Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 30 September 2010

Wang Ehsan Rm100 Kerajaan PR PP punca suami meninggal

Artikel edyesdotcom adalah di bawah, selepas berita dari blog sengal pencacai UMNO ini;

- Dari blog pencacai

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.



***************************************************************

Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Highland. Antara cukai yang paling tinggi diperolehi oleh kerajaan Malaysia ialah cukai judi dan hiburan di Genting Highland dan seterusnya ialah cukai-cukai sukan judi bernombor seperti Toto dan Magnum. Oleh demikian, adakah kerajaan Malaysia bebas dari hasil judi ??

Kalau diikutkan kebodohan ini, semua penjawat awam harus memulangkan semua gaji yang telah mereka terima kerana duit yang mereka terima itu sumbernya telah bercampur dengan cukai dari perniagaan judi. Kepada penerima wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh memulangkan semula wang yang telah diberi oleh kerajaan pusat, dan bayar balik bagi wang yang telah dihabiskan sebelum ini.

Harus diingat, walaupun kerajaan mengasingkan hasil cukai judi dari Genting, Toto, Magnum dan juga dari bursa saham umpamanya, tetapi dari sudut keseluruhannya kerajaan tetap mempunyai duit haram dalam poketnya. Duit yang disimpan dalam poket itu tetap duit haram, duit yang disimpan di bawah bantal itu juga asalkan ia adalah hasil judi maka ia tetaplah haram walaupun diasingkan.

Saya berikan satu contoh. Seorang kaki judi yang kaya dengan hasil judi tetapi tidak pernah membeli makanan dari sumber judi, tidak pernah membeli minuman dari duit judi yang diasingkan - Adakah kaki judi ini dikirakan suci dan tiada yang haram dalam darah dagingnya?

Judi? Hasil judi ?

Pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri KOMTAR Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas.

Justeru itu, di manakah rasionalnya duit yang seratus ringgit itu harus dipulangkan? Ini adalah gimmik politik yang paling busuk! Jika anda perhatikan gambar di atas, semua duit yg dipulangkan seolah-oleh baru dikeluarkan dari mesin ATM, semua warga emas tersebut memegang wang baru yang tiada cacat celanya(tidak komot). Adakah duit ini dari poket UMNO sendiri? atau dari Reezal Merican ?

Seperkara yang begitu menyedihkan apabila ada seorang makcik yang menangisi pemergian suaminya beberapa hari lalu setelah mengambil wang ehsan Pulau Pinang. Apa yang sedih bukan mengenai kematian suaminya, tetapi yang sedih ialah bila makcik ini menyalahkan duit wang ehsan sebagai punca ajal suaminya. Sedih apabila makcik ini tidak mempercayai qadak dan qadar, mujur dia tidak menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai punca suaminya meninggal dunia.

Untuk pengetahuan semua, daripada peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri, hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan dan telah diagihkan kepada 107,720 warga emas. Adalah menjadi satu musibah yang besar sekiranya semua 107,720 warga emas itu meninggal secara tiba-tiba kerana telah menerima wang ehsan Pulau Pinang.

Kepada makcik yang kehilangan suami tersayang, janganlah tambah penderitaan anda dengan memesongkan akidah sendiri. Kita memahami perasaan kehilangan suami, tetapi janganlah perasaan sedih itu ditafsirkan dengan pemikiran yang sempit kerana mungkin 107,719 orang warga emas penerima wang ehsan negeri pulau masih hidup.

Sebenarnya saya merasa agak sebak apabila memikirkan, keikhlasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh LGE menawarkan RM100 setiap tahun kepada setiap warga emas negeri P.Pinang telah dihina dan disabotaj sedemikian rupa, kerana takutnya kerajaan pusat terhadap potensi LGE sebagai pejuang rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menonjolkan resamnya yang tidak langsung boleh diubah iaitu sentiasa ingin melihat kesusahan rakyat supaya kesusahan itu memaksa rakyat meminta-minta dari mereka (BN) sedangkan kerajaan P.Pinang hari ini memberi apa yang mereka (BN) tiada !

Hasrat untuk mengagihkan hasil keuntungan yang diperolehi dari pentadbiran yang telus dan tidak bocor, telah dijadikan sebagai sumber politik sempit pihak yang cemburu terhadap pencapaian negeri pembangkang, di mana ia tidak pernah dilakukan selama Barisan Nasional memerintah - Memulangkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat !

Oleh itu, saya mencadangkan agar nama 40 orang tarbus yang memulangkan dan tidak mahu menerima wang ehsan (tetapi sanggup menerima rasuah UMNO?) agar di'blacklist'kan nama mereka dari senarai penerima tahun hadapan. Bayangkan, sekiranya mereka hidup 30 tahun lagi, maka mereka akan rugi RM3ribu duit ikhlas sebuah kerajaan yang survive di atas penjimatan yang bijak.

Kepada sesiapa warga emas yang tidak mahu menerima wang ehsan, sila jangan mendaftar sebagai penerima tahun hadapan. Hari ini mungkin jumlah yang diberi adalah RM100, siapa tahu jika kerajaan P.Pinang memperolehi lebih banyak penjimatan pada masa akan datang, jumlahnya boleh jadi RM500 setahun? maka meloponglah orang bodoh piang yang menolak rezeki.

Moral of the story, orang yang bodoh selalu rugi !

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 29 September 2010

Jemputan Ke Rumah Terbuka Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang ( AMKPP )


AMK Pulau Pinang amat berbesar hati untuk menjemput semua rakan pimpinan AMK & Pakatan Rakyat, Media & Bloggers ke Program Rumah Terbuka Aidilfiti AMK Pulau Pinang seperti berikut;

TARIKH: Sabtu, 2 Oktober 2010
TEMPAT : Ruang Legar, Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth
MASA: 8.30 Malam


Pelbagai jamuan raya & acara menarik telah diatur pada malam tersebut, dan rakan2 dijemput sama memeriahkan rumah terbuka kami.

Salam Reformasi!

Selasa, 28 September 2010

Kalau kalah takkan keluar parti - Zaid

Datuk Zaid Ibrahim berkata, jawatan timbalan presiden PKR bukanlah satu kedudukan penting baginya. Sekiranya beliau tewas, beliau tidak akan mengambil tindakan keluar parti, tegasnya.

Bercakap dalam satu wawancara denganMalaysiakini, Zaid menjelaskan bahawa beliau lebih mementingkan peranan yang boleh dimainkannya, berbanding jawatan itu sendiri.

“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.

“Saya lebih gembira dengan politik idea, isu, tentang kejujuran dan amalan (pentadbiran) yang baik untuk negara ini kerana ia akan membawa kita lebih jauh. Tapi disebabkan politik kita belum mencapai tahap (kematangan politik) seperti itu, jadi kita tidak dapat mencapai demokrasi (yang diingini).


Katanya proses kematangan itu mungkin mengambil masa sehingga 50 tahun dan akan tercapai sekiranya parti sentiasa konsisten dengan budaya yang dikatakan telah tertanam sejak 12 tahun lalu.

“Jika saya menjadi sebahagian kecil daripada (usaha ini), saya sudah mencapai tujuan saya. Saya tidak akan berhenti hanya disebabkan saya tidak mendapat jawatan tertentu, sebab saya sudah lalui semua itu.

“Saya juga tidak akan berhenti menjelaskan isu-isu ini jika (penjelasan) itu akan menyebabkan saya akan kehilangan jawatan tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR.

Terima jika dijadikan mangsa

“Jika saya harus menjadi mangsa dalam proses ini, saya akan terimalah,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, beliau bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu kritis terhadap parti, namun beliau perlu menyuarakan masalah-masalah yang dilihatnya di dalam struktur parti terutama di peringkat bawah.

“Tidak ada kerjasama, apa yang ada ialah ketua cabang yang akur, yang bermesyuarat setahun sekali, yang akan menyokong anda bila masanya tiba. Ini bukan apa yang saya mahu,” katanya.

Beliau mengambil contoh pengalaman yang dilaluinya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila beliau tewas ketika menentang calon BN. Beliau mengakui bahawa antara sebab kekalahannya itu ialah masalah kerjasama di kalangan jentera parti.

“Apabila anda pergi ke cabang-cabang di mana keahliannya kecil dan terdapat banyak puak, maka tidak ada aktiviti. Ada orang yang takrifkan kerjasama sebagai 'sekiranya saya kata sesuatu dan dia sokong saya, itulah kerjasama. Kalau pencalonan Hulu Selangor diberikan kepada saya, dia seorang pemimpin yang bekerjasama. Ada yang tengok kerjasama seperti itu.

“Saya tidak lihat begitu. Saya lihat apa yang telah anda lakukan secara berkumpulan? Adakah kita menganjurkan program sebaik yang dilakukan PAS atau membuat kutipan amal sebaik DAP? Anda tidak boleh kata, 'kita mahu ahli bekerjasama.' Bekerjasama untuk apa?

“Sebab itu saya kata, sangat penting untuk parti mempunyai pelan yang jelas, apa yang ia patut lakukan. Saya harap dengan perubahan struktur dan organisasi yang lebih jelas dan lebih baik, kita akan tarik lebih ramai ahli, barulah kita dapat tarik individu yang berkualiti.

“Sebab orang ini macam kuda, ada yang boleh berlumba, ada yang tidak. Orang begitu juga, ada yang boleh (jalankan tugas), ada yang tidak,” katanya lagi.

Azmin tawar jawatan untuk apa?

Zaid berkata beliau melihat budaya politik PKR yang menjunjung demokrasi, berpandukan persetujuan bersama, serta beraskan kemampuan dan merit.

“Kalau Azmin (Ali) bersetuju dengan saya bahawa ciri-ciri ini telahpun ada sejak 12 tahun lalu, saya tidak akan cabar sesiapa. Saya cuma akan tegaskan apa yang telah ada, tapi sekiranya budaya PKR dia berbeza daripada apa yang saya beritahu itu, maka itu bukanlah budaya PKR dan ia tidak akan pergi jauh,” katanya lagi.

Mengulas tawaran oleh Azmin sebelum ini untuk tidak meminggirkannya dengan memberikan satu jawatan, Zaid berkata Azmin hanya “bermain politik” apabila membuat tawaran itu.

“Jawatan itu untuk apa? Jawatan untuk saya akur kepada beliau atau personaliti tertentu? Untuk apa? Jawatan tidak penting, tapi peranan. Apa yang saya hendak lakukan dengan cabang, dasar parti, apa yang saya hendak lakukan untuk menarik ahli baru?

“Adakah saya dibenarkan untuk tarik ahli baru? Ini yang lebih penting. Saya rasa dia cuma bermain politik, bagaimanapun saya ucap terima kasih.

“(Tawaran) ini tindakan yangkosher (wajar) lah. Dalam pertandingan anda akan kata bahawa anda akan jaga pesaing anda. Walaupun anda seorang killer (dalam politik), anda akan kata begitu. Orang politik begitulah. Tapi sekiranya dia ikhlas, terima kasih,” katanya lagi.

3,000 solat jenazah Chek Hashim

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima,47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu.

Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Isnin, 27 September 2010

Al Fatihah....ADUN Galas, Che Hashim Sulaima Telah kembali Kerahmatullah petang tadi

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, di Rantau Panjang, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

Tunggu sijil kematian

Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya

Ini adalah kali ke-12 pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas pilihan raya umum 2008 berikutan kematian atau perletakan jawatan.

Sementara itu, jenazah Che Hashim sedang diuruskan di Masjid Jamek Kampung Baru, kata pembantu peribadinya Husin Embong.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat menziarahi allahyarham di masjid itu, termasuk timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa, serta naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

"Selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan, kita akan terus bertolak bawa jenazah ke Gua Musang," kata Husin ketika dihubungi.

Beliau menjangka, mereka akan bertolak membawa jenazah ke kampung halamannya di Kampung Kerinting, Gua Musang menjelang jam 7 malam.

Tambahnya, pimpinan PAS negeri serta warga Gua Musang akan menunggu ketibaan jenazah di Masjid Tengu Faiz Petra dan akan terus disemadikan di perkuburan berhampiran.

Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak, yang turut berada di masjid itu hari ini

Rafizi ketua AMK berkarisma cerdik???? tak lebih dari ketua yang menipu dan meniru......


Assalamualaikum…Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada ahli-ahli AMK khususnya.

Terdetik dihati untuk berkongsi perkembangan calon Ketua AMK Pusat ini. Mungkin tak banyak yang kita tahu tentang beliau tapi rupanya beliau berperanan di belakang tabir sewaktu era Reformasi lagi dan sampailah sekarang. Ini adalah diakui beliau sendiri sewaktu Debat AMK di Taiping Golf Resort.

Bagi mereka yang tak berada dalam dewan debat di Taiping Golf Resort pada 18 July 2010 boleh la ke web ni http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html dimana Chegubard telah bentangkan misi dan visi beliau,jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

  • pada mulanya Rafizi ke sana kesini pakai nama anwar yang suruh dia tanding.... tapi bila dia sedar yang hakikat parti ini tak semudah itu dan amk ternyata sudah pergi jauh dr segi idealisma bukan sekadar bebudak anwar maka dia kata dan keluar paper dia kata yg org ramai terkeliru sebab dia keje perjabat anwar... mamposlah amk kalau ketua cakap dolak dalik bila sangkut salah org bawah....rujuk tulisan aku pada malam hari Raya. Rafizi datang pulau pinang dengan azmin bgtau anwar suruh rafizi tanding dan keluar mulut rafizi sendiri....aku tulis dan cabar rafizi nafi....
  • dia juga tolak 'reformasi' dengan menyempitkan reformasi sebagai demonstrasi jalanan.....dia suruh org tinggalkjan romantis reformasi utk ke putrajaya hahahaha tapi lepas kena himpit dengan nora (aktivis reformasi) dia buat u turn dengan menamakan pasukan tak cukup team dia sebagai ganerasi reformasi....
  • dalam debat di taiping semua pasti ingat dia tak ada cadangan gerak kerja pun sibuk bercakap konon utk menghalalkan diri bertanding dan nak bukti org lama dia sibuk cerita dia buat itu dia buat ini termasuk dia kata chegubard belum masuk parti masa dia duduk dalam amk.... chegubard tak jawab dan terus terang agenda dia.... * fakta sebenar chegubard menang pemilihan di kemaman (menang tanding) kemudian ketika saifudin bentuk kabinet pemuda keadilan nasional adlan benan yang dilantik setiausaha oleh saifudin telah perkenalkan saifudin kepada rafizi utk dilantik exco. dia berani menipu fakta dalam debat terbuka ???
  • dalam debat dia bgtau muka inilah yang cari duit tiap tiap bulan utk bayar gaji bulan kepada bbrp pemuda dalam parti ini hahaha angkuh sungguh.... sapa nak gaji bulan pi minta dgn rafizi...
  • dalam debat dia cerita dia letak jawatan dan pergi jauh dr parti sebab dia tak setuju dengan ezam hahahaha pelik dan gila dia dh dilantik exco pemuda kemudian kerana lobi adlan benan dan saifudin dia dilantik pula MPT ketika itu ..... so dia gaduh dgn ezam sebab ezam bawa masuk wanita muda ? hahaha ketika itu ezam dalam isa dia gaduh dgn org dlm isa dengan letak jawatan.... kalau dapat MP dia akan lompat sebab gaduh dgn org dlm parti..... apa jaminan dia mampu bawa amk kalau anwar dlm penjara .... gaduh dgn anwar dlm penjara dan tinggal amk.....
  • semau dgr dia tak ada agenda kerja buat pun.... chegubard jelas melakar misi, visi, permasalahan dan sasaran gerak kerja.... alih alih di selangor semalam dgr dia dah ada sasaran gerak kerja hahaha cikgu bard namakan konsotium anak muda dia namakan koperasi anak muda hahahaha pelik rafizi kaki tiru dan penipu.....

Sekian terima kasih

Mohd Faizal B. AB Rahman

Ketua AMK Balik Pulau.


ini pula sms yang di terima dari beberapa teman :

Pemilihan 2010 ; 7 Manifesto Strategk Mnyuntik Diamisme AMK oleh Calon Ketua AMK Rafizi Ramli.

1.Penubuhan Koperasi AMK sebagai tapak keewangan.

2.Penubuhan jentera PRU13di 100 kerusi sasaran

3.Penubuhan skuad kumunikasi AMK untuk menghadapi cyber war

4.Penubuhan Biro Mobilisasi untuk keberkesanan mobilisasi anggota

5.Kenal pasti dan latih 200 pimpinan AMK bertaraf nasional

6.Menerapkan konsep inkubator program bagi mengakar umbikan gerak kerja AMK

7.Melengkapkan senarai keahlian AMK.

sekian..


apa yang nak di perkatakan disini bahawa manifesto di atas telah diciplak dari visi yang telah dibentangkan oleh CheGu Bard semasa sesi debat tersebut.. baca di sini ... http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html

wajarkah kita untuk memilih seorang pemimpin yang sangup bercakap bohong hanya semata-mata untuk mengejar jawatan.... boleh pula untuk menciplak idea orang lain untuk merealisasikan impiannya.....

edyesdotcom: Dalil-Dalil Mengapa Rafizi Tidak Layak Menjadi Ket...

edyesdotcom: Dalil-Dalil Mengapa Rafizi Tidak Layak Menjadi Ket...: "Rafizi Ramli dan Calon Timbalannya Bermula dengan baik untuk dicalonkan jawatan Ketua AMK apabila menjual nama Anwar Ibrahim ke sana ke mar..."

Ahad, 26 September 2010

Keputusan Penuh Pemilihan Cabang Jelutong 2010-2013


Jawatan Ketua Cabang Jelutong


Shahul Hameed Mohamed Ishack - 117 undi
Ong Beng Teo - 64 undi
Cheah Kah peng - 21
Undi Rosak - 4 undi


Jawatan timbalan Ketua Cabang Jelutong

Badrul Zaman P.S Md Zakaria - 122 undi
Ng Wai Leong - 79 undi
Undi Rosak - 2 undi
Majoriti - 43 undi


Jawatan Naib Ketua Cabang Jelutong


Abdul Rahim Abdul Razak - 123 undi
Shahrudin Mohd Shariff - 79 undi
Undi Rosak - 2 undi
Majoriti - 44 Undi


Jawatan Kuasa Cabang

1- Abdul Wahab Shaik Mohamed
2- Asrab Ali Hamid
3- Khairil Anuar Kamarudin
4- Mohamed Fauzee Shahul Hameed
5- Mohammad Faizol Kamaruddin
6- Mohd Hussain Mohamed Hashim
7- Mohd Isdulillah Ismail
8- Mohd Kassim Abdul Karim
9- Mohd Rashid Zakaria
10- Roselin Mashuthu
11- Salehudin @ Sazali Zainol
12- Shadiwasmale Adenan Ahmad
13- Sulaiman Mat
14- Ubaidullah S.M Abu Bakar
15 - Wan Husaini Wan AB. Rahman


Jawatan Ketua AMK Cabang Jelutong

Wan Husaini Wan AB. Rahman - 63 undi
Mohamed Nasir Alauddin - 36 undi
Undi Rosak - 1 undi
Majoriti - 27 undi


Jawatan Timbalan Ketua AMK Cabang Jelutong

Khairil Anuar Kamarudin - 65 undi
Woo pui San - 32 undi
Undi Rosak - 1 undi
Majoriti - 33 undi


Jawatan Naib Ketua AMK Cabang Jelutong

Muhammad Izzat Sh'ahul - 67 undi
Sajahan Mustaffa - 34 undi
undi Rosak - 2 undi
Majoriti - 33 undi


Jawatan Kuasa AMK Cabang Jelutong

1 - Abdul Rahman MD Salleh
2 - Ahmad Fazil Mohd Hashim
3 - Kannadasan A/L Shunmugam
4 - Mazlizawati Rahim
5 - Mohammad Faizol Kamarudin
6 - Mohd Isdulillah Ismail
7 - Mohd Rashid Zakaria
8 - Mohd Tajuddin Akbar Ali
9 - Muhamad Hafiz Zetri
10 - Muhamad Rahiman Ismail
11 - Noorfikri Noorkifli
12 - Norhayanti Ismail
13 - Nurliana Astuti Shafie
14 - Nursiti Zubaidah Ismail
15 - Shadiwasmale Adenan Ahmad

Untuk Jawatankuasa Wanita Cabang Jelutong Tiada Pertandingan ( Semua Menang Tanpa Bertanding )

Team Reformis menang Jawatan AMK Cabang Bayan Baru



Ketua AMK Cabang Bayan Baru
Ahmad Azrizal Tahir - 146
Hazril Hassan - 116

Timbalan Ketua AMK Cabang Bayan Baru
Sha'ari Md Salleh - 127 undi
Zainol Rozali - 6 undi
Mohd Anuar Arbayee - 109 undi
Undi Rosak - 11 undi

Naib Ketua AMK Cabang Bayan Baru
Victor Seow Khoo Tatt - 125 undi
S.Thivagaran - 103 undi


Untuk Jawatankuasa AMK Cabang Bayan Baru yang menang adalah :-
1- Lalita Saad
2- Marzuki Ahmad
3 -Mohd Aidil Fitri
4 - Mohd Yusoff Hashim
5 - Noor Izar Jamaludin
6 - Ooh Sin Hwa
7 - Rohana Shaari
8 - Rosni Ismail
9 - Shamsul Amrin Azhar
10 - Sim Kok Jiun
11 - Yusmar Shair Ismail
12 - Ziezull Hakim Zainol
13 - Zulfazdli Md Noordin
14 - Zulkarnain Mohaqmed Ali
15 - Annuar Ismail

Team Reformis Menguasai Wanita Cabang Bayan Baru




Ketua Wanita Cabang
Latifah - 162 undi
Shafinas - 96 undi


Timbalan Ketua Wanita Cabang
Doris Chua - Menang Tanpa Bertanding

Naib Ketua Wanita Cabang
Mahani Shariff Hussain - 144 undi
G.Satiavani - 97 undi

Untuk Jawatankuasa Wanita Cabang Bayan Baru yang menang adalah :-


1- Latifah Md Salleh
2- Mazenah Yahaya
3 - Zawiah Mat Ismail
4 - Lalita Saad
5 - Kalsom Said
6 - Saloma Yahaya
7 - Kamsani Ridzuan

Proses pengiraan untuk Jawatan AMK sedang dijalankan

Team Reformis Menang Selesa Jawatan Kuasa Cabang Bayan Baru





Ketua Cabang Bayan Baru

YB Sim Tze Tzin - 499 undi
Segaran - 261
Majoriti - 231


Timbalan Ketua Cabang

Hj Rashid - 465 undi
Salahuddin - 268 undi
Undi Rosak - 24 undi
Majoriti - 207 undi


Naib Ketua Cabang Bayan Baru

Hj Zainudin Hanif - 461 undi
Swee - 276 undi
Undi Rosak - 29 undi
Majoriti 185 undi

Untuk Jawatankuasa Cabang Bayan Baru yang menang adalah :-

1) Isaychelvam Suntham
2) Kang Cheng Guan
3) Mohd Razali bin Abdullah
4) Ooh Sin Hwa
5) Prof Madya Dr.Zasmani Bt Shafiee
6) Ramlah Bee Bt Asiahoo
7) Samsudin Bin Abd Rahman
8) Subramaniam Semhasalam
9) Tan Ewe Keat
10) Victor Seow Koo Tatt
11) Zulkarnain Muhamed Ali
12) Hazali Yahaya
13) Mohamad bin Ismail
14) Samsudin bin Sukimin
15) Helmi bin Md Yusuf

Proses pengiraan untuk Jawatan Wanita dan AMK sedang dijalankan

Khamis, 23 September 2010

Nurul Izzah tawar diri untuk jawatan Naib Presiden


Penawaran untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

23 September 2010

Atas semangat demokrasi dan reformasi, saya ingin mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya bersyukur dan terharu atas pencalonan yang diterima dari cabang-cabang dan saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Saya gembira sekali kerana Suara Ahli hari ini menjadi Suara Hati saya dengan kesediaan saya mengambil peluang untuk memikul tanggungjawab dalam parti.

Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka bebas untuk membuat pencalonan dan saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka.
Saya adalah antara mereka yang bertuah kerana dapat menjadi saksi dan terlibat dalam gerakan Reformasi 12 tahun lalu dan kini menyaksikan pencapaian Keadilan hari ini.

Saya percaya pemilihan parti tahun ini akan menjadi titik perubahan bagi memperkasakan parti dan mendekatkannya dengan nadi dan semangat rakyat demi mewujudkan Malaysia Yang Lebih Baik.

Saya juga menyedari bahawa pertandingan ini adalah persaingan adik-beradik dalam keluarga Keadilan.
Percayalah, ahli-ahli parti akan memilih pimpinan berdasarkan kepada wawasan calon, idea dan komitmen kepada nilai-nilai parti dan matlamat perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik dan bukannya setakat pertandingan personaliti.

Hargailah sumbangan pimpinan daripada pelbagai peringkat, pengorbanan mereka dalam memebentuk gerakan Reformasi kepada sebuah parti politik yang akan mentadbir negara ini bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan.
Yakinilah bahawa setiap pimpinan dipandu oleh kiblat akhlak mereka untuk melakukan yang terbaik, walaupun dalam keadaan sukar demi kebaikan bersama.

Sesungguhnya setiap ahli berkongsi aspirasi yang sama dan mempunyai niat baik dalam mencapai matlamat perjuangan.

Segala persamaan yang dimiliki ini sepatutnya memperkuatkan kita dan bukan sebaliknya.

Selesai sahaja pemilihan, bersatulah kita dan terus sahaja bekerja dengan pimpinan yang dipilih dan rakan-rakan Pakatan dalam membentuk halatuju dengan prinsip-prinsip dan rancangan untuk Malaysia yang lebih baik.
Akhir kata, saya yakin masih belum terlambat untuk pemilihan parti dijalankan dengan adil dan bebas, seperti mana seruan kita supaya kerajaan melakukan yang sama.

Inilah ujian integriti kita dan kewibawaan sebagai pengasas Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kita mampu bersikap telus, dan bertanggungjawab.

Ahli-ahli parti, rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat Malaysia akan menilai kita tentang bagaimana kita mendukung prinsip-prinsip demokrasi dalam pemilihan parti.

Marilah kita menyahut seruan demokrasi dan tidak mengkhianati harapan rakyat dan janji kita untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.

Janganlah berfikiran singkat, mementingkan diri sendiri dan sampai matlamat menghalalkan cara ketika berkempen.
Berkempenlah dengan penuh etika ketika mencari mandat daripada ahli-ahli.

Sebagai tanda tanggungjawab bersama, demi masa depan negara, saya juga mencadangkan semua calon-calon supaya menandatangani secara terbuka 'Deklarasi Kempen Adil dan Bebas' minggu depan bagi menggalakkan dan melindungi matlamat dan wawasan kita untuk Malaysia yang benar-benar demokratik.

Saya percaya parti ini adalah penentu masa depan negara.

Di sinilah bermulanya titik perubahan parti.

Terima kasih
Nurul Izzah Anwar

Tulisan semula : Ucapan 20min Debat Calon2 Ketua AMK


Antara perkara point penting yang dibangkitkan dalam debat

  1. Kita boleh saja bercakap nak ke Putrajaya atau Konsep pencerahan namun siapa sahaja yang memang dalam pemilihan kali ini harus sedar satu hakikat iaitu risiko terhadap Anwar dan Parti. Semua orang harus bersedia dengan risiko itu.

  2. Siapa dalam dewan ini yang boleh nafi Anwar akan ditahan semula ? Hanya orang yang tidak memahami politik negara dan ketakutan regim Rosmah dan Najis sahaja akan percaya Anwar akan memperolehi keadilan.

  3. Dengan peguam dihalang berhujah, bukti yang diselewengkan serta semua agensi kerajaan dipergunakan sepenuhnya semua sudah parti tahui akan penghujung kes ini.

  4. Maka team yang menerajui AMK nanti mesti / wajib menyedari hakikat ini dan bersedia bertempur dengan sedaya upaya mereka. Tdak kira siapa yang memang harus memperakui hakikat ini jika tidak Amk tidak berpijak dibumi nyata.

  5. Hakikat ini perlu disedari sebelum bincang pasukan ke Putrajaya.

  6. Pilihanraya akan diadakan mungkin sekitar suku ketiga tahun hadapan tetapi yakinlah sebelum itu Anwar akan ditahan.

  7. Penahanan Anwar ini bakal berlaku kerana ketakutan regim Rosmah dan Najib pada Anwar. Anwar memberikan imej baik di dalam dan luar negara kepada Pakatan Rakyat. Anwar ialah pengikat 'glue' kepada Pakatan Rakyat. Dengan masalah dalaman Bn dan regim yang makin meruncing Najib tidak sanggup berdepan dengan Pakatan Rakyat yang bersatu dan berimej baik jesteru itu apa jua cara sekalipun Anwar perlu ditahan.

  8. Ingat senang ke Regim ini nak serahkan Putrajaya begitu sahaja dengan menyerah di kotak undi ? Ingat senang ke mereka nak beri Petronas untuk diuruskan rakyat ? Ingat senang ke adik Najib nak serah kerusi empok CIMB yang berikanya berjuta setahun ? Regim ini tidak akan menyerah dengan mudah, seribu satu taktik kotor akan digunakan maka pimpinan muda yang bakal dibentuk harus bersedia 'bertempur' bagi pihak rakyat.

  9. Lihat sahaja Perak dah menang pun dirampas secara jahat dengan melibatkan pemodal besar, kakitangan kerajaan dan seumpamanya.

  10. Selepas ini juga peluang yang terbaik kerana dua krisis besar iaitu satu krisis yang tidak dapat di elak iaitu krisis ekonomi dan satu lagi krisis yang dicipta krisis perkauman.

  11. Ekonomi merupakan faktor penting. Pertempuran antara Abdullah dan Mahathir punca agihan kek ekonomi antaranya ialah apabila tanah di Sg. Buluh yang telah diberikan pada anak Mahathir telah dibatalkan. Pertempuran Mahathir dan Najib juga akan tercetus juga antara alasan hampir sama iaitu kes tanah TUDM di Sg. Besai yang seharusnya dapat kepada kroni Dr. Mahathir tetapi kini dianugerahkan oleh Regim Rosmah dan Najib akur kepada orang lain.

  12. Begitu juga kesan ekonomi global yang tidak dapat dielak. US telah melakukan suntikan ransangan ekonomi berjumlah USD 1 Trillion, namun ekonomi berasaskan pasaran terbuka terus gagal. Bank pertama muflis Nortern Rock. Lehman Brother, bank pengurus dana kewangan terbesar juga jatuh muflis. Kesan ekenomi melebar ke Eropah. Iceland dan Greace sudah menjadi negara muflis. Itali, Sepanyol dan Portugal yang asas ekonomi negara lemah pasti akan mengekori. Di UK pengangguran menjadi 6% di Amerika meningkat pada kadar 5-7%. Ini krisis dan kegagalan sistem ekonomi pasaran terbuka dunia.

  13. Krisis mula September 2008, sejak itu banyak rumah kena rampas bank, banyak harta dirampas bank, pasaran menjadi kacau lelelongan awam terganggu. Dari US ke Eropah melebar ke Asia. Buget ransangan USD 1 trillion yang dibuat Obama gagal...... adakah kita percaya suntikan ransangan RM21juta Najibberjaya ? Kesan dunia ini tidak dapat dielak dan ini akan menumbangkan juga regim ini jika barisan anak muda 'pendesak' dapat kita persiapkan.

  14. Krisis perkauman ialah krisis yang dicipta oleh regim untuk menyelamatkan keadaan. Ini biasa dilakukan di seluruh dunia dan terakan dalam sejarah. Adolf Hitler dari seorang pengemis di Viena ke perebet penghantar surat dalam Regimen ke 16 Bavaria kemudian menjadi agen gergaji bermata dua dalam pasukan tentera German. Oleh kerana pada ketika itu masalah ekonomi menekan massa rakyat maka Hitler dengan karisma dan licik strategi beliau telah membangkitkan serta menyatukan semua 'bangsa German' dengan menjadikan Yahudi sebagai musuh atas alasan Yahudi menguasai dan 'mencuri' harta orang German. Hitler diangkat menjadi Canselor (ketua) German beliau bukan saja membangkitkan pembersihan etnik tetapi mencatatkan nama mencetus perang dunia.

  15. Di Malaysia regim yang diwarisi Rosmah dan Najib ini terbentuk dari pakatan parti – parti perkauman yang diwarisi dari penjajah. Setiap kali mereka hilang tapak sokongan pasti mereka akan menggunakan taktik sama iaitu sentimen perkauman. Cuma kali ini pembakaran sentimen perkauman dilakukan secara francais oleh pihak luar parti pendiri regim. Ini amat bahaya dan bakal tidak dapat dikawal nanti bila krisis dunia melebar.

  16. Menyedari dan menginsafi semua perkembangan ini khususnya risiko yang bakal ketua umum parti bakal berdepan maka anak muda progresif perlu menyediakan pasukan 'tegar' yang bersedia.

  17. Realiti kini : setelah proses pencalonan dilakukan hanya ¼ cabang sahaja yang mampu memberikan pencalonan AMK yang cukup. Maksudnya ada pencalonan Ketua, Timbalan, 3 Naib dan 15 AJK peringkat cabang. Jika untuk memberikan pencalonan cukup pun tak mampu maknanya AMK sudah memasuki 'zon merah'. Malah di Sarawak tidak ada AMK yang layak bermesyuarat.

  18. AMK juga seolah hilang arah dan pendekatan.

  19. Tumpuan :

  • mempersiapkan jentera AMK di setiap peringkat khususnya kawasan tumpuan

  • mempertingkatkan kesedaran dan daya tahan AMK

  • mempertingkatkan daya tarikan anak muda terhadap AMK

  1. Sasaran :

  • 30 kawasan sedia dimenangi dan ditambah sekurang kurangnya 15 lagi kawasan yang harus dirampas harus lengkap AMK dan sedia hadapi sebarang kemungkinan

  • AMK sedia dan memberikan tumpuan gerak kerja mobilisasi perbagai, tumpuan pendaftaran pemilih dan seumpamanya

  • responsif terhadap isu semasa dengan lenggok gaya anak muda

  1. perlaksanaan :

  • Demokrasi

    • dalaman : pindaan perlembagaan bersifat memperteguh demokrasi dengan 1 undi 1 ahli. Ini harus disambut oleh AMK dengan perlaksanaan kongres negeri. Sebelum ini sering wujud isu lantikan ketua AMK tidak diterima dan seumpamanya. Sebagai manusia saya sendiri tidak dapat elak jika ada teman rapat yang mendesak untuk menjadi ketua amk negeri. Jesteru itu Kongres AMK negeri bakal melebarkan demokrasi dengan pimpinan negeri dipilih melalui demokrasi. Tidak penting pimpinan negeri tak sokong saya secara peribadi tetapi yang penting parti.

    • Luaran : walaupun kita kelihatan biasa dengan demokrasi tapi pemahaman masih jauh. Dari aspek bahasa sahaja di seluruh dunia demokrasi tua dan maju mereka punya bahasa mereka bagi menterjemah Demokrasi, cth Hanggul (Bahasa Korea) menyebut demokrasi sebagai minjujui (kuasa rakyat) namun diMalaysia ia agak jauh kerana kita hanya meminjam perkataan bahasa Ingeris (democracy = demokrasi) jesteru itu kempen berterusan mendidik rakyat memahami erti demokrasi harus diberikan tumpuan contohnya tak ramai yangs edar negara ini ialah gabungan negeri-negeri yang bersatu dalam konsep federalisme. Kuasa negeri-negeri harus diperteguh. Melalui aspek ini juga AMK akan menjadi pendesak kepada pelaksanaan kuasa kerajaan negeri demi menobatkan hak rakyat seperti pemilihan kerajaan tempatan. Mobilisasi akan diberikan tumpuan dalam aspek pendidikan pengukuhan demokrasi.


  • Latihan dan pengkaderan

    • keADILan tidak ada sistem pengkaderan. Ini bahaya bagi hanyat parti. Dalam negeri yang diterajui PR sendiri kita umpama menjual epal di pasar malam dalam mencari ahli. Kita perlukan sistem segera.Regim menggunakan BTN, PLKN dan perbagai lagi elemen untuk mendoktrin anak muda.

    • Contoh dicadangkan : sasaran lepasan Spm dan STPM. Selalunya kelompok ini akan pergi ke kursus bahasa ingeris dan komputer. Apa salahnya atas kepentingan mempertingkat modal insan kerajaan negeri mengeluarkan buget menganjurkan kursus komputer dan bahasa inggeris secara khemah latihan 3-4 minggu. Peluang bersama anak muda ini harus diambil kesempatan. Bukan doktrin tetapi merdekan minda anak muda. Dedahkan mereka dengan fakta sejarah sebenar negara dan anak muda akan sedar bahawa parti-parti pendiri regim merupakan pewaris penjajah dan cerita negara hanya merdeka dengan rundingan hanya dongeng. Anak muda ini dimerdekan minda dengan mendedahkan masalah negara. Ribuan anak muda akan membentuk ganerasi muda yang progresif dan sedar. Ikuti mereka secara sistematik di Universiti. Anak muda yang menjadi pelatih terbaik tiap kursus pasti dengan karisma dan tahap pemikiran mereka akan masuk universiti dan bantu mereka untuk melebar sayap kesedaran atau bantu mereka (bukan kawal) dalam pilihanraya kampus.

    • Sebagai gerakan progresif anak muda AMK akan relevan dalam ganerasi muda progresif dan sedar. Ini terus menjawab pengkaderan melahirkan kepimpinan baru.

  • Perubahan imej secara radikal

    • Jgn terperangkap dengan istilah radikal dan revolusi dengan gambaran imej ganas spt bakar kereta dll.

    • Imej amk bukan beerti perlu seorang CEO hebat mengetuai AMK, strategi ini bakal menjadikan AMK sebagai krim kek yang hanya cantik diluar.

    • Imej harus dibina dari dalam dan secara menyeluruh.

    • Satu cadangan yang boleh diperbincang. AMK harus keluar dari kerangka tradisi organisasi. Kongres nasional saban tahun hanya mengikut di mana parti induk akan adakan, resam meluluskan mesyuarat dan perbahasan perwakilan yang dia hemtan dia dan sebaliknya. Apa kesan pada massa khususnya anak muda ?

    • Dicadangkan Kongres dilakukan di kawasan krisis. Contohnya jika tahun ini hak tanah diangkat maka Kongres harus dilakukan di kawasan setinggan. Mobilise setinggan muda dan anak setinggan dari seluruh negara, angkat pembahas dari anak muda setinggan , pekerja muda, mahasiswa dll. Maka kita akan mendapat perjuangan yang real arah yang harus diambil. Ucapan dasar dan penggulungan yang terarah kepada perlawanan rakyat. Nescaya AMK akan dilihat mewakili perlawanan rakyat dengan rebih realistik. Anak muda harus tidak berimejkan pejabat tetapi harus berada di tengah massa rakyat. Ini perubahan imej antara yang dicadangkan

    • Perbahasan negeri dan masalah negeri sudah dirungkai dalam Kongres negeri dalam cadangan pertama.

    • Sistem latihan terancang termasuk menjalinkan hubungan dengan parti atau organisasi luar dan menghantar pimpinan muda cabang dan ranting untuk latihan ke luar negara, demi melahirkan pimpinan yang berpandangan luas.

  • Penjanaan Ekonomi

    • Ekonomi persoalan penting. Perlu diwujudkan Konsortium anak muda dan Konsortium AMK.

    • Semua AMK yang terdiri dari usahawan dan berminat menjadi usahawan akan latih dan 'lorongkan' peluang. Ini akan menjawab kepada gerakan yang memerlukan kewangan, anggota AMK yang komited pasti akan membantu semula tetapi ia semua harus dibuat dengan sistem yang efisen.

    • AMK seharusnya juga mendesak kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi mesra anak muda khususnya dalam keusahawanan. Elakan menjadi Umno dengan buget Tekun mereka, borang Tekun perlu di isi dengan borang ahli Umno. Ada kes pimpinan Umno ambil komisyen atas pinjaman Tekun dan akhirnya yang pinjam bukan usahawan tulen tetapi yang banyak tidak membayar hutang Tekun ialah ahli Umno.

  • Mewujudkan pasukan sedia tempur (minda dll)

    • menyedari hakikat Anwar bakal ditahan, siapa saja dipilih harus mempersiapkan diri dan teman-teman dengan segala kemungkinan. Tempur perlu dilakukan di mana saja termasuk meja rundingan dan seumpamanya. Daya tahan yang tinggi harus ada.


  1. Adakah kita tidak hendak ke Putrajaya tetapi sibuk bertempur di tepi jalan ? Adakah kita dengan bertempur di jalanan kita mampu mengambil alih putrajaya ?

Mewujudkan parti politik dan masuk pilihanraya ialah atas urusan mengambil alih kuasa. Kita boleh bercakap laksanakan polisi itu dan ini tetapi tanpa menguasai tampuk kuasa hampir mustahil ia boleh dilakukan. Maka tidak ada kompromi terhadap tujuan memerdekakan rakyat dengan menumbangkan Bn.

  1. Peranan menumbang regim bukan sahaja dijalanan tetapi kumpulan anak muda pendesak merupakan elemen penting dalam menjatuhkan regim. Contoh, menyingkap Revolusi Iran, Shah dijatuhkan apabila beberapa gerakan disatukan. Antara gerakan penting ialah penyebaran kesedaran rakyat diterajui dikalangan peniaga bazar di Iran. Ayatollah di luar Iran di Eropah memberikan pedoman demi pedoman. Kemuncak anak muda bangkit turun ke jalan dengan laungan 'Margashah' (mati Shah). Pemodal besar takut dan melihat memang tidak akan ada harapan Syah dapat dipertahankan. Pemodal besar juga meninggalkan Syah. Syah Mohd Reza Pahlavi sebagai raja terakhir dikeluarkan dengan Iran dengan sedikit penghormatan. Perdana Menteri Shahqul Bahtiar diangkat tetapi rakyat tidak terus tunduk anak muda terus bangkit sehingga Khomieni pulang dan diangkat menjadi Ketua Negara Revolusi Iran.

  2. Begitulah semua mainkan peranan dalam melengkapkan kejatuhan sebuah regim demi kemerdekaan rakyat.

  1. demikian Tuan moderator 20 min yang diperuntukan saya ambil lebih 1 minit untuk membentangkan arah tuju AMK. Apa yang saya bentangkan ini bukan idea saya secara solo tetapi ia hasil resolusi Rapat Anak Muda pada 16 September 2010 di Bangi yang dihadiri hampir 100 pimpinan anak muda di perbagai peringkat dari perbagai latar belakang.

  2. Saya cuba menjadikan semuanya dengan berpijak di bumi nyata. Pusingan kedepan ini boleh saya kata sebagai pusingan terakhir yang lebih kasar dan ganas tetapi ia mungkin boleh menjadi pusingan yang lebih pendek jika kita benar menyediakan anak muda kita. Kita pernah melakukan sejak perlawanan menuntut hak kepada kemerdekaan memerdekakan bumi ini hinggalah hyang berlaku di depan mata perjuangan kebangkitan reformasi. Ini semua bukan imiginasi romantis tetapi satu yang real yang perlu dihormati dan dipelajari.