Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Khamis, 30 Jun 2011

Petua ketika demo

Kecantikan kulit/penampilan

1. Pakai 'sun block' atau topi besar
2. Jangan pakai 'make-up', nanti bila berpeluh muka jadi gatal2 dan/atau mencair. Kalau nak pakai juga, sila bawa 'oil blotter' sendiri. Unit Amal dan GMI tak sediakan 'oil blotter' dalam 'First Aid Kit'. Juana kata, yang penting jangan mengada-ngada pakai maskara sebab gerenti meleleh
3. Kalau boleh elakkan pakai kain pengikat kepala kat dahi, nanti muka jadi belang2 kalau cuaca panas
4. Ikat rambut. Lagi tips dari Juana->jangan ngada-ngada nak jadi stylo konon tapi peluh meleleh kat tengkuk. Lagipun kalau hujan, rambut yang di'blow' tak rosak dan kau tak akan nampak macam nenek kebayan
4. Pakai baju yang serap peluh dan sopan yang menutup apa-apa yang perlu. Kalau badan jadi belang2, jangan salahkan penganjur :p
5. Pakai kasut, kalau boleh kasut sukan atau kanvas supaya kulit kaki tak melecet sebab kena jalan jauh. Elakkan dari memakai selipar, lebih2 lagi kalo kuku tu dah penat 'pedicure' macam aku. Nanti patah, nangis :p
6. Bila dihambur cecair kimia, simbah kulit yang terkena cecair dengan air, tapi JANGAN LAP/SAPU dengan tangan, lebih2 lagi di bahagian muka. nanti melecet. simbah je 'splasssh' camtu dengan banyak pastu biarkan. kalau rasa pedih2, letak ubat gigi atas ia untuk kasi sejuk. Dan, kumam sedikit garam kerana anda akan merasa kehilangan tenaga bila terkena cecair kimia dan gas pemedih mata
7. Bila gas pemedih mata dilepaskan, guna tuala kecil yang basah untuk tekup muka terutama di bahagian mata. kalau mata rasa pedih, JANGAN GOSOK sebab nanti akan lebih merah.

Kecantikan perangai

1. Sila bawa beg plastik kecil untuk buang sampah. JANGAN kotorkan alam sekitar
2. Kalau boleh, jangan merokok ketika perhimpunan kerana akan mengganggu orang lain
3. Ikut arahan pemimpin perhimpunan
4. Jangan jadi 'agent provocateur' atau bila diprovokasi, diam dan biarkan je. Barulah nampak 'cool'
5. Jangan bawa barang2 berupa senjata walaupun ia adalah alat permainan (kerana ia boleh disalahanggap. Aku malas tul nak bela orang yang kesalahannya macam ni)
6. Berhimpun dengan berhemah. Jangan main tolak2
7. Bagi keutamaan pada kenderaan yang lalu lalang dan jangan melintas sesukahati. Jangan biarkan orang menyampah dengan anda dan tak suka bila anda lakukan perhimpunan di masa akan datang sebab menyakitkan hati
8. Jangan bersembang ketika pimpinan berucap. Tak sopan dan mengganggu orang lain
9. Pastikan tempat perhimpunan bersih ketika bersurai.

Ahad, 19 Jun 2011

SAMM alu-alukan perhimpunan ' KOTOR ' Pemuda UMNO 9 July ini


Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan biarpun pelbagai ancaman dan gangguan termasuk dari pergerakan Pemuda Umno, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Pengerusinya, Badrul Hisham Saharin berkata, SAMM mengalukan rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, atas prinsip hak kebebasan berhimpun seperti dijamin perlembagaan.
Menggelar himpunan sayap Umno itu sebagai ‘Anti Bersih’ atau ‘KOTOR’, Badrul turut menyarankan supaya pihak polis menjadi ‘fasilitator’ bagi menyediakan laluan dan kawasan bagi kedua-dua himpunan berkenaan.
“Seliakan mana kawasan dan laluan yang seharusnya dilalui Bersih dan anti Bersih (KOTOR).Jika ini berlaku lancar, Malaysia sudah mula menapak ke depan dari kematangan hak, memperteguh demokrasi dan akan lebih dihormati,” ujar Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dalam kenyataan medianya.
Namun secara sinis, Chegu Bard mempersoal pendirian Pemuda Umno, yang sebelum ini membuat laporan polis kononnya perhimpunan Bersih akan menyebabkan berlaku huru hara, peniaga rugi dan sebagainya.
“Rupanya semua itu alasan menggunakan hujah rakyat sahaja. Melihat ugutan mereka tak menjejas kelancaran mobilisasi dan promosi Bersih 2 maka mereka pula membuat u – turn dengan mengumumkan yang mereka turut nak berhimpun sekali.
“Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin ucap tahniah kepada pemuda Umno dengan keputusan tersebut. Cuma bunyinya macam sedikit ‘rimba’ kerana nak berhimpun kerana orang lain berhimpun,” katanya yang turut mempersoal tujuan sebenar Pemuda Umno.
Mengulas mengenai Bersih pada 9 Julai ini, Chegu Bard berkata, ia akan menjadi himpunan rakyat terbesar yang pernah diadakan bagi menuntut 8 perkara berhubung reformasi pilihan raya.
Ia katanya, adalah pembersihan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses kepada media yang lebih adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan politik kotor.
“Perlu ditegaskan kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Setakat ini semua bersetuju untuk menjadikan pilihanraya sebagai jalan terbaik menukar kerajaan.
“Sebaliknya proses turun ke jalanraya ini sebagai praktik demokrasi – hak berhimpun dan menyatakan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan,” tegas beliau

Jumaat, 17 Jun 2011

Lagi 23 hari BERSIH dua sudah tidak boleh dielakkan....Chegu Bard ( SAMM )


Lagi 23 hari menjelang himpunan BERSIH 2. Himpunan ini InsyaAllah akan menjadi himpunan rakyat Malaysia yang terbesar penah diadakan.

Jawatankuasa BERSIH ini telah wujud sejak tahun 2007 lagi dimana bertujuan untuk mendidik rakyat menggunakan ruang demokrasi dan mendesak agar regim penguasa menghormati hak rakyat dengan menjadikan Pilihanraya satu proses demokrasi yang adil dan bersih.


Sejak penubuhannya (2007) jawatankuasa ini melalui perbagai program pendidikan kesedaran mendekati rakyat. Dari segi desakan pula telah digunakan perbagai cara dari surat, perbincangan, memorandum, kenyataan media dan banyak lagi. Namun tuntutan ke arah penambahbaikan proses pilihanraya ini bukan saja tidak tertunai tetapi lansung tidak didengar.

Maka BERSIH telah mengadakan Himpunan Rakyat pada Nov.2007 untuk menghantar memorandum kepada DYMM Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong dengan mengambil kira peranan Tuanku dalam struktur masyarakat. Pada peringkat pemulaan himpunan dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan hanya perwakilan dari himpunan akan ke Istana. Namun pada hari kejadian semuanya bertukar apabila penguasa bukan sekadar mengepung Dataran Merdeka tetapi menyerang tempat - tempat peserta perhimpunan berkumpul. Maka tiak dapat dielakkan himpunan dijalan raya dan akhirnya lebih 100 ribu orang berarak ke Istana Negara.

Kekejaman Polis yang bertindak ganas termasuk merosakkan harta awam amat dikesali. Keadaan 'perayaan kuning' pada awalnya dimana peniaga seronok apabila ramai manusia datang memenuhi kedai mereka khususnya peniaga makanan, namun semuanya bertukar ngeri apabila polis mengganas.

pada ketika itu juga kononya ada juga proksi regim ingin berhimpun konon untuk 'berjihad' nak halang Himpunan Bersih malangnya hingga himpunan Bersih selesai tiada siapa kelompok baju hitam yang dimaksudkan.

Pilihanraya 2008 pun berlansung. SPR mengakui telah membeli dakwat kekal tetapi tidak digunakan saat akhir kerana mungin mengetahui jika dakwat kekal digunakan maka strategi penipuan pengundian berulang tidak dapat dilakukan maka regim Bn akan tumbang.

Sejak itu tuntutan BERSIH terus sepi. SPR mahupun regim sebenarnya punya cukup masa untuk melakukan perubahan demi memenuhi tuntutan BERSIH tersebut. Namun semuanya sepi. Perlu diakui juga ia juga kelemahan PR sendiri dimana mungkin tenggelam sedikit dengan mood kemenangan maka tuntutan BERSIH disejukkan. Sepatutnya pada ketika selepas kemenangan itulah harus diperhebat tuntutan kerana ingat jika diguna dakwat kekal nescaya bukan sekadar beberapa negeri atau menafikan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat tetapi Bn sendiri akan menjadi pembangkang.

Hormat pada ketika itu Syed Shahir (ketika itu Presiden MTUC), Faisal Mustaffa dan Medaline hanya beberapa kerat terus mengaktifkan seketeriat BERSIH dan menggerakkan tuntutan-tuntutan tersebut.

Kini BERSIH dipengerusikan pula oleh Dato Ambiga Srenevasan (Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia). Bermula seawal hujung tahun lepas mula menggerakkan semula BERSIH. Kini 4 tuntutan telah menjadi 8 tuntutan sesuai dengan latar masa dan keperluan. Ia bukan keputusan Ambiga tetapi keputusan mesyuarat keseluruhan. Ambiga agak kelihatan terlalu berhati-hati, mulanya seperti beliau tidak mahu ke jalan raya kerana percaya mampu berunding dengan SPR mahupun regim demi pelaksanaan tuntutan ke arah penambah baikan proses pilihanraya negara. BERSIH bergerak dari bengkel ke seminar dan forum, pertemuan dengan pihak sepatutnya juga diatur namun semuanya seperti mencurah air di daun keladi.

Maka BERSIH 2 telah mengumumkan oleh kerana tuntutan rakyat tidak didengari maka 9 Julai ialah tarikh keramat kepada semua rakyat Malaysia yang bersetuju dengan 8 tuntutan tersebut perlu bersama di Kuala Lumpur bersama mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong mengadu hal menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Serentak dengan itu selain disambut baik dari perbagai pihak dan segenap penjuru negara termasuk warga Malaysia di luar negara, BERSIH juga cuba dilabelkan dengan perbagai label oleh negatif dan seumpanya. Ingat kita turun ke jalanraya sebagai cara terakhir untuk tuntutan ini didengar.

Apa tuntutan BERSIH ? Ada 8 perkara :
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


Ada sesiapa rakyat yang mampu menerangkan tuntutan yang mana salah dan bersifat negatif tidak baik pada negara dan rakyat. Maka kenapa pula BERSIH perlu ditentang. Sewajarnya semua parti politik seharusnya bersama dalam tuntutan BERSIH ini kecuali mereka yang ingin memasuki pilihanraya tetapi mahu menang secara tipu.

Perlu ditegaskan kita bukan mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Setakat ini semua bersetuju untuk menjadikan pilihanraya sebagai jalan terbaik menukar kerajaan. Sebaliknya proses turun ke jalanraya ini sebagai praktik demokrasi - hak berhimpun dan menyatakan pendapat yang dijamin oleh Perlembagaan.

Regim melelalui proksinya sama ada Perkasa atau Pemuda Umno atau apa saja front sejak dari awal pengumuman cuba membuat perbagai helah untuk menggagalkan himpunan. Perkasa telah menawar diri untuk berhimpun sebagai menentang BERSIH. Namun gertakan Perkasa ini telah menjadi lelucon hebat. Mungkin sedar dengan perkara ini maka Pemuda Umno telah membuat pengumuman semalam ingin turut berhimpun dan juga nak hantar memorandum juga kepada Istana Negara.

Sebelum itu pemuda Umno membuat laporan polis dan menggerakkan perbagai pihak buat laporan kononya himpunan ini akan sebabkan huru hara, peniaga rugi dan seumpamanya. Rupanya semua itu alasan menggunakan hujah rakyat sahaja. Melihat ugutan mereka tak menjejas kelancaran mobilisasi dan promosi BERSIH 2 maka mereka pula membuat u - turn dengan mengumumkan yang mereka turut nak berhimpun sekali.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin ucap tahniah kepada pemuda Umno dengan keputusan tersebut. Cuma bunyinya macam sedikit 'rimba' kerana nak berhimpun kerana orang lain berhimpun. Apa tujuan himpunan mereka ? Apa tuntutan mereka.... belum fikir lagi cuma umum dulu sebab nak halang BERSIH 2 atau saja nak bantu polis untuk buat tangkapan pencegahan sahaja.

Pemuda Umno nak menentang BERSIH ? Maka akan adalah dua himpunan BERSIH akan berdepan dengan KOTOR.

Selaku manusia yang mengangkat hak yang dijamin perlembagaan seharusnya kita jangan menghalang Khairy dan exco pemuda elitnya untuk berhimpun. Seharusnya polis bertindak cekap dengan menjadi 'fasilitator' . Seliakan mana kawasan dan laluan yang seharusnya dilalui BERSIH dan anti BERSIH (KOTOR). Jika ini berlaku lancar Malaysia sudah mula menapak ke depan dari kematangan enggunaan hak dan memperteguh demokrasi dan akan lebih dihormati. Peniaga akan gembira kerana jualan mereka akan lebih laris. Semua dinasihati letak kereta diluar K.Lumpur guna pengangkutan awam, maka pengangkutan awam pun akan laku. DBKL pula disaran ambil deposit dengan pihak yang nak berhimpun siapa dikawasan yang ditetapkan mereka berhimpun dan laluan mereka merosakkan harta awal maka deposit akan tidak dipulangkan.

Soalnya sejauh mana kematangan kita, ia akan diuji. Berhimpun seramai mungkin dengan mood perayaan. Kempenkan tuntutan kita... siapa akan dipilih rakyat maka tentukan dikotak undi.

Kepada Ambiga dan Khairy .... amacam.... ?? atau jika benar Khairy bukan alat untuk provokasi dia juga boleh bersikap matang dengan piliha tarikh lain.

Apapun ugutan polis dan siapa sahaja kami di pihak SAMM mendokong untuk meneruskan sahaja semua perancangan. SAMM sudah mula mengumpulkan 'marsyal-marsyal' yang berpengalaman dan yang baru dan terlatih secara praktikal untuk memastikan semuanya berjalan lancar. SAMM sudah mengeluarkan 1000 kemeja T BERSIH, 500 stiker kereta dan 10,000 risalah dengan perbelanjaan kami sendiri untuk membantu mobilisasi BERSIH. che'GuBard sendiri sudah lebih dua bulan hampir setiap hari turun berceramah ke seluruh negara untuk tujuan mobiliasi BERSIH.



PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0: BERSIHKAN PILIHAN RAYA


Saudara saudari sekalian.

Seperti yang dimaklumkan, BERSIH 2.0 akan mengadakan Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 8.30pm, Ahad, 19 Jun di Dewan Perhimpunan KL dan Selangor. Pakai kuning untuk menunjukkan tanda sokongan.

Pada 8pm malam ini, saudara Hasbeemasputra dari Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) akan mewakili BERSIH 2.0 di rancangan bual bicara Tanda Tanya di DurianFM. Beliau akan bercakap dengan lebih lanjut mengenai Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0. Anda boleh mengikuti rancangan tersebut di sini:https://www.facebook.com/durianfm

Kami berharap ramai yang akan datang untuk Majlis Pelancaran nanti!

Sekian,
Sekretariat BERSIH 2.0


Untuk pengetahuan lanjut:
SUARAM - https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia
Perhimpunan BERSIH 2.0: https://www.facebook.com/event.php?eid=118201311597100

Ikuti perkembangan lanjut rasmi mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 daripada Sekretariat BERSIH 2.0:
https://www.facebook.com/Bersih2.0
http://www.twitter.com/bersih2
www.bersih.org


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 15 Jun 2011

PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2


Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.


Perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.


Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.


Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.


Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.


Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS

Negeri Johor

019-7285174



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!