Jumaat, 17 Mei 2013

Gang KIMMA dok meroyan..... ( Ni bukan Gang Aku ha... )




Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.

"Semoga dengan kehadiran KIMMA bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.

Katanya, sehingga kini KIMMA mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000 orang.

Bernama

Description: http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/507/470x275x6a1bdfce4e044c7de49237c575afe867.jpg.pagespeed.ic.8_5zC1nPrW.jpg
Uthaya: 'Waytha jadi Samy Vellu baru'
9:16PM Mei 15 2013

Pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, yang bertegas bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf.

"Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Description: NONEUthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN.

Beliau mendakwa Waytha (berbaju oren) telah beralih oleh agenda peribadinya dan mendakwa adiknya itu adalah seorang oportunis politik.

Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, yang hanya mengambil alih gerakan itu semasa beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau menegaskan bahawa perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007 diadakan di bawah arahannya dan bukan Waythamoorthy.

Ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'.

Kimma juga kecewa

Waythamoorthy pulang ke tanahair pada 1 Ogos tahun lalu selepas hidup dalam buangan, dan aktif mengetuai satu kumpulan dalam Hindraf.

Kemuncak aktiviti  beliau ialah menandatangani memorandum persefahaman antara BN dan kumpulan Hindraf yang diketuainya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kimma Muhamad Johan juga mempersoalkan pelantikan Waythamoorthy kerana Hindraf pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum ini.

"Beliau merupakan seorang yang telah huru-harakan negara dan telah memburukkan imej Malaysia di luar negara," katanya di laman Facebooknya.

Muhamad berkata Kimma telah bersama BN selama ini dan "akan sentiasa kekal bersama BN, akan tetapi segala usaha kami dikuburkan".

"Adakah demonstrasi jalanan sahaja merupakan cara bagi Kimma untuk diiktiraf?" soalnya.






'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

bujey berkata...

siap ada note kecik tepi tajuk yang xleh tahan nk tergelak tu.. (ni bukan geng aku ha..) hahahahaha

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...