Selasa, 20 Disember 2016

SYRIA DI HATIKU


Pengeboman udara dan serangan darat ke atas Bandaraya Aleppo,Syria menyaksikan kematian dan  penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kini, masih terdapat puluhan ribu lagi rakyat Aleppo termasuk yang cedera dan yang cuba melarikan diri tetapi terperangkap. Antaranya bayi, kanak-kanak, dan warga tua.

Mereka kesejukan dengan suhu di bawah 5 darjah celsius - tidur di tepi-tepi jalan menunggu pasukan pembantu.

Puluhan ribu telah tiba di sempadan Turki selepas mengalami perjalanan yang sukar dan menakutkan. Namun, kemudahan dan peralatan untuk mereka sangat tidak mencukupi.

Yayasan Darul Hijrah (YDH sebagai pertubuhan berdaftar) sejak dulu, Alhamdulillah berterusan melaksanakan MISI KEMANUSIAN untuk rakyat Syria.

Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

Kami bekerjasama dengan Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di Gaziosmanpaşa, İstanbul, Turki. Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.

YDH menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dapat bersama YDH dan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) bagi menghulurkan apa jua bantuan untuk Rakyat Syria yang sedang menderita atas perang yang ditimpakan ke atas mereka.

Hulurkan segera sumbangan/infaq/zakat untuk Tabung Bantuan Kecemasan Syria Dihatiku. Bantuan anda sangat besar maknanya untuk saudara kita di Syria. Sumbangan Tuan/Puan akan digunakan khusus untuk membeli makanan,ubatan,selimut,baju sejuk, dan khemah buat mereka.
Sumbangan boleh di salur ke akaun: 
Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Mohon maklum setiap sumbangan via whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.

Moga sedikit amal jariah meringankan kesusahan saudara kita diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh kita yang paling ikhlas.

YB Dato Haji Husam bin Musa,
Pengerusi Kehormat,
Yayasan Darul Hijrah

Jumaat, 16 Disember 2016

PERSEMPADANAN SEMULA: SPR PERLU LEBIH TERBUKA KEPADA RAKYAT


Hari ini, saya dan sdri Nalina Nair yang mewakili 110 orang pembantah syor persempadanan semula bagi Parlimen Setiawangsa telah mengarahkan peguam kami untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman yang telah difailkan pada 18 November yang lalu. 

Ini kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), melalui satu surat bertarikh 25 November 2016, akhirnya telah mengakui bahawa 110 borang bantahan yang kami masukkan pada 11 Oktober lalu telah memenuhi peruntukan Seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. 

SPR juga akhirnya bersetuju untuk mengadakan satu Siasatan Tempatan bagi Parlimen Setiawangsa pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Walaupun ini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan buat pengundi Setiawangsa, ia juga membuktikan bahawa reformasi proses persempadanan semula amat diperlukan, termasuk: 

1) mengumum sebab khusus mengapa sempadan sesebuah daerah mengundi itu diubah agar penduduk memahami rasional SPR dalam mengubah sempadan pilihanraya;

2) mengumum pasukan pakar topografi dan tebaran penduduk yang diguna SPR dalam merangka syor persempadanan semula; dan 

3) mereformasi proses persempadanan semula untuk memudahkan lebih ramai pengundi terlibat secara langsung dari peringkat perangkaan syor ke proses bantahan dan selanjutnya.

SPR perlu menunjukkan kesungguhan politik (“political will”) untuk mereformasi proses persempadanan semula agar ia menjadi lebih telus, lebih adil, dan yang paling penting lebih terbuka kepada kritikan dan pandangan pengundi dan penduduk sesebuah bahagian pilihanraya.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

16 Disember 2016

Selasa, 13 Disember 2016

PERJANJIAN BERSAMA KERANGKA KERJASAMA PAKATAN HARAPAN DAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Amanah Negara (AMANAH)
DAN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

13 Disember 2016

PERJANJIAN ini adalah di antara:

Pakatan Harapan yang diwakili oleh:

Parti Keadilan Rakyat atau KEADILAN yang diwakili oleh Presidennya Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;

Parti Tindakan Demokratik atau DAP yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya Saudara Lim Guan Eng;

dan

Parti Amanah Negara atau AMANAH yang diwakili oleh Presidennya Haji Mohamad Sabu

Bersama

Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM yang diwakili oleh Presidennya Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Dengan ini memeterai satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan – PPBM mengenai persetujuan persetujuan bersama oleh keempat-empat parti di dalam perkara-perkara seperti yang terkandung dalam dokumen ini.

Mewakili PAKATAN HARAPAN dan PPBM kami berjanji bahawa persetujuan-persetujuan ini
akan dihormati, didokong dan dilaksanakan bersama oleh parti-parti kami selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat keempat-empat
parti.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH
WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN
HJ MOHD YASSIN
Presiden PPBM

Ditandatangani pada hari ini 13 Disember 2016 Masehi bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1438
Hijrah di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PERJANJIAN

BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan
AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:

1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan
1957/63 terutamanya:

i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan
damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan
sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan;
dan

iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat
antarabangsa.

2. Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi
rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran,
keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik.

3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan - PPBM di dalam
sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi
ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip
kebolehmenangan (winnability).

4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk
memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang
bagi melawan Barisan Nasional.

5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya
Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.

6. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto dan logo bersama dan merangka gerakerja Pilihanraya Umum ke 14.

7. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini
hendaklah memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan
pertikaian menerusi perundingan bersama.

Selasa, 6 Disember 2016

Kontroversi Filem Kembara Seniman Jalanan bersama Nasir Jani dan Pyanhabib


DISKUSI JALANAN - 11/12/16 - AHAD - PADANG KOTA LAMA - 4.30ptg.

Catatan Pyanhabib Rahman

Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).

Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!

Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...

Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.

Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.

Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.

Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.

Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.

Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.

Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.

Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba?

Jawapannya di Padang Kota hari ahad ini.

Kerajaan perlu tangguhkan pemeteraan perjanjian HSR dengan Singapura sebelum buktikan kemampanan projek

Kenyataan media Pakatan Harapan Mengenai HSR KL-Singapura
6 Disember 2016

Pakatan Harapan menyeru kerajaan untuk menangguhkan pemeteraan perjanjian projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR)


dengan kerajaan Singapura yang dijadualkan pada Disember 21 ini sehingga suatu kajian yang terperinci, kukuh dan telus untuk membuktikan kemampanan projek tersebut.

Disebabkan pendapatan yang bakal dijana akan dikongsi antara Malaysia dan Singapura, kerajaan perlu membentangkan pelan kewangan yang terbuka kepada rakyat tentang nisbah pendapatan yang akan diperoleh Malaysia serta bagaimana kos pembinaan akan ditanggung antara dua pihak.

Projek ini melibatkan kewangan negara yang besar-besaran dan banyak tanah rakyat dijangka akan diambil oleh kerajaan bagi membina landasan HSR yang baru. Oleh itu, kerajaan tidak boleh merahsiakan maklumat projek ini seperti negara Dunia Ketiga.

Jumlah kos untuk projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang mempunyai landasan sepanjang 350 km dijangka tidak kurang daripada 40 bilion ringgit.

Lebih penting lagi, kini terdapat kira-kira 45 penerbangan antara Kuala Lumpur dan Singapura setiap hari, bermaksud kapasiti pengangkutan udara harian antara dua tempat ini ialah 9,000 orang jika setiap penerbangan boleh mengambil 200 penumpang. Apakah Malaysia perlu mengambil risiko dengan membekalkan kapasiti baru 18,265 penumpang HSR? Ini merupakan dua kali ganda kapasiti pengangkutan udara sedia ada tetapi pulangannya hanya mampu membayar faedah pinjaman biarpun tiket dijual habis setiap hari?

Pakatan Harapan menyeru kerajaan agar tidak mengorbankan kepentingan rakyat dengan membuat pelaburan yang tidak bijak. Kerajaan mesti mengambil iktibar daripada episod pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana hutang bertokok tambah dan akhirnya rakyat pula yang perlu tanggung melalui cukai GST, kenaikan tol lebuhraya dan tambang pengangkutan, potongan subsidi minyak dan sebagainya.

Kami menyeru supaya satu kertas kerja yang terperinci terutamanya butir-butir kewangan seperti kos projek, jumlah pinjaman dan perkongsian pulangan dengan Singapura dibentangkan kepada rakyat.


Memandangkan bahawa KTM double tracking akan dilaksanakan dari Gemas ke Johor Bahru dengan kos RM8 billion, ia lebih wajar untuk memberi tumpuan kepada sistem tren ETS KTM dan tidak melaksanakan HSR yang akan memberi persaingan kpd ETS dan mengurangkan keuntungan ETS.

YB Sim Tze Tzin (PKR)

YB Dr Hatta Ramli (AMNAH)

YB Dr Ong Kian Ming (DAP)

--
Sim Tze Tzin
Member of Parliament for Bayan Baru

Selasa, 29 November 2016

Ceramah 'Lawan Tetap Lawan'

2hb Disember'16 (Jumaat)
8.30 malam
Padang Tunas Damai, Sungai Tiram, Bayan Lepas, P.Pinang.
(Belakang The Star atau Nissan SC)

Penceramah:
1. Rafizi Ramli (MP Pandan)
2. Saifuddin Nasution
3. Mohammad Mohd Taib (Bekas MB Selangor)
4. Mujahid Yusof Rawa (Amanah P.P)
5. Khairuddin (Bersatu)
6. Saiffudin Abdullah (Bekas Timb Menteri)
7. Sim Tze Tzin (MP B.Baru)
8. Abdul Malik Kassim (Exco Kerajaan Negeri)
9. Mohd Rashid Hasnon (TKM1PP)
10. Chang Lih Kang (Adun)
11. Manivanan (MP Kapar)

'Diam Di Tindas atau Bangkit Lawan'

Semua dijemput hadir....

Selasa, 22 November 2016

Jom undi untuk jaringan cantik Faiz Subri untuk merebut Anugerah Puskas FIFA tahun ini



Gol cantik pemain Pulau Pinang, Faiz Subri dicalonkan FIFA dalam senarai akhir 10 gol untuk merebut Anugerah Puskas tahun ini. Antara saingan Faiz adalah gol Neymar dan Messi.

Tahniah.....Ayuh,atas nama MALAYSIA,sama sama kita memberikan undi untuk jaringan menakjubkan ini.

Anda semua boleh mula mengundi di 

Selasa, 8 November 2016

Kisah 2 Insiden Di Parlimen Hari Ini Berkenaan Banjir Kilat Di Bayan Baru - Menteri cuba lepas tangan.



Hari ini, saya telah minta kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar  untuk memperuntukkan wang bagi menyelesaikan isu-isu banjir di Bayan Baru dan Batu Maung.Tetapi yang mengecewakan ialah beliau hanya mengulangi peruntukan untuk Tebatan Banjir di Sg Pinang.

Saya telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu banjir ini. Bulan lepas, saya telah mesyuarat dengan Pengarah JPS, JD JPS, JD JKR dan Exco YB Chow (seperti dalam gambar) Kami telah mengenal pasti punca banjir. Tetapi usaha kami terbantut di sana, kerana isu utama adalah dana kerana berpuluh-puluh juta diperlukan!

Saya begitu kecewa kerana Menteri tidak mahu membantu. Dan projek tebatan banjir Bayan Baru tidak pernah dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan.

Tetapi, saya terjumpa dengan Ketua Menteri P.Pinang YAB Lim Guan Eng di lobi Parlimen. (Sebenarnya, saya menunggu dia, saya perlu membangkitkan isu banjir ini kepadanya). Saya segera memberitahu beliau isu banjir di Bayan Baru dan Batu Maung kepada beliau. Dia juga mengakui sesuatu perlu dilakukan. Tetapi beliau  berkata,  perlu berjumpa dengan  YB Chow terlebih dahulu.

Saya tidak memasang harapan tinggi, kerana saya tahu kerajaan negeri tidak mempunyai dana yang cukup. Saya pun balik ke sidang parlimen untuk meneruskan sesi. Kemudian tiba-tiba telefon saya berdering. Saya terlupa untuk tukar ke mode senyap.

Ia adalah satu panggilan daripada CM!

Beliau memberitahu saya bahawa baru habis bercakap dengan YB Chow. Beliau telah memahami masalah banjir di Bayan Baru dan Batu Maung. Beliau mahu saya untuk membincangkan butir-butir teknikal dengan YB Chow dan jumpa beliau untuk mendapatkan peruntukan bagi projek tebatan banjir.

Secara jujur saya memberitahu beliau projek tebatan banjir yang dicadangkan oleh JPS adalah berkos tinggi. Beliau secara berseloroh berkata "Saya akan melakukan apa saja untuk anda, Sim". Sebagai balasan, saya memberitahunya, saya akan belanja dia Minum ... haha.

Kita bernasib baik mempunyai CM yang mengambil berat tentang Bayan Baru & Batu Maung.

Selepas sesi parlimen, saya akan memberi tumpuan kerja saya untuk menyelesaikan  masalah banjir Bayan Baru dan Batu Maung.

Sim Tze Tzim
Ahli Parlimen Bayan Baru

Khamis, 3 November 2016

9 tahun Datuk Seri Najib Menteri Kewangan, Bebanan kewangan negara dan rakyat RM681 bilion, Transformasi Nasional paling besar dalam sejarah Malaysia.





Kenyataan Media MP Bayan Baru YB Sim Tze Tzin:

3 November 2016

Isu yang paling hangat dibahaskan dalam bajet 2017 adalah isu hutang negara dan bebanan kewangan, bukan sahaja Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan malah juga MP dari BN merasakan kebimbangan terhadap bebanan hutang yang terlalu tinggi. Yang lebih membimbangkan adalah mantan Menteri Kewangan 2 YB Datuk Husni juga meluangkan perasaan bimbang terhadap keadaan hutang negara.

Jadi timbul soalan berapakah hutang negara dan bebanan bakal projek-projek besar yang diluluskan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak? Adakah hutang tersebut “sustainable” atau ia bakal menjejaskan keadaan ekonomi, debt servicing dan “rating” negara?

Atas Persoalan-persoalan itu, pejabat saya telah membuat kajian kepada jumlah hutang negara, projek mega yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini akan memberi gambaran bagaimana bebanan kewangan negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib.

Pertama sekali, kami meninjau dari segi hutang kerajaan.

Pada tahun 2008 apabila YAB Datuk Seri Najib menjadi Menteri kewangan, Hutang negara hanya berjumlah RM 266 bilion, pada 2Q2016 hutang negara telah mencecah RM655billion. Pendek kata di bawah 9 tahun beliau menjadi Menteri kewangan, beliau telah meminjam RM389 bilion lebihan hutang, lebih banyak daripada semua menteri kewangan sejak kemerdekaan.

Kedua, kami mengkaji semua projek-projek raksasa yang diumumkan oleh beliau. Dari segi projek-projek rel yang diumumkan adalah seperti berikut:

1.    MRT 1 Sungai Buloh-Kajang  - RM 23 Bilion

2.    MRT 2 Sungai Buloh-Putrajaya  - RM 32 bilion

3.    LRT 3 Bandar Utama-Klang - RM 9 bilion

4.    LRT extension atau Projek Penyambungan Jajaran LRT bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya - RM 8 bilion

5.    Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru - RM7 bilion

6.    Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (High Speed Rail) - RM50 bilion

7.    Projek landasan kereta api baru East Coast Rail - RM55 bilion


Jumlah Projek-projek rel atau rail projects yang diumumkan oleh Pentadbiran Najib ini telah berjumlah RM 184 bilion.


Ketiga, kami mengkaji semua projek mega highway yang diumumkan oleh beliau:

1. Lebuhraya DUKE Fasa 2                                           RM 1.18 bilion

2. Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)                RM 3.74 bilion

3. Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX)           RM 2.4 bilion

4. Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH)      RM 4.2 bilion

5. Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)          RM 1.6 bilion

6. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat                                   RM 6 bilion
(West Coast Expressway)

7. Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway                   RM 5.3 bilion

8. Lebuhraya Pan Borneo                                             RM 29 bilion

Jumlah  projek-projek lebuhraya yang diumumkan oleh PM adalah RM 53.42 bilion.

Pinjaman YAB PM tidak berhenti di sana sahaja. Keempat, kami mengkaji projek-projek mega dalam sektor pembinaan.

Projek Menara Warisan KL118          RM 3.4 bilion

Projek Taman Tugu                                 RM 600 juta

1MDB                                                            RM 50 bilion.


Jumlah projek sektor pembinaan adalah RM 54 bilion.

Maka jumlah hutang yang telah dipinjam, sedang dipinjam dan akan dipinjam oleh pentadbiran Perdana Menteri YAB Pekan akan mencecah RM 681 bilion!

Secara kasar, kerajaan membiayai tanggungan hutang tersebut melalui 4 cara:

1.    Hutang Kerajaan (Government Debt)

2.    Government Guarentees (Contingent Liabilities)

3.    Bail out.

4.    Jual aset negara


Boleh dikatakan kesemua projek mega di atas adalah dibiayai secara PPP (Public-Private-Partnership). Tetapi akhirnya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu membiayai tanggungan hutang tersebut.

Contoh seperti 1MDB, di mana kerajaan memberi surat sokongan atau letter of guarantee, kemudian SPV akan meminjam duit daripada pasaran bond negara atau luar negara. Jika projek gagal, kerajaan perlu tanggung hutang tersebut melalui bail out. Itu sebab kerajaan telah menjual aset strategik negara seperti Bandar Malaysia dan penjana elektrik kepada negara China.

Satu lagi contoh adalah Pembiayaan projek-projek MRT/rel melalui pihak swasta akan memindahkan hutang negara kepada hutang syarikat swasta. Cara in dipanggil “off budget”. Ia akan “mencantikan” bajet kerajaan, tetapi hakikatnya, hutang syarikat swasta akan ditanggung oleh kerajaan melalui government guarantee loan yang merupakan contingent liabilities.

Untuk Projek-projek lebuhraya, walaupun bukan diklasifikasikan sebagai contingent liabilities, tetapi ia akan mengenakan tol dan bebanan rakyat. Jika tidak mencapai traffic volume yang ditetapkan, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi daripada bajet kerajaan Kementerian Kerja Raya.

Oleh kerana kesemua projek tersebut perlu meminjam duit, ia akan meningkatkan beban hutang negara dan bebanan rakyat.

Kesimpulan daripada kajian kami, cara pentadbiran kewangan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan sangat membimbangkan. Bebanan RM 681 bilion perlu ditanggung rakyat Malaysia sehingga cucu-cicik kita.


Sim Tze Tzin

MP Bayan Baru

Sabtu, 29 Oktober 2016

*SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT*.



1.Amalan sumpah kerahsiaan dikalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan didunia. *_Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas olih pihak lain_*.Contoh dalam penyediaan *_rancangan keselamatan dan pertahanan negara_*.

2.Ini bermakna perkara perkara yang berkaitan dengan *_unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak ujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan_*.

Contohnya pembayaran kepada *_Abbar Investment PJS Limited (Aabar BVI)_* yang bukan anak syarikat *_Petroleum Investment Company (IPIC)_* adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan *_rakyat berhak tahu_*.

3.Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet *_bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri_*.Jemaah Menteri *_bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain_*.Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk *_melindungi kepentingan negara dan rakyat_*.

4.Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah (bekas menteri kewangan kedua) yang juga bekas jurucakap kabinet berkaitan dengan 1MDB didalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan,ini bermakna *_Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan didedahkan olih 3 bekas anggota jemaah menteri_* tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya rahsia.

*_Terima kasih Tan Seri Speaker,Rasuah dan rompakan negara adalah rahsia_*.

*_#BerjuangUntukRakyat_*
*_#JanganTipuRakyat_*
*_#1MDBAdalahRahsia_*
*_#SelamatkanMalaysia_*
*_#BiarJasaJadiKenangan_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_
10:30am, Taman AlWalid Alor setar
29 Okt 2016/28 Muharam 1438H

HIPOKRIT MALAYSIA


1. Keadaan politik dan pemerintahan di Malaysia agak pelik dan ganjil.

2. Di lain-lain negara di dunia, pemimpin besar diturunkan jika melaku perbuatan yang salah atau dituduh salah. Jika tidak diturunkan, pemimpin digantung jawatan sementara siasatan dibuat.

3. Tetapi di Malaysia walaupun terdapat bertimbun-timbun bukti salahlaku Najib berkenaan pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang dipengerusi olehnya, kehilangan berbillion Ringgit oleh 1MDB, kegagalan membayar faedah hutang, kesalahan pelaburan, terdapat 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib dalam Arab Malaysian Bank, kenyataan yang tidak munasabah tanpa bukti/dokumen akan punca wang itu yang dibuat oleh Najib, kenyataan oleh akhbar asing tentang punca wang itu, dakwaan laporan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bahawa wang itu dari 1MDB, kemasukan RM42 million dari SRC International (milik Kementerian Kewangan diperbadankan) ke dalam akaun peribadi Najib, ia masih berada sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia. Selain dari itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa masih Timbalan Perdana Menteri telah dimaklum oleh Tan Sri Gani Patail akan kemasukan ke dalam akaun Najib di AmBank berbillion Ringgit. Sekarang Husni Hanadzlah pula menyoal berkenaan 1MDB dan pengurusannya.

4. Penerimaan Najib ini adalah oleh kerana Ahli Dewan Rakyat termasuk Ahli Kabinet dan penyokong Najib dalam UMNO, MCA dan lain-lain parti dalam BN masih kononnya menanti sehingga Najib didapati bersalah sebelum mereka terima kebenaran tuduhan-tuduhan terhadapnya.

5. Pendirian ini cuma merupa alasan yang lemah terhadap pendirian mereka. Sebenarnya mereka tahu tuduhan terhadap Najib memang berasas dan benar.

6. Mereka tahu bahawa sebabnya Najib tidak didapati bersalah ialah kerana ia sendiri menyalahguna kuasanya dengan menyekat proses undang-undang dengan menukar Pendakwa Raya supaya penjawat yang baru menolak segala tuduhan terhadapnya.

7. Jika proses perundangan berjalan Pendakwa Raya akan membawa kesnya ke mahkamah dan perbicaraan boleh diadakan. Menurut tuduhan dan bukti yang diketahui umum Najib tetap akan didapati bersalah oleh mahkamah.
8. Tetapi Pendakwa Raya menyembunyi laporan-laporan ini supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib. Sebaliknya Pendakwa Raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya.

9. Yang jelas ialah Najib bukan didapati oleh mahkamah tidak bersalah, tetapi perbicaraan tidak dapat diadakan kerana disekat oleh Pendakwa Raya.

10. Alasan mereka yang kononnya menerima Najib sebagai Perdana Menteri kerana ia tidak didapati bersalah, hanyalah alasan yang tidak berasas.

11. Mereka sebenarnya cuba menipu diri dan menipu masyarakat. Mereka bersikap hipokrit. Mereka tahu tindakan Pendakwa Raya menghalang proses perundangan adalah salah.

12. Amatlah malang Malaysia mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat hipokrit yang turut bersama dengan Najib menjayakan penipuan olehnya.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Kadar Tol Lebuhraya Dijangka Naik Akibat Pemansuhan Bajet Pampasan Tol


Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Bayan Baru YB Sim Tze Tzin

22 Oktober 2016

Kalau rakyat Malaysia berasa senang hati (feel good) dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, itu kerana beliau hanya mengumumkan berita baik sahaja. Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat.

Salah satu berita buruk, yang pada khemat saya paling teruk adalah kadar tol yang mungkin dinaikan secara mendadak tahun 2017.

Selama ini setiap tahun, kerajaan telah sediakan sejumlah peruntukan di bawah Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol. Pada Bajet 2015, kerajaan sediakan RM 459 juta untuk tujuan tersebut. Untuk Bajet 2016, kerajaan sediakan RM 593 juta untuk Pampasan Tol. Ekoran daripada pampasan ini, kadar tol 8 lebuhraya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikan sehingga sekarang. Mengikut Menteri KKR juga, selama 25 tahun kebelakangan ini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM 4.07 billion kepada 28 lebuhraya di seluruh Negara.

Untuk bajet 2017, Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol sudah "hilang" atau dibatalkan. Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin. Rujuk gambar-gambar buku bajet yang dikepilkan.

Saya menjangkakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada pengusaha lebuhraya dan akibat daripada itu, kadar lebuhraya akan dinaikan. Saya tidak pasti  berapa lebuhraya yang akan menuntut supaya kadar tol dinaikan pada tahun 2017. Yang sudah pasti, mengikut kenyataan Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof, bahawa kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuhraya termasuk lebuhraya utara selatan.

Saya menyeru Menteri memberi penjelasan yang berterus terang kerana rakyat dan terutamanya syarikat-syarikat sedang membuat bajet dan pelan kewangan mereka sekarang. Kenaikan kadar tol lebuhraya akan menjejaskan perancangan mereka.

Saya juga amat bimbang bahawa pemansuhan sama sekali 080100 Bayan Pampasan Tol dalam Bajet KKR, adalah satu dasar kekal (permanent) yang ingin menghentikan segala subsidi kepada rakyat. Rakyat Malaysia telah merasai bebanan hidup yang sangat tertekan selepas pembatalan pelbagai subsidi termasuk minyak petrol, diesel, elektrik, minyak masak, gula, dan sebagainya.  Adakah pemotongan pampasan tol ini selama-lamanya atau hanya untuk tahun 2016? Saya mohon menteri memberi penjelasan kepada rakyat. 

Saya juga menyeru menteri memberi penjelasan kepada rakyat berapa lebuhraya yang ingin menaikan kadar tol pada tahun 2017? Berapakah kadar kenaikan setiap lebuhraya? Berapakah pampasan yang dituntut daripada kerajaan.

Yang sudah pasti, jangan percaya dengan segala "berita baik" daripada Perdana Menteri, kerana "the devil is in the details".


-- 

Sim Tze Tzin
Member of Parliament for Bayan Baru
www.facebook.com/SimForMalaysia
twitter: @simtzetzin
www.simformalaysia.com

Add: 12-J-2 Jalan Rumbia
        11900 Bayan Lepas,
         Pulau Pinang
Tel: 04-641 3088
Fax: 04-641 3088

Khamis, 20 Oktober 2016

1MDB ... SPRM tidak siasat

Ini betul-betul mengejutkan! Selama ini, kita ingat SPRM/MACC giat menyiasat kes Rasuah Raksasa 1MDB.

Kerajaan telah memberi jawapan kepada saya: SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB!

Kalau kes Rasuah terbesar dalam sejarah Msia, SPRM tak siasat, siasat apa? Kes ikan bilis?

Peguam Negara di Amerika Syarikat (Department of Justice) telah menyiasat dan mendedahkan kes 1MDB sebagai kes kleptocracy yang bermaksud Rasuah Maha Raksasa. Kenapa sehingga sekarang SPRM tidak buka file dan memulakan penyiasatan?

Saya mendesak Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli segera menjawab kepada rakyat dan membuka file serta merta menyiasat skandal 1MDB.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru

Selasa, 18 Oktober 2016

Menuju Bersih 5.0.. Ceramah Isu-Isu Semasa. "Bersihkan Malaysia dari Korupsi"



23 Okt'16 (ahad)
9.00 malam
Tanah Lapang Jkkk Bkt Gedong, B. Baru Penang (Berhampiran Surau Ubudiah / Pasar Malam Bukit Gedong)

Menampilkan penceramah:
Dato Husam Musa,
Dato Saif Nasution,
Nurul Izzah Anwar,
Ust Mujahid,
Terresa Kok,
Ambiga,
Hishamuddin Rais,
Dr Toh Kin Voon,
Yb Gooi (MP Alor Setar),
Dato Mukhriz Mahathir,
Dato Khairuddin,
YB Chow kon Yeow,
Fahmi Zainol (Mahasiswa),
YB Sim Tze Tzin,
YB Malik Kassim,
YB Mohd Rashid,
Leman Raja Lawak.

*Booth Selfie Bersih 5
*Booth Jualan Baju Bersih 5
*Booth Jualan Makanan
*Booth Pendaftraan SPR & Skim Kerajaan Negeri P.Pinang.

Semua dijemput hadir..

Mohon sebar seluas mungkin... Terima kasih

Sabtu, 15 Oktober 2016

Bajet 2017: Kerajaan tidak harus mengambil langkah berbahaya mengumpan perbelanjaan berlebihan oleh rakyat

Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Bayan Baru
15 Oktober 2016

Saya melahirkan kebimbangan terhadap desas-desus tentang bagaimana kerajaan akan mengumpan perbelanjaan oleh rakyat dalam Bajet 2017 bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara, seperti potongan cukai eksais (excise duty) untuk pembeli kali pertama bagi menggalakkan pembelian kereta dan membenarkan pemaju memberikan pinjaman bagi melonjakkan jualan rumah. Polisi-polisi tersebut adalah berpandangan pendek, tetapi akhirnya rakyat akan dibebankan.

Langkah-langkah tersebut berkemungkinan menimbulkan krisis ekonomi dalam jangka masa yang panjang, kerana hutang isi keluarga (household debt) di Malaysia sudah mencecah 89.1% KDNK (keluaran dalam negara kasar) pada tahun 2015; dan nisbah hutang isi keluarga-KDNK itu sebenarnya sudah berlibat ganda berbanding tahun 2008 (Rujukan 1).

Kita harus mengambil iktibar daripada krisis subprima yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008. Krisis itu diakibatkan oleh perbelanjaan dan pinjaman yang berlebihan.

Pemotongan Cukai Eksaiz untuk pembeli pertama

Sesungguhnya, penurunan harga kereta ialah sebahagian daripada perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Sebelum ini, kami telah meminta kerajaan untuk menurunkan harga kereta bagi mengurangkan beban rakyat. Sekiranya kerjaan pusat ingin meniru polisi kami, ia harus menerima pakai dengan sepenuhnya dengan menurunkan harga kereta secara menyeluruh bagi memanfaatkan semua rakyat, dan bukannya memperkenalkan polisi yang akan memutarbelitkan pasaran kereta.

Potongan cukai yang hanya ditawarkan kepada pembeli kali pertama untuk tempoh satu atau dua tahun akan mewujudkan permintaan buatan (artificial demand) yang menyebabkan "short term rush" di mana mereka yang tidak perlukan kereta turut diumpan untuk membeli kereta dan kemudian terpaksa menanggung pinjaman kereta. Apa yang Parti Keadilan Rakyat perjuangkan ialah penurunan harga kereta buat selama-lamanya supaya rakyat tidak perlu lagi risau tentang harga kereta dan mempunyai pendapatan boleh guna (disposable income) yang berlebihan untuk tujuan lain seperti pendidikan, kesihatan, makanan dan sebagainya. Model ekonomi seperti ini akan lebih sihat berbanding dengan rangsangan jangka pendek.

Pemberian Pinjaman oleh Pemaju

Cadangan untuk membenarkan pemaju meminjam dana kepada pembeli rumah adalah tidak munasabah, kerana masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah sekarang ialah harga rumah yang melambung tinggi dan bukannya kekurangan dana untuk dipinjamkan kepada mereka.

Bank-bank kita mempunyai dana yang mencukupi untuk memberikan pinjaman perumahan tetapi telah menolak banyak permohonan kerana enggan menanggung risiko tinggi di mana pinjaman yang terlalu besar dijangka tidak mampu dibayar balik oleh sesetengah pemohon. Pinjaman yang berlebihan kepada pembeli rumah hanya akan memanfaatkan penjual rumah dan bukannya pembeli rumah.

Sebaliknya, jika kita membina lebih banyak rumah mampu milik, pembeli rumah tidak akan menghadapi masalah pinjaman kerana pinjaman yang diperlukan adalah lebih kecil, maka akan diluluskan oleh bank.

Hong Kong dan Singapura ialah dua ekonomi maju di rantau Asia tetapi kemampuan untuk memiliki rumah di kedua-dua tempat ini amat berbeza. Harga sebuah rumah biasa di Hong Kong bersamaan dengan 19 tahun pendapatan isi keluarga (household income) manakalah di Singapoura hanya 5 tahun pendapatan isi keluarga (Rujukan 3).

Rumah di Singapura adalah jauh kurang mahal berbanding dengan Hong Kong kerana usaha kerajaan yang berterusan, di mana 80% rumah yang dimiliki rakyat Singapura dimajukan oleh kerajaan. Perkara ini harus dikaji kerana di Malaysia, hampir semua rumah kita dimajukan oleh pihak swasta, dan ini menjadi salah satu faktor harga rumah mahal.

Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat

Rabu, 21 September 2016

Jawapan surat pemecatan : Mohon penjelasan dan pertimbangan semula pemecatan che’Gubard


Pusat Gerakan Rakyat (PaGer) SAMM,
No. 344 (Ting. 1& 2),
Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Center II,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh    : 20 September 2016 (Selasa)

Kepada ;

YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Bt Dato’ Hj Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat,
Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana, 46050 Petaling Jaya,
 SELANGOR DARUL EHSAN.

YB Datuk Seri Dr. ;

MEMOHON PENJELASAN DAN PERTIMBANGAN SEMULA PEMECATAN

Adalah dengan segala hormatnya merujuk surat pemecatan saya dari Parti Keadilan Rakyat bertarikh 6 September 2016 (no.ruj : SUA2016/SKR/0051).

Untuk makluman YB Presiden pemecatan ini merupakan pemecatan kedua saya dalam tempoh 12 hari. Ini bukan sahaja pelik tetapi agak lucu. Saya dan KEADILAN sendiri mencatat rekod dengan menjadi parti pertama dalam dunia memecat seorang anggota dua kali dalam tempoh 12 hari.

Bukan satu rahsia surat pemecatan pertama bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan dengan ‘meniru’ tandatangan Setiausaha Agung parti tanpa pengetahuan Setiausaha Agung yang mana beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada ketika itu.Kesalahan meniru tandatangan ini boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda. Amat malang sekali kakitangan ibu pejabat ‘dipaksa’ bertindak oleh seorang pimpinan kanan parti seorang ahli parlimen yang juga seorang peguam untuk melalukan jenayah tersebut. Sangat dikesali  jenayah ini dilakukan dalam sedar hanya kerana ingin menghukum dan  boleh disifatkan membodek Azmin Ali yang mana pada hari tersebut saya hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat laporan dan mendedahkan bukti korupsi dia.

Dalam perkara ini saya masih menanti penjelasan parti atau adakah KEADILAN sudah hilang ruh ketelusan dan keluhuran undang – undang yang dilaungkan selama ini ?
Saya juga memohon YB Presiden untuk meneliti semula proses pemecatan saya, adakah ia mengikut prosedur dan lunas keadilan itu sendiri ?

Saya dipecat dengan tuduhan baru dan tuduhan tersebut saya tidak dibicarakan dan dipanggil membela diri. Adakah ini cara KEADILAN mengendalikan keadilan itu ?
Ya, saya pernah menerima ‘arahan’ dari parti untuk menutup mulut kerana mengkritik dan mendedahkan amalam korupsi dalam pentadbiran kerajaan negeri. Namun arahan tersebut spesifik kepada isu pada ketika itu iaitu isu penyelewengan agihan Zakat, Isu DEIG malah isu malah isu pembaziran Kubah RM32.4 juta juga tidak termasuk dalam ‘arahan’ tutup mulut tersebut. Isu #skandalAzmin68054 lebih lagi tidak termasuk dalam arahan ‘tutup’ mulut itu. Ia pertuduhan baru dan saya sendiri tidak dibicarakan. Tindakan diambil tanpa bicara. Adakah itu pelaksanaan keadilan cara KEADILAN ?

Dalam pengetahuan kita semua dan tidak menjadi rahsia malah ada bukti yang saya diberikan tersimpan. Pemecatan saya bukan sahaja mencipta rekod dipecat dua kali (satu dengan surat yang tandatangan palsu) tetapi tanpa keputusan mesyuarat rasmi dan ia hanya dibincangkan melalui aplikasi whats app sahaja dan mengikut rekod saya ia masih gagal mendapat sokongan majoriti seperti yang dikehendaki perlembagaan parti.

Tuduhan ke atas saya iaitu “Menjejaskan imej , memecah belah parti seterusnya ingkar arahan parti” merupakan tuduhan yang berat dan saya langsung tidak diajukan bukti dan dipanggil bela diri.

Dalam pengetahuan YB Presiden juga saya pernah membuat aduan kepada parti, saya tampil menyerahkan semua bukti berkaitan kes ‘pintu gerbang’, balak tanpa tender kepada syarikat enterprise, DEIG dan penyelewengan agihan zakat. Dalam sesi pertemuan (11 Januari 2016) ketika saya mengajukan bukti kesemua panel  Lembaga Disiplin yang mendengar tidak mampu mematahkan satu pun hujah saya malah mengakui ada sesuatu yang sangat tidak kena dan parti perlu bertindak. Namun kemudian Lembaga Disiplin (18 Febuari 2016) mengeluarkan satu surat mengatakan bahawa semua yang saya adukan diluar bidang kuasa tanpa dinafikan pembuktian aduan.

Maka menggunakan asas ini maka adakah ada keperluan untuk saya membuat aduan yang sama dengan perkara korupsi kepada parti ?

Adakah dengan pemecatan ini kerana saya ke SPRM membuat aduan terhadap pimpinan parti ?Adakah saya seorang yang membuat aduan SPRM kepada pimpinan parti ?
Jika muncul di media dikatakan perkara yang salah, saya mohon YB Presiden merujuk selepas PRU ke 13 yang mana Azmin Ali merajuk kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, dia menjaja kepada ramai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menipunya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji kepadanya untuk menjadikan dia Menteri Besar dan kerana itu dia telah bersungguh – sungguh mendepani PRU ke 13 tetapi malangnya selepas menang katanya Anwar menipunya dengan melantik Tan Sri Khalid Ibrahim semula.

Untuk itu ia telah menggerakkan semua pengikutnya menyerang keluarga YB Presiden khususnya melalui media sosial dan bukanlah rahsia istilah seperti ‘istana Segambut’ dan seumpamanya yang digunakan musuh politik sehingga kini merupakan ciptaan kartel Azmin Ali. Malah tanpa berselindung Azmin sendiri menyerang Anwar terbuka di media sosial dan menggagalkan kempen Black out 505 yang sedang giat ketika itu.

Pada ketika itu bukan menjadi rahsia juga Azmin merajuk dan mula mengumpulkan sokongan beberapa ahli parlimen. Dia membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sendiri menyerang presiden parti mengamalkan kronisma dan nepotisma. Ia bukan sahaja keluar TV3 malah hampir semua media ketika itu. 9 Aduan dibuat dari seluruh negara berkenaan perkara ini termasuklah salah satunya dibuat oleh Faizal Ab. Rahman yang ketika itu Ketua AMK Balik Pulau. Namun parti mengatakan ia bukan kesalahan. Maka apabila Timbalan Presiden yang kecewa tidak menjadi Menteri besar menghina tanpa bukti Presiden dan menghina parti mengajak beberapa ahli parlimen ‘berpuak’ tidak menjadi kesalahan , maka apa kesalahan yang saya lakukan hanya kerana mendedahkan korupsi dengan bukti ?

YB Presiden ;
Kita menyambut orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kuncunya sebagai hero kononya kerana berani berkata benar mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka berkenaan kepincangan dan penyelewengan. Bila Umno memecat Muhyiddin dan kuncunya kita serang Umno sebagai bacul penakut dan menutup penyewengan. Muhyiddin dan kuncunya dipecat kerana memburukkan imej parti dan memecah belahkan parti.

Adakah kita berbeza dengan mereka ? Jawablah dengan jujur dan lancer dengan rakyat. Adakah kita hanya berlawan untuk ambil alih kuasa namun dari segi prinsip kita sama ? Mohon jujurlah YB Presiden…jujurlah…

Saya sudah dipujuk untuk berdiam, saya sudah ditawar untuk membungkam, namun sumpah saya pada diri saya sendiri dan ia didikan reformasi bahawa bila nampak penyelewengan maka lawanlah sepenuh jiwa dan tenaga. Didikan perjuangan politik yang saya lalui bukan dari dewan kuliah atau lobi hotel mewah, saya belajar dari bawah, dari petugas parti memanjat tiang menggantung bendera sehinggalah menganjur program besar yang membawa saya menjelajah lokap ke lokap, mahkamah ke mahkamah. Saya pernah memangku anak yang baru seminggu lahir demam kuning teruk tetapi tidak mampu saya masukkan ke hospital kerana tidak cukup belanja sebalilnya saya hanya zikirkan kalimah nama – nama Allah dan berdoa, itu belum dikira rumah sewa dikunci kerana tidak membayar sewa. Namun dalam perjuangan saya diajar jangan mengeluh sebaliknya terus bergembira.

Hanya kerana bercakap benar dan berlawan atas prinsip saya difitnah kononya dibiaya Najib dan ada juga tuduhan saya dibiaya DAP juga.  Demi Allah saya tidak dibayar hanya untuk kianat prinsip saya sendiri, malah saya sendiri sehingga kini masih menanggung hutang kewangan dari rentetan perjuangan ini.

Sebelum menutup surat panjang ini, saya juga memohon kebijakan YB Presiden. Bukan sahaja saya cuba dipecat namun saya dimusuhi dengan sebegitunya, beberapa teman ditekan oleh pimpinan parti dengan ugutan pecat jawatan lantikan politik hanya kerana bergambar dengan saya dan tersiar dalam facebook. Nampaknya untuk mempertahankan korupsi Azmin, ramai hilang pertimbangan.

YB Presiden, saya memohon pertimbangan keadilan untuk saya. Saya memohon balasan jujur ibu Presiden. Banyak yang saya ingin coretkan dalam surat yang akan menjadi terbuka ini namun saya masih cuba mewaraskan diri.

YB Presiden, saya bersama perjuangan ini sejak awal pemecatan Anwar, pelancaran parti di Renaissance Hotel K.Lumpur, masih ingat lagi mesyuarat – mesyuarat parti menjelang PRU 1999 di bangunan tidak siap (Marinara), Kuala Lumpur sehinggalah penganjuran aksi massa kecil dan besar dan dikebanyakan masa saya duduk bukan sekadar di ruang tamu KEADILAN tetapi saya didalam kelambu KEADILAN itu. Sebolehnya saya mahu menyimpan sebahagian besar pengalaman itu sebagai pengalaman peribadi kerana ada yang tidak bagus dan boleh disalah faham jika dikongsi.  Ketika ramai pernah meninggalkan dan ada berpatah semula menjadi hero saya tetap bersama KEADILAN susah macam mana pun, namun dalam hal pemecatan ini saya merasakan ia sangat tidak adil.

Hari ini 20 September merupakan hari ulang tahun kebangkitan gerakan Reformasi diseru oleh Anwar Ibrahim yang dipecat Mahathir Mohamad kerana bercakap benar. Hari ini juga saya dipecat dengan usaha untuk melindungi anak angkat Mahathir yang menjadi duri dalam daging selamanya dalam perjuangan politik Anwar Ibrahim.
Apa istimewanya Azmin yang diberi paying emas ini ?

Akhirnya saya menanti jawapan jujur Presiden parti dan buktikanlah kepada rakyat kita benar - benar berbeza.

Seorang pejuang 'muda' Indonesia, Soe Hock Gie pernah mengungkap lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan. Janji dan sumpah saya atas ibu pertiwi ini, saya tidak akan bergerak seinci pun dari prinsip tidak akan kompromi dengan penyelewengan dan korupsi dalam apa jua bentuk sekalipun. Perjuangan ini seharusnya bukan hanya menukar watak dan nama kerana musuh utama kita ialah sistem yang menyebelahi kapitalis dan ahli politik yang diperkuda pemodal besar. Perjuangan kita seharusnya ialah menentang penindasan dan korupsi dengan berani ke arah menjadi dunia yang lebih manusiawi.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard

Ahad, 28 Ogos 2016

Program Pelancaran Pacak Bendera Malaysia







Hari ini Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru  diketuai Ketua Cabang (Division Chief) YB Sim Tze Tzin melancarkan Pacak Bendera Malaysia dan Bendera Pulau Pinang di Bulatan Bayan Baru di depan Krystal Point.

Sebanyak 100 bendera Malaysia dan bendera Pulau Pinang dipacak. Ini adalah bertujuan memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Parti KEADILAN adalah parti yang patriotik dan cintakan Malaysia. Parti KEADILAN cinta Malaysia dan ingin melakukan perubahan dan reformasi demi memajukan negara" YB Sim berkata.

"Negara kita telah merdeka 59 tahun, tetapi rasuah dan penyelewengan semakin teruk. Kita semua yang cintakan negara harus berbuat sesuatu."

"Dengan memacak bendera, kita lahirkan semangat patriotik, dan semangat ingin perubahan demi negara". Sim berkata.

Pelancaran Pacak bendera diringi oleh semua AJK Cabang Bayan Baru dan ahli-ahli PKR Bayan Baru.

Selasa, 23 Ogos 2016

Biodata Anwar bin Ibrahim

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti,Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sejarah perjalanan karier

Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya
1968 - menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
1969 - Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
1971 - menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu. Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
1973 - Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
1979 - Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.

Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.

Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO. Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO pada tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan.

Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk lerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi.

Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan. Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah bin Ahmad Badawi dan Mohd Najib bin Abdul Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.

1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim. Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.

Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Melayu Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Pada 1997 golongan anti Anwar menganggap golongan yang cenderung kepada Anwar yang dikenali sebagai Anwarisme sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.

Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, ahli akademik dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.

Ada di antara golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.

Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.

Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.

Pada tahun 1993, 95 % ahli UMNO menyokong Anwar semasa pencalonan Timbalan Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. 137 daripada 145 bahagian telah mencalonkan Anwar manakala Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.
Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruhi penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya.

Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford.

Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.

Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew. Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.

Buku mengenai Anwar Ibrahim:
Anwar Ibrahim - Mimpi Dan Realiti, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1990
Anwar di Zalimi, Siapa TPM Baru?, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1998
Anwar Terjerat oleh Ahmad Lufti Othman
50 Dalil oleh Khalid Jafri.

Jawatan dalam kerajaan
1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri
2013 - 2018 : ____________________

Isnin, 15 Ogos 2016

SALAH SEORANG PROKSI AZMIN DALAM PEMAJU DITEMUI


Bukti korupsi ditemui : 7 hari diberi atau akan mula desakan meletakkan jawatan

Kenyataan Umum
15 Ogos 2016
SALAH SEORANG PROKSI AZMIN DALAM PEMAJU DITEMUI

1.       Seperti dijanjikan 14 Ogos seharian pasukan yang terbentuk sejak Mac 2016 apabila kita mendapat maklumat awal berkenaan isu pertukaran status Paya Indah Wetland. Alhamdulillah kita mula menemui apa yang kami cari, ternyata kami sudah mula menemui proksi yang merupakan seorang yang sangat rapat dengan YAB Datuk Seri AzminAli di ambil dan ditempatkan dalam syarikat pemaju. Watak ini dikesan melalui beberapa dokumen yang dihantar termasuk ke penjawat awam dengan terakam kedudukan beliau yang menggambarkan hubungan beliau dengan Menteri Besar.

2.       7 hari diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu dia harus meletakkan jawatan.

3.       Pendedahan ini bukan pendedahan kosong sejak dari awal Berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri berikut ialahkronologinya :

Mac 2016 :pasukan khas dibentuk bagi meneliti maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan pertukaran status tanah lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

April , Mei & Jun 2016 : Dokumen – dokumen rasmi diperolehi dari banyak pertemuan termasuk dengan pegawai – pegawai kerajaan cukup menyakinkan ada sesuatu yang tidak kena.

26 Julai 2016       : Kenyataan pertama dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA” dengan desakan tukar kembali status tanah tersebut.

26 Julai 2016       : Exco Kerajaan negeri YB Elizabeth Wong, dalam kenyataan yang dikeluarkanfreemalaysiatoday.com dan sehari kemudian berita sama disiarkan oleh Selangorkini, memanggil saya pemberontak PKR dan menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan tersebut. Penafian beliau merujuk kenyataan media pertama saya dengan tajuk “PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA”

27 Julai 2016 : saya mengeluarkan kenyataan menyatakan penafian Elizabeth Wong merupakan penafian palsu , saya memberikan Elizabeth Wong sehingga Isnin (1 Ogos) untuk menunjukkan bukti penafiannya terhadap kenyataan media saya 26 Julai itu salah atau saya munculkan bukti dan dia harus letak jawatan.

2 Ogos : Mungkin eli tidak tahu apa hendak diperjelaskan maka dia telah senyap sehingga Isnin (1 Ogos) maka 2 Ogos saya telah muncul dengan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan saya bawa juga petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alas at dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland.

2 Ogos 2016 : Menteri Besar dilaporkan media lari dari wartawan bila ditanya soalan berkenaan pendedahan tersebut dan menyerahkan kepada Exco untuk menjawab. Inilah sejarah kali pertama Azmin lari dari bertemu wartawan. Mungkin ketika peringkat awal Elizabeth Wong menafikan berlaku perubahan status sambil menyelar saya pemberontak dia tak menyangka saya telah bersedia dan punya dokumen rasmi. Panik dengan itu dia telah memanggil sidang media dengan menyebut lot tanah yang lain kononya masih tidak ditukar. Bila ditanya wartawan mengenai lot 68054 dia tidak menjawab kerana katanya tidak relevan.

9 Ogos 2016 : telah diadakan sidang media dengan mendedahkan peranan sebuah kapitalis besar yang tersenarai di BSKL, GAMUDA disebalik #skandalAzmin68054. GAMUDA telah membeli tanah tersebut dengan mengambil alih Salak Land Development Sdn Bhd dari tauke cina pemilik asal.
Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik.

Dalam kenyataan bertarikh 9 Ogos 2016 dengan tajuk LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? saya sudah bangkitkan mengenai peranan GAMUDA di Selangor dan usaha mencari proksi.

10 Ogos 2016 : Apabila mula terkait kapitalis besar maka media telah mengecilkan liputan. Maka diumumkan satu hash tag #skandalAzmin68054 bagi memudahkan sebaran dan carian maklumat berkaitan kes ini. Diumumkan juga aka nada rapat khusus bagi mengumpulkan semua yang terlibat pasukan yang dibentuk bagi merumuskan dan meneliti beberapa penemuan baru.

14 Ogos 2016 : Setelah rapat selama 7 jam akhirnya ditemui beberapa dokumen yang mana dikenal pasti wujud seorang yang sangat rapat dengan Azmin Ali diberikan kedudukan dalam projek lot 68054.
Kesalahan jelas berlaku :

1.       Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar.

2.       Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.

3.       Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju.

Maka diulang dengan tegas, 7 hari diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu dia harus meletakkan jawatan.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Untuk rujukan :
1.       Kenyataan Media pertama (26 Julai ) dengan tajuk PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/pertukaran-status-tanah-lot-68054-619.html

2.       Kenyataan Media (27 Julai ) Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/kerajaan-negeri-menipu-dalam-penafiannya.html

3.       Penafian palsu Exco diberi sehingga Isnin linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/07/penafian-palsu-exco-dibri-sehingga-isnin.html

4.       Pengaruh Korporat besar disebalik pertukaran status 68054 ? link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/pengaruh-korporat-besar-disebalik.html

5.       Sah tanah 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/sah-tanah-68054-mukim-tanjong-dua-belas.html

6.       Kenyataan Media 2 Ogos : Bukti penafian palsu kerajaan negeri klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-penafian-palsu-kerajaan-negeri.html

7.       Kenyataan Media tidak bertarikh Exco hari ini , hanya penipuan menutup penipuan linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/kenyataan-media-tidak-bertarikh-exco.html

8.       Kenyataan Media ( 9 Ogos) LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/lobi-korporat-di-belakang-pertukaran.html

9.       Kenyataan umum (11 Ogos) #skandalAzmin68054 Bila mula menyentuh korporat besar liputan media perdana mula terhad , proksi yang dijejaki mula ditemui linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/skandalazmin68054-bila-mula-menyentuh.html

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...