Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Isnin, 31 Ogos 2009

KES LEMBU..SAKSI UTAMA MATI DIBUNUH????-malaysiakini

Pihak PRDM dan SPeRMa gagal mencari siapa "dalang utama" kes demo kepala lembu dihadapan SUK Selangor kerana saksi utama telah pun mati dibunuh......

bukan saksi utama

pun bukan saksiyang ni lagi bukan....

yang ni...bukan, bukan

yang ni tak tau apa , kira bukanlah...
macam hero ni bukan saksi tapi bukan, bukantengah berdoa, tak mungkin...

semua bukan, abis mana saksi yang dibunuh....

saksi utama yang telah pun mati dibunuh....BOLEH KE PRDM DAN SPeRMa MENYELESAIKAN KES INI....?

sumber perakkume

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Kenapa Irama Merdeka Tidak Sesyahdu dan Setangkap Lentok Dulu?

"
 Ya persoalannya sekarang yang paling ketara ialah "Kenapa Irama Syahdu Merdeka Tidak Setangkap Lentok Dulu?" Irama sekarang tidak ubah seperti "Teratai layu di Tasik Cini".

Setiap lagu Merdeka yang digubah komposer No 1 negara terdahulu jauh kenapa lebih menusuk sanubari rakyat? Sebagai contohnya, lagu-lagu merdeka yang digubah komposer Maha Zalim, tetap diterima dan mampu menusuk kalbu kerana liriknya ditulis penulis lirik “meletup” kategori C4 dan impaknya menikam tajam menusuk hingga ke tulang rusok Anwar Ibrahim.

Malah lagu merdeka ciptaan komposer maha slow abang ipar kepada Sir Patrik Badawi dalam irama balada islam Hadhari mampu menyentuh perasaan sejagat sehingga ke Monggolia. Kenapa irama One Malaysia ciptaan composer Maha Kejam walaupun penulis lirik asalnya sudah bebas masih tidak mampu menyentuh hati sesiapa pun termasuk Puan Rosmah?

Di mana silapnya?

Apa yang termampu dilakukan oleh Irama Merdeka One Malaysia ialah membangkitkan kemarahan yang memuncak dan mengembangkan perasaan benci antara kaum termasuk YB Sammy Vellu. Selain daripada itu Irama Merdeka One Malaysia terbaru hanya mampu mengulit keresahan dan terlalu syahdu apabila mengenangkan episod kekalahan kekalah demi kekalahan berturutan sebanyak 7 kali yang berjaya dikekalkan.

Irama Merdeka One Malaysia yang diciplak daripada irama asal One Israel hanya “gempaq” di atas kertas tetapi “hapraq” pada realitinya. Ia tidak ubah seperti duplikasi fantasia Umno melabelkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang belum pernah kenal dan bersedia melaksanakan hukum (bukan hukum-hukum) Islam. Bagaimana komposer yang tidak pernah dan belum lagi merdeka mampu menggubah sebuah lagu atau irama kemerdekaan yang berkesan?

Selamat menyambut Merdeka kepada seluruh warganegara dan bukan warganegara yang tinggal secara haram dengan harapan akan timbul satu kesedaran untuk kita sama-sama memilih irama dan rentak baru Malaysia dengan komposer yang baru dalam rancangan realiti Malaysia yang akan datang.

Masa untuk kita memilih sesuatu ciptaan sebenar Malaysia yang berkualiti dunia dan berupaya mengangkat kembali martabat serta maruah Malaysia di mata dan hati rakyat serta seluruh pelusuk dunia termasuk Moggollia yang mempunya ramai model-model cantik dan mampu berbahasa Perancis dan Rusia.

Merdeka. Merdeka. Merdeka.


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

REFORMASI ke 2 akan berlaku??????-malaysiakini

Pemecatan Chua jana Reformasi masyarakat Cina?

Pemecatan orang nombor dua UMNO pada tahun 1998 telah mencetuskan ledakan gerakan Reformasi dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, dan masyarakat Melayu secara khususnya. Baru ini, orang nombor dua dalam MCA telah dipecat, atas tuduhan mencalar imej parti kerana terlibat dalam skandal seks, yang didedahkan akhir tahun 2007.

"Memperlekahkan demokrasi! Mencantas akar umbi Chua! Kemusnahan MCA berpunca dari Ong!" Demikianlah antara slogan yang tertulis pada banner, oleh penyokong Chua Soi Lek yang menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan, berusulkan pembuangan undi tidak percaya kepada Presiden Ong Tee Keat, dan mengekalkan keahlian serta jawatan Timbalan Presiden Chua Soi Lek.

Perbalahan antara dua pemimpin tertinggi dari parti komponen Barisan Nasional kedua terbesar ini telah diberi liputan yang luas dalam ruangan media bahasa Cina. Persoalannya, apakah pertembungan antara dua elit politik ini bakal menjana gerakan Reformasi dalam masyarakat Cina?

Tidak menyentuh agenda besar

Pertembungan antara Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim, walaupun cuba digunakan "skandal seks" sebagai isu, berakhir dengan perdebatan agenda besar seperti rasuah, kronisme, nepotisme, hak asasi manusia, keadilan, kepincangan sistem kehakiman dan sebagainya. Malah, masyarakat Melayu digegarkan dengan laungan "Reformasi", menyaksikan puluhan ribu manusia turun ke jalan raya menuntut perubahan.

Sebaliknya, pergelutan antara Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek, langsung tidak kesampaian untuk menyentuh isu-isu sebesar itu. Chua Soi Lek dihukum untuk kali kedua dengan dvd skandal seks yang sama, yang diibaratkan penyokong Chua sebagai "menyebat mayat".

Namun demikian, mengimbas sejarah pergelutan kuasa MCA, hampir tiada pertembungan yang berlandaskan ideologi, bahkan berpaksikan pendirian dalam isu-isu tertentu. Perselisihan antara Ling Liong Sik dengan timbalannya, Lim Ah Lek juga berpunca daripada pembahagian kuasa, di mana masing-masing mahukan anak buah mereka mewarisi tampuk pimpinan MCA.

Perbalahan ini bersinambungan sejak tahun 2000, sehingga isu pembelian Nanyang Holdings tercetus pada tahun 2001, membuka gelanggang agar kedua-dua puak ini bersilat. Isu "kebebasan media" diketengahkan, Team A yang dipimpin Ling Liong Sik menyokong untuk membeli syarikat media tersebut, sementara Team B yang diketuai Lim Ah Lek membantah pembelian tersebut.

Secara ringkasnya, isu "kebebasan media" hanyalah peluru kepada Team B untuk menyerang Team A. Isu ini dilenyapkan begitu sahaja apabila Chan Kong Choy dari Team B memperolehi jawatan Menteri Pengangkutan merangkap Timbalan Presiden MCA, setelah Mahathir Mohamad bercampur tangan mendamaikan kemelut MCA.

Campur tangan UMNO

Maka, isu pemecatan Chua Soi Lek kini diolah dengan hujah "sama ada ahli mahu MCA yang diperkudakan UMNO, atau MCA yang bermaruah untuk menentukan pucuk pimpinan dirinya".

Jelas, Ong Tee Keat memperjudikan nasibnya apabila melepaskan khabar bahawa seluruh pucuk pimpinan akan meletak jawatan, seandainya EGM diadakan untuk membatalkan keputusan Majlis Presiden kelmarin.

Malah, Pengerusi BN Najib Abdul Razak kini berada dalam kedudukan serba salah, sama ada untuk bercampur tangan dalam kemelut MCA atau tidak. Dalam perkiraan Ong, Chua perlu bergantung kepada "kuasa luar", iaitu Najib untuk bertarung dengan dirinya. Tetapi, seandainya tangan Najib dimasukkan ke dalam celah retakan MCA, maka Ong akan menyatukan sokongan akar umbi untuk melawan "musuh" dari luar.

Jauhi pengaruh UMNO?

Penampilan imej Ong sebagai "penentang UMNO" mungkin disambut baik ahli MCA, malah masyarakat Cina secara umumnya. Persoalannya, gerak-geri Ong Tee Keat ini tidak bermakna, sekiranya MCA gagal menjauhkan dirinya dari UMNO ketika penyelewengan, ketidakadilan dan penindasan berlaku.

Tsunami politik 8 Mac 2008 hampir mengaramkan MCA, pada ambang parti itu menyambut ulangtahun ke-60. Pemimpin MCA yang ditampar oleh pengundi, bertekad untuk "berubah sebelum diubah". Tetapi, sejak Ong Tee Keat mengambil alih pucuk pimpinan, apakah perubahan yang terlaksana?

Penganalisa politik, kolumnis di media internet mula mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mah Han Soon yang menyumbangkan "warna kulitnya" untuk merampas kuasa kerajaan negeri Perak bersama UMNO.

Pemuda MCA yang diketuai Wee Ka Siong, kononnya akan bersuara lantang untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, bagaimanapun berpeluk tubuh untuk memberi laluan kepada FRU membelasah peserta perhimpunan Mansuhkan ISA. Malah, kenyataan media daripada Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang cuba duduk di atas pagar dan mengkritik kedua-dua pihak polis dan peserta demonstrasi, dibidas sehabis-habisnya.

Masa depan MCA

Kegagalan MCA untuk memenangi sokongan pengundi Cina terbukti dalam semua pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12. Malah, apabila calon PAS daripada Pakatan Rakyat, Mohd. Nizar Jamaluddin memperolehi hampir 85% undi Cina di Bukit Gantang, mengharungi segala tuduhan "Negara Islam" yang dilemparkan, MCA diaibkan sebogel-bogelnya.

Jelas, MCA semakin hilang relevannya kepada masyarakat Malaysia secara umumnya, dan masyarakat Cina secara khususnya. Slogan "Tiga Lawan" yang dilaungkan Ong, "Lawan untuk ekonomi! Lawan untuk politik! Lawan untuk keharmonian kaum!" tiada kandungan yang konkrit, malah tiada kayu ukur untuk menilai sejauh manakah matlamat ini tercapai.

Berbalik kepada tajuk, apakah pergelutan antara Ong dan Chua bakal menjana gerakan reformasi dalam masyarakat Cina? Jawapannya mungkin. Sekiranya perebutan kuasa Ong dan Chua ini berjaya membawa kepada kemusnahan MCA, maka politik masyarakat Cina akan mengucapkan "selamat tinggal" kepada MCA buat selama-lamanya.

Dengan itu, reformasi mula terjana secara senyap dalam masyarakat Cina, selepas satu dekad "Reformasi" bergema di Dataran Merdeka.

Oleh Lim Hong Siang

detikdaily


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia'

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 30 Ogos 2009

Malaysia nak beli Patung Garuda Dewa Wisnu Kencana???-malaysiakini


BADUNG--MI: Malaysia kembali melakukan ulah. Patung Garuda Wisnu Kencana (GWK), berupa patung Dewa Wisnu yang sedang mengendarai garuda kini ditawar dengan harga Rp1,5 triliun. Itu diungkapkan Gubernur Bali, Made Mangku Pastika, saat melakukan simakrama (tatap muka) di Wantilan Pura Saka Jajar, Pura Lingga Bhuwana, Pusat Pemerintahan (Puspem), Mengwi, Badung, Sabtu (29/8).

"Malaysia beberapa kali sudah melakukan penawaran kepada pengurus pembangunan GWK. Itu baru sayap dan kepalanya saja yang sudah jadi, bagaimana kalau nanti semuanya sudah jadi? Jangan sampai ini milik bangsa lain," jelasnya.

Patung GWK ini merupakan patung terbesar dunia dengan tinggi 75 meter dan lebar 60 meter dan akan mengalahkan patung Liberty. GWK ini merupakan mahakarya dari seniman Bali I Nyoman Nuarta yang berada di daerah Bali Selatan, tepatnya di Bukit Ungasan, Kabupaten Badung.

"Jangan sampai karya besar seni ini jatuh ke bangsa lain. Ini harus milik masyarakat Bali. GWK itu merupakan karya besar setelah Borobudur. GWK akan menjadi karya terbesar setelah 1.000 tahun berdirinya Borobudur," ujarnya. Nah, untuk itu, Pemerintah Provinsi (Pemprov) Bali akan mengeluarkan obligasi (surat utang) yang dapat dibeli oleh masyarakat Bali.

Hal ini akan memberikan kontribusi kepada masyarakat Bali untuk lebih memiliki sekaligus mendapatkan bunga bagi yang memberikan obligasi tersebut. Pemprov Bali juga berencana untuk menggelar pembukaan konferensi di GWK, seperti konser, pameran kesenian, dan festival skala nasional atau internasional, sehingga dapat memberikan pendanaan bagi pembangunan Bali ke depan.

sumber; MI MediaIndonesia.com

"GWK; 'Siapa" yg membuat tawaran mewakili Malaysia..?

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Sabtu, 29 Ogos 2009

KESIAN PENGANUT HADHARI TAK MENGERTI PERKATAAN TAKBIR


Perkataan TAKBIR dalam Islam, takrifnya adalah kalimat Allahuakbar yang diucapkan kerana mengagungkan Allah, perkataan itu hanya ada pada PENGANUT Islam saja dan tidak salah ugama lain menyebutnya, berbeza dengan ISLAM HADHARI.

Blog2 ubnRM banyak mempersendakan perkataan itu, mereka takut untuk menulis dengan perkataan “Takbir” lalu diolah menjadi TAKE BEER, semua orang tahu KRAjaan ubnRM menyediakan KILANG KILANG ARAK yang mana antara TOKEI nya orang ISLAM HADHARI, apabila mereka mengolahkan perkataan Takbir menjadi TAKE BEER, seolah mereka mempromosikan CECAIR HARAM bagi orang ISLAM yang yakin berulang ulang kali.

Kesian orang ISLAM HADHARI, rupa rupanya tiada perkataan TAKBIR dalam ISLAM HADHARI ye ?, begitu asing bagi mereka rupanya perkataan itu.

The takbīr or takbeer (تَكْبِير) is the Arabic name for the phrase Allāhu Akbar, الله أكبر. Usually translated "God is great" or "God is [the] greatest," it is a common Arabic expression, used as both an informal expression of faith and as a formal declaration, similar to the statement "In God we trust.".

Dan korang cari lah pulak dalam kitab2 Arab makna perkataan TAKBIR, kalau dalam encyclopedia mat saleh ada, mustahil kitab Arab takada, hanya KITAB ISLAM HADHARI wangM’SIAL jah tak ada, sebab itu mereka mempermain mainkan.

Note that takbīr (تَكْبِير) is only the name of the expression, while the phrase itself is "Allahu Akbar". In the Islamic world, instead of applause, often someone will shout "takbir" and the crowd will respond "Allahu Akbar" in chorus.

sumber : guanomanikurai



'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



Baru Betul H1N1 : Hishammuddin Nafi Umno Terengganu Berpecah, Najib kata ”Kita berusaha tenteramkan Umno Terengganu”

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/h1n1.gif Beberapa ketika sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri pada 25 dan 26 Ogos lalu, heboh kembali diperkatakan oleh rakyat jelata, tentang ’undi tidak percaya’ yang akan di usulkan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato’Ahmad Said.

Samada berita atau khabar angin yang bertiup, namun yang pastinya, ia datang dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.


Timbulnya kembali desas-desus mahu menjatuhkan Ahmad itu, menjadi bukti bahawa Umno Terengganu masih berpecah dan masih berbalah.

Dengan itu, sekaligus menolak dakwaan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pada 17 Ogos lalu.


Hisham (H1) Nafi Umno Terengganu Pecah

Hisham menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.


Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu begitu tinggi.

"Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.

"Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu," katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu Stadium Negeri.

Beliau bagaimanapun mengakui, persengketaan pernah wujud di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun katanya perselisihan faham itu telah diselesaikan.

Walaupun media aliran perdana melaporkan kira-kira 5,000 anggota Umno hadir, hakikat sebenarnya tidak sampai 1,000 yang berhimpun.

Yang turut hadir adalah Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Dan yang tidak nampak hadir dalam program yang cuba menonjolkan kekuatan Umno Terengganu itu adalah Idris Jusoh.

”ADUN Ajil, Dato’ Rosol pun tak nampak kelibatnya, kalau (dia) ada senang nampak, pasal dia tinggi (dari orang lain),”kata seorang rakan media memberitahu.


Rosol Nak Masuk PKR

Kemudian, timbul pula versi (cerita) yang dipopularkan oleh Malaysian Insider, yang mengatakan bahawa Rosol dan beberapa konco-konconya akan ’melompat’ menyertai PKR.

Akhbar Internet itu menyatakan, sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR.

”Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai,

”dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR,

”langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad (Said),”lapor akhbar itu lagi.

Rosol Nafi Nak Masuk PKR, akui Umno masih bermasalah

Pada 26 Ogos, sebaik sahaja tamat sidang DUN, Rosol dikejar wartawan sehingga sampai di tepi ’escalator’ yang menuju Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman.

Kemudian, wartawan pun berebut-rebutlah bertanyakan kepadanya, adakah beliau akan keluar Umno dan adakah beliau masuk PKR?

Rosol tidak mengaku malah menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai PKR.

Beliau menyifatkan laporan akhbar Internet mengenainya adalah bersifat provokasi selain bertujuan menjatuhkan imej Umno.

Beliau mengakui masalah dalaman Umno masih tidak selesai namun katanya beliau tidak pernah berbincang atau berniat untuk meninggalkan UMNO.

''Saya tetap bertegas bahawa laporan portal tersebut adalah khabar angin semata-mata. Ini tak akan berlaku dalam kumpulan kita.

''Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UMNO.

''Kita masih lagi wakil rakyat BN, itu tiada kompromi, kita yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak," katanya seperti biasa, sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Selang beberapa minit selepas Rosol membuat kenyatan, beberapa wartawan berkejar memberitahu, Ahmad Said panggil, ada sidang media di pejabatnya.

Ahmad Said syok sendiri

Ahmad Said dalam sidang medianya berkata beliau yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"

"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.

"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Geng Rosol pula kata ’betul’ nak keluar UMNO

Kemudian, dalam masa 24 jam selepas itu, seorang penyokong Idris yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.

Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Tiba-tiba pula dalam akhbar hari ini, Presiden UMNO, Najib (N1) pula berbunyi

Kalau pada 17 Ogos Hisham kata semua perbalahan Umno Terengganu dah selesai, tiba-tiba hari ini, Najib kata "Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu”


Maknanya, Hisham kata selesai, tapi Najib kata tidak lagi, dan yang dimaksudkan sebagai "kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan” itu bermakna Umno Terengganu tidak tenteram dan masih bergolak.

p/s....Aiikkk............. yang mana satu betul ni??

Mula-mula Hisham kata semua dah OK, dah bersatu, tapi tiba-tiba masih ada yang nak jatuhkan Ahmad Said dengan undi tidak percaya.

Kemudian Rosol tak berani nak buat usul undi tak percaya, tapi Rosol kata Gengnya tak akan keluar UMNO dan tak akan masuk PKR.

Lepas tu Ahmad Said pula kata, semuanya akan selesai, ramai ADUN yang sudah kembali menyokongnya, tapi pada masa yang sama menyebut, ada ADUN yang masih tak boleh dikawal.

Kemudian Nawi pula tidak menyokong dakwaan Rosol dan berkata mereka memang ada berbincang nak keluar UMNO.

Dan akhir sekali Najib pula menolak dakwaan Hisham bahawa UMNO telah pulih, telah selesai. Najib kata sedang berusaha ’mententeramkan’ tapi belum pulih lagi!

Hishamudin satu (1) dan Najib pun satu (1), dua-dua pun tak betul belaka.

Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bahawa ’pemimpin UMNO pening kepala, H1N1...........

buletinonline


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



Rabu, 26 Ogos 2009

Surat Terbuka Buat Najib Razak: BUBARKAN UMNO-malaysiakini

Assalamualaikum Dato Seri Najib.

Takziah atas kekalahan ke 7 dari 8 pertembungan di prk di seluruh Malaysia. Tujuan saya menulis surat atau emel ini adalah untuk meminta Dato Seri memikirkan dengan teliti untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Dato Seri, nampaknya sokongan rakyat sudah semakin menghilang semenjak akhir-akhir ini. UMNO di bawah Dato Seri semakin mengecil pengaruhnya walaupun bertindan-tindan fitnah dari pihak UMNO untuk menjatuh PAKATAN RAKYAT. Bukti terbaru ialah ketika prk PERMATANG PASIR yang mana menyaksikan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz langsung tidak menampakkan apa-apa kesan. Walaupun RTM, TV3, Utusan Melayu dan lain-lain terus mencanangkan lagu yang sama, namun nampaknya rakyat sudah tidak lagi menerima bulat-bulat berita yang disampaikan di media massa arus perdana di Malaysia.

Untuk pengetahuan Dato Seri, masalah utama kekalahan UMNO ini berpunca semenjak zaman Dr Mahathir lagi. Kemudian ianya pulih sementara di bawah Pak Lah. Terkini prestasi UMNO sangat mendukacitakan sehingga di label sebagai Parti Taik di bawah Dato Seri. Apatah lagi imej skandal demi skandal yang terpalit sejak sekian lama terhadap Dato Seri sendiri sudah cukup menggambarkan keadaan tenat UMNO itu sendiri. Sebagai rakyat saya sendiri tertanya-tanya mengapakah Dato Seri dipilih menjadi Perdana Menteri sedangkan Dato Seri sendiri tidak tahu kesusahan rakyat kerana Dato Seri sendiri dibesarkan secara mewah.

Oleh kerana UMNO dah semakin tenat, jadi saya cadangkan Dato Seri letak jawatan atau membubarkan UMNO yang nampak semakin tak releven dan tertekan teruk sekali. Memandangkan parti UMNO memperjuangkan Islam sekular, saya fikir sehingga bila-bila pun UMNO tidak akan dapat berlaku adil terhadap rakyat jelata. Apatah lagi dengan pelbagai kes bunuh yang menjadi misteri "berbau" yang boleh mencetuskan ketidakstabilan politik.


Dato Seri, UMNO perlu menyedari kekalahan demi kekalahan UMNO dan BN menunjukkan rakyat sudah tidak lagi memnpercayai lagi tipu helah Dato Seri dengan konsep 1 Malaysia. Dato seri masih lagi nak memperbodoh-bodohkan rakyat dengan ciptaan slogan palsu itu. Demi negara yang tercinta dan demi hari Kebangsaan, BUBARKAN LAH UMNO. BERPADULAH DALAM PAS. TEGAKKANLAH ISLAM.

Salam dari pejuang agama Allah.

TAKBIRR!!


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Gempar... Benarkah UKM pecat Rafizah ( isteri kedua Rohaizat ) ???-malaysiakini



Di khabarkan Rafizah ( isteri kedua Rohaizat ) telah dipecat dari UKM.Rafizah mengaku beliau begitu tertekan kerana menerima ugutan dan rayuan dari Rohaizat supaya mendiamkan diri. Beliau juga diburu oleh sb, polis dan orang umno hingga terpaksa balik ke Pahang.

Dan dikhabarkan sehingga setakat ini Rafizah telah gagal di hubungi.
baca di sini

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



Keputusan Penuh mengikut UPU-malaysiakini

Peti undi PAS BN MAJORITI

samagagah 1397 594 803

pmtg ara 1397 1075 322

pmtg pauh 875 354 521

bkt.indera muda 1302 862 440

kg pelet 738 546 192

Kubang Semang 773 275 498

Tanah Liat 971 500 471

cross street 938 300 638

pmtg tengah 1225 555 570

undi pos 2 6 -4

jumlah 9618 5067 4551
sumber mtd permatang pasir.

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 25 Ogos 2009

Nasib baik di Pahang ,Tapi Kalaulah Kartika Seri Dewi Minum Arak di Kelantan?????-malaysiakini

SAYA tidak dapat nak bayangkan bagai mana gegak gempitanya sekiranya modeling Kartika Seri Dewi Shukarno, 23 meminum arak dan ditangkap serta dibcarakan dalam mahkamah syariah di Kelantan atau Kedah. Apa lagi kalau mahkamah syariah telah menjatuhi hukum denda sebanyak RM5,000 dan sebat. Wou.... raya sakan kaum kerabat di dalam UBN dengan peristiwa itu.

Segenap NGO feminis pejuang hak asasi pun juga akan bangkit serentak. Kemungkinan besar tunjuk-tunjuk perasaan pun akan diadakan di Kota Bharu. NGO bernama MTRK, Perkasa dan sekufu dengannya bersama Umno dan segala macam kerabatnya akan berarak berramai-ramai membantah keputusan itu yang akan disifatkan sebagai zalim.

Akan dinaikan sepanduk mencela kerajaan Pas Kelantan sebagai zalim, kolot, tidak tamadun dan sebagainya.

Kenapa saya membayangkan begitu kerana salah seorang bapa UBN, pernah menghina dan mempersendakan hukum hudud. Katanya kalau hukum hudud dilaksanakan di Kelantan ramai penduduk Kelantan akan kudung tangan dan batu jalan juga akan habis kerana digunakan untuk melontar pesalahan hukud. Kata-kata itu sangat sinis menunjukkan bencinya dia kepada perundangan Islam.

Saya yakin kalau dia menjadi ketua negara dia akan komen dan kritik hukuman sebab itu sebagai ala Taliban atau persis hukuman di zaman Arab jahiliah.

Tetapi nasib baik apa yang menimpa Kartika Seri Dewi itu berlaku di negeri Pahang Darul Makmur. Mahkamah yang menjatuhi hukuman itu juga mahkamah di Pahang. Negeri asal Tun Razak Hussein dan Najib Razak. Negeri yang sejak tahun 1955 diperintah oleh Perikatan. Maka selamatlah negeri Pahang dicela oleh para pejuang kebangsaan itu.

Apabila mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman itu tidak ada apa-apa protes dari wanita Umno, dan puteri Umno. Ia seakan hukuman itu diterima dengan baik oleh Umno. Apakah ini menggambarkan hukuman yang digubal atau dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang itu lebih sahih daripada hukuman yang digubal oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu dulu? Begitukah?

Hari ini Kartika Seri Dewi sepatutnya menjalani hukuman sebat. Beliau telah pun diangkut dari rumahnya di Sungai Siput, Perak oleh Pegawai Jabatan Agama Islam untuk dibawa ke Penjara di Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan. Sampai sekarat jalan, Kartika dihantar balik ke rumah kerana hukuman itu ditangguhkan. Alasannya kerana bulan ini bulan Ramadhan.

Penangguhan itu atas permintan Jabatan Peguam Negara. Kenapa pula ditangguhkan dan apakah kena mengena dengan Ramadhan? Bukankah di bulan mulia ini manusia berebut untuk berbuat kebaikan dan amalan soleh. Pelaksanaan hukuman sebat itu adalah antara tuntutan Allah. Apabila penangguhan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ia menjelaskan bahawa bidang kuasa pelaksanaan hukuman ternyata masih di bawah JPN. Ada hikmahnya penangguhan ini kerana ie menjelaskan antara sebab kenapa perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana masalah pelaksanaan hukuman tadi?

Penangguhan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika itu agak aneh sikit. Apakah kerana ia dibimbang memberi impak kepada kepimpiann 1 Malaysia maka ia perlu ditangguh dan mengambil masa sesuai kerana kejadian itu berlaku di negerinya dan pada masa ini dia PM. Begitukah?

Sekali lagi, keadaan akan menjadi gegak gempita kalau penagguhan itu dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikatakan meragui perundangan sendiri. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikecam. Dalam masa sama kerajaan Pas akan dikatakan tidak bersungguh melaksanakan perundangan Islam dan ianya adalah agenda politik bagi menarik perhatian umah Islam. Tetapi kerana ia berlaku di bumi kelahiran pemimpin 1 Malaysia, maka ia ditangguhkan, dilewat-lewatkan. Dan tidak ada pula suara sumbangan dari mana-mana pihak mempertikaikannya.

Penangguhan sesuatu yang wajib itu tidak baik dilakukan. Kemungkinan dengan penangguhan itu menyebabkan hukuman itu akan berubah. Apa lagi bila ada desakan dan hansutan pihak pejuang hak asasi terutamanya di peringkat internasional menyebabkan ia akan disemak semula. Paling mengesalkan kalau hukuman itu dipinda.

Dalam hal ini kesediaan Kartika untuk membersihkan dirinya kerana minum arak terhalang. Apa kata kalau dalam tempoh penangguhan ini beliau tidak sempat melaksanakan hukuman itu? Apakah pemerintah dalam kes ini kerajaan Pahang akan bertanggungjawab memikul dosanya? Nampaknya begitulah... Apapun syabas diucapkan kepada Kartika kerana redha menerima hukuman berlandaskan firman Allah.

rakyat marhaen

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


Radzi Salleh tak bayar elaun Pegawai Khas selama 7 bulan...-malaysiakini

Pegawai[FAZLI+copy.jpg] Khas Adun Lunas, Mohd Radzi Salleh yang mengisyitiharkan keluar PKR semalam menuntut supaya dia membayar elaun kerja yang tertunggak selama 7 bulan iaitu sejak bulan Februari hingga Ogos 2009.

Menurut Ahmad Fadzli Mohammed Yeop yang dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Mohd Radzi Salleh juga Exco Ke rajaan Kedah yang diamanahkan sebagai Adun Angkat Bukit Kayu Hitam bahawa, sejak dilantik sebagai Pegawai Khas kepadanya di Dun Bukit Kayu Hitam, pihaknya hanya di bayar elaun sebanyak dua kali sahaja iaitu pada bulan Disember dan Januari

Katanya, semasa mempelawa saya sebagai Pegawai Khasnya, dia berjanji akan membayar elaun sebanyak RM 500.00 setiap hujung bulan. Sebaliknya setelah bertugas masuk bulan yang ketiga, elauan yang sepatutnya dibayar ditunda hinggalah ke hari ini”.

“Saya cuba minta beberapa kali kepadanya kerana ingin menggunakan wang tersebut bukan sahaja untuk keperluan periabadi malahan juga sebagai tabungan untuk keperluan orang ramai sekiranya berlaku kecemasan, katanya.

Ahmad Fadzli juga berkata, sejak dilantik sebagai Pegawai Khas di Dun Angkat Bukit Kayu Hitam, Radzi langsung tidak pernah mempedulikan aduan yang telah disalurkan kepadanya, sebaliknya dia (Radzi) lebih dengan urusan peribadi”.

Sebagai contoh, apabila saya menghubunginya untuk berjumpa beliau sering mengelak dan memberitahu bahawa berada di Langkawi dan juga Songkla, Thailand. Kali terakhir saya berjumpa secara tidak sengaja di sebuah restoren nasi kandar di Pekan Jitra pada bulan Mac lalu, katanya lagi.

Dalam peretemuan, Radzi sekali lagi memaklumkan bahawa dia minta tangguh untuk bayar elaun yang saya tuntut, katanya.

Bagi Ahmad Fadzli, tindakan Radzi keluar PKR dan menjadi Adun Bebas adalah sesuatu yang telah dijangkakan kerana sejak dari awal lagi dia telah dapat melihat bagaimana tindak tanduk adun berkenaan yang tidak langsung menjalankan tanggungjawab, kadangkala ia amat meragukan.

Katanya lagi, rakyat di Dun Bukit Kayu Hitam sehingga hari ini masih menunggu janji-janji serta bantuan yang telah dipohon melaluinya, pada hal rakyat di Dun Jitra telah mendapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri melalui Adun angkat mereka.

Akhirnya, Ahmad Fadzli ingin meminta supaya Radzi menjelaskan tunggakan elaunnya selewat-lewat akhir Ogos ini, sekiranya ia masih gagal menjelaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas.



'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

keputusan rasmi PRK Permatang Pasir-malaysiakini


: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83




'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia'

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!













Isnin, 24 Ogos 2009

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR-malaysiakini


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

Politik Durjana dan Kempen Memfitnah dan Memburukkan Pakatan Rakyat oleh Umno-BN di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir-malaysiakini

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang, telah mendedahkan beberapa taktik durjana dalam kempen Pilihan Raya Kecil Umno-BN di Permatang Pasir dalam satu sidang media di Markaz Pemuda Pas Kg Pelet semalam.

Pengundi telah dikirimkan warkah-warkah yang berunsur fitnah melalui pos.
Bukti tersebut telah didapati dan diserahkan oleh para pengundi dari Kg Pelet kepada petugas pilihan raya Wanita KEADILAN. “Bayangkan bahawa sekali hantar menggunakan setem 30sen yang berjumlah RM6000 untuk penghantaran kepada 20 ribu pengundi… jika dihantar sebanyak sepuluh kali akan mendapati keseluruhan jumlah wang, jika diambilkira perbelanjaan lain akan mudah saja melepasi perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR dalam sesebuah pilihan raya kecil,” jelas Zuraida Kamaruddin.
(Gambar: dari kiri, Saudara Zalizan, Zuraida Kamaruddin, dan Rodziah Ismail)

Para pengundi juga telah dikirimkan wang palsu untuk meraih undi di Permatang Pasir. “Cetakan wang palsu adalah suatu jenayah…ia satu taktik untuk menipu rakyat… satu tidakan yang amat tidak bertanggungjawab dan sama sekali bukan mencerminkan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak,” kata Zuraida Kamaruddin.

Serentak itu, enam puluh penduduk telah mengadu kepada wakil KEADILAN di Kg Pelet, Saudara Zalizan bahawa mereka (penduduk) sentiasa diganggu oleh SMS yang berunsur memfitnah Pakatan Rakyat, dan mengugut penduduk supaya tidak mengundi calon Pakatan Rakyat.

(Gambar: Rodziah Ismail menunjukkan wang palsu bernilai RM100)
Wanita KEADILAN dan penduduk terbabit akan membuat laporan polis terhadap kesemua aduan-aduan tersebut hari ini.

Poster-poster yang sangat aib, di mana pihak-pihak yang tidak bermoral dan bertanggungjawab telah memperlihatkan kepada khalayak poster-poster sebegini:

Zuraida Kamaruddin menyelar pihak-pihak yang berselindung disebalik simbol parti politik lain dan memfitnah PAS. Penduduk telah menyatakan kemarahan mereka dan tidak termakan dengan tohmahan-tohmahan murahan sedemikian.

Turut hadir dalam siding media itu ialah Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail yang juga Ketua Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan Wanita KEADILAN peringkat Pusat dan Negeri Pulau Pinang.

“Isu-isu yang ditimbulkan (dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir ini) adalah berbentuk perkauman yang bertujuan melaga-laga antara Melayu dan Cina dan sebagainya…politik durjana…yang hanya berniat memecah-belahkan masyarakat … ia suatu tindakan terdesak Umno-BN yang langsung tidak menggambarkan 1Malaysia yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, bahkan ia adalah suatu dongengan…” tegas Rodziah Ismail.

“Kes wang palsu membuktikan bahawa pihak yang mencetak wang tersebut masih memilih politik wang, boleh dihukum di bawah ISA…pihak berkuasa mesti segera disiasat dan dibawa ke pengadilan mereka yang tidak bertanggungjawab…tidak boleh ditutup hanya kerana laporan berpunca dari Pakatan Rakyat. “ ujar beliau lagi.

Rodziah Ismail juga menegaskan bahawa amalan Umno-BN yang menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya telah berlaku sejak dahulu lagi. Laporan demi laporan telah dikemukakan tetapi tiada satupun tindakan wajar yang diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa.

Petugas Wanita KEADILAN telah mendapati di Kg Ara, Puteri Umno Negeri Pulau Pinang dan Puteri Umno Bahagian Permatang Pauh telah menjadikan pusat atau dewan orang ramai sebagai bilik gerakan kumpulan Umno-BN (gambar bawah).


Rakyat, khususnya pengundi Permatang Pasir, merasakan fitnah yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat adalah keterlaluan dan boleh menatijahkan krisis kepercayaan terhadap Umno-BN dan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia'

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

KENYATAAN MEDIA - Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Berhubung Isu Keluar Parti ADUN Lunas-malaysiakini


Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh, ADUN daripada KEADILAN dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan diambil-alih pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan KEADILAN Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.



YB. HJ. AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah

Jumaat, 21 Ogos 2009

Siapa Hafizah di sisi Rohaizat? ...HAFIZAH...!!!! SIAPA PEREMPUAN INI......????-malaysiakini

Tidak reda dengan isu pecah amanah, sekali lagi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang ada padanya.

Pendedahan terbaru yang dibuat Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi itu berhubung dengan tanggungjawab dan amanah terhadap Rohaizat ke atas isteri keduanya.

Nasruddin memberitahu calon BN, Rohaizat Othman tidak berlaku adil terhadap isteri keduanya, Hafizah, yang dibuat seperti isteri simpanannya.

"Beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada tahun 2005 tanpa didaftarkan selama 3 tahun dan pada tahun 2008 baru didaftarkan secara sah," beritahu Nasruddin.

Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan hendak menyentuh soal hal peribadi, tetapi kerana melibatkan kepertanggungjawaban seseorang individu itu dan pihaknya juga mempunyai bukti terhadap perkara ini.

Nasruddin turut mempersoalkan, bagaimana Rohaizat yang dipilih sebagai calon BN itu hendak memikul tanggungjawab terhadap 20 ribu pengundi Permatang Pasir amnya, sedangkan tanggungjawabnya terhadap seorang isteri tidak dapat dilaksanakan.

Ketika ditanya media lebih terperinci mengenai isteri calon BN itu, Nasaruddin hanya menjawab;
"Isteri tersebut cukup hanya dikenali sebagai Hafizah, berada di Jengka, Pahang dan dahulunya pernah bekerja sebagai Ketua Kerani di tempat kerja Rohaizat selama 8 tahun. Isteri Rohaizat itu sendiri berjumpa dengan saya dan saya mengenali wanita tersebut," jelas Nasrudin lagi.

Sehubungan dengan itu, Nasruddin mencabar Rohaizat menafikan perkara ini secara terbuka sekiranya perkara ini tidak betul.

Pendedahkan tersebut didedahkan Nasruddin dalam sidang media selepas program Perlawanan Bola Sepak diantara Kubang Semang FC dan YB Pakatan Rakyat berlangsung, semalam.

ADAKAH DIA INI HAFIZAH...????















SIAPAKAH WANITA MALANG YANG DI DAKWA JADI ISTERI KEDUA ROHAIZAT...!!!!

KENAPA HAK SEBAGAI ISTERI DINAFIKAN OLEH ROHAIZAT...!!!!

KENAPA ROHAIZAT SANGGUP MELUPAKAN TANGGUNG JAWAP SEBAGAI SEORANG SUAMI...!!

ADAKAH KAUM HAWA ITU PERKAKAS SEHAJA BAGI ROHAIZAT...!!!!



ROHAIZAT...PENGUNDI PERMATANG PASIR MAHUKAN PENJELASAN ANDA.....??????

wargamarhaen

'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia'

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


Mahfudz-BN Guna Tentera; Zahid penipu?

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/atm02.jpgNaib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar menyanggah penafian Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pilihanraya terbabit.

Beliau berkata, dakwaan Zahid kononnya kor perubatan tentera berada di Permatang Pasir adalah kerana program ‘jiwa murni’ dan bukan bertujuan politik .

Mahfudz mempersoalkan, ’Sesiapa di sini boleh yakin dan percaya kenyataan Zahid itu?

Menurut Mahfudz kor perubatan tentera tersebut di letakkan dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

”Kor perubatan tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir, kalau tidak bertujuan politik, itu bertujuan apa?,

”Di tangan saya ini, ada beberapa gambar bukti ‘UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’, khususnya pengundi Permatang Pauh sendiri,”tegas Mahfudz

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/atm031.jpgKatanya, adakah Zahid juga mahu berbohong dan mengkhianati amanah rakyat, setelah rakyat dibohongi dan dikhianati oleh calon UMNO/BN Rohaizat Othman.

Tegasnya lagi, yang mengatakan Rohaizat sedemikian, bukan PAS tetapi tetapi bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak.

Menurutnya, beliau dimakluman, Yusri sudah mula berkempen untuk membersihkan dirinya dari fitnah yang ditohmah oleh UMNO/BN ke atas dirinya.

”Fitnah tersebut menjejaskan maruah keluarganya.Yusri akan terus kemben bersih diri dan keluarganya di atas mana-mana pentas yang diberikan,”tambah Mahfudz


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

UMNO Kini Hanya Mementingkan Undian Melayu Sahaja-malaysiakini


Sumber: TheRockNews
Penulis: Chen Rui Ping
Tajuk: UMNO Kini Hanya Mementingkan Undian Melayu Sahaja


Selain itu, UMNO telah menyerang Pakatan Rakyat Selangor dari pelbagai segi supaya mereka dapat merampas kuasa kerajaan Selangor pada bulan September, mereka melabelkan DAP sebagai parti yang anti-Melayu, anti-Islam, mereka juga melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, akan tetapi, mereka juga mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Langkah UMNO yang menyerang Anwar dan Nik Aziz adalah kerana mereka tahu keuda-dua tokoh tersebut adalah faktor perpaduan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu memecahbelahkan Pakatan, kedua-dua tokoh tersebut perlu dijatuhkan terlebih dahulu.


此外,巫统/国阵更从不同面向攻击民联,以便在9月夺取雪州政权,如把行动党抹黑成反苏丹、回教和马来人的政党;把安华形容成是一个国家、民族和回教的叛徒;但是另一方面,却拉拢回教党组织团结政府。

巫统会大肆攻击聂阿兹和安华,因为这两人是民联团结的力量,巫统知道要粉碎民联,就要先让这两人倒下。




UMNO Kini Hanya Mementingkan Undian Melayu Sahaja

Walaopun kini semakin menghampiri sambutan hari kemerdekaan, namum adakah kemerdekaan kali ini akan disambut dengan semangat 1Malaysia?

Najib yang melaungkan slogan 1Malaysia selepas memerintah dengan hasrat Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang harmoni, tapi nampaknya pemimpin di sekitarnya tidak sehaluan dengan beliau, mereka mula menyerang PAS dengan mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang anti-Islam supaya dapat menarik balik sokongan Melayu terhadap PAS.

UMNO kini sudah tidak mempedulikan perasaan parti komponennya dengan memainkan sentimen perkuaman seperti mengatakan orang Melayu jangan khianat kepada bangsa sendiri, begitu juga dengan langkah UTUSAN yang memainkan peranan yang sama iaitu mempermainkan isu perkauman.

Hal ini telah memberikan gambaran yang jelas dimana kumpulan konservatif dalam UMNO menjadi semakin mendapat sambutan dan parti komponen dalam Barisan Nasional pula tidak dapat buat apa-apa tentang senario tersebut.


Editor Siasah, Zulkifli Sulong turut berpendapat tindakan UMNO kali ini adalah untuk memancing undi Melayu sahaja tanpa menghiraukan perasaan MCA, MIC dan Gerakan.

"Saya hendak bertanya, kenapa MCA, MIC dan Gerakan masih bersama UMNO walaupun nampaknya UMNO tidak lagi menghormati anda" kata Zulkifli.

Langkah-langkah UMNO untuk memainkan isu perkauman memberikan pandangan kepada rakyat umum bahawa UMNO masih tidak mahu berubah, manakala pendirian MCA dan Gerakan pula ialah memperjelaskan pendirian UMNO kepada penyokong mereka.

Pandangan yang berlainan serta polisi negara menjadikan hubungan dan interaksi antara parti komponen dalam Barisan Nasional kini menjadi semakin renggang dan apa yang dapat diperhatikan ialah Barisan Nasional sememangnya hanya ditunjangi oleh UMNO sahaja.

UMNO juga tidak lagi mementingkan undi bukan Melayu kerana mereka berpendapat dengan undian Melayu yang mereka peroleh daripada PAS, mereka juga dapat mengekalkan tampok pemerintahan mereka.

Kini, UMNO dikatakan bermuka dua, mereka dilihat seperti parti yang mengamalkan keterbukaan tetapi dalam keterbukaan tersebut, mereka sebenarnya memainkan langkah yang keras.

Contohnya seperti kes Rakyat mempersoalkan langkah SPRM yang hanya menyiasat ADUN Selangor dan akhirnya menyebabkan kematian Teoh Beng Hock, kerajaan seolah-olah menubuhkan mahkamah ikues dan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes Teoh supaya dapat meredakan kemarahan rakyat dan melambangkan mereka adalah terbuka, tetapi mereka juga menyiasat kes ini seolah-olah kematian Teoh disebabkan beliau membunuh diri dan tiada kaitan langsung dengan cara penyiasatan SPRM.

Selain itu, UMNO telah menyerang Pakatan Rakyat Selangor dari pelbagai segi supaya mereka dapat merampas kuasa kerajaan Selangor pada bulan September, mereka melabelkan DAP sebagai parti yang anti-Melayu, anti-Islam, mereka juga melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, akan tetapi, mereka juga mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Isu Islam yang dulunya menjadi tajuk perdebatan dan mencari populariti antara PAS dan UMNO, tetapi kali ini UMNO telah bertukar haluan iaitu menumpu kesemua perhatian pada Nik Aziz sahaja.


Zulkifli berpendapat, langkah UMNO yang menyerang Anwar dan Nik Aziz adalah kerana mereka tahu keuda-dua tokoh tersebut adalah faktor perpaduan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu memecahbelahkan Pakatan, kedua-dua tokoh tersebut perlu dijatuhkan terlebih dahulu.

Nik Aziz dijadikan tokoh yang dikritik berbanding pemimpin lain dalam PAS juga disebabkan pendirian Nik Aziz yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dalam isu Kerajaan Perpaduan, kerana jelas, pemimpin lain seperti Hadi Awang, Nasarudin dan Mustafa Ali jelas lebih terpesong ke arah UMNO dalam isu Kerajaan Perpaduan ini.

Faktor lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah tersebut adalah kerana UMNO yang mengalami kekalahan berturut-turut di Semenanjung, menjadikan kekalahan tipis di Manek Urai sebagai kemenangan mereka kerana mereka berpendapat mereka menggunakan strategi yang berkesan memainkan isu seperti Ketuanan Melayu, Isu Islam dan Institusi Diraja.

Selain itu, UTUSAN telah menjadi gerabak utama untuk strategi kali ini seperti tuduhan mereka terhadap masyarakat bukan Melayu baru-baru ini. Pendirian Muhyiddin Yassin yang menyatakan media adalah bebas dan mempunyai pandangan tersendiri seolah-olah menyetujui pendirian UTUSAN kebelakangan ini.

Kini UMNO mengambil langkah 2 muka sebagai strategi mereka iaitu menyatakan kepentingan semangat pelbagai bangsa disamping itu mereka juga memainkan isu perkauman, namum ini dilihat tidak akan membawa apa-apa faedah kepada parti komponen mereka.



巫统只想要马来票 现在是"三大议题"最露骨时刻

距离国庆日还有两周,但是这会是一个和乐的“一个马来西亚”国庆吗?

虽然首相纳吉上台以来,就一直大力宣传“一个马来西亚”概念,但是其所领导的巫统却不这么想。为了赢回马来票,巫统开始对其最大的对手——回教党进行攻击,说回教党和反回教的行动党合作。


此外,巫统近期其种种举动显示它已经不想理会国阵其他成员党的感受,《马来西亚前锋报》大玩种族议题,而副首相慕尤丁也时不时扮演“黑脸”,警告马来人不要背叛本事族群。

以上这些迹象是否显示,巫统内的强硬的鹰派再次抬头,而国阵其他成员党则只能看着它壮大?

巫统已经不理会国阵其他成员党的感受

马来政治周刊《Siasah》执行主编祖基菲苏隆(Zulkifli Sulong)在接受《风云时报》电访时指出,巫统近期的举动显示他只想吸引马来票,而不想理会马华、国大党和民政的感受了。

“我想问马华、国大党和民政,为什么还留在国阵,巫统/国阵已经不要你们,不在乎你们了。”

时事评论家陈亚才指出:“种种相关的种族主义言论一出来,民众就会觉得巫统没有改变,马华和民政等政党,也就要为国阵的行为解释,这是怎么样的一种状况。”


他说,巫统和其他成员党只有貌合神离或者相对表面的合作关系。“从各种政策到各种做法,都可以看到国阵成员党内部沟通不良的情况出现,而我们也可以看到这其中,巫统主导的色彩发挥得淋漓尽致。”

资深时事评论人李万千也认为,巫统此举显然已经不着重非马来票。“巫统只要拉住回教党,就可以稳住政权,所以它积极朝这个方向努力,因为巫统认为,只要有马来人支持,它就可以做很多东西。”

国阵在玩两面手法 一面开放一面强硬

李万千表示,巫统/国阵在玩两面手法,一面是开放的、欺骗性的,另一面是真正强硬的一面。

他举出了一些例子:“如反贪会查民联议员的手法就惹人非议,并且造成赵明福的死亡。为了平息众怒,政府一方面设立皇家委员会和验尸庭,但是调查却是以赵明福自杀的角度展开调查。”

“此外,巫统/国阵更从不同面向攻击民联,以便在9月夺取雪州政权,如把行动党抹黑成反苏丹、回教和马来人的政党;把安华形容成是一个国家、民族和回教的叛徒;但是另一方面,却拉拢回教党组织团结政府。”

陈亚才在接受访问时指出,回教议题一直是回教党和巫统角力的最大议题,只不过在不同的时候,焦点略有不同。“这一次,巫统锁定目标,很明显的把矛头对准回教党精神领袖聂阿兹。”

巫统垂死挣扎 现在是三大议题最露骨时候

祖基菲苏隆在访谈中也认为,巫统会大肆攻击聂阿兹和安华,因为这两人是民联团结的力量,巫统知道要粉碎民联,就要先让这两人倒下。

李万千表示,巫统最近攻击聂阿兹,是因为他坚决反对回教党和巫统合作。“现在回教党的三大头,如党主席哈迪阿旺、总秘书慕斯达法阿里(Mustafa Ali)和署理主席纳沙鲁丁都倾向和巫统合作。”

他说,巫统之前也会强调马来人主权、回教议题以及皇室议题,但是现在似乎是“最露骨的时候”。“巫统正在垂死挣扎,因为它在308之后的补选都一直吃败仗,除了在东马的那一场之外,但是吉兰丹玛力勿莱的补选的成绩却大有起色,令他们大为鼓舞。”

陈亚才表示:“受到吉兰丹玛力勿莱选举成绩的影响,马来票似乎已经回流国阵,这也激励了巫统。在308大选之后,一直处于挨打状况的巫统,在玛力勿莱补选后,不论言论或者动作,都是高姿态出发。”

国阵两条线并行的黑白脸手法

另外,陈亚才也点出:“在视觉上,《前锋报》则扮演了它的角色。例如这一段时日,它对华人社会的种种指责。但是令人忧心的是,副首相慕尤丁却认为,每个媒体都有自己的看法,应该给与尊重。副首相此举,在某一个程度上,是纵容《前锋报》。”

陈亚才接着分析说,虽然纳吉和慕尤丁一个扮“白脸”,一个扮“黑脸”;一个谈多元社会,一个谈马来人主权,两条线并行,但是对国阵非马来人政党如马华、民政党来说,并没有正面的推动作用。


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!