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

    Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

    Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

    Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

    Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

    Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

    Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

    Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

    Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.


    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    TERKINI.!!!!! S/U DUN Perak digantung tugas-malaysiakini

    Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah menggantung jawatan setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

    Menurut Bernama, dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini, Sivakumar berkata, beliau menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.
       
    "Saya dengan ini bersetuju melantik Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha DUN sehingga saya mengeluarkan keputusan selanjutnya," katanya.
       
    Sivakumar berkata akan menulis surat untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada pihak Istana berhubung perkara itu kerana sebarang notis untuk memanggil DUN bersidang mestilah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan Speaker.
       
    "Sementara itu, persidangan DUN yang dikatakan akan berlangsung pada 7 Mei tidak boleh diteruskan sementara menunggu untuk mendapatkan penjelasan.

    Persidangan DUN berkenaan terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh lain berikutan keperluan untuk memberikan notis 14 hari kepada Anggota DUN," katanya.

    Semalam Abdullah mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada 7 Mei kepada semua anggota DUN mulai semalam.
       
    Abdullah juga berkata pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.
       
    Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 November 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu, maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihanraya bagi DUN perlu diadakan.

    Notis mengadakan sidang DUN Perak itu dibuat selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ecxconya adalah terbatal dan tidak sah.

    Ekoran itu, mereka kini boleh menghadiri sidang DUN Perak.



    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    N12. PENANTI (keputusan pru12 dan prk p44)-malaysiakini


    Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:

    Melayu...62.9

    %Cina.....33.2%

    India.....2.8%


    Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.


    PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.
     
     
    zmp.. ini la salah satu sebab mengapa si najis 2 takut nak buat prk..... alasan yang di beri kerana membazir..... selama ini bukan kerja depa ka dok membazir...aku rasakan la.. mungkin peruntukan untuk prk dia dah guna bagi kat LAKI dia untuk bershoping

    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    Jumaat, 17 April 2009

    Zahrain nafi konspirasi jatuhkan Fairus-malaysiakini

    PKR Pulau Pinang menafikan dakwaaan wujudnya konspirasi hendak menjatuhkan Mohammad Fairus Khairuddin sehingga beliau terpaksa berundur semua jawatan, termasuk ADUN Penanti.

    Pengerusi perhubungannya Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan bekas timbalan satu ketua menteri itu meletakkan jawatan atas keputusan peribadi setelah berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

    "Saya tak tahu apa konspirasi yang dia maksudkan kerana selama ini perkara ini tidak pernah disebutkan dan setahu saya tiada sesiapapun nak buat jahat atau nak menjatuhkan dia.

    "Dia yang ambil keputusan untuk letak jawatan kerana mahu sambung belajar tetapi bagaimana pula dia boleh kata ada konspirasi untuk menganiayainya.

    "Saya tak faham, lagipun saya tidak fikir Anwar akan buat begitu
    pada dia," katanya kepada kepada agensi berita itu.

    Zahrain berharap semua pihak tidak membuat spekulasi buruk dan sebaliknya menghormati keputusan pemimpin muda itu.

    Beliau turut menegaskan bahawa keputusan dan tindakan Mohammad Fairus itu langsung tidak melibatkan pucuk pimpinan PKR negeri dan yakin tindakan ADUN itu tiada kaitan dengan dakwaan wujud masalah
    dalaman parti itu.

    Ditanya mengapa Mohammad Fairus seolah-olah membelakangkan pemimpin negeri dan berurusan secara langsung dengan penasihat PKR, beliau berkata:

    "Mungkin dia lebih selesa dengan Anwar, saya tidak tahu."

    Zahrain diminta mengulas pendedahan Mohammad Fairus kepada sebuah akhbar berbahasa Cina sehari sebelum mengumumkan keputusannya mengosongkan kerusi DUN itu - mendakwa beliau diperangkap oleh orang dalam partinya sendiri.

    Menurut akhbar itu, Mohammad Fairus mahu PKR membela dan membersihkan namanya daripada pelbagai dakwaan yang mengaitkan namanya dengan operasi kuari di negeri ini dan akan mendedahkan "cerita dalaman" berkaitan dengan operasi gabungan pembangkang itu.


    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    Abdullah dan Najib : Seperti belacan dikerat dua -malaysiakini

    Kita biasa mendengar ungkapan peribahasa yang berbunyi : Seperti pinang dibelah dua ; untuk menggambarkan sepasang suami isteri terutamanya pengantin baru yang sama cantik dan sama padan.

    Namun, terdapat juga satu peribahasa yang memberi gambaran yang sebaliknya. Ianya berbunyi : Saperti belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal hancing

    Begitulah perumpamaan yang boleh dibahasakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi yang telah berlalu dan kepada penggantinya Najib Abdul Razak . Perumpamaan tersebut amat tepat dan bersesuaian sekali jika kita teliti senario yang mutakhir berikut :

    Krisis Perak : Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

    Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Krisis Perak tersebut ialah:

    1. Allaudin Mohd Sheriff
    2. Ariffin Zakaria
    3. Nik Hashim Nik Ab Rahman,
    4. S Augustine Paul
    5. Zulkefli Ahmad Makinuddin.

    Benarkah mereka yang tersebut itu sama busuk dan hancing ....urgh...kerana dikatakan telah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ? "Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja ," kata Bakaq di sini



    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    Khamis, 16 April 2009

    Najib tak berani tanggung risiko lagi (muka kene pangkah!!!)-malaysiakini

    Najib faham rakyat tak boleh terima dia..Skandal Altantuya tak dijawab..Oleh itu, dia tak berani tanggung risiko...Rakyat makin berani..Rakyat sudah bangkit..Najib PM terakhir dari BN!..hahaha Sapa la yang berani buat Najib camni..Kesian dia..Sampai Trauma...Hehehehe





    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    kantoi !!!!!! antara sebab mengapa 10 adun umno Terengganu boikot dewan-malaysiakini

    Semua lubang ditutup.
    Seposen pun mereka tak dapat.

    Punca 10 ADUN mahu singkirkan MB.

    dipinggirkan-tidak dilantik penyelaras DUN.

    - tidak dilantik mereka sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Umno tambahan, apabila mereka kalah dalam pemilihan.

    - tidak diberi kuasa kepada mereka untuk melantik ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.

    - yang menang dapat semua, yang kalah hilang semua.

    Itulah sebab depa memulaukan sidang DUN negeri, Selasa lalu.
     

    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    Terkini!!! PRK lagi...... Mantan TKM 1 P.Pinang letak jawatan sebagai adun penanti

    Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

    Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

    Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

    Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.

    mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

    Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

    Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

    DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
    memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.

    Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.

    Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.

    Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.

    Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

    Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.

    Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

    Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.

    Beliau pernah bertanding di DUN seberang Jaya dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas kepada Datuk Arif Shah dari BN.

    Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:

    Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

    Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

    Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

    Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

    Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    MB Terangganu ' CAP AYAM '-MALAYSIAKINI


    Saya memetik kata-kata Alias Abdullah Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terangganu yang juga Adun Alur Limbat daripada Malaysiakini menjelaskan bahawa Datuk Idris Jusoh tidak terlibat dalam konspirasi memboikot sidang Dun Terangganu yang didakwa untuk menjatuhkan Datuk Ahmad Said, MB Terangganu sekarang.


    Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan,"

    "Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"

    Nampak gayanya wakil rakyat Umno@BN di Terangganu semakin berani 'sembah derhaka' dengan menggelar MB mereka sendiri sebagai MB cap ayam. Apa agaknya reaksi Ahmad Said selepas ni?

    Saya pun tak pasti kenapa wakil rakyat berkenaan tergamak memanggil Ahmad Said,MB cap ayam. Kalau sebut pasal ayam ni, biasanya orang bela, bagi makan kemudian tunggu masa untuk disembelih!

    sumber : blog-list

    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    Rabu, 15 April 2009

    Kerajaan Pulau Pinang Anjur Dailog Sempena Hari Bumi Sedunia -malaysiakini

    Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan dialog antara Badan Bukan Kerajaan (NGO), pembuat beg plastik dan orang ramai semperna Sambutan Hari Bumi Sedunia yang disambut serentak pada 22 April ini dengan tajuk 'Beg Plastik Memudahkan atau Memudaratkan' pada 19 April bertempat di Dewan Bosch, Komplek Masyarkat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

    Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi MMK Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh semalam.

    Menurutnya, penceramah undangan yang akan memperkatakan topik berkenaan ialah Presiden Of Malaysia Plastic Manufactures Association (MPMA), Lim Kok Boon, Penyelaras Kampus Sejahtera Univesiti Sains Pulau Pinang (USM), Prof Madya Lee Lik Meng dan Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Puan Hatijah Hashim.

    Selaras dengan visi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai sebuah Bandaraya Antarabangsa yang menjadi tempat pilihan pelabur dan destinasi pelancongan serta tempat kediaman yang inginkan kehidupan lestari penggunaan beg plastik walaupun nampak remeh tetapi mempunyai hubung kait yang tinggi bagi mencapai matlamat agenda hijau.

    Selain itu tujuan utama dialog berkenaan adalah untuk memberikan orang ramai mengemukan pandangan mengenai polisi jangka panjang penggunaan plastik bagi mencegah kemerosotan alam sekitar pada masa depan.

    Pembuangan beg plastik sebenarnya menimbulkan masalah pada bumi ini kerana pereputannya mengambil masa 1,000 tahun. Akibat kealpaan masyarakat dunia boleh menyebabkan keruncingan alam sekitar tambahan lagi ketiadaan kecekapan serta kemahiran yang tinggi terhadap program kitar semula.

    "Semua masyarakat yang cintakan Bumi Hijau wajar datang menjayakan program itu kerana di samping mendengar pandangan daripada penceramah khas peserta juga akan diberikan cenderahati dan melihat sendiri pameran kecil yang disediakan oleh pihak penceramah," katanya.

    Program yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri itu ditaja oleh beberapa syarikat seperti TESCO, MPMA, GAMA, PACIFIC, SUNSHINE, GAINT, JUSCO, D Playgraound Event, Tzu Shi dan lain-lain.

    Menurut Phee Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu, sesiapa juga boleh mengemukakan pandangan kepada kerajaan menerusi e-mail thingsiewshuen@penang.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau mengubungi Cik Thing ditalian 04-6505112.



    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    BLACK 14 hanya akan tinggal sejarah?-malaysiakini






    Pic semasa sambutan Black 14 2004, gambar besar DSAI itu cheGuBard yang buat dengan harga RM380, tetapi dirampas Polis dan tidak dikembalikan sehingga kini walau diminta dengan surat rasmi. Celaka betul depa ni..

    Imej diatas sudah tentu menginagtkan kita kembali ke zaman sakit disebat FRU, dan lapar ketika dilokap. Black 14, ialah gelaran kepada 14 April dimana seluruh aparat kerajaan telah diperkuda secukupnya demi memenuhi nafsu gila pemimpin. Maka tarikh 14 April setiap tahun dikenang sebagai hari kemuncak kezaliman.

    BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

    BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

    Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

    Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.
    Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah 'tahap kemuncak' kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

    Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan 'kuasa' sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

    Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan 'kuasa' tersebut secara sepadu dan zalim.

    Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.

    Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

    Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

    Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.

    Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

    Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.

    Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

    Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.

    Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

    Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.

    Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

    Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.

    Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan 'kuasa' dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah 'tahap kemuncak' kezaliman di Malaysia.

    Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.

    Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

    Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

    Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan pernah meraikan BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.

    Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).

    Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.
    Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

    Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

    Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.

    Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

    Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

    Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

    Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.

    Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah 'BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA'. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

    Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

    Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

    Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.

    Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.
    Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard

    Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

    Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

    Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

    Berbekalkan tema 'DEMOKRASI YANG TELAH MATI', komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.

    Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.

    Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.

    Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.

    DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

    Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!

    MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?

    Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.

    DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.

    Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

    Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?

    Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.

    Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.

    Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – 'Menghitung Masa Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!'.

    Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.

    Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.
    Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.

    Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN pada tahun 1969.

    Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang R.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.

    Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.

    BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.

    Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara

    Tulisan Zainul ini sebagai 'drumming up' menjelang Himpunan Black 14 2008 di Kampung Baru yang meraikan pembebasan penuh Anwar Ibrahim. Ternyata Anwar tidak tunggu lama dari tarikh itu setahun beliau sudah kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Susuk beliau telah berjaya membawa PAKATAN menumbangkan Bn di beberapa siri Pilihanraya Kecil.

    Susuk inilah yang kini dibenci dan ditakuti Bn (baca ; pemimpin kianat dan korup). Kini kemudi negara di tangan Najib sebagai antagonis utama dengan menampilkan semula antoagonis lama, Mahathir sebagai penasihat. Kali ini pasti lebih hebat kerana wujud antagonis pembantu yang cukup tamak dan rakus, Rosmah.

    Seperti biasa saat mula antagonis baru muncul pasti wajah baik ditunjukkan. Ini untuk melemahkan semangat melawan rakyat agar akur menurut. Sementara menurut pasti protagonis akan diselesaikan sebelum wajah antagonis sebenar dimunculkan.

    Jangkaan cheGuBard zaman 'manja' Najib pasti tidak lama sebab ia pemimpin lemah dan naiknya penuh skandal terbeban.

    Sasaran Najib sudah tentu memecahkan perpaduan PAKATAN, ketahuilah agen - agen berbayar beliau sudahpun berada dikalangan kita. Kedua selesaikan Anwar secepat mungkin. Menurut sumber dalaman Anwar akan diselesaikan dengan mempercepatkan kes mahkamah dengan semuanya yang pasti mengikut skrip, kehadiran Mahathir amat diperlukan kerana dia penulis skrip dan pengarah Mahakamh terbaik rantau ini. Selepas itu pasti aparat 'keselamatan' negara akan digunakan sepenuhnya untuk melumpuhkan saki baki perlawanan. Maka beraturlah 'kita' menuju negeri yang baru dirampas kuasa itu.

    Tika ini ikatan kita makin pecah ada yang mahu terus melawan terang - terangan ada yang akan kata nanti dahulu ambil tempoh tenang tunggu pilihanraya ke 13 sahaja. Selepas dari mula dilakukan kekerasan maka akan pasti pasukan yang menaja 'dealing' ke depan sebab pasukan 'tadah dada' sudah ke dalam. Maka perlawanan dikendurkan, kemudian sedikit demi sedikit akan ramai yang berundur sama ada terbeli atau letih berlawan. Maka itu lah tamatnya skrip episod akhir mengikut tulisan mereka.

    Kali ini anak muda perlu berikrar skripnya perlu dirobah. Tempoh selesa antagonis baru jangan diberi lama, dia bukan antagonis lama yang naiknya ditatang dengan harapan cuma dihujung eranya. Antagonis baru naiknya terpalit penuh skandal dan tanda tanya....

    Akan ada satu babak dalam episod ini dimana antagonis lama akan sendiri berkrisis dengan pembantu antagonis kerana dua - dua keras kepala dengan mengatakan antagonis baru harus mengikut kehendak mereka.

    Ini perlukan peranan pemain - pemain muda yang 'anergetic' dan 'kreatif' sifatnya. Umno kini hanya punya pemain politik tua yang ketinggalan sifatnya, yang muda biologinya tua pemikiranya. Contohnya kenapa juak - juak Umno gila - gila mahukan Najib ambil alih Pm sebelum Pilihanraya kecil baru baru ini... Ini kerana mereka sendiri termakan psywar mereka bahawa Umno lemah hanya kerana Pak Lah dan selepas Pak Lah diganti Umno akan kuat. Sebenarnya tidak tidak Umno memang sudah tua dan melemah bagi anak muda Pak Lah atau Najib tetap sama akan di depani... yang benci dan tak suka Pak Lah ialah orang Umno dan jika Pak Lah ditukar kepada Najib ia hanya beri kesan sedikit kepada Umno bukan rakyat.

    Krisis dalaman parti mereka juga makin meruncing, guling mengguling, ADUN mereka tuduh menteri besar mereka mahu bunuh mereka... Ketua Pemuda terasing ke sudut dinding membina parti kononya... antara parti gabungan juga makin terasa...

    Semua ini akan menjadi punca antagonis baru akan cepat menunjukkan wajah sebenar. Rakyat seharusnya jangan tunggu lama, perlu terus menyerang sebelum tersangkut tali gantung ke leher masa itu tidak berguna.

    cheGuBard pasti ketika 14 April tahun hadapan tidak akan lagi duduk di sini merapu mengetuk komputer riba yang dibeli dengan hutang bulanan ini.

    Tahun ini 14 April akan sambut dengan keluarga sahaja...tapi pasti tahun depan ia berbeza....

    dari blog chegu bard

    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


    Najis’ Happy Family-malaysiakini

    najis_family_-album

    Diambil dari sini.



    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

    kerusi TKM1 P.Pinang masih kosong-malaysiakini

    GEORGE TOWN: Sepatutnya pada hari pengumuman siapakah yang akan dilantik ke jawatan YKM 1 Pulau Ping terjawab sudah.

    Namun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan kekal kosong bagi membolehkan Anwar ada lebih masa selesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    ADUN Batu Maung , Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

    Kerusi itu kosong apabila Fairus yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8April lalu.

    Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah



    !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
    http://zulmamakpng.blogspot.com/
    " LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "