Jumaat, 30 November 2012

SAMM desak Hishamuddin Hussien letak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Dalam satu sidang media semalam di Kuala Lumpur menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media semalam dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera.

SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Semua pihak dijemput bersama :

Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 11.50 pagi
Tempat : IPD Kuala Terengganu, Terengganu
Pertanyaan : 0179645763 / 0199809974 (Rafzi, Penyelaras SAMM Terengganu)

Laporan polis dan himpunan akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.

Ayuh ramai ramai !

Sekian

Norazizi A.Aziz
Pengarah Seketeriat
SAMM Kebangsaan
0123696474



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 2 Oktober 2012

#TanyaNajib : Najib kena sindir oleh pengikut sendiri di Twitter


Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag ( # ) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib .

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib  dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib  kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib  dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib




'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

BELANJAWAN 2013: BARISAN NASIONAL WAJAR BERANI BERDEBAT



Belanjawan 2013 yang masing-masing dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan di antara dasar-dasar ekonomi yang dibawa.

Lazimnya, perdebatan ekonomi di antara kedua-dua pakatan politik kebelakangan ini berkisar kepada tawaran-tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang dilihat lebih berpihak kepada rakyat terbanyak, tetapi dipersoalkan oleh Barisan Nasional atas kebimbangan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Ini satu perkembangan baik kerana ia melambangkan sistem dua parti semakin mendapat tempat di Malaysia. Perbandingan dasar seperti ini juga adalah fungsi dan tanggungjawab utama pembangkang persekutuan seperti yang selalu dituntut melalui kabinet bayangan. Kebolehan Pakatan Rakyat menampilkan satu gagasan ekonomi yang jelas berbeza dari pendekatan Barisan Nasional hingga berjaya mempengaruhi perdebatan ekonomi adalah bukti sistem bayangan sedia ada (seorang wakil dari tiga parti bagi setiap portfolio) berfungsi dengan baik.

Pun begitu, perdebatan yang sihat ini hanya boleh berlangsung dengan keikhlasan kedua-dua pihak duduk di atas satu pentas membincangkan fokus ekonomi negara. Tindakan ahli parlimen Barisan Nasional terutamanya barisan kabinet yang memulaukan pembentangan dan jawapan balas Ketua Pembangkang terhadap Belanjawan 2013 bukanlah amalan yang baik dalam sistem demokrasi. Begitu juga keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai ekonomi walaupun beliau menggunakan peluang lintas langsung pembentangan Belanjawan 2013 untuk menyerang Ketua Pembangkang.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meneruskan saranan dan jemputan kami supaya wakil-wakil dari Barisan Nasional berani hadir dan tampil mempertahankan pendekatan ekonomi mereka sambil menjawab soalan dari rakyat, bukannya hanya berani berhujah dalam siaran televisyen atau di Dewan Rakyat semata-mata. Tawaran dan saranan ini ditujukan khas kepada tokoh-tokoh pimpinan muda Barisan Nasional seperti Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Chua Tee Yong atau P Kamalanathan.

Pakatan Rakyat akan mengadakan Forum Terbuka Belanjawan 2013 untuk mengupas situasi ekonomi semasa dan perbandingan belanjawan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 830 malam bertempat di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (berdekatan Hospital Assunta). Forum akan disertai oleh ahli-ahli panel dari Pakatan Rakyat iaitu YB Dr Dzulkifly Ahmad (PAS), Dr Ong Kian Ming (DAP) dan Sdr Rafizi Ramli (KEADILAN).

Forum ini adalah terbuka kepada semua terutamanya kepada pimpinan muda Barisan Nasional atau mana-mana wakil Barisan Nasional yang berani tampil ke depan mempertahankan Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR/AJK PAS PUSAT

DR ONG KIAN MING
STRATEGIS PILIHANRAYA DAP

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN



'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selasa, 25 September 2012

Kantoi...‘Tentera Punggung’ Pelakon Utama Iklan Fitnah Air Selangor ??????

SEBELUM!


KINI !
 

 Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem “Masalah Air Di Selangor” yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

 
Setelah “berjuang” habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam “filem iklan” untuk memburukkan kerajaan PR Selangor – kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. “(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya,” kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.




'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 24 September 2012

Raja Nong Chik terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau.




KUALA LUMPUR 24 September: Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam menganggu penduduk ketika solat.

Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma.
Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah.
Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
“Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau.
“Kita tidak halang mereka mahu beri sumbangan, tapi jangan sehingga boleh mengganggu jemaah solat,” katanya ketika dihubungi.
Abdullah berkata, dengan melekatkan logo tersebut, tidak semestinya boleh memberikan sokongan kepada Nong Chik kerana rakyat tidak menilainya dari segi itu.
“Kita juga ada sumbang telekung kepada surau-surau sekitar Lembah Pantai, tapi tidaklah cetak logo KEADILAN untuk dilekatkan.
“Daripada apa yang saya tahu, tidak semua surau menggunakannya, tapi ada yang terpaksa guna jika jemaah ramai. Setiap surau difahamkan didermakan 10 hingga 20 sejadah,” ujarnya.
Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.






'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isu Air... MB Pahang cuba menaniaya rakyat Selangor - SAMM Selangor


MENTERI Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang.

Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang Menteri Besar berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah.

SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar. 

SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang perlu disemak iaitu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura.

Perjanjian berat sebelah yang menawarkan harga air 'tidak masuk akal' itu tidak disemak sehingga hari ini. SAMM Selangor juga mohon supaya dikaji semula bagaimana perjanjian air dengan Singapura ini berlaku berat sebelah.

Inilah perjanjian yang sepatutnya dikaji, disemak dan dibatal bukan hanya kerana ia berat sebelah tetapi kerana ia suatu penggadaian hasil bumi negara kepada Singapura.

Justeru, SAMM Selangor dengan ini menyatakan kekesalan terhadap keberanian Menteri Besar Barisan Nasional yang tidak kena pada tempatnya. SAMM Selangor juga mencabar Umno/BN untuk punya keberanian mengugut kerajaan Singapura untuk menutup bekalan air ke Singapura sekiranya perjanjian berat sebelah tersebut tidak disemak semula.

Mengugut dan mengancam nasib rakyat adalah resam yang tidak boleh ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional ketika tertekan dan terdesak, seharusnya menjadi faktor yang besar mengapa Umno/BN wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang. 


Azhar Achil, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia




'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



Khamis, 20 September 2012

BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: Pemuda UMNO bersifat bermuka-muka



BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: AMK AKAN BERSOLIDARITI BERSAMA PEMUDA PAS

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok.

Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.

Rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.

Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?

Di mana Pemuda UMNO bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?

Justeru AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.

Susulan daripada perhimpunan esok, AMK akan turut melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN





'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ketua Srikandi PKR mencabar ketua wanita UMNO



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Ahad lalu mengatakan pemimpin-pemimpin Pakatan amat gerun dengan slogan Janji Ditepati yang digunakan oleh BN.

Slogan BN ‘Janji Ditepati’ dilihat sebagai platform ampuh kepada Perdana Menteri untuk menyerang pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara.

Bagaimanapun kenyataan Najib tersebut dibidas oleh Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang menyifatkan slogan itu hanya layak untuk dikritik, bukannya ditakuti.

“Slogan tersebut direka untuk memanipulasi rakyat dan bagi menutup penyelewengan Umno selama 50 tahun memerintah, jadi tidak timbul istilah gerun terhadap slogan itu,” kata Aishah.

“Malah, terbukti slogan itu menjadi kritikan setiap golongan tak kira muda dan tua, soalnya janji apa yang ditepati? Janji mana?” soal Aishah ketika dihubungi.

“Najib yang sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mengesahkan bahawa slogan itu hanya retorik politik semata-mata.

“Berbeza dengan Pakatan, apa yang kami laungkan bukan hanya untuk pilihan raya saja, tapi sememangnya menitik beratkan soal kebajikan rakyat,” jelasnya.

“Sudah berapa banyak isu yang kita bangkitkan, akhirnya digunapakai dan diubah oleh kerajaan? Ini terbukti apabila pemimpin kerajaan jarang bercakap soal dasar dan hanya perkara remeh temeh, akhirnya mereka akan meniru dasar kita dan ubah kepada ayat lebih baik saja,” jelas Aishah lagi.

“Kepada Perdana Menteri, kalau betul anda rasa dasar kerajaan adalah yang terbaik, apa kata buat saja pilihan raya!,” cabarnya.

“Kenapa terus takut? Kemudian tabur janji di Kelantan sebelum ini, mungkin Najib sedar ini adalah kali terakhir Umno memerintah di Malaysia,” katanya.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...