Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 28 April 2011

Trio 3 Badigol penyebar fitnah


Polis, SKMM buru individu muat naik video seks......m'siakini

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.........


SEBAGAI WARGA YANG BERTANGGUNG JAWAB DAN PATUH KAPADA KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MAKA DI PAPARKAN INDIVIDU-INDIVIDU BERKENAAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA SIASAT POLIS DAN SKMM...KALAU TUKANG CIPTA, TERBIT DAN TAYANG DIKENALI SEBAGAI DATUK "T"... YANG INI DIPANGGIL DENGAN NAMA TIGA BADIGOL "P"....Papa Gomo @ Mohammad Norzamrizal,House Pk @Parpu Kari @Mohammad Salim Iskandar dan Pas Beruk @ Mohammad Shamsul Azrai......KETIGA-TIGA MEREKA AMAT AKTIF MUAT NAIK VIDEO KLIP YANG DIMAKSUDKAN SAMA ADA DIBLOG MEREKA ATAU DI FACEBOOK......SEMOGA MAKLUMAT INI MEMBOLEHKAN SIASATAN TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH DAPAT DIJALANKAN....RAKYAT MEMBERIKAN SEPENUH KEPERCAYAAN KAPADA PIHAK POLIS DAN SKMM MENJALANKAN SIASATAN TANPA GENTAR DAN BERPIHAK...

sumber

Bumiputera Berjaya's


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Siapa sebenarnya pengkianat MELAYU di Pulau Pinang

Menurut fakta terbaru tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajian mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini dibina di atas tanah milik bukan Melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi? Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu.

Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sewaktu tahun 70an PAS telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang.
Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

Kehilangan tanah milik Melayu di Pulau Pinang yang berpindah kepada bukan Melayu lebih banyak berlaku kerana Melayu dengan rela hati menjual tanah tersebut kepada bukan Melayu. Jumlah yang berpindah milik kerana jualan secara rela hati itu sebenarnya lebih besar berbanding, tanah yang diambil oleh kerajaan negeri. Tapi apa Umno buat sewaktu jadi kerajaan dulu?

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno,
“Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TET

Rabu, 27 April 2011

Video Sex... pembohongan yang nyata


Aku takmau nak tulis panjang.... korang tengok kedua-dua gambar di atas dan lihat Perbesaan paling ketara pada rambut.... cuba perhatikan dan buat perbandingan betul ataupun tidak Dato Seri Anwar Ibrahim atau bukan dalam gambar di atas tu....

Gambar Video di rakam pada 21 Feb 2011 dan gambar di Mahkamah pada 22 Feb 2011.. memang nyata video tersebut adalah fitnah untuk menjatuhkan karea politik DSAI ..

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Sabtu, 23 April 2011

Gambar Pemberian Sumbangan Penghargaan kepada Warga Emas di sekitar Parlimen Bayan Baru




Yb Raveen dan Yb Rayer bersama membantu menguruskan pemberian Sumbangan kepada Warga Emas dari DUN Bati Uban dan DUN Seri Delima di Maybank Cawangan Gelugor






Keadaan Di Maybank I-Veneu Bukit Jambul : Ramai Warga Emas dari KADUN Batu Maung Dan Bayan Lepas hadir tak mengira bangsa







Bagi Dun Pantai Jerjak pembayaran sumbangan di beri di Maybank Cawangan Quenssbay


Khamis, 21 April 2011

Woi UMNO P.Pinang mana senarai nama warga emas yang nak bagi balik wang RM100 pemberian kerajaan negeri


GEORGETOWN, 21 April: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.

"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Dalam pada itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula 23 April hingga 20 Mei di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri.

Sehingga kini, katanya seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program itu.

"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

Guan Eng memberitahu, selain wang RM100 di bawah PPWE, kerajaan negeri turut menyalurkan wang khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.

Katanya, sejak program itu dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE.

Jelasnya, sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk mensebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun kerajaan negeri masih meneruskan inisiatif itudemi kebaikan rakyat.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Bayaran Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas mulai 23 dan 24 April 2011 sehingga 20hb Mei 2011 Di Cawangan Maybank Terjadual dalam Pulau Pinang


RM100 merupakan sumbangan bayaran tahunan kepada semua warga emas berdaftar berusia 60 tahun ke atas yang lahir sebelum 1 Januari 1952. Kepada mereka yang berdaftar di bawah Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), pembayaran RM100 bakal dilaksanakan mulai 23 dan 24 April 2011 sehingga 20hb Mei 2011 di cawangan-cawangan Maybank terjadual di seluruh negeri Pulau Pinang. Inisiatif tersebut adalah sebagai satu penghargaan di atas sumbangan golongan warga emas dalam menobatkan negeri Pulau Pinang ke kedudukan kini.


Sehingga hari ini, seramai 114,668 warga emas telah berdaftar di bawah PPWE. Dalam pada itu, PPWE turut menyalurkan wang khairat secara ‘one-off’ RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia bagi tujuan pengurusan jenazah. Sejak program ini dilancarkan pada tahun lalu, sebanyak RM13.6 juta telah disumbangkan kepada warga emas dan juga kepada waris-waris yang berdaftar di bawah PPWE.

Lazimnya, semua sumbangan pembayaran ini tidak diperoleh dari mana-mana syarikat swasta mahupun individu-individu tertentu. Sebaliknya, ia dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Kerajaan PR yang mengamalkan prinsip pentadbiran berasaskan CAT iaitu Cekap, Akauntabel dan Telus. Buat pertama kali di Malaysia, urus tadbir CAT juga telah memperoleh pengiktirafan daripada ‘Transparency International’ kerana melawan rasuah, malah, turut dipuji oleh ketua Audit Negara kerana menjadi negeri terbaik dalam pengurusan kewangan.


Lebihan belanjawan telah membolehkan Kerajaan Negeri membuat bayaran dividen ‘anti-rasuah’ seperti di bawah :

  • Bayaran wang khairat RM1,000 secara ‘one-off’ berjumlah RM 2,759,000.00 untuk urusan pengurusan jenazah
  • Peningkatan jumlah warga emas yang berdaftar dari 66,000 orang pada tahun lalu kepada 114,668 sehingga hari ini. Peningkatan ini menjadikan jumlah bayaran tahunan kini berjumlah RM10,834,900.00.

Rabu, 20 April 2011

Sambutan Sempena Hari Pekerja peringkat Bayan Baru


Sempena Hari Pekerja, Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru menganjurkan "Program Sambutan Hari Pekerja" Pada SABTU 30 APRIL 2011

Parti KEADILAN memberi penghormatan Kepada semua Pekerja!!
Dedikasi pekerja penggerak Negara!

Pelbagai Aktiviti menarik disediakan seperti:
1. Pameran Hak Pekerja (oleh MTUC) (12ptg - 5pm)
2. Auto Show (5pm- 7pm)
3. Arm Wrestling (5-7pm0
4. Sukan (5-7pm)
4. Konsert Otai Rock Bersama Blank ( GAMMA ) Afee ( U-TOPIA ) dan Aye ( LEON )(8.30pm - 12am)







Datang Ramai-ramai! Sebarkan!

Blogger Hijat Panjang menderita sakit di Hospital Pantai Mutiara , Penang


Sedih bila menjejak kaki ke dalam CCU ( Isolation Room ) Hospital Pantai Mutiara Penang semalam melihat keadaan sahabat karib aku dari zaman sekolah lagi iaitu Noor Izzar Jamaludin @ blogger Hijat Panjang yang di syaki terkena jangkitan kuman atau pun terkena penyakit kulitnya atau alahan ubat.

Pada 23 Mar sudah beliau juga telah di masukkan ke hospital disebabkan penyakit Thyroid yang dihidapi sejak 15 thn sudah.

Untuk makluman mak Hijat juga baru saja menjalani pembedahan jantung pada awal tahun baru ini. Hijat juga tidak bekerja cuma berniaga kecil-kecilan di Kedai runcit di hadapan rumahnya..

Jika ada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan bagi meringankan bebanan sahabat kita ini boleh la menyalurkan sumbangan anda akaun Maybank Noor Izzar Bin Jamaludin 15729024802

Jika ada yang ingin melawat beliau sila la ke Hospital Pantai Mutiara Bayan Baru tingkat 1 (ICU room) hanya 1 orang pelawat di benarkan masuk dalam setiap masa

Marilah sama2 kita berdoa agar beliau cepat sembuh dari sakit yang dihadapi...

sumber gambar dari SharpShooter

Sabtu, 16 April 2011

Keputusan Rasmi penuh PRN Sarawak


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.
CONTESTED
WON
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9
8
SPDP 8
6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1

SEATS

INCUMBENTWON
N1OparSUPP SUPP
N2Tasik BiruSPDP SPDP
N3Tanjong DatuPBB PBB
N4Pantai DamaiPBB PBB
N5Demak LautPBB PBB
N6TupongPBB PBB
N7SamariangPBB PBB
N8SatokPBB PBB
N9PadunganPKR DAP
N10PendingDAP DAP
N11Batu LintangDAP PKR
N12Kota SentosaDAP DAP
N13Batu KawahSUPP DAP
N14AsajayaPBB PBB
N15Muara TuangPBB PBB
N16BengohSUPP SUPP
N17TaratPBB PBB
N18TebeduPBB PBB
N19KedupPBB PBB
N20Sadong JayaPBB PBB
N21SimunjanPBB PBB
N22SebuyauPBB PBB
N23LinggaPBB PBB
N24Beting MaroPBB PBB
N25Balai RinginPRS PRS
N26Bukit BegunanPRS PRS
N27SimanggangSUPP SUPP
N28EngkililiSNAP SUPP
N29Batang AiPRS PRS
N30SaribasPBB PBB
N31LayarPBB PBB
N32Bukit SabanPBB PBB
N33KalakaPBB PBB
N34KrianSPDP PKR
N35BelawaiPBB PBB
N36SemopPBB PBB
N37DaroPBB PBB
N38JemorengPBB PBB
N39RepokSUPP DAP
N40MeradongDAP DAP
N41PakanSPDP SPDP
N42MeluanSPDP SPDP
N43NgemahSNAP PRS
N44MachanPBB PBB
N45Bukit AssekDAP DAP
N46DudongSUPP DAP
N47Bawang AssanSUPP SUPP
N48PelawanSUPP DAP
N49NangkaPBB PBB
N50DalatPBB PBB
N51BalingianPBB PBB
N52TaminPRS PRS
N53KakusPRS PRS
N54PelagusPRS IND
N55KatibasPBB PBB
N56BalehPRS PRS
N57BelagaPRS PRS
N58JepakPBB PBB
N59KidurongDAP DAP
N60KemenaPBB PBB
N61BekenuSPDP SPDP
N62LambirPBB PBB
N63PiasauSUPP DAP
N64PujutSUPP DAP
N65SenadinSUPP SUPP
N66MarudiSPDP SPDP
N67Telang UsanPBB PBB
N68Bukit Kota (Limbang)PBB PBB
N69Batu DanauSPDP SPDP
N70Ba'kelalanSPDP PKR
N71Bukit Sari (Lawas)PBB PBB