Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia
anak muda..!!! korang kini dah boleh mula..!!! disini ia akan memandu korang..!!! jgn takut sbb ini tempat anak muda yg brani..!!! disini tempat anak muda yg kuat prinsipnye..!!! pendaftaran akan dibuka..!!! SELAMAT DATANG..!!

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1433
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1433 Hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini......

Cara buat duit dengan mudah.....

Cara buat duit dengan mudah.....
sila klik gambar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
ahli UMNO menyamar ahli PAS...
UMNO dah kehabisan modal....
go to UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Selasa, 11 November 2014

JPJ=Jolok Poket Jalan

Tulisan Santai
10 Novembar 2014

MERAIKAN KEBODOHAN

Saya hampir pecah perut bila Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mengaitkan isu nombor plat adalah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia.

Di benak saya, rupanya orang bodoh ini bukan sahaja boleh menjadi menteri.

Kenapalah Malaysia ditakdirkan mempunyai insan-insan bodoh sebegini. Kalau dulu menteri bodoh, kini penyakit bodoh itu semakin melarat kepada ketua pengarah.

Saya sangat bimbang bodoh ini akan melarat kepada rakyat dan saya lebih bimbang jika bodoh ini turut dijangkiti oleh anak-anak dan cucu saya.

Kalau lah saya diberikan tugas sebagai Ketua Pengarah JPJ dan saya merasakan atau saya ditekan agar curi duit rakyat, saya hanya perlu menukar cara membuat plat kenderaan itu.

Setiap pembelian kenderaan yang memerlukan cukai jalan perlu juga membeli plat daripada kerajaan . Nombor plat ini dikeluarkan oleh JPJ.

Seandainya JPJ tidak mempunyai kepakaran, JPJ boleh membuka tender kepada pemilik syarikat membuat plat nombor. Yang penting ianya hendaklah seragam.

Oleh itu, tidak akan ada lagi jenis jenis plat yang tidak cukup inci, berbentuk catchy atau pelik dan sebagainya. Saya rasa mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Sebenarnya perkara ini telah lama diamalkan di negara lain.

Terkadang saya merasakan seolah kedai yang membuat plat kenderaan ini adalah sebenarnya milik JPJ.

Mereka perlu mereka-reka plat yang pelik-pelik dan menjualnya. Akhirnya pemilik kedai plat melaporkan kepada JPJ untuk menyaman kenderaan yang menukar nombor platnya.

Jahatkan rasa saya itu. Tapi ia nampak macam lojik.Esok saya akan cuba risik risik dengan kedai membuat plat ni. Lagipun benda pelik memang selalu berlaku di negara ini.

Saya juga sangat tertarik dengan cara seorang pekerja Petronas yang mencabar Ketua Pengarah JPJ itu.

Oleh kerana pekerja petronas itu mencabar Ketua Pengarah JPJ, maka saya juga ingin mencabar beliau bermain aji di kedai kopi Zul di kampung saya.

Tarikhnya 14 November 2014. Sehari selepas bertemu dengan pekerja petronas itu.Saya berjanji akan membayar air pada hari itu.

Semestinya ada sedikit syarat yang saya nak letakkan.Pemenang perlawanan aji tersebut  akan dilantik sebagai Pengarah JPJ yang baru.

Agak-agaknya beranikah dia sambut cabaran saya?

Sebelum berakhir, saya nak tanyakan satu soalan. Adakah plat kereta bernombor JPJ 11 itu kena dengan spesifikasinya?

Mari kita sama-sama ketawakan kebodohan ini. Kah kah kah.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Isnin, 10 November 2014

Lift Hospital PP Menyusahkan Pengguna

Harap kerjasama Pihak Hospital Pulau Pinang & Pihak Pengurusan Lift boleh selesai kan "setting" lift ini dengan segera.!

* Lift di Hospital Besar Pulau Pinang (Lift 4A & 4B) di Bangunan Block "B" yang ada problem tersendiri. Lift yang bergerak dari tingkat G (Bawah) hingga ke tingkat 1 ini tidak akan buka sekiranya di tekan dari bawah. Malah, kena ada yg tekan/turun dari atas baru la org ramai bleh naik lift ini dari bawah. Atau seorang kena naik tangga di tingkat 1 dulu utk tekan lift turun ke bawah baru la lift tu akan turun.

Hari ini 10hb November 2014 Jam 8 pagi di mana ramai org tua2 & org kurang upaya tunggu lift yg tak akan turun selagi tiada yg tekan dari atas. Kita org muda tak apa la boleh naik tangga. Masalah ini juga di sahkan oleh nurse2 yg bertugas di sini yg mengatakan "Kadang2 ok Kadang2 tak ok"
(Hanya lift 4B (kanan) sahaja yg beroperasi.

Harap pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah tersebut untuk kemudahan orang tua2 & juga org yg kelainan upaya (OKU)

Terima Kasih..


Sumber di sini









Ahad, 9 November 2014

Tiada toleransi terhadap ketirisan, kerakusan dan penyelewengan


“kami akan jaga duit rakyat dengan baik.” Ini adalah antara ayat yang selalu diungkapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berceramah di serata negara. Beliau suka membandingkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang secara terbuka memang banyak korupsi, ketirisan dan penyelewengan yang berlaku.

Kehilangan kerajaan Perak PR kepada BN pada 2009 adalah kerana keengganan PR untuk bertoleransi dengan ugutan Adun Jelapang ketika itu Hee Yit Foong (DAP). PKR juga dilihat enggan bertolak-ansur dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng hasil kerajaan negeri. Pada April 2009, Anwar mengarahkan Fairus meletakkan jawatan dan PKR sanggup menanggung risiko kehilangan DUN Penanti. Ini adalah beberapa contoh “zero tolerance” PR terhadap pemimpin yang korup.

Dan umum juga mengetahui, kewujudan Reformasi pada 1998 akibat daripada pemecatan Anwar yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana Anwar enggan bertolak-ansur terhadap hutang syarikat anak Mahathir dan tidak lulus memperuntukkan kewangan negara untuk menyelamat syarikat kroni. Justeru itu, kelestarian semangat Reformasi ini perlu diteruskan walaupun PR menjadi kerajaan di beberapa buah negeri.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang sememangnya mashyur dengan integriti yang tinggi juga diarah letak jawatan kerana ketidak transparansi beliau dalam rundingan ambil-alih konsesi air di Selangor dengan kerajaan pusat.

Falsafah barat mengatakan, untuk menjatuhkan musuh politik adalah dengan memberi kuasa kepada dia. Kenyataan ini dilihat betul, kerana kuasa akan menjadikan seseorang itu lupa akan asal-usul dan juga keimanan yang perlu ditunjukkan beliau.

Walaupun mungkin beliau tidak melakukan penyelewengan, tetapi beliau tetap tidak akan mengeksploitasikan korupsi yang beliau ketahui kerana untuk mempertahankan kuasa yang dipegang beliau (imej). Inilah yang akan terjadi kepada sesuatu kerajaan apabila “kuasa” dianggap segala-galanya dan rakyat dilupakan.

PR berjaya mendapat hati pengundi dengan memenangi undi popular sebanyak 52% kerana laungan pembaharuan dan menolak segala ketirisan dan kerakusan pentadbiran BN. Disebabkan itu, PR perlu mempraktikkan segala janji ke dalam pentadbiran negeri pimpinan ia.

Pokok yang besar sudah tentu mempunyai ranting yang rapuh, dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kerana lama-kelamaan seluruh pokok itu akan dijangkiti dan mati. Dari pentadbiran kampong, desa, daerah, mukim, kerajaan tempatan dan juga kerajaan negeri, PR perlu memastikan tiada toleransi terhadap sebarang penyelewengan dan korupsi walaupun ia sedikit dan melibatkan jumlah wang yang tidak besar.

PR sebagai pentadbir negeri bukan untuk mengkayakan ahli-ahlinya, tetapi adalah untuk membawa perubahan yang mensejahterakan rakyat secara umum. Kita sudah tentu tidak mahu, seperti ketua-ketua cawangan dan bahagian Umno dan MCA yang kebanyakan adalah taukeh-taukeh besar dan kontraktor yang selalu mendapat projek kerajaan, muktamadlah, ini bukan perjuangan yang di bawah kita.

PR juga tidak boleh kerana ingin menjaga nama baik kerajaan negeri dan terus bertoleransi dengan ketirisan. Pada Disember 2012, seorang Pegawai Daerah di Pulau Pinang dicekup SPRM kerana merasuah keluarga kepada wanita yang mendakwa dicabuli DO ini, dalam masa 24 jam DO ini ditukar kerajaan negeri. Ini adalah contoh di mana korupsi dan penyelewengan tidak mempunyai tempat di Pulau Pinang.

Pemimpin PR tidak harus takut dengan pembongkaran masalah ketirisan, penyelewengan atau rasuah terhadap pegawai-pegawai kerajaan, tetapi perlu bersikap transparensi dengan mengumumkan langkah pulih dan bendung masalah ini. Imej tidak akan membawah kita ke mana, tetapi kesanggupan menanggung tanggungjawab akan memastikan rakyat terus menyokong kita.

Bukan senang kita dapat mencapai keputusan hari ini, Anwar dan Lim Guan Eng perlu mengorbankan kebebasan mereka untuk mendapatkan apa yang diperolehi sekarang. Justeru itu, sayangi dan hargai apa yang kita ada, rakyat di luar memasang harapan tinggi kepada PR untuk keluar dari cengkaman kerakusan BN, jangan kita hampakan mereka dengan bersikap seperti pemimpin BN.

Kita boleh gadaikan segalanya, tetapi jangan gadaikan prinsip yang kita perjuangkan selama ini. Nescayalah, rakyat mengetahui apa yang berlaku dan mereka bijak menilainya pada pilihanraya akan datang.

Kepada opportunist di dalam PR, saya menyeru mereka dibuangkan sekarang daripada kita terpaksa menanggung beban mereka pada PRU akan datang. –LEE BOON HENG
AMK BAYAN BARU
9 November, 2014.

Khamis, 6 November 2014

Kenyataan Bersama oleh Jawatankuasa Urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya Mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang

5 November 2014

Kami, YB Dr Mujahid Yusoff Rawa (PAS-Parit Buntar), YB Ng Wei Aik (DAP-Tanjong), YB Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) telah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mewakili kerajaan negeri dalam urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Pulau Pinang. Perlantikan kami telah ditetapkan pada 26 September 2014 oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini dipercayai adalah jawatankuasa yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. Ini menunjukkan betapa serious kerajaan negeri Pulau Pinang memandang perkara ini.

Menurut laporan akhbar, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan proses persempadanan semula akhir tahun ini. Kami memerhati perkembangan ini dengan teliti dan ingin bekerjasama dengan SPR dengan hati yang terbuka.

Kami menyeru SPR mencadangkan persempadanan semula dengan mematuhi prinsip “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” (Fair Delimitation, Effective Parliament). Butiran adalah seperti berikut:

Persempadanan Adil - Perlaksanaan Prinsip “1 orang, 1 undi, 1 nilai”  dalam Persempadanan Semula Pilihanraya



Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012 telah mencadangkan dalam syor ke-20nya supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya mengambilkira wajaran kawasan luar bandar dan juga memenuhi prinsip “satu orang, satu undi”. SPR mesti akur kepada syor Parlimen ini dan menghapuskan gejala “pembahagian tidak sekata” (malapportionment) dan “persempadanan tidak adil” (gerrymandering).



Parlimen Efektif - Memastikan keberkesanan Parlimen/DUN



Pengundi mengundi ahli Parlimen/ADUN untuk membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Ini adalah tugas utama wakil rakyat. Dengan bertambahnya wakil rakyat, kuasa perwakilan dan fungsi setiap seorang wakil rakyat berkurangan. Semakin ramai ahli Parlimen/ADUN, semakin susah untuk menuntut peruntukan kawasan atau grant pembangunan untuk kawasan. Jika Parlimen menjadi terlalu besar, wakil rakyat juga akan kurang peluang berbahas dan membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Kebanyakan negara tidak mengubah bilangan kerusi dalam Parlimen/DUN. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, House of Representatives (dewan bawahan) dalam Kongres mempunyai 435 orang ahli pada tahun 1911 dan tetap 435 pada hari ini, sungguhpun penduduk telah bertambah menjadi tiga kali ganda. Di India, saiz Dewan Rakyatnya dihadkan kepada 552 sahaja.



Jika SPR ingin mencadang penambahan kerusi, mereka harus menyakinkan rakyat bagaimanakah Parlimen akan menjadi efektif dengan pertambahan kerusi.



Pihak kami akan mengambil 2 prinsip di atas iaitu “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” sebagai rujukan utama dalam menasihati kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menilai cadangan persempadanan kerusi Parlimen/DUN di negeri Pulau Pinang oleh SPR.

Pihak kami juga akan mengambil langkah proaktif untuk memulakan roadshow kami untuk mengambil maklum balas daripada pihak kerajaan negeri, PBT, Ahli Parlimen dan ADUN, orang awam, NGO-NGO, persatuan penduduk, parti-parti politik sebagai langkah outreach kami.

Hasil daripada usaha itu, kami akan menyediakan laporan penuh untuk membentangkan cadangan dan syor-syor kami kepada Ketua Menteri dan Pihak Berkuasa Negeri.

Terima Kasih

YB Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS)

YB Ng Wei Aik
Ahli Parlimen Tanjong (DAP)

YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR)

Selasa, 4 November 2014

Persidangan Mahkamah pentas politik pendakwaraya

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.

Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.

Dengan itu, Shafee menjadikan persidangan mahkamah tersebut sebagai “perbicaraan politik dan kepura-puraan media”.

Pendakwa yang dikaitkan dengan Umno itu menamatkan penghujahannya hari ini dan pasukan pembelaan Anwar dijangka akan mengemukakan jawapan pada hari Khamis.

Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

"Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?

"Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya.

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

“Saya bukan pendakwa dan seluruhmi kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasy yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?,” katanya.

Gambar Team Keadilan Cabang Bayan Baru memberi sokongan kepada DSAI di hari penentu kes ~LIWAT 2~











LANGKAH PTPTN MEMOTONG PEMBIAAN TIDAK WAJAR

Langkah PTPTN memotong pembiayaan sebanyak 5 peratus ke IPTA dan 15 peratus ke IPTS adalah amat tidak wajar pada ketika rakyat berhadapan keadaan kewangan yang semakin tertekan.

Ini membuktikan bahawa dasar pembiayaan pendidikan Kerajaan Persekutuan telah gagal sama sekali. Pembaziran dan ketirisan yang melampau dibiarkan begitu sahaja sementara akses kepada pendidikan menjadi mangsa.

Pendidikan tinggi bukanlah keistimewaan atau kemewahan. Pendidikan tinggi semakin hari menjadi kepentingan awam. Rakyat Malaysia yang didedahkan kepada pendidikan yang mudah dicapai dan berkualiti menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan pekerja yang produktif yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Justeru, matlamat kita sewajarnya meluaskan capaian ke IPT, bukannya menyukarkan keadaan atau lebih dasyat lagi memusnahkan impian anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. Pada masa yang sama perlu ada penstrukturan menyeluruh IPTS di mana banyak kolej-kolej tidal berkualiti hidup semata-semata atas pembiayaan PTPTN tetapi gagal memberikan pendidikan berkualiti dan membebankan generasi muda kita dengan hutang keliling pinggang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SELANGOR

MOVE TO CUT PTPTN FUNDING UNFORTUNATE

The move to cut PTPTN funding by 5 percent for public institutions of higher learning and 15 percent for private institurions is an extremely unfortunate move at a time when the finances of ordinary Malaysians are being increasingly squeezed.

This is a sign that the Federal Government's education funding policies have been an abject failure. Horrendous wastage and leakages are tolerated while access to education withers away.

Education, at the tertiary level, is not a privilege nor is it a luxury. It is increasingly a public good: Malaysians who are exposed to accessible and good-quality education make for responsible citizens and productive workers who can contribute to value-add.

As such, our goal should be to help widen access to institutions of higher learning, rather than complicating matters or even crushing the dreams of young Malaysians aspiring to further their educations. There needs to be a wholesale revamp in the private sector as well where many substandard colleges survive purely on PTPTN funding while fail to provide quality education and burden our youth with higher debts.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PARTI KEADILAN RAKYAT YOUTH LEADER
SELANGOR STATE EXCO ON EDUCATION, HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION