Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 30 April 2010

1 Malaysia.... siapa pula mangsa selepas ini???????



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Zaid Bakal Lancar Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’


KUALA LUMPUR : Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’ akan dilancarkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim bagi menanam kesedaran awam kepada prestasi dan latar-belakang pemimpin mereka.

Melihat kepada serangan peribadi yang dihadapnya dalam pilihanraya Hulu Selangor lalu, Datuk Zaid berkata antara matlamat kempen ini adalah memberi gambaran sebenar pemimpin-pemimpin setempat kepada masyarakat, baik dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar di kediamannya semalam. Zaid berkata kempen ini adalah respon kepada kempen terancang Umno-BN yang bukan sahaja mencemar maruahnya, tetapi juga memfitnah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain.

"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita" rayu Zaid.

"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," jelas Zaid lagi.

Kempen ini juga antara lain akan bertujuan menafikan peluang kepada Utusan Malaysia untuk memfitnah mana-mana pemimpin pembangkang.

Beliau berharap kempen ini dapat membantu masyarakat menilai sikap sebenar pemimpin mereka, khususnya pimpinan Umno-BN.

Kata Zaid, "Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka"


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Pembelaan terhadap Aminul kerana takut kes yang sama berulang-Datuk Mahfuz


KUALA LUMPUR, 30 April: Pembelaan ke atas Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis awal pagi Isnin lalu adalah sangat penting untuk mengelak kejadian sama terus berulang, tegas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Ingin saya tegaskan pembelaan atas kematian Allahyarham juga sangat penting untuk memperbetul kembali keadaan agar polis tidak bertindak sewenang-wenangnya. Polis perlu bertindak dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan akal yang waras," katanya.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggesa seluruh rakyat mengemukakan enam tuntutan keadilan untuk Aminulrasyid.

"Pertama, polis dan media mestilah menarik balik tuduhan dan tanggapan bahawa mangsa pembunuhan itu adalah penjenayah," katanya.

Polis dan media juga hendaklah memohon maaf secara pada keluarga mangsa kerana menuduh mangsa adalah penjenayah, kata Mahfuz.

"Ketiga, gantung tugas anggota polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati ke atas mangsa.

"Keempat, reman anggota yang terbabit untuk elak dari kemungkinan kejadian menggugut saksi khususnya kawan-kawan mangsa," katanya.

Suhakam pula, katanya, hendaklah menjalankan siasatan sesuai dengan kedudukannya sebagai badan hak asasi manusia untuk menegakkan keadilan.

"Di samping kesemua itu, satu suruhanjaya bebas hendaklah ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini yang telah mencemar nama baik institusi diraja yang memayungi Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Mahfuz juga menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar agar tidak mengeluarkan kenyataan celupar yang meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden tersebut.

"Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.

Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.

"Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

"Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis," katanya.

Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid terbunuh selepas ditembak anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Khamis, 29 April 2010

ATM di saman RM 5 juta kes Kes Enjin Hilang

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/malaymailstolenpartsbac.jpgSeorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.


Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.


"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.


Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan

Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.

Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.


Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia


Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.

Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 28 April 2010

Pihak polis tidak sepatutnya cuai-GAMIS



PENDIRIAN DAN KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Pendirian GAMIS:

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian:

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Kezaliman Semacam Israel,Jangan Lindungi Polis Terlibat,



SHAH ALAM 28 APR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tindakan polis terhadap remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah dan menyifatkan perbuatan seumpama itu seakan-akan kezaliman pihak berkuasa Israel

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengunjungi rumah keluarga mangsa di Jalan Makyung, Seksyen 11 kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ramai saudara mara berhimpun di rumah mangsa sebagai tanda simpati kepada keluarga berkenaan. Masing-masing berwajah sugul, malah ada yang menangis.
Sebuah khemah turut dipasang depan perkarangan rumah.

Ketika ditemui TV Selangor, Guan Eng menegaskan siasatan bebas perlu dibuat dan berharap tiada mana-mana pihak cuba melindungi individu yang melakukan kekejaman ini.

Beliau juga membidas media arus perdana dan polis yang melulu mengeluar kenyataan hingga mengguris ahli keluarga mangsa.

"Dalam peristiwa yang menghibakan ini cuba berikan keadilan, sudah cukup menghibakan dan jangan cuba mengaibkan ahli keluarga lagi. Kita mahu satu siasatan bebas tanpa ada unsur melindungi polis terlibat.

"Saya ingin tegaskan kita bukan anti-polis, kita hanya anti satu dua yang merosakkan nama baik polis," katanya yang turut mengucapkan takziah dan mengutuk kezaliman ini.

"Ini satu tragedi yang amat menghibakan dan kita juga memberi sokongan. Kita juga ingin melahirkan kecaman sekuat-kuatnya sekali ke atas tragedi ini.

“Jangan biarkan satu lagi nyawa kehilangan begitu saja kerana ini adalah satu kezaliman yang amat ketara yang hanya kita dapat lihat hanya di Israel," katanya

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

ADUN BN sempit politik

ALOR SETAR, 28 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar)menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalannya kerana politik sempit mereka.

Beliau hari ini tampil menjelaskan isu kekecohan yang berpunca daripada soalan bertulis yang dikemukakannya semasa persidangan Dun Kedah, 26 April lalu.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang tersalah tafsir maksud soalan yang dikemukakannya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenarnya berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

Nasir tetap mempertahankan pendapatnya bahawa soalan itu tidak langsung menyentuh dan mempertikaikan bidang kuasa atau menghina Tuanku Sultan Kedah jika ia dibahaskan.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Melayu UMNO yang semakin jauh dari agama



Banyak respon yang diberi berikutkan keputusan PRK P 94,Hulu Selangor.Disatu pihak ada orang yang merayakan kemenangan dan di satu pihak lain tidak ada pula orang yang meratapi keputusan.Banyak juga terdengar analisa kemenangan calon BN yang menyebut bahawa kemenangan ini mungkin sementara serta tidak kurang juga yang memperlekehkan analisa sebegini.Umumnya, yang membuat analiasa itu terdiri dari kem PR dan kem BN.

Kem PR melihat ketidakseimbangan dalam PRK yang antara lain didalangi oleh SPR yang sengaja memindahkan pengundi ke Parlimen Selayang serta media perdana yang antaranya dibiayai rakyat digunakan sepenuhnya oleh BN untuk berkempen.Sementara kem BN banyak melakukan serangan psaikologi ekoran kekalahan PR di mana antaranya diperlekehkan alasan kekalahan PR yang menurut mereka kalau menang tidak pula dibangkitkan asalan tersebut.Serangan psikologi ini banyak bertujuan untuk melemahkan semangat pendokong PR dalam mengharungi pertarungan politik di masa masa akan datang.

Namun fakta tetap fakta yang tidak boleh dirubah hanya dengan serangan sebegini.Antara fakta yang boleh dilihat di P 94 ialah kekentalan perjuangan Petugas PR yang sedikitpun tidak luntur dengan pengkianatan beberapa inividu serta jumlah undi yang memperlihatkan separuh pengundi Hulu Selangor sudahpun menolak BN.Ini fenomena yang boleh dilihat dengan jelas daripada fakta PRK P 94 sekaligus bakal membakar semangat petugas PR di masa masa akan datang.

Di sebalik semua yang berlaku di Hulu Selangor, apa yang jelas kelihatan ialah kedaifan UMNO terhadap agama mereka sendiri.Bermula dengan serangan peribadi terhadap calon PR mereka bergerak untuk terus menghina agama sendiri tanpa langsung mahu mengambil kira keperluan untuk patuh kepada perintah agama dalam tindak tanduk mereka.

UMNO turut memalukan umat Islam bilamana mereka mendakwa calon PR adalah pemabuk tetapi tidak ada seorangpun pemimpin mereka yang dicabar LKS tampil menafikan atau membuat pengakuan terbuka seperti calon PR.Saban hari pula pemimpin mereka berbohong dengan berbagai bagai pembohongan.

Paling mengecewakan apabila ada di kalangan mereka mula menuduh Dr.Hassan Ali tidak pandai baca khutbah dan dibawa kepada umum dengan bantuan media perdana, rukun khutbah bagi membuktikan Dr Hassan tidak mematuhinya.Tuduhan yang tidak teliti dan tidak beretika ini memperlihatkan betapa orang UMNO sudah tidak menitik beratkan lagi arahan bersolat jumaat yang kepentingan disebut dengan jelas dalam alquran.Selepas PRK, aku terbaca komen seorang pengunjung TKO yang menggunakan nick PAIP yang memeprlekehkan kebolehan seseorang yang membaca khutbah.Komennya jelas mewakili orang orang UMNO yang berkiblatkan barat sebagai ikutan.Komennya mengadungi mesej bahawa seorang yang menjadi khatib tidaklah hebat seperti seorang yang berkelulusan Oxford.Komennya adalah suara orang orang yang berfaham bahawa Islam mesti dipisahkan dengan kehidupan dunia.Komennya membawa maksud bahawa manusia boleh buat apa sahaja dalam hal hal berkaitan keduniaan sementara pak pak imam dan ustaz hanya layak mengajarkan perkara perkara untuk kehidupan selepas mati sahaja dan pada mereka orang orang ini bukanlah tergolong dalam golongan orang orang yang cerdik.Itulah tipikal fahaman orang orang UMNO yang semakin ketara di P 94.

Kefahaman UMNO terhadap agama ditonjolkan lagi di kaca kaca TV bilamana wanita wanitanya kelihatan dengan begitu mesra bersalam salaman dengan calon lelaki yang bukan Islam walaupun sebahagian daripada mereka kelihatan memakai pakaian menutup aurat.Inilah agama bagi orang orang UMNO yang boleh dilihat dengan jelas sepanjang PRK P 94.Inilah sumber kepada segala kemusnahan yang berlaku di Negara kita yang kalau nak disenaraikan terlalu banyak antaranya:


  1. Kes buang bayi:Quran melarang kita mendekati zina tetapi perbuatan bersalam salaman lelaki perempuan yang termasuk perkara perkara yang boleh mendekati zina menjadi amalan harian orang orang UMNO.Apatah lagi amalan meminum arak yang sudah terbukti menjadi amalan baisa UMNO.Orang melayu Islam mencacatkan kes tertinggi kerana buang bayi dan melahirkan anak luar nikah.
  2. Kes penderaan kanak kanak :Orang Melayu Islam turut menjuarai kes kes ini di mana ianya turut berpunca dari larinya amalan pemerintah dari amalan carahidup Islam dan amalan ini turut dipengaruhi oleh amalan harian orang orang UMNO yang menjadi ketua dalam pemerintahan negara.
  3. Kes penagih dadah :Sekali lagi melayu Islam menjadi jaguh.penagih dadah sukar dibendung selagi UMNO dibiarkan menguruskan negara.Banyak kes ditemui sebelum ini di mana UMNO lah yang mengalakkan penagihan dadah.Semasa PRU 12, di setengah kawasan para penagih dibayar untuk mengundi BN/UMNO.Begitu juga di Terengganu satu ketika dulu, para penagih diberi wang ehsan menjelang setiap kali hari raya untuk beraya sakan.Kesemua amalan amalan ini terdedah di P 94 yang boleh dilihat dengan jelas.Berita yang diterima dari P 94 yang menyebut Cikgu Bard diserang oleh penagih dadah menguatkan keyakinan bahawa penagih dadah tidak akan terhapus di 1Malaysia selagi UMNO berkuasa.
  4. kes mat rempit :Yang paling ketara untuk beberapa siri pilihanraya yang lalu , mat rempit bermaharaja lela dan di P 94 , amalan ini semakin digalakkan oleh UMNO.Lantaran bagaimana mat rempit mahu dihapuskan?
  5. kes murtad :Tanya mufti Perak berapa ramai melayu murtad?dan tanya UMNO, kenapa mereka murtad?kalau amalan amalan yang didedahkan di P 94 menjadi ukuran , UMNO boleh menjadi penyebab kepada pupusnya melayu yang beragama Islam bukan sahaja kerana mereka banyak menganjurkan majlis majlis ke arah itu tetapi kerana mereka juga yang menubuhkan PERKIM.Kenyataan terbaru PERKIM menyebut sambutan kepada ISLAM semakin menggalakkan terutama dari orang orang berketurunan cina.Kenyataan ini tidak harus dibanggkan walaupun yang banyak mengislamkan orang orang cina ini adalah para ustaz ustaz melayu kerana seiring dengan usaha ini, kebocoran berlaku di kalangan orang orang melayu kerana murtad. Jadi secara ringkasnya , bolehlah dikatakan bahawa UMNO boleh menjadi penyebab berkurangannya bilangan melayu Islam dan bertambahnya cina Islam.
Demikainlah sedikit pemerhatian yang dapat dicacat berkaitan apa yang sebenarnya berlaku di P 94 dan pengiktibaran yang boleh diambil dalam merencanakan perjuangan yang masih belum selesai ini.UMNO tetap menjadi penghalang utama kepada matlamat melihat carahidup Islam ditegakkan di bumi 1Malaysia."

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

PRK Sibu : Pengerusi DAP Sarawak calon PR

SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!