Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 31 Disember 2010

~apa sebenarnya kita..

salam..


Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 febuari daripada 12 Rabiul Awal..

Kita sebenarnya lebih membesarkan hari sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada menunaikan solat..

Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada Assalamualaikum..

Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid memuji Ilahi..

Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri..

Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah-majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, tempat yang menghiburkan daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya lebih suka mengumpat daripada menceritakan kebaikan sebagai ikutan..

Kita sebenarnya lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..


Tetapi bila orang tanya arah tuju kita,


Kita pasti akan jawab


Kita sebenarnya lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka..


Layakkah kita ke syurga milik ALLAH s.w.t..


Tepuk dada, tanyalah iman…


Amal kita akan menjadi jawapan..

Khamis, 30 Disember 2010

MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN... POLITIK BERLANDASKAN NILAI


Kenyataan Media


Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh

Hebahan : 30 Disember 2010


MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN...

POLITIK BERLANDASKAN NILAI


Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.


Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.


Pemilihan saya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan baru-baru ini telah menggerakkan fokus saya terhadap The Way Forward, Mengorak Langkah Masa Depan demi memastikan parti ini kekal berpegang pada nilai-nilai yang akan sentiasa berkembang, menjadikan ia sebuah parti yang berintegriti, adil dan saksama terhadap anggotanya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya, ini adalah tanggungjawab politik saya agar kita bersama-sama istiqamah dalam melakukan perubahan, terus membangunkan KEADILAN dan juga negara yang kita warisi, bersama-sama rakan seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Melaksanakan apa yang wajar dan memastikan bahawa pengorbanan anggota parti dan juga rakyat sekaliannya tidak dipersia-siakan. Untuk sentiasa mendahulukan kepentingan bersama dengan mendokong prinsip dan nilai yang kita yakini bersama.


Untuk melangkah ke hadapan, pencapaian sehingga kini, dan pengajaran daripada masa lalu perlu dinilai semula, seterusnya membentuk masa hadapan yang berpandukan realiti politik semasa, di mana rakyat kini semakin celik dan jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menegakkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan adil. Sebagai sebuah parti politik yang ingin menjadi harapan baru rakyat, sewajarnyalah KEADILAN juga jelas tentang perjuangan dan halatujunya, bukan semata-mata jelas mengenai lawan dan persaingan terhadapnya.


Langkah masa depan bagi KEADILAN adalah dengan memenuhi harapan untuk menyerlah sebagai tautan terkukuh dalam komponen parti Pakatan Rakyat, agar kepercayaan rakyat tetap utuh terhadapnya, dengan itu rakyat akan rela memberi mandat kepada KEADILAN, menerusi Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PAS dan DAP, untuk mentadbir Putrajaya dalam usaha memenuhi tuntutan Agenda Reformasi, yang merupakan tujuan asli perjuangan KEADILAN. Agenda Reformasi mendokong prinsip-prinsip pencerahan politik, ketuanan dan pemberdayaan rakyat serta kewujudan sebuah masyarakat dan negara madani di Malaysia. Sebagai Naib Presiden KEADILAN, saya akan memberi sepenuh komitmen untuk membina portfolio yang berkaitan dengan pembangunan politik berasaskan nilai ini. Adalah diharapkan politik berasaskan nilai ini akan menjadi dasar kepada sistem, kepolitikan dan gerakan politik dalam KEADILAN.


Justru, marilah kita menyambut tahun baru ini dengan penuh optimis dan keyakinan diri, berlandaskan kepada apa yang telah dicapai dan akan kita capai bersama.


Fuziah Salleh

Naib Presiden

Parti Keadilan Rakyat

Najib dan Anwar harus bersatu sambut wira negara demi masa depan anak muda - SAMM



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyertai seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa bersyukur juga setinggi bangga serta Tahniah kepada skuad bolasepak negara.

Kemenangan ini dilihat mampu menjadikan lonjakan kepada kemajuan sukan khususnya bolasepak negara. Ia juga harus diambil kesempatan bagi mengarahkan perhatian yang lebih anak muda negara kepada kegiatan yang berfaedah seperti sukan. Penglibatan anak muda dalam sukan juga mampu memjadikan kelompok ini menjadi lebih produktif serta menjauhi gejala negatif.

Jesteru ini kita semua harus bersama berusaha menjadikan pemain-pemain skuad Harimau Malaya ini sebagai ikon dikenali kelompok muda agar ia menjadi contoh kesungguhan mereka.

Sebagai pemulaan SAMM menggesa satu himpunan sambutan wira negara harus di adakan di lapangan terbang. SAMM sendiri akan bersama menggerakkan anak muda untuk bersama ke arah itu. SAMM juga menggesa himpunan sambutan wira itu juga diadakan di seluruh negara.

Cuma dalam perkara ini demi menjayakan matlamat besar maka saya nasihatkan diri saya dan semua, himpunan-himpunan ini perlu menjauhi imej perbezaan tetapi perlu melibatkan semua. Adalah bagus kalau Najib selaku PM dan Anwar selaku Ketua Pembangkang turut terlibat agar ia mampu mencetus momentum hebat penyatuan negara.


CheguBard

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

Keadilan Rembau menyambut baik kenyataan chegubard


Kenyataan media 28 disember 2010
Saya bagi pihak keadilan rembau menyambut baik dan mempertahankan kenyataan chegubard.

Kenyataan che'GuBard dalam satu sidang media di bkt mertajam menunjukkan che'GuBard seorang yang berprinsip.

Antara isi penting kenyataan cheGuBard ialah
- berterima kasih dan hargai lantikan
- memohon maaf terpaksa menolak kerana masih menanti keputusan siasatan dan tindakan terhadap pemilihan 2010
- mmberi jaminan w/pun menolak jawatan lantikan jawatan pusat namun komitmen terhadap parti dan perjuangan tidak berkurang

Sesungguhnya keadilan rembau bersama dengan semangat ini.

tidak siapa antara kita menafikan bahawa umno-bn harus dijatuhkan demi menyelamatkan negara dr kezaliman dan kerakusan penyelewengan. Namun jauh dr itu sebelum memasuki putrajaya parti yg sama kita dokong ini juga harus didesak menjadi parti yg terbaik dalam menjamin hak demokrasi dan ketelusan demokrasi.

Sistem pemilihan 1 ahli 1 undi ini baik, yang salah bukan sistem tp proses. Tumpuan kita bukan kelemahan tetapi penipuan yang harus diambil tindakan.

Bersetuju,dgn kalau yg salah sekelompok kecil jgn dihukum semua ttp jgn juga lepaskan kelompok kecil yg salah Itu dr hukuman kerana jika dibiar itulah punca masalah yg besar.

Kenyataan chegubard harus dilihat dari aspek positif. Keadilan bukan spt 'parti tua' yang hanya mengangguk sahaja.

InsyaAllah apa yg berlaku akan menjadikan kami di Keadilan rembau lebih bersatu dan gigih dalam menyusun jentera dan program-program ke arah memerdekakan parlimen dan kerusi-kerusi DUN di bawah Rembau dari cengkaman BN.

Md Sani md shah
Ketua amk
Rembau

DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

Rabu, 29 Disember 2010

Populariti AMK yang semakin pudar telah di tengelamkan oleh Pengaruh SAMM



Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM), baru-baru ini berjaya menganjurkan Konvoi Perdana Anak Muda Malaysia Rembau ke Permatang Pauh yang disifatkan konvoi yang membabitkan kumpulan anak muda yang terbesar pernah diadakan di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh.

Konvoi ini yang bermula pada malam Khamis lalu ini turut melibatkan pelbagai program-program selama tiga hari iaitu program kemasyarakatan, sukan, forum, keusahawanan, kesenian, pertunjukkan permotoran dan lain-lain.

Kejayaan SAMM yang pengasasnya Chegu Bard menganjurkan program tersebut boleh dianggap sebagai titik permulaan bagi pertubuhan tersebut merintis program-program lain yang lebih besar dan berkesan bagi memenangi hati anak-anak muda negara ini.

Selain itu program ini yang juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai signifikan cabaran kepada AMK(Angkatan Muda Keadilan) agar lebih proaktif mengadakan program yang mampu memenangi hati golongan muda ini turut mendapat pujian daripada Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Melalui program-programnya, SAMM walaupun dengan sumber kewangan yang terhad ini juga seolah-olah sedikit demi sedikit akan mengambil alih dan mengisi kekosongan yang sepatutnya diisi oleh AMK yang dipimpin oleh Shamsul Iskandar Md Akin.

Bagi Chegu Bard yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat pusat PKR, kini mempunyai jadual lebih padat berbanding sebelumnya apabila kerap diundang untuk memberikan ceramah dan menghadiri program lain yang dianjurkan oleh cabang-cabang parti itu sendiri mahupun oleh parti-parti lain dalam PR.



Kepadatan jadualnya terjadi apabila didorong oleh minat yang semakin bertambah daripada pihak penganjur program untuk mengundang beliau baik program yang dianjurkan oleh cabang PKR sendiri mahupun parti lain dalam PR.

Secara umumnya pada masa ini, ketika menghadiri jemputan mana-mana program, imej Chegu Bard lebih dilihat sebagai personaliti yang mewakili anak-anak muda akar umbi dalam AMK dan tentunya SAMM sendiri berbanding Shamsul yang berada dalam 'kelasnya tersendiri'.

Shamsul yang kejayaannya mempertahankan jawatan ketua AMK melalui manipulasi undi dan penipuan serta dengan tidak mendapat pengiktirafan dari sesetengah pihak dalam AMK sendiri seharusnya memandang 'kepantasan' SAMM ini sebagai satu cabaran untuk beliau lebih proaktif memenangi hati masyarakat muda di peringkat akar umbi.

Menjadikan ayat 'pemilihan baru sahaja selesai' sebagai alasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang tercalar dengan aduan-aduan yang masih tiada jawapan ketika sepanjang pemilihan berlangsung.

Apatah lagi, AMK Pusat yang mampu memperolehi sumber kewangan yang lebih besar seharusnya lebih pantas berbanding SAMM untuk mengatur program anak-anak muda sekaligus mampu mengikis label kura-kura yang dibawa beliau sewaktu pemilhan berlangsung sebelum ini.

Malangnya Ketua AMK itu lebih menampilkan lagak seorang Naib Presiden, jawatan yang mahu ditandingi pada awalnya sebelum membuat pusingan 'U', berbanding lenggok yang sepatutnya ada pada anak-anak muda.

Lebih-lebih lagi apabila Shamsul dilihat lebih gemar mendampingi dan 'mengekori' samada Anwar Ibrahim mahupun Azmin Ali di lokasi-lokasi ceramah sehinggakan dilabelkan sebagai 'escort' kepada kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu.

Malahan kehadiran Shamsul di tapak-tapak ceramah yang membariskan pemidato hebat seperti Anwar Ibrahim akhirnya menenggelamkan diri beliau sendiri apabila rata-rata audien hanya memfokuskan kepada penceramah utama yang jauh lebih hebat pidato mereka.

Keadaan ini boleh disamakan dengan pasukan bola sepak Malaysia yang tentunya tidaklah nampak begitu teruk apabila menentang pasukan negara-negara Asia Tenggara lain berbanding akan dilihat sangat kerdil apabila berhadapan pasukan seperti Brazil atau Sepanyol.

Sebagai Ketua AMK, seharusnya beliau sedar bahawa kejayaan untuk menarik minat anak-anak muda ke arah kesedaran politik dan hak mereka sebagai rakyat tidaklah memadai dengan sekadar pendekatan berceramah semata-mata.

Kelompok anak-anak muda ini seharusnya diberikan tumpuan khusus dengan mendekati mereka melalui program yang mampu menarik minat mereka sekaligus mewujudkan perasaan tidak terasing kelompok ini dengan barisan pemimpin mereka.

Program -program anjuran SAMM juga berjaya memberi tamparan hebat kepada AMK yang kini di lihat kurang memberi perhatian terhadap program - program pembangunan Anak Muda dan belia kerana kini pemimpin - pemimpin AMK di lihat hanya menumpukan perhatian pada agenda politik dan kepentingan peribadi sahaja.

Rabu, 22 Disember 2010

Pemilihan Keadilan.... Siasatan JPP terus membisu...........


21 Disember 2010

*che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan*

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip. Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.

Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tenggara

Jom Sertai Konvoi Anak Muda Malaysia Dari Rembau Ke Permatang Pauh



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang Pauh.

Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.

Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.

Di Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM. Majlis akan berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL Wings dan Blank GAMMA. Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30 malam.

Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50 motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.

Di hentian Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak. Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan Yayasan Aman, Penanti.Di utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama penduduk tempatan.

Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500 orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix Asia, Yaser Said.

Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.

Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda sendiri.
Program - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.

Keseluruhan program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun belanja pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap menelan belanja yang bukan sedikit.

Alhamdulillah ramai yang tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan. Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.

Kepada anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila hubunig Yaser 0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jemput mai beramai-ramai ke Expo Anak Muda! Dari anak muda untuk anak muda!

Sabtu, 18 Disember 2010

Tok Det kata dinar emas bagus


KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.


“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.

“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.


“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

harian metro

zmp... orng tua ni dah comfirm dah nyayuk.... dulu kata dinar emas x bagus... lani dia kata bagus lak


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Jumaat, 17 Disember 2010

Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan-CheGuBard


Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi , mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat.Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Datuk Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat YB Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan - bukan. Namun sampai bila saya harus menanti.........

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu..... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita....... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia


Syaitan Jelmaan menafikan hubungan mereka dengan Israel. Bagaimana dengan dokumen ini?


Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International



Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? Baca di sini)

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? Baca di sini)

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

sumber klik di sini


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Chegu Bard tidak sertai KITA


Calon ketua pemuda PKR yang tewas, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengulangi kesetiaannya kepada parti dan memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.
chegubard badrul hisham shaharin 271110Malah, kata Badrul (tiga dari kiri) dalam satu kenyataan hari ini, bercanggah dengan pendapat ramai, Zaid tidak pernah mempelawanya dalam apa jua cara ataupun menawarkan wang kepadanya supaya berpaling tadah.

“Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.

“Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain,” katanya..

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini didakwa bergabung dengan Zaid yang ketika itu cuba bergelut dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan nombor dua dalam PKR.

azlanSeperti Zaid, Badrul yang juga ahli pengasas PKR, membidas parti itu berhubung kepincangan dalam pemilihan parti bulan lalu.

“Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada PKR tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah di bawah karpet.

Badrul turut mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru.

“Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA),” katanya.
NONE
Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.

“Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.

“Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat,” katanya.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Kenyataan Akhbar YB Azmin Ali : Penggantungan Daripada Dewan Rakyat Selama 6 Bulan



Tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan saya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada ‘rule of law’.

Prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan dimana hak kami berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. Kerajaan UMNO–Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan :

“…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010...

Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis…”

Namun begitu, saya tidak menyentuh kandungan surat daripada APCO Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahu surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010 tersebut ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Dalam pemberitahu surat tersebut dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), saya telah mohon mencadangkan :

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat, 3 Disember 2010 yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut dan mempertahankan dirinya daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”

Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Dato’ Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat APCO tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Isu APCO telah berkali-kali dibangkitkan di dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara. Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara?

Keputusan Dewan Rakyat untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan saya tidak mempunyai asas sama sekali serta tidak menurut prosedur Parlimen.

Justeru itu, saya dan rakan-rakan di dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan. Ini merupakan tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang di dalam negara. Demokrasi terancam dalam negara akibat pemerintah yang tidak punya hasrat untuk berubah dan tidak mahu mengangkat keadilan serta kebenaran.

Saya cukup yakin rakyat mampu menilai bahawa UMNO-BN dengan pemusatan kuasa, tidak menghormati integriti institusi Parlimen dan keangkuhan pemerintah yang korup itu akan menyebabkan Kerajaan UMNO-BN tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.


MOHAMED AZMIN ALI
Ahli Parlimen Gombak

17 Disember 2010

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 15 Disember 2010

Warkah Buat Abah.......oleh Kalam Usang


Abah.....di saat abah dihina,dikeji,dituduh dengan pelbagai tuduhan sedarkah abah anak tiri ini yang membela abah,abah walaupun abah tidak pernah memberikan apa2 pada anak tiri ini,anak tiri ini tidak kesah malah anak tiri ini masih membela abah sehingga sekarang.Abah walaupun anak abah sentiasa berada di samping abah tapi sedarkah abah anak-anak abah sengtiasa mengharapkan sesuatu pada abah,tapi tidak mengapalah sebab itu memang anak abah,mana mungkin abah tidak dengar cakap anak-anak abah.

Abah...biarpun abah tidak pernah hargai apa yang anak tiri buat selama ini,anak tiri tidak pernah kisah abah,tetapi anak tiri sentiasa ingat pesan abah sebelum abah dihumban ke jeriji Sg Buluh dulu,waktu itu abah berpesan kepada semua "Kalau Takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan..dan anak tiri ini juga ingat abah pernah kata "lawan tetap lawan" dan abah juga seringkali pesan kepada semua "walaupun jasad terpenjara jiwa tetap merdeka" setiap pesanan abah itu anak tiri abah menjadikan azimat perjuangan,di saat abah di dalam sangkar Sg Buluh anak tiri ini sentiasa perjuangkan nasib abah sehingga anak tiri ini banyak kali dilempar di dalam trak black maria..tapi anak tiri tidak pernah kesal kerana anak tiri bukan berjuang semata-mata untuk abah,tetapi anak tiri ini nak lihat negara kita berubah sepenuhnya..

Abah....anak tiri abah ini ingin lihat negara ini berubah dengan sepenuhnya bukan ubah sahaja,tetapi buang segala kebobrokan yang ada dalam sistem berbau busuk itu.Anak tiri ini mahukan sesuatu yang lebih..walau apa yang berlaku anak tiri tetap berdiri pada prinsip yang abah ajar tika masa lalu...tetapi anak tiri kini lihat abah semakin jauh...jauh dari prinsip abah yang dahulu....lupakah abah,di saat abah dilontar ke dalam sangkar Sg Buluh rakyat-rakyat dibawah yang angkat abah,masa tu abah dijulang atas sebab apa,sebab abah seorang pemimpin yang cukup berprinsip..tapi akhir-akhir ini.....

Abah....anak tiri sedar anak tiri tetap anak tiri,tetapi ingatlah abah.apa pesanan abah yang lalu anak tiri tidak pernah lupa,tapi abah lihatlah anak-anak abah yang kian jauh dari mata susur jalan yang sebenar,mereka semakin jauh abah,tetapi adakah kerana mereka anak abah,abah tetap membenarkan apa yang anak abah buat?? Hari ini abah boleh lihat betapa ramai anak-anak abah yang tidak berpegang pada prinsip yang abah pernah ajar..Abah....mana perginya abah yang dahulu...?kenapa abah sudah jauh berubah?apakah abah rasa abah sudah terlalu hebat hingga abah tidak mendengar lagi cakap-cakap orang kebanyakan...kenapa abah mesti nak dengar cakap anak pak ali...bukankah abah pernah dimalukan oleh anak-anak pak cik ali..abah sudah lupa??walaupun seorang anak pak cik ali sentiasa bersama abah,tetapi anak pak cik ali tu tak ada prinsip abah,kenapa abah tidak pernah tegur?

Abah.....kini serangan kepada abah kian menjadi-jadi,negara temasik pun sudah menyerang abah,serangan di media baru lebih hebat,pelbagai jenis serangan mereka buat..tahukah abah apa signal disebalik semua yang sedang berlaku??walaupun anak tiri pernah dimarahi oleh anak-anak abah sebab anak tiri dikatakan sanggup mendoakan abah kembali ke sangkar Sg Buluh,apa yang berlaku pada hari ini semakin benar apa yang anak tiri cakap,walaupun anak-anak abah marah anak tiri tahu apa yang bakal berlaku kerana perkara ini pernah terjadi pada abah..

Abah...anak tiri pernah berpesan pada abah,jika apa-apa berlaku pada abah..abah hubungilah anak tiri..sebab walau apa yang abah buat walau apa yang terjadi anak tiri ini akan sekali lagi menjadi tembok penghadang membela abah....walaupun anak tiri tetap anak tiri tetapi anak tiri tidak pernah lupa prinsip yang abah ajar...KETELUSAN...KEADILAN..berjuang untuk rakyat...anak tiri akan teruskan..

abah ingatlah jika abah terus berprinsip dan kembali pada asas abah yang dahulu,jika sekali lagi abah akan diambil dan cuba disumbat ke dalam sangkar Sg Buluh..maka saat itu anak-anak tiri abah yang lain juga akan membela abah.

Warkah Buat Abah
Nukilan
Sang Kalam Usang,