Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 30 November 2010

Bukti KEADILAN bela Melayu Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Pengagihan projek melibatkan 70 peratus kontraktor Melayu di Pulau Pinang membuktikan KEADILAN mampu membela mereka walaupun di negeri yang ditadbir parti gabungannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata, ia juga membuktikan kontraktor Melayu mampu oleh bersaing tanpa kabel Umno.

Beliau berkata, dakwaan pihak tertentu kononnya orang Melayu disisih dari pentadbiran kerajaan Pulau Pinang dari memperoleh projek, hanya digembar-gembur kontraktor Umno.

“Dahulu, apabila kontraktor mendapat kontrak tertentu, Umno perlu membalas budi kepada banyak pihak. Akibatnya, kerajaan negeri pada masa itu membayar harga yang tinggi kepada kontraktor berkenaan.

“Sekarang, tender terbuka kerajaan negeri menyebabkan golongan seperti ini tidak mampu bersaing tanpa kabel di pasaran terbuka,” katanya kepada Keadilan Daily.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan kontraktor Melayu di Pulau Pinang mendapat lebih 70 peratus bidaan projek dan kontrak yang ditawar kerajaan negeri sejak Pakatan Rakyat memerintah.

Tze Tzin berkata, amalan tender terbuka membawa keuntungan kepada rakyat berikutan wang mereka diurus kerajaan negeri dengan lebih cekap.

“Hanya kontraktor yang menawarkan harga yang benar-benar kompetitif, dan boleh menghasilkan kerja yang memenuhi kualiti sahaja akan dianugerahkan kontrak,” katanya.

Mengulas tohmahan kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu, beliau berkata, perangkaan pembahagian kontrak itu membuktikan dakwaan itu tidak benar dan bermotif politik sempit


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 29 November 2010

Resolusi Shah Alam (Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat) -“Meneruskan Cita-cita Rakyat”


Resolusi Persidangan Shah Alam

Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat

29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

  1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
  2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
  3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
  4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
  5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

  1. Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
  2. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
  3. Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
  4. Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
  5. Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.

C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

  1. Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
  2. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
  3. Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
  4. Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
  5. Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
  6. Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
  7. Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
  8. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
  9. Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;
  10. Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat,

Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Pecah Amanah Tanah Melayu P.Pinang : Pas P.Pinang desak ambil tindakan


Laporan Pecah AmanahBadan Perhubungan Pas Pulau Pinang mendesak agar pihak Polis mengambil tindakan Pecah Amanah Tanah Melayu Pulau Pinang terhadap Yayasan Bumiputra Pulau Pinang seperti didakwa oleh Ikatan-Ikatan Kelab Melayu Pulau Pinang .

Siapa jual tanah Melayu Pulau Pinang?Umno Pulau Pinang sila jawab........... Umno pecah amanah tanah melayu di Bertam,Kepala Batas.




YB.Dr.Mujahid Rawa tunggu untuk membuat laporan Polis tapi hampa kerana sistem komputer canggih Polis off line.
Laporan Pecah AmanahLaporan Pecah Amanah

Laporan Pecah AmanahLaporan Pecah Amanah
Laporan Pecah Amanah
YB.Dr.Mujahid Rawa dedah kepada media pecah amanah tanah melayu Pulau Pinang

Kesal sikap pimpinan melayu yang pecah amanah tanah melayu Pulau Pinang

Dokumen Pecah Amanah Tanah Melayu di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang


Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang hari ini menyaman Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP) dan lapan yang lain kerana mendakwa tanah seluas 283.28 hektar milik YBPP telah dipindah milik sehingga menyebabkan kerugian lebih RM100 juta.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendakwa mengemukakan tuntutan tersebut bagi pihak orang Melayu di negeri ini yang terpinggir akibat kecuaian YBPP dan defendan lain menjalankan tanggungjawab membela nasib mereka.

Turut mengemukakan saman tersebut adalah Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff serta 32 individu lain.


Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan V. M. Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kesemua mereka selaku pihak plaintif menamakan YBPP; Tenagas (M) Sdn. Bhd. (Tenagas) dan Kumpulan Pinang Hartanah Sdn. Bhd. (KPHSB) yang dahulunya dikenali sebagai Fasa Klasik Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Pengarah ketiga-tiga syarikat itu, Datuk Syed Mohamad Syed Mustaza; Pengarah YBPP, Datuk Hassan Mat Noor; Pengarah Tenagas, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Pengarah KPHSB, Anuar Othman pula dinamakan sebagai defendan keempat hingga ketujuh.

Dua lagi syarikat iaitu Bandar Kepala Batas Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Business Term (M) Sdn. Bhd.) dan anak syarikat Tenagas, Kumpulan Pinang Properties Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Renown Focus Sdn. Bhd.) turut disenaraikan sebagai defendan kelapan dan kesembilan.


Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif menyatakan, YBPP telah ditubuhkan untuk mengurus dan meningkatkan ekonomi orang Melayu di negeri ini.


Berikutan itu, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memberi sejumlah peruntukan bagi pembelian hartanah di Seberang Perai Utara (SPU) bernilai RM137 juta.


Bagaimanapun, dakwa plaintif, defendan keempat hingga ketujuh telah mengakibatkan KPHSB dan Kumpulan Pinang Properties menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat bukan bumiputera, Hunza Propeties Berhad (Hunza) untuk memajukan hartanah tersebut.


Plaintif mendakwa, pemindahan hakmilik hartanah itu menyebabkan Hunza menjadi pemegang saham majoriti dengan memiliki 70 peratus saham manakala YBPP yang mempunyai 30 peratus saham menjadi pemegang saham minoriti.


Dakwa mereka, kesemua hartanah yang sepatutnya dibangunkan untuk memulih dan menjana ekonomi orang Melayu telah dimajukan oleh Hunza dengan membina rumah dan lot kedai dengan harga yang melebihi kemampuan orang Melayu.


Selain itu, pemindahmilikan hartanah itu didakwa bertentangan dengan objektif penubuhan YBPP yang memberi kesan langsung terhadap pembangunan ekonomi orang Melayu.


Plaintif turut mendakwa, tindak-tanduk defendan keempat hingga ketujuh sama ada secara bersama atau berasingan serta tidak dilakukan secara terbuka telah menyebabkan semua orang Melayu di negeri ini mengalami kerugian lebih RM100 juta.

Dengan itu, pihak plaintif memohon perisytiharan bahawa perjanjian usahasama dan urusan pindah milik antara defendan ketiga, kelapan dan kesembilan itu batal serta tidak sah.

Pihak plaintif juga memohon perisytiharan bahawa defendan keempat hingga kelapan telah pecah amanah, selain mahkamah mengeluarkan perintah agar mereka memindah milik semula hartanah itu kepada defendan ketiga dan kesembilan.


Mereka juga memohon injunksi menghalang defendan kelapan memindah milik atau melupuskan mana-mana bahagian hartanah tersebut yang masih didaftarkan atas nama syarikat itu sehingga perintah selanjutnya.

Turut dimohon adalah ganti rugi taksiran, ganti rugi teladan dan ganti rugi punitif serta relif lain yang difikirkan adil oleh mahkamah daripada defendan keempat hingga kelapan.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 28 November 2010

Senarai Penuh Ahli Pimpinan Pusat penggal 2010 - 2013


Presiden

Wan Azizah Binti Wan Ismail - Menang Tanpa Bertanding

Timbalan Presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib Presiden

1.Nurul Izah Anwar - 13211 undi
2.Tian Chua - 11,744 undi
3.Fuziah Salleh - 8,927 undi
4.Mansor B. Hj Othman - 8,576 undi

Ahli Majlis Pimpinan Pusat

1.Elizabeth Wong - 10,897 undi
2.Badrul Amin - 9,672 undi
3.Hee Lot Sian - 8,473 undi
4.Khalid Jaafar - 7,889 undi
5.Johari Abdul - 7,719 undi
6.Abd Rahman Yusof - 7,719 undi
7.Haniza Talha - 7,588 undi
8.Fariz Musa - 7,511 undi
9.Zakaria Abdul Halim - 7,170 undi
10.Roland Chia Ming Shen - 7,095 undi
11.Siti Aishah - 6,876 undi
12.Ismail Yusip - 6,332 undi
13.Latheefa Koya - 6,242 undi
14.Kesavan Subramaniam - 6,139 undi
15.Shuhaimi Haji Shafiei - 6,095 undi
16.M.R. Summugam - 5,964 undi
17.Yusmadi Yusoff - 5,810 undi
18.S.Manikumar - 5,789 undi
19.Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 undi
20.Christina Liew - 5,707 undi

Utamakan perumahan rakyat - Yb Sim


Wakil Angkatan Muda, Tsim Tze Tsin ketika membahaskan usul ekonomi berkata, dasar KEADILAN menjulang integriti dalam sistem pentadbiran ekonomi dan menentang rasuah yang menimbulkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

Menurutnya, pada 2007, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan agenda ekonomi Malaysia, yang membentuk halatuju KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran ekonomi.

Tambah beliau idea dan gagasan ekonomi tersebut kemudiannya diciplak oleh kerajaan pimpinan Najib Razak termasuk dalam isu gaji minima.

“Umno-Bn menghabiskan berpuluh juta ringgit untuk merancang pelan ekonomi tetapi rakyat masih ditakuk yang lama,”ujarnya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat berbeza dari segi pentadbiran ekonomi dengan memberi perhatian terhadap isu perumahan rumah kos rendah dan mampu milik terutama kepada golongan muda dan rakyat miskin.

Kerajaan gagal terjemah makna falsafah pendidikan kebangsaan


Perwakilan dari Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang, Rashid Hasnor dalam usul perbahasan pendidikannya hari ini berkata, kerajaan gagal untuk menterjemahkan makna dari falsafah pendidikan, berikutan kebejatan sikap pemerintah yang memandang enteng berkenaan hal tersebut.

“Telah banyak gejala buruk yang berlaku dalam hasil dari dasar yang pincang ini. Pecah amanah, keruntuhan akhlak, yang menjurus kepada gejala yang lebih buruk dalam sistem pentadbiran dan perundangan di negara ini,” katanya.

Rashid menjelaskan, pengalaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Pendidikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, dalam membentuk sahsiah ahli dan kepimpinan.

“Justeru, hasrat kami sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, falsafah pendidikan ini perlulah dirombak. Bukan semata-mata kepada kandungannya, tetapi kaedah dan dasar lebih radikal,”

Beliau menambah, KEADILAN harus mengambil langkah dan pendekatan yang lebih holistik,terutamanya melalui biro pendidikan bagi menggemblengkan tenaga untuk menjayakan agenda pendidikan rakyat

Puisi buat Senator Dr. Syed Husin Ali



Suara Merdeka Semangat Abadi

(kepada semua pencinta kebenaran dan keadilan)


“saya terkadang merasa belum tua lagi…akan tetapi, tidak bererti saya akan meninggalkan politik ataupun parti sepenuhnya…”

- Senator Dr. Syed Husin Ali


i.

matari september seribu sembilan ratus tiga puluh enam

di bumi Bandar Penggaram jagatraya berkisah cemburu dalam bahagia

kerna akhir disaksi teruji dek zaman

bakal melakar deru laju tapaknya seiring impiannya

sudah teruji merentas segala duri dan ranjau…


ketahuilah parti ini melangkah ke putrajaya dengan iringan setia

semangat rakyat abadi dari batu pahat,

banteras rasuah adalah prinsipnya

khianat hipokrasi adalah musuhnya

impian satupadu adalah juangnya

kanun kejam adalah lawannya.


semuanya demi harimuka masyarakat

segalanya untuk harapan baru rakyat


terimakasih syed husin ali

kini kami bisa jauhi amalan korup, pemerintahan bobrok dan tirani kukubesi

terimakasih syed husin ali

kini kami bisa kenali ajaran perubahan, erti pengorbanan dan janji reformasi


liku-liku juang jitu

simbol cabaran semangat

susuk sederhana konsisten tekad juang;

zahir perwatakan nyata sikap tegas

kepedulian hanya perjuangan rakyat

berkali-kali mengungkap kebencian pada kepura-puraan

nadanya pasti kritik, pasti pedas

“ilmuwan jangan menikus melukakan kerajaan

…biarlah dibersihkan air agar jernih”


gelora warna warna cabaran lalu mengheret

atma prihatin itu mengenal cabaran dan halangan


lalu terus langsung mengukir sejarah

lalu tekad ligat memperbetulkan arah


impiannya kemanusiaan, kesejahteraan

faedahnya untuk rakyat dan negara,

nusa dan bangsa


dari ancaman kapitalis, dari adu domba KKN

dari salahguna ISA, dari pilihkasih OSA, dari tekantikam Akta Percetakan.



Atau penindas rakyat,menara bazir billion ratusan tingkat

Atau kapal selam langsung enggan tenggelam

Atau sisa – sisa penjajahan minda salah urus tadbir salah pengkhianat main pasir.


ii

kami hayati gusar atma dalam coret cerita pendek

lintah dua serupa-takut tersisih-prasangka

kami dalami kritis rintih dalam wacana dedah realiti

tanah simpanan melayu perlu dibangun-menjana politik tidak perkauman

dari tajam pemikiranmu baru kami kenali

apa erti pembangunan-masyarakat dan pimpinan kampung

dari teguh prinsipmu, baru kami tekuni

orang melayu masalah dan masa depan


tidak lain bagi kemerdekaan rakyat kita

tidak lain buat keadilan rakyat Malaysia


beritakanlah rahsia buana siyasah agar kenal

tulisan pedomanmu, semangat tekadmu

(pasti takkan haus)


khabarkanlah jasa peta politik agar mesra

tunjang pengorbananmu, wawasan harapanmu

(pasti takkan pudar)



iii.


1974 – yang mengejut mengambil dari tidur dari rumah 6 tahun lama

1990 – yang memaksa letak jawatan kuliah gedung ilmu universiti malaya

2003 – yang melihat pembubaran-penggabungan parti asas papantanda putrajaya

2009 – yang diangkat wakili gema hujah dinding dewan negara

2010 – yang melihat langkah pergi sebenarnya lebih berani dalam rela


Apakah akan ada lagi Timbalan Presiden sebegitu ?

Apakah akan ada lagi Timbalan Presiden sepertimu ?


mengajar kita ranjau resah

senantiasa ceramah membawa agenda

mendidik kita duri gelisah

selalu ditinta tegur nasihat


walau jatuh akan kita bangkit laju

walau usir namun kita paling semula

takkan tewas, serah atau pasrah kecundang

ini suara merdeka yang bebas


melawan dalang dan tirani

melawan kepalsuan dan penindasan

segala rejim dan segala barisan

ini suara merdeka semangat abadi


hapuskan kezaliman dan kebiadapan,

penipuan dan penindasan

ini gema suara merdeka yang benar


segera ke hadapan

dengan cogankata lantang serta sepanduk bantahan

bangkit melangkah laju maju

bersama lafaz protes sumpah amanah


tahanlah tanpa bicara sekali lagi

walau di Balai Jalan Bandar

atau jeriji besi penjara Kamunting

kiranya dikirim ugutan, diseksa, diaibkan

akan ditulis lagi dua wajah tahanan tanpa bicara perihal fitnah

akan diutus lagi warkah terbuka airmata tabah sabariah abdullah.


iv.

AMK sedia

hadir, tempur penuhi padang kelab selangor, panjat mimbar masjid negara

mana-mana

atau Wanita Srikandi terus

berarak dari baling dan tasik utara

bila-bila


halangilah, selindungilah

seorang mirzan, seorang tajuddin

sepuluh che Mahathir, beratus king ghazali

dengan syed husin ali kita akan mara demonstrasi

dengan syed husin ali kita akan segera berani

kerna semua wanita pagi ini

kerna semua amk kongres ini

akan lahirlah nanti

SEJUTA LAGI SYED HUSIN ALI BERANI


sejarah kezaliman, sejarah penipuan PASTI DITUMPASKAN


zaman segala era menteri perdana bersilih,

pemimpin sering datang-pergi

namun insan syed husin ali terus relevan kekal

dekad segala dasar-rancangan dibentang-dimansuh

pusingan pilihan raya-manifesto berlalu-berganti

namun tokoh syed husin ali terus tampak kental

SEMUANYA demi generasi jiwa merdeka mukahari


v.

dan mengutip titipanmu, kami kembalikan dedikasi

untuk semua pejuang keadilan, demokrasi, kebenaran,

kebebasan dan perpaduan di negara ini sepanjang zaman

insya Allah, akan terpahat selama-selamanya.


jasa dibalas pahala, budi dibalas doa

mari kita nanti kemana gelanggang baru menunggu pidato tajam

jejak tekad membersihkan air agar jernih.


sungguh ikrar kami menyambut seruan-amanahmu

sungguh azam kami mengingati luahan-pesananmu


maka ayuhlah ! Marilah pemuda wanita sekalian bangsa Malaysia

kita bawa tekad teguh berani itu

kita tampil genggam sumpah ruang ini

sehingga mereka jatuh tumpas dan tewas

tamatlah, noktahlah SEMUA KISAH LUKA

SELAMA-LAMANYA…


Amatilah wahai srikandi wanita

Amatilah wahai angkatan muda…


salut untukmu, SALUT SELAMANYA.

karya

ROZAN AZEN MAT RASIP

Angkatan Muda Keadilan BATU

damansara-kota bharu-petaling jaya-sentul

18-26 November 2010

(puisi ini dikarang khas sebagai penghormatan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Senator Dr. Syed Husin Ali, dan telah pertama kali dideklamasikan khas penulis bersama Sdri. Anizan Othman Srikandi Selangor semasa Perasmian Kongres Tahunan AMK & Wanita PKR Ke-7 di Dewan Sivik, MPPJ pada 26 November 2010)