Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 29 Oktober 2010

Marah Masyarakat Cina sokong PR subsidi baja getah di tarik


Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

“Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

“Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat,” katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

“Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka,” kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.

“Kita tengok pergerakan jentera parti kita boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS, “ ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Galas... Penyokong BN dan PR Kelantan Berdamai

Kempen bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan 'dilupakan' seketika apabila penyokong BN dan PAS 'bergabung' memberi sokongan kepada pasukan Kelantan yang menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia esok.


Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya hanya berihat seketika untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

"Kita fokus pada 'bola' dulu, lepas menang, kita balik pada pilihan raya," kata beliau yang juga ahli parlimen Kota Baru.

Bercakap dalam satu sidang akhbar harian di markas PAS di Galas, beliau berkata, parti itu akan juga menyediakan lima buah bas untuk membawa penyokong Kelantan ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir itu.

Beliau menjangka kira-kira 1,000 buah bas disewa oleh peminat bolasepak Kelantan, Umno dan Kelab Penyokong Kelantan untuk membawa penyokong dari negeri itu ke Bukit Jalil.

"Kami juga akan menyediakan skrin besar televisyen di setiap daerah mengundi di Galas untuk mereka yang ingin menonton perlawanan tersebut.

Tetapi ia bukan hanya di Gua Musang, tetapi di seluruh Kelantan juga .."

GULA-GULA PILIHANRAYA

Sementara itu, suasana itu sudah mula dirasakan di pihak BN apabila Umno Gua Musang mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir Piala Malaysia, kepada rakyat Galas.

Pengarah pilihan raya kecil BN bagi Galas, Razaleigh Hamzah mengedarkan tiket percuma itu - dipercayai berjumlah 700 - sewaktu satu pertandingan futsal di Sungai Terah pagi ini.

Khamis, 28 Oktober 2010

Pemilihan Keadilan : Esok bermula pengundian


Seramai 400,000 ahli layak mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR yang akan bermula esok sehingga 21 November depan.

Ahli di 69 daripada 222 cabang PKR mengundi esok, lusa dan hari Ahad ini. Mereka ialah ahli tujuh cabang di Kedah, Kelantan (10), Pahang (14), Negeri Sembilan (8), Perak (17), Perlis (3), Pulau Pinang (6) dan Melaka (4).

Mereka akan mengundi memilih timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding.

Manakala ahli Pemuda dan Wanita akan memilih ketua, timbalan, naib dan exco masing-masing. Menurut pekeliling ibupejabat PKR, proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung pada hujung minggu.
Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - serta penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Bagi naib presiden pula, 17 calon layak bertanding jawatan tersebut, manakala 132 calon akan bersaing kerusi MPP.

Bagi jawatan Ketua AMK pula, ia menyaksikan persaingan dua penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dengan ahli MPP Badrul Hisham Shaharin.

Manakala bagi jawatan Ketua Wanita pula, penyandangnya Zuraida Kamaruddin dicabar oleh Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Sementara itu, di Kedah, lima cabang akan mengundi esok - Langkawi, Kubang Pasu, Alor Star, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Manakala dua cabang lagi akan mengundi pada hari Sabtu (Kulim-Bandar Baharu dan Padang Serai).
Di Kelantan pula,lima cabang - Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa - akan mengundi esok, manakala lima lagi akan mengundi lusa - iaitu Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Di Pahang, tujuh cabang - Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan dan Pekan - akan mengundi pada hari Sabtu. Tujuh cabang lagi - Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompan - akan mengundi pada hari Ahad.

Di Negeri Sembilan, enam cabang - Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rasah, Seremban dan Telok Kemang - akan mengundi pada hari Sabtu. Dua lagi cabang - Rembau dan Rompin - akan mengundi pada hari berikutnya.

Bagi Perak pula, sembilan cabang - Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput - akan mengundi pada hari Sabtu. Manakala lapan cabang lagi - Tambun, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar - akan mengundi pada hari Ahad.

Di Perlis - ketiga-tiga cabang PKR di negeri - Padang Besar, Kangar dan Arau - semuanya akan mengundi pada hari Sabtu.

Manakala enam cabang di Pulau Pinang - Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam - akan mengundi pada hari Ahad.

Di Melaka pula, empat cabang - Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Bukit Katil - akan mengundi pada hari Ahad.

Sementara itu, pentadbir Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata ibupejabat menetapkan masa pemilihan berlangsung jam 10 pagi hingga 4 petang.

Manakala proses pengiraan undi pula akan dilakukan sejurus selepas pusat pengundian ditutup.

Mengenai keputusan pemilihan di cabang-cabang berkenaan, Raden Shamsulkamar berkata ia bergandung kepada jumlah ahli yang mengundi,

"Kalau cabang yang ramai ahlinya, mungkin lewat malam atau awal pagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata, pihaknya juga membenarkan calon atau wakil calon memantau ketika pengiraan undi dijalankan.

"Seramai 200 pengawas dilantik untuk menguruskan pemilihan cabang di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, jumlah pengawas adalah berbeza-beza bergantung kepada jumlah ahli dan tahap "sensitiviti dan kehangatan" di cabang.

Rabu, 27 Oktober 2010

Chegu Bard akan perkenal sistem ‘report card’ kepada Exco AMK Malaysia

pakaOleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memperkenalkan sistem ‘report card’ bagi memantau prestasi exco-exco AMK seluruh negara.

Sistem yang buat pertama kali bakal dipraktikkan hanya dapat dilaksanakan sekiranya calon-calon yang mendukung manifesto ‘Penerus Momentum Reformasi’ berjaya memenangi jawatan-jawatan tertinggi AMK nanti.

Demikian kata calon Pegerusi Tetap AMK, Amizudin Ahmat ketika menjelaskan perancangan kumpulan yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard untuk membangunkan cabang-cabang AMK seluruh negara.

Menurut beliau lagi, Pengerusi Tetap AMK bakal diberi tanggungjawab untuk memegang atau memantau ‘report card’ exco-exco AMK seluruh negara.

"Chegu Bard ada beritahu jika beliau menang, saya bukan sekadar Pengerusi Tetap Kongres tetapi sebagai pemegang ‘report card’ terhadap semua Exco AMK Malaysia," kata beliau.

"Ini konsep baru yg belum pernah ada dalam AMK. Ya, memang konsep baru, sebab itu Chegu Bard berkata barisan exconya datang dengan sukarela untuk berkhidmat dan berjuang, bukan pilihannya.
datang sendiri untuk dicalonkan, tiada paksaan. Jadi tiada alasan selepas ini untuk mereka tidak beri komitmen. Istiqamah amat perlu dalam perjuangan," jelas beliau lagi.

Objektif

Amizudin turut menjelaskan bahawa objektif konsep ini bertujuan mengelakkan adanya pemimpin AMK yang hanya bekerja apabila tiba musim pemilihan atau pilihan raya atau hanya tahu ‘berkhidmat’ untuk pemimpin lebih tinggi dan bukannya terhadap ahli dan masyarakat kawasannya.

"Maknanya mereka akan dipantau dari segi kehadiran dalam mesyuarat, aktiviti yang diadakan dan juga komitmen mereka dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh AMK pusat.

"Seperi KPI (Indeks Prestasi Utama) dan ini akan diguna pakai untuk membolehkan mereka diangkat sebagai calon terbaik pilihan AMK pusat dalam PRU 13. Kita mahu lahirkan AMK yg berjiwa merdeka dan komited dalam perjuangan bukannya bermusim," jelas beliau lagi.

Selaras dengan cadangan pinda peraturan tetap (tajuk kecil) Beliau turut menegaskan konsep ini selaras dengan rancangan untuk meminda Peraturan Tetap AMK bagi membolehkan Kongres AMK peringkat negeri diadakan.

"Ketua AMK negeri juga akan dipilih melalui kongres peringkat negeri dan bukan lagi akan dilantik oleh Ketua AMK pusat seperti Umno.

"Kerana kita mahu ketua AMK negeri akan bertindak menjaga AMK dalam negerinya dan bukan lagi membodek ketua AMK pusat yang melantiknya dan terhutang budi kepada Ketua AMK pusat".

Amizudin Ahmat merupakan calon Pengerusi Tetap AMK. Selain itu beliau juga merupakan Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen, calon Exco AMK Malaysia.

P.185 Batu Sapi :7 Misi Perjuangan Haji Ansari Abdullah


Sesungguhnya saya dengan ini menyatakan bahawa sekiranya diberi kepercayaan mewakili para pengundi Batu Sapi sebagai Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, bertekad akan melaksanakan misi-misi berikut:
  • Menyampaikan suara dan keluhan rakyat Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.
  • Membela rakyat di Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
  • Bersama-sama dengan rakyat berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Parlimen Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan semua.
  • Merancang pelbagai program dalam usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat di Batu Sapi.
  • Memastikan pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi tujuan peningkatan tahap pendidikan mereka.
  • Membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial di kalangan masyarakat.
  • Berterusan berkhidmat penuh dedikasi dan sepenuh hati serta memberikan layanan yang terbaik untuk rakyat Batu Sapi tanpa pilih kasih dalam apa jua yang diperlukan.

HAJI ANSARI ABDULLAH

Diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat
Cabang P.185 Batu Sapi, Tingkat 1,Lot 2-3, Blok L,
Bandar Ramai-ramai, 90000, Sandakan, Sabah

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 26 Oktober 2010

Galas :Kemana Ku Li dan Shabery menghilang


Semasa Parti Melayu Semangat 46 masih kukuh, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah Ketua Penerangan parti yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah itu. Kemana Ku Li pergi, di situlah akan ada Shabery. Kehilangan mereka berdua dari pusat penamaan calon Galas hari ini menjadi tanda tanya.

Mereka berdua hilang dari kawasan itu kira-kira jam 10 pagi.

Nama Ku Li kini timbul kembali dalam arus perdana politik negara apabila beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya ini oleh BN manakala anak buah beliau sebelum ini, Shabery adalah Menteri Belia dan Sukan.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, beliau mengharap ianya satu signal positif dan akan memberi kelebihan kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Bagi 'cover line' (memelihara nama baik), timbalan Ku Li, Datuk Mustapha Mohamed memberitahu wartawan, Ku Li tidak di kawasan penamaan calon kerana dia lebih selesa dengan rakyat.



“Ku Li ada, beliau bersama rakyat di luar.

“Beliau tidak mahu naik, bagi beliau yang lebih penting adalah pengundi. Jadi beliau mahu bersama pengundi,” kata timbalan pengarah pilihan raya BN untuk Galas itu kepada media.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terpaksa membela Ku Li.

Khairy berkata, Ku Li ada bersamanya di luar ketika calon dan pemimpin memasuki pusat penamaan calon tapi sudah pulang.

“Beliau ada bersama saya pagi tadi, tapi sekarang sudah balik,” katanya kepada wartawan.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS iaitu pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad akan menentang calon BN, iaitu Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff. Calon BN lebih dikenali dengan nama Aziz Limau di Gus Musang.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

3 penjuru di Batu Sapi, satu lawan satu di Galas



LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

NONE8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

NONEDi Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon.

8.15am: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.

8.20am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di masjid diikuti oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz.

8.45am: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

NONE9.00am: Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.05am: Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONETurut mengiringi Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

9.06am: Di Batu Sapi, calon PKR Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.

NONE9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am:
Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang diiringi pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, dengan diimamkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.

NONEDi Galas, berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua
Musang. Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

NONE9.23am: Dr Zulkefli Mohamad akhirnya berjaya melepasi sekatan polis. Beliau diiringi oleh presiden PAS - Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, naib presiden PKR - Azmin Ali, Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim dan supremo DAP supremo Lim Kit Siang.

9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan.

9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

NONE9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.

10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.

NONEHanya tiga calon mengemukakan borang mereka.

Mereka adalahAnsari Abdullah(PKR), Yong Teck Lee (SAPP) danLinda Tsen (BN-PBS).

Nama mereka dipamerkan di papan kenyataan untuk semua pihak membuat bantahan jika ada. Tempoh masa untuk berbuat demikian adalah dari 10 hingga 11 pagi.

Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof(BN-Umno).

NONE10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.

10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.

NONEMembuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.

10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.

NONEBeliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.

Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

NONE11.00am: Tempoh bantahan berakhir.

11.15am: Di Batu Sapi pula, pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan mereka yang layak bertanding adalahLinda TsenAnsari Abdullah (BN-PBS), (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP).

Tiada bantahan yang diterima.

11.32am: Di Galas, pegawai pengurus pilihan raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun terdapat satu bantahan, namun ia ditolak oleh Wan Mustapha.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.


lagi gambar klik di sini


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 25 Oktober 2010

Senarai Penuh Calon Muktamat Untuk Majlis Pimpinan Pusat ( MPP ) , Wanita dan AMK Yang Layak Bertanding


Senarai Calon Muktamad
Majlis Pimpinan Pusat

CALON-CALON PRESIDEN (1 calon)
Bil Nama Calon Nama Dalam Kertas Undi
1 WAN AZIZAH WAN - ISMAIL WAN AZIZAH

CALON-CALON TIMBALAN PRESIDEN (3 calon)
1 MOHAMED AZMIN - ALI AZMIN ALI
2 MUSTAFFA KAMIL AYUB - MUSTAFFA KAMIL AYUB
3 MOHD ZAID IBRAHIM - ZAID IBRAHIM

CALON-CALON NAIB PRESIDEN (17 calon)
1 UMSERY @ ANSARI ABDULLAH - ANSARI ABDULLAH
2 NURUL IZZAH ANWAR - ANWAR, NURUL IZZAH
3 BARU BIAN - BARU BIAN
4 DOMINIQUE NG KIM HO - DOMINIQUE K.H NG
5 FUZIAH SALLEH - FUZIAH SALLEH
6 GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPAN - GOBALAKRISHNAN
7 JAMES @ EBI GHANI - JAMES HJ. GHANI
8 CHONG KOK WEI @ JONSON KOK WEI CHONG - JONSON CHONG
9 MANSOR HAJI OTHMAN - MANSOR B. HJ OTHMAN
10 SIVARASA RASIAH - R. SIVARASA
11 MANICKAVASAGAM A/L SUNDARAM - S. MANIKAVASAGAM (KAPAR)
12 SAIMAN MARJUKI - SAIMAN MARJUKI (PAK NGAH)
13 SURESH KUMAR A/L RAMACHANDRAN - SURESH KUMAR A/L RAMACHANDRAN
14 CHUA TIAN CHANG - TIAN CHUA
15 XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULNANDAM - XAVIER JAYAKUMAR
16 MOHD YAHYA MAT SAHRI - YAHYA SAHRI
17 MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF YUSMADI YUSOFF

CALON-CALON AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSATT (132 calon)
1 PONUSAMY A/L GOVINDASAMY - A. RAM PONNUSAMY
2 ABAS AWANG - ABAS AWANG
3 ABDUL LATIF A.TAMBI (BKM) - ABD LATIF A TAMBI BKM
4 ABD RAHMAN YUSOF - ABD RAHMAN YUSOF
5 ABDUL HALIM HUSSAIN - ABDUL HALIM HUSSAIN
6 ABDUL MALIK ABUL KASSIM - ABDUL MALIK KASSIM
7 ABDUL MANAN OTHMAN - ABDUL MANAN BIN OTHMAN
8 ABDUL RAZAK MOHAMED JALIL - ABDUL RAZAK MOHAMED JALIL
9 ABDUL WAHAB IBRAHIM - ABDUL WAHAB IBRAHIM
10 ABANG ZULKIFLI ABANG ENGKEH - ABG. ZULKIFLI ABG. ENGKEH
11 AHMAD JUFLIZ FAIZA - AHMAD JUFLIZ FAIZA
12 AHMAD NIZAM HAMID - AHMAD NIZAM HAMID
13 ALI BASAH KESING - ALI BASAH KESING
14 AMINUDDIN HARUN - AMINUDDIN BIN HARUN (N9)
15 AMRAN AB. GHANI - AMRAN AB. GHANI
16 MOHD ANNUAR MOHD - SALLEH ANNUAR SALLEH
17 ANDONNY PILIT @ ANTHONY BIRI MANDIAU - ANTHONY MANDIAU
18 AWANG TANGAH AWANG - AMIN AWANG TENGAH
19 AZAN ISMAIL - AZAN ISMAIL
20 AZMAN HJ. ABIDIN - AZMAN ABIDIN
21 BADRUL AMIN BAHRON - BADRUL AMIN
22 BADRUL ZAMAN P.S MD ZAKARIAH - BADRUL ZAMAN
23 BAHARUDDIN ARIF HJ SIRI - BAHARUDDIN ARIF BIN HAJI SIRI
24 BERNARD LAWRENCE SOLIBUN - BERNARD L. SOLIBUN
25 CHAI TONG CHAI - CHAI TONG CHAI
26 CHEAH KAH PENG - CHEAH KAH PENG
27 LIEW CHIN JIN @ CHRISTINA - CHRISTINA LIEW
28 CHRISTOPHER ANAK KIYUI - CHRISTOPHER ANAK KIYUI
29 DOMINIQUE NG KIM HO - DOMINIQUE K.H NG
30 DU POI AEN - DU POI AEN
31 WONG KEAT PING - ELIZABETH WONG
32 MOHD FARIZ ABD.TALIB - FARIZ MUSA
33 LING LAE FEEI - FELLICIA LING
34 FRANCIS A/L SEBASTIAN - FRANCIS A/L SEBASTIAN
35 CHEN NGUK FA - GEORGE CHEN NGUK FA
36 GOOI HSIAO LEUNG - GOOI HSIAO LEUNG
37 GUANDEE KOHOI - GUANDEE KOHOI Undi
38 GUNARAJAH A/L R. GEORGE - GUNARAJ GEORGE
39 GURMIT SINGH HULLON - GURMIT SINGH HULLON
40 GWO BURNE LOH - GWO-BURNE LOH
41 HANIZA TALHA - HANIZA TALHA
42 HARBAJAN KAUR - HARBAJAN KAUR (JAN)
43 MUHAMAD HASMI HASHIM - HASMI HASHIM
44 HASNAH HASHIM - HASNAH HASHIM
45 HASSAN ABDUL KARIM - HASSAN KARIM
46 HEE LOY SIAN - HEE LOY SIAN
47 ISMAILYUSOP - ISMAIL YUSOP
48 JALUMIN BAYOGOH - JALUMIN BIN BAYOGOH / SAMIN
49 JAMES @ EBI GHANI - JAMES HJ. GHANI
50 ONG KHAN LEE -JASON ONG KHAN LEE
51 JIMMY DONALD @ JIMMY - LIM JIMMY DONALD
52 JOHARI ABDUL - JOHARI ABDUL
53 JOHN ANTAU ANAK LINGGANG - JOHN ANTAU ANAK LINGGANG
54 JOSEPH WILFRED - JOSEPH WILFRED LAKAI
55 KALAKAU UNTOL @ KALAKAN - KALAKAU UNTOL
56 KAMAL BADRI TAK M ZAINUDIN - KAMAL BADRI
57 MUHAMAD KAMEL YASSIN - KAMEL YASSIN
58 KESAVAN SUBRAMANIAM - KESAVAN SUBRAMANIAM (KESAVAN)
59 KHALID JAAFAR - KHALID JAAFAR
60 KHEW KIM POO - KHEW KIM POO (KIM)
61 KO CHU LIANG - KO CHU LIANG (PERLIS)
62 KRISHNAMOORTHY RAJANNAIDU - KRISHNAMOORTHY RAJANNAIDU (KRISHNA)
63 KRISHNASAMY A/L PONNUSAMY - KRISHNASAMY PONNUSAMY
64 LATHEEFA BEEBI KOYA - LATHEEFA KOYA
65 LOW CHEE CHONG - LOW CHEE CHONG
66 MATHIALAGAN A/L MATHURAMUTHU - M. MATHIALAGAN
67 SUMMUGAM A/L RENGASAMY - M. R. SUMMUGAM (SHAN)
68 RAVI A/L MUNUSAMY - M. RAVI
69 ARJUNAN A/L MUTHU - M. S ARJUNA
70 MADHI HASAN MADHI -HJ HASAN tas Undi
71 MAHENDRAN A/L V. MARKANDOO - MAHENDRAN MARKANDOO
72 MD SHAH BIN AMIN - MD SHAH AMIN
73 MD.YUSOF SAAD - MD.YUSOF BIN SAAD (YUSOF MELAKA)
74 MOHD ROSLAN PUTEH - MOHD ROSLAN BIN PUTEH (CIKGU ROSLAN)
75 BETI @ MOHD SAID GAPOR - MOHD SAID HJ.GAPOR
76 MOHD YATIM ISMAIL - MOHD YATIM ISMAIL
77 MOHD YUSOP MOHD AMIN - MOHD YUSOP AMIN
78 MOHD ZAID MOHD YUSOF - MOHD ZAID BIN MOHD YUSOF
79 MURALI SUBRAMANIAM - MURALI SUBRAMANIAM (S. MURALI PUCHONG)
80 MUSTAFA KAMAL MOHD YUSOFF - MUSTAFA KAMAL YUSOFF (PAK MUSS)
81 MUZAFFAR SHAH KHAIRUDDIN - MUZAFFAR SHAH
82 MOHAMED NAZAR MOHAMED YAKIN - NAZAR YAKIN
83 NICHOLAS BAWIN ANAK ANGGAT - NICHOLAS BAWIN ANGGAT
84 NIK MAHMOOD NIK HASSAN - NIK MAHMOOD BIN NIK HASSAN
85 AHMAD FAIDHI B. SAIDI - NORAINI @ AHMAD FAIDHI B. SAIDI
86 MOHD NORDIN MAHMOOD - NORDIN B. MAHMOOD
87 NORDIN ISMAIL - NORDIN ISMAIL
88 ONN ABU BAKAR - ONN ABU BAKAR
89 OSMAN ABDUL RAHMAN - OSMAN ABDUL RAHMAN
90 PAJUDIN HJ. NORDIN - PAJUDIN B. HJ. NORDIN
91 PONNUSAMY A/L NAGAMUTHOO - PONNUSAMY A/L NAGAMUTHOO (PONNUSAMY P.J.K.)
92 RADZALI MOKHTAR - RADZALI BIN MOKHTAR
93 RAMAN A/L ELANGKOVAN - RAMAN A/L ELANGKOVAN
94 RAMLAN NAIM - RAMLAN BIN NAIM
95 RAMLE DUA - RAMLE BIN DUA
96 ROHANI BAKAR - ROHANI BAKAR
97 ROLAND CHIA MING SHEN - ROLAND CHIA MING SHEN
98 RONALD CHARLES KLASSEN - RONNIE KLASSEN
99 ROZAINI MOHD ROSLI - ROZAINI BINTI MOHD ROSLI
100 MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM - S. MANIKUMAR
101 SAADON ABDULLAH - SAADON B. ABDULLAH
102 SALMA ISMAIL - SALMA ISMAIL
103 SELVARAJAN A/L RATHINAM - SELVARAJAN A/L RATHINAM
104 SHARIFFUDDIN BUDIN - SHARIFFUDDIN BUDIN (HUNTER)
105 MAT SHUHAIMI HAJI SHAFIEI - SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
106 SITI AISHAH SHAIK ISMAIL - SITI AISHAH
107 STRERAM A/L SINNASAMY - STRERAM A/L SINNASAMY
108 SULAIMAN @ SUHAIMI B SAID - SUHAIMI BIN SAID
109 SUHAIMI MOHAMAD NOR - SUHAIMI MOHD NOR
110 SURAYA SUDIN - SURAYA SUDIN
111 SYED ABDUL HAMID SYED ALI - SYED HAMID ALI
112 TAI SING NG - TAI SING NG (TAI)
113 TAN KEE KWONG - TAN KEE KWONG
114 TAN SENG TOH - TAN SENG TOH
115 THURAIYA ABD AZIZ - THURAIYA ABDUL AZIZ
116 TING CHEK MING - TING CHEK MING
117 TUAN ZAMRI ARIFF TUAN ZAKARIA TUAN ZAMRI - ARIFF TUAN ZAKARIA (TZ)
118 USAILI B. ALIAS - USAILI ALIAS
119 VEMBARASAN A/L VAIRAKKANNU - V. K.VEMBARASAN
120 SIVAM VEERAMUTHU - V. SIVAM
121 WAN SALLEH WAN ISA - WAN SALLEH WAN ISA (PAK WAN SALLEH LANGKAWI)
122 WAN ZAINAL ABIDIN WAN SENUSI - WAN ZAINAL ABIDIN BIN WAN SENUSI
123 YAAKOB SAPARI - YAAKOB SAPARI
124 MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF - YUSMADI YUSOFF
125 ZABIDIE ABAS - ZABIDIE ABAS
126 ZAHARI MAMAT - ZAHARI BIN MAMAT
127 ZAHIR HASSAN - ZAHIR HASSAN
128 ZAINON JAAFAR - ZAINON JAAFAR
129 ZAKARIA AB. RAHIM - ZAKARIA AB. RAHIM
130 ZAKARIA ABD HAMID - ZAKARIA ABDUL HAMID
131 ZAMRI YUSUF - ZAMRI YUSUF
132 ZULKIFLI IBRAHIM - ZULKIFLY IBRAHIM

Majlis Pimpinan Wanita Pusat

CALON-CALON KETUA WANITA (3 calon)
1 ANIMAH ANNETTE FERRAR - ANIMAH FERRAR
2 SURAYA SUDIN - SURAYA SUDIN
3 ZURAIDA KAMARUDDIN - ZURAIDA KAMARUDDIN

CALON-CALON TIMBALAN KETUA WANITA (2 calon)
1 ASMAH @ ASMIAH ABD KADIR - ASMAH ABD KADIR
2 RODZIAH ISMAIL - RODZIAH BINTI ISMAIL

CALON-CALON NAIB KETUA WANITA (9 calon)
1 AISAH LAMSAH - AISAH LAMSAH
2 BEGUM P.A MOHD ABDULLAH - BEGUM JAN ABDULLAH
3 LING LAE FEEI - FELLICIA LING
4 GAN PEI NEI - GAN PEI NEI
5 HANIZA MOHAMED TALHA - HANIZA TALHA
6 NOOR SHAM ABU SAMAH - NOOR SHAM ABU SAMAH (ANN)
7 ROSMAH SULY - ROSMAH BT. SULY
8 ROZAINI MOHD ROSLI R- OZAINI BINTI MOHD ROSLI
9 SALMA ISMAIL - SALMA ISMAIL

CALON-CALON AHLI MAJLIS PIMPINAN WANITAA (49 calon)
1 NOR’ AIN EUSOFF - AIN EUSOFF
2 ALINAH DOMPONG - ALINAH DOMPONG
3 ARMILA ALIAS - ARMILA BT. ALIAS
4 ASPHALEELA MOHD. RAZALI - ASPALELA MOHD. RAZALI (ASPALELA)
5 AZIZAN JAMALUDIN - AZIZAN BINTI JAMALUDIN
6 CECILIA SITI UNA @ SITTIE ENDEK - CECILIA SITI UNA @ SITTIE ENDEK
7 CHE MENAH CHE MAT - CHE MENAH BINTI CHE MAT
8 CHUA YEE LING - CHUA YEE LING
9 DAROYAH ALWI - DAROYAH ALWI
10 FATHILLAH NURAINI SALLEH - FATHILAH NURAINI SALLEH (FATHILLAH)
11 FATHMAWATY SALIM - FATHMAWATY SALIM
12 LING LAE FEEI - FELLICIA LING
13 HALIMAH MAMAT - HALIMAH BINTI MAMAT
14 HARBAJAN KAUR - HARBAJAN KAUR (JAN)
15 IBI ANAK UDING - IBI ANAK UDING
16 LEE YUEH CHOO - JOYCE LEE
17 JULIANA JUSIT - JULIANA JUSIT
18 JUWAIRIYA ZULKIFLI - JUWAIRIYA ZULKIFLI
19 KAMARIAH IBRAHIM - KAMARIAH BINTI IBRAHIM
20 PHANG FEONG HUI - KATHERINE PHANG
21 NOR HASNANI JAMIL - NANIE JAMIL
22 NATRAH ISMAIL - NATRAH BINTI ISMAIL
23 C NOAMI INDROMAH CHELLIAH - NOAMI INDROMAH
24 NOOR AZURA KASSIM - NOOR AZURA BINTI KASSIM
25 NORHAYATI JAAFAR - NORHAYATI JAAFAR
26 NORHESNI ISMAIL - NORHESNI ISMAIL (HESNI)
27 NORIZAH ISMAIL - NORIZAH ISMAIL (KAK CHIK)
28 NURHANIM DATO' HAJI MOKHSEN - NURHANIM DATO' HJ MOKHSEN
29 NOR AZRINA SURIP @ NURIN AINA ABDULLAH - NURIN AINA
30 POZIYAH HAMZAH P- OZIYAH HAMZAH (POZIYAH )
31 RAMLAH BEE ASIAHOO - RAMLAH BEE
32 ROHANI HUSSIN - ROHANI HUSSIN (KAK ANI SERDANG / PUTRAJAYA)
33 ROSALINE @ ROSALIND BION - ROSALIND BION
34 ROSINAH MOHD HARON - ROSINAH MOHD HARON
35 ROZAINI MOHD ROSLI - ROZAINI BINTI MOHD ROSLI
36 SALIMAH LIWON - SALIMAH LIWON (SALIMAH)
37 SALMA ISMAIL - SALMA ISMAIL (SALMAH @ K.SAL)
38 SAMSIAH ISMAIL - SAMSIAH ISMAIL
39 SARIMAH LISUT - SARIMAH LISUT
40 SURAIYA HASHIM - SURAIYA HASHIM (SURAIYA KULIM)
41 SURAYA SUDIN - SURAYA SUDIN
42 TAN POH LAI - TAN POH LAI
43 THURAIYA ABDUL AZIZ - THURAIYA ABDUL AZIZ
44 TUAN MARJA TUAN MAT - TUAN MARJA BINTI TUAN MAT
45 VASANTHI A/P RAMALINGAM - VASANTHI A/P RAMALINGAM (VASANTHI)
46 YOGAYSWARI RAMALU - YOGAYSWARI A/P RAMALU
47 ZAILAN HAJI JAAFAR - ZAILAN BINTI HAJI JAAFAR
48 ZALARINA ZAINAL ABIDIN - ZALARINA ZAINAL ABIDIN
49 ZUMRAH HUSNI - ZUMRAH BT HUSNI

Majlis Pimpinan AMK Pusat

CALON-CALON KETUA AMK (2 calon)
1 BADRUL HISHAM SHAHARIN - BADRUL HISHAM SHAHARIN (CHEGUBARD)
2 SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN - SHAMSUL ISKANDAR (SAM)

CALON-CALON TIMBALAN KETUA AMK (2 calon)
1 CHANG LIH KANG - CHANG LIH KANG
2 KHAIRUL ANUAR AHMAD ZAINUDIN - KHAIRUL ANUAR (JONAH)

CALON-CALON NAIB KETUA AMK (11 calon)
1 AZMIZAM ZAMAN HURI - AZMIZAM ZAMAN HURI
2 CHAN MING KAI - CHAN MING KAI
3 ERVEANA ANSARI ALI - ERVEANA BINTI ANSARI ALI
4 FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK - FARHASH WAFA
5 KESAVAN SUBRAMANIAM - KESAVAN
6 LEE KHAI LOON - LEE KHAI LOON
7 MOHD NAZREE MOHD YUNUS - NAZREE YUNUS
8 NICHOLAS JAMES GUNTOBON - NICHOLAS J. GUNTOBON
9 ROZAN AZEN MAT RASIP - ROZAN AZEN MAT RASIP
10 SIVAM A/L VEERAMUTHU - V. SIVAM
11 ABDULYUNUS JAMAHRI - YUNUS JAMHARI

CALON-CALON AHLI MAJLIS PIMPINAN AMK (61 calon)
1 ABDUL RAHMAN ABDUL HACKEEM - ABDUL RAHMAN ABDUL HACKEEM (RACHMAN)
2 ABUL JAIS ASHFAQ AHMED - ABUL JAIS B. ASHFAQ AHMED
3 AHMAD AKHDHOR MUHD RIVAI - AHMAD AKHDHOR
4 AHMAD SANI ABDUL GHANI - AHMAD SANI B. ABD GHANI
5 HABIB AHMAD MUHAIYUDDIN HABIB DANIAL - ANGAH HABIB MUHAIYUDDIN
6 ASRUL NIZAN ABD JALIL - ASRUL NIZAM
7 AZHAR ACHIL - AZHAR BIN ACHIL
8 AZMAN YUSOF - AZMAN YUSOF
9 AHMAD AZRIZAL TAHIR - AZRIZAL TAHIR
10 NOOR AZWAN RAMLI - AZWAN RAMLI
11 MANOLAN MOHAMAD - BOB MANOLAN MOHAMAD
12 FARHAN IBRAHIM @ ALIAS - FARHAN IBRAHIM
13 FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK - FARHASH WAFA
14 KHAIRUL FAUZI MUHAMMUD - FAUZI JOHOR
15 GINIE LIM SIEW LIN - GINIE LIM
16 HAMSAH DJABIR - HAMSAH BIN DJABIR
17 HANIZAM AHNEE - HANIZAM B. AHNEE (KOJEK)
18 HAZRIL HASSAN - HAZRIL HASSAN
19 JAFERY JOMION - JAFERY JAMION @ JET FEI LEE
20 JAFRIEN MUHAMMAD - JAFRIEN B. MUHAMMAD
21 JUZARIM ISMA JUNAIDI - JUZARIM ISMA
22 KHAIRUL NIZAM MOHD RAZALI - KHAIRUL NIZAM @ ADAM
23 M A TINAGARAN A/L ARUMUGAM - M A TINAGARAN A/L ARUMUGAM (TINAGARAN)
24 MD ZAMAN MD TASI - MD ZAMAN B HAJI MD TASI
25 MOHAMAD NAZRI ISMAIL - MOHAMAD NAZRI ISMAIL (NAZRI JOHOR)
26 MOHAMMAD AZIHAN CHE SEMAN - MOHAMMAD AZIHAN BIN CHE SEMAN
27 MOHAMMADYASER ABDUL RAHMAN - MOHAMMAD YASER ABDUL RAHMAN (YASER)
28 MOHD ALFAIZAL AMJED - MOHD ALFAIZAL BIN AMJED (ALFAIZAL)
29 MOHD FADZLIE MOHD HASSAN - MOHD FADZLIE ( BOY LP )
30 MOHD FAISAL ABU BAKAR - MOHD FAISAL ABU BAKAR
31 MOHD FAIZAL BAHARUDDIN - MOHD FAIZAL B. BAHARUDDIN
32 MOHD HAFIZ AB RAHMAN - MOHD HAFIZ
33 MOHD HUSAIF MOHD JALAL - MOHD HUSAIF MOHD JALAL
34 MOHD KHAIR ZAINUDIN - MOHD KHAIR BIN ZAINUDIN
35 MOHD YUSRI YAACOB - MOHD YUSRI YAACOB
36 MOHD ZAINUDDIN GHAZALI - MOHD ZAINUDDIN B GHAZALI
37 MUHAMMAD NAJMI BIN SAMSUDIN - MUHAMMAD NAJMI SAMSUDIN
38 MUHAMMAD SAUFI MI’AD - MUHAMMAD SAUFI MI'AD
39 MUZAFEQ AFFYULZAIFUZAN B. MAMAT @ MUHAMMAD - MUZAFEQ MUHAMMAD
40 NA’IM JUSRI - NA’IM JUSRI (NAIM)
41 NATASSIA SARAH MOHD DANNY - NATASSIA SARAH
42 AHMAD NAZIB JOHARI - NAZIB JOHARI
43 NG SHY CHING - NG SHY CHING (SANDREA)
44 ONG CHIN WEN ONG CHIN WEN
45 RAJAN A/L RAJAN NAIDU - RAJAN A/L RAJAN NAIDU
46 RAMLAN ROES - RAMLAN BIN HJ ROES
47 REBIN BIRHAM - REBIN BIRHAM
48 ROMIHADI ROSE - ROMIHADI ROSE
49 SACHITHANANTHAN A/L KRISHNAN - SACHITHANANTHAN A/L KRISHNAN (SACCHI)
50 MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI - SAIFULLAH ZULKIFLI
51 SANGETHA JAYAKUMAR - SANGETHA JAYAKUMAR
52 OOI TZE MIN - SIMON OOI TZE MIN
53 SYED BADLI SHAH SYED OSMAN - SYED SHAH SYED OSMAN
54 TAN SEOWYEIT - TAN SEOW YEIT (FIONE)
55 TENGKU PUTRA AELMI SHAM - TENGKU PUTRA AELMI SHAM
56 YAHYA SIJARI - YAHYA SIJARI
57 ZAFRIL MOHD EUSOFF - ZAFRIL BIN MOHD EUSOFF
58 ZARA ZAHARI - ZARA ZAHARI
59 ZOLHAIDAH BT. SUBOH - ZULHAIDAH BT. SUBOH
60 ZULKIFLI IBRAHIM - ZULKIFLI HAJI IBRAHIM
61 ZULRISYAH NOOR KALAM MOIS - ZULRISYAH NOOR KALAM MOIS