"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
JERIT untuk tunjukkan sokongan anda KEADILAN untuk TIAN CHUA. Jangan berbisik tetapi jerit 尖叫支持 Scream to show your support JUSTICE for TIAN CHUA Don't just whisper, But Scream It Here...

SELAMAT DATANG KE PULAU PINANG


Program Ceramah Terkini

Ceramah Umum bersama:

che'GuBard (MPP Keadilan ),
YB Dato Seri Zahrain (Ahli Parlimen Bayan Baru),
YB Hj Abd Malik Kassim (Adun Batu Maung /Exco Kerajaan Negeri P.Pinang)
Ust. Ridwan (YDP PAS Kulim Bdr.Baru),

Tarikh:
20 Nov 2009 ( Jumaat )
Jam :9.00 malam,
Tempat :Dewan JKKK Sg. Ara, P.Pinang

Semua Di Jemput Hadir Beramai-ramai

Thursday, November 19, 2009

‘Saya akan terus berdakwah’-malaysiakini


“Saya akan terus menyampaikan dakwah walaupun tidak boleh secara terbuka. Mengajar agama kerja saya dan saya akan tetap meneruskannya walaupun wujud usaha pihak tertentu yang menghalang ” kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam.

Menurutnya, banyak lagi kaedah lain boleh digunakan, termasuk Internet dan beliau tidak akan berhenti menyampaikan dakwah.

Dr Mohd Asri juga mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak pernah memanggilnya untuk memberi keterangan selepas dia dibebaskan pada 2 November lalu dengan bon jaminan.

“Sebelum ini saya diberitahu pihak Jais akan memanggil pada bila-bila masa untuk merekodkan keterangan saya, namun sehingga hari ini (semalam) tiada sebarang keterangan diambil dan direkodkan.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Saturday, November 7, 2009

PAS teruskan komitmen kukuhkan Pakatan Rakyat -malaysiakini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/AZIZspot.jpg

KUALA LUMPUR
: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan komitmen mereka bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.


Sehubungan itu, beliau berkata, PAS akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan.

"Ingin saya tegaskan untuk kesekian kalinya bagi kita terus bersama Pakatan Rakyat.

"Hubungan yang kita bina bersama Pakatan Rakyat ini adalah bertitik tolak dari asas persamaan iaitu semua pihak bersetuju untuk memerangi penyelewengan rasuah dan sebagainya," katanya dalam ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Parti di sini, hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, persefahaman yang wujud itu dilakukan tanpa mengorbankan dasar yang diperjuangkan PAS.

"PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah parti dakwah, hubungan yang terbentuk ini kuat tapi fleksibel.

"Bukan hubungan yang kuat, kukuh tapi tidak fleksibel atau rapuh. Strategi bersama ini berjaya menyekat BN (Barisan Nasional) sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan sebagaimana yang kita saksikan sekarang ini," katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online

Tambah Abdul Hadi, PAS perlu memperkukuhkan kekuatan bagi memenangi undi di kalangan pengundi Islam namun dalam masa yang sama berusaha untuk meraih undi penyokong bukan Islam.

"PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar perjuangan Islam.

"Tapi dalam masa yang sama hendaklah mendapatkan undi bukan Islam sebanyak mungkin kerana inilah pendekatan politik yang sebenarnya, asalkan kita mempelihara, akidah dan menjaga sempadan," katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS perlu mengamalkan dasar keterbukaan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan semua pihak yang boleh membawa kepada kemenangan Islam.

Selain itu dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menyeru kepada lebih 1,000 ahli yang menghadiri seminar hari ini supaya bersikap lebih matang dalam menerima setiap kritikan kepada PAS dengan hati terbuka.

"Apabila PAS mendapat perhatian umum, ramai peminat yang akan memberikan komen-komen.
"Ada yang manis, ada pahit, jadi kita kena menjadi parti yang matang menilai antara keritikan untuk kekuatan," katanya.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Friday, November 6, 2009

Rosmah terlibat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)????-malaysiakini



Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung.

Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat.

Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H).

Laman web itu juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H) yang dimiliki lima pengarah dengan jumlah saham yang sama banyak dan modal berbayar RM8.7 juta.

Selain Deepak, empat lagi pengarah ialah Jaikishan Rewachand a/l Rewachand Bhojumall, Tekwani Durupadi Jaikshen a/p Tulsidas, Rejesh a/l Jaikishan dan Dhanesh a/l Jaikishan Rewachand.

Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kesemua mereka memiliki jumlah saham yang sama banyak dengan modal berbayar RM8.7 juta.

Akaun terakhir syarikat yang didaftar 10 tahun lalu menunjukkan syarikat itu memiliki aset hampir RM90 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Secara rasmi, pendapatan syarikat pada 2005 adalah RM122 juta dan keuntungannya lebih RM7 juta tapi nilai sebenarnya dijangka jauh melebihi angka berkenaan.

Keuntungan besar syarikat yang menjalankan perniagaan menjual karpet itu menimbulkan kecurigaan.

Nilai pendapatan dan keuntungan itu terlalu menjolok mata untuk sebuah perniagaan karpet.

sumber klik di sini

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tindakan tegas harus diambil kepada 'kepala' JAIS-malaysiakini


Bukan satu yang rahsia 'Majlis Keselamatan Negara' di Selangor yang dianggotai SPR, SPRM, Polis dan beberapa agensi kerajaan lagi terlibat membincangkan bagaimana menjatuhkan Kerajaan PAKATAN di Selangor. Ia telah didedahkan tetapi tiada penafian yang konkrit dari pihak terbabit. Bn Selangor yang dipimpin oleh Najib sendiri setelah menyedari kelemahan dan ketamakan Khir Toyo tidak langsung berselindung dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Terbaru ialah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang melakukan tindakan yang bercanggah dengan polisi dan dasar Kerajaan Selangor. Tangkapan terhadap Dr. Asri, bekas Mufti Perlis secara jelas mengikut telunjuk politik, malah penguat kuasa JAIS yang terlibat dalam operasi tangkapan tersebut juga panik. Berdasarkan kenyataan media YB Zuraidah yang berada di tempat kejadian secara jelas pegawai JAIS terlibat tidak dapat menjelaskan tindakan mereka sebaliknya asyik menelefon 'pihak tertentu' untuk mendapat arahan lanjut.

Sebaik sahaja tangkapan dibuat blog - blog pro Umno (baca: upahan Umno) telah bersungguh - sungguh melakukan 'spin' dengan menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tangkapan tersebut, sedangkan kita sendiri tahu sememangnya negeri Pakatan Rakyat berdepan masalah dengan agensi kerajaan seperti jabatan agama yang lebih mengikut telunjuk kerajaan pusat.

Namun bagi cheGuBard, Tan Sri Khalid Ibrahim harus melihat perkembangan ini dengan serius. 'Kepala' JAIS harus dipanggil dan diminta memberikan penjelasan wajar. Jika gagal tindakan serius harus diambil termasuk memecat. Atas mandat rakyat Menteri Besar harus mempersembahkan secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor mengenai perkara ini.

Agen - agen Umno yang berlegar dalam agensi penting kerajaan harus dibuang segera. Menteri Besar dan barisan Exconya seharusnya bertindak tegas dan berani. Mereka harus menggunakan peluang ini untuk keluar dari imej 'lambat' yang sering di label oleh pihak tertentu.

Contoh lain Menteri Besar seharusnya melihat juga agensi seperti Yayasan Selangor yang menjadi tempat berkubang 'agen-agen' Umno..... Malah dilaporkan kakitangan pro Kerajaan Negeri telah 'dianak tiri' di beberapa agensi seperti ini.

Dalam perkembangan lain, Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hassan Ali seharusnya bertanggung jawab dengan tampil ke depan menjelaskan pendedahan beberapa blog (pro Pakatan Rakyat dan pro Umno) yang mendedahkan hubungan beliau dengan Umno.

Blog Umno-Reform.com secara jelas menyebut beliau terlibat mempergunakan GERAK (ngo anti rasuah yang ditubuhkan Ezam) untuk menyerang Menteri Besar. Blog PerisikRakyat.com secara jelas menyebut beliau dan beberapa pemimpin PAS lagi terlibat berjumpa dengan pemimpin Umno dan blogger Umno dengan mendedahkan perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Jika tidak mampu memberikan penjelasan, maka tidak perlu diambil tindakan seharusnya dengan maruah Dr. Hassan Ali sewajarnya meletakkan jawatan apabila tindakan menjadi duri dalam daging terdedah.

Menteri Besar juga seharusnya dengan berani mengakui kesilapan - kesilapan kecil sebelum ini dan bersama dengan kerangka besar KEADILAN serta PAKATAN untuk memacu Selangor. Isu seperti pengurusan pasir harus diakui kelemahan dan perlu diperbetul segera untuk mengelakkan ia menjadi barah. Tidak dinafikan jika dibezakan dengan kerajaan lalu dibawah Bn, Kerajaan Selangor di bawah PAKATAN ini lebih baik namun sedarilah hakikatnya harapan rakyat adalah lebih dari itu.

Selaku pemimpin parti komponen PAKATAN, selaku aktivis gerakan reformasi sejak 1998 dan selaku rakyat amat besar harapan untuk melihat kejayaan kerajaan Selangor di bawah PAKATAN.

Selangor sewajarnya membawa agenda besar demokrasi memperkasa kuasa rakyat. Contohnya dalam perkara mengembalikan undi ke tiga rakyat, Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Selangor seharusnya bergerak kepada perkembangan yang lebih konstruktif ke arah itu. Pembayar cukai seharusnya berhak memilih siapa ahli majlis yang layak menguruskan cukai mereka. Namun 'kita' kelihatan mula seronok memilih orang 'kita' untuk menduduki tanpa melalui proses kembali kepada rakyat. Jangan nanti kita dilihat melawan sementara kita masih belum ada kuasa dan bila ada kuasa kita seronok dengan kuasa yang ada. Mengenbalikan semula kepada rakyat akan secara tidak lansung menyelesaikan isu pertelagahan dalam pemilihan ahli majlis.

Ayuh lihat semula manifesto yang memenangkan kita adakah kita menjanjikan merampas barang jualan dalam pilihanraya lepas atau memperkasakan hak rakyat. Lihat kembali deklarasi yang ditandatangani seperti deklarasi Barisan Rakyat yang berjaya mengembeling banyak NGO dan NGI teralibat memenangkan kita.

Jangan kuatir bertindak tegas dan hilang satu dua kerusi, sampah yang tidak mahu bekerja dan menjadi agen Umno atau ingin kaya cepat melalui jawatan harus dieksport terus ke dalam Bn. Biarlah Bn mengutip semua wakil rakyat yang rasuah, bermasalah dan malas membuat kerja ia adalah satu proses positif yang akan dinilai rakyat.

oleh chegubard, ahli MPP KEADILAN

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Pas akan balas dendam kekalahan di Bagan Pinang Sabtu ini........-malaysiakini

Siapa yang kata politik dan sukan tak boleh campur tu, bermakna orang itu dah setengah mereng. Silap haribulan akan ke Tanjung Rambutan. Tapi jangan tersilap pulak, tak semua yang kat Tanjung Rambutan tu giler. Penduduk kat situ tak giler, doktor dan misi tak giler cuma orang giler sahaja yang giler.

Berbalik kepada sukan dan politik. Ia sangat baik untuk digabungkan kerana huhh ia mampu memuncakkan kembali semangat perjuangan. Sabtu ini, Pemain pasukan Kelantan sebagaimana yang dilaporkan Mat Ali, sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memastikan kemenangan di pihak Kelantan apabila wisel penamat ditiupkan sekuat-kuatnya.Menurut Mat Ali, kalau tiada arang melintang, MB Kelantan bakal turun padang ke Stadium untuk memberikan sokongan moral kepada sebelum kembali ke kelantan untuk mempersiapkan agenda perayaan Jubli Emas 20 tahun Pas memerintah Kelantan sesejahteranya.

Misi utama Pasukan Kelantan ialah untuk menebus kembali kekalahan Pas di PRK Bagan Pinang. Kepada ahli-ahli Pas Negeri Sembilan dan seluruh negara, nyatakan sokongan mu dan anda perlu ke Stadium Bukit Jalil Sabtu ini untuk menyatakan sokongan moral anda kepada Pasukan Bolasepak Kelantan yang bermain untuk menebus kekalahan Pas di bagan Pinang baru-baru. Kemenangan Pasukan Bola Sepak Kelantan, bererti kemenagan Pas. Ia sudah tentu akan sedikit sebanyak melonjakkan kembali semangat anggota Pas Negeri Sembilan yang tewas baru-baru ini di Bagan Piang. Siapa kata politik dan bola tak boleh bercampur. Itu idea lamalah zaman penjajah.

Datanglah beramai-ramai, lupakan seketika kes tangkapan terancang DR Asri oleh JAIS. Walau bagaimana sekali pun, Exco agama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor DR Hasan Ali gagal dihubungi untuk memberi komen.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

”Saya bukan ajak…… saya suruh masuk PAS,” Dato’ Ustaz Harun Taib-malaysiakini

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/drasriharuntaib.jpgKUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.
(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).

Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.

”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN
Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.







'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Kopi Janda tawar RM5 ribu buat wakil rakyat yang kahwini janda-malaysiakini

Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan YB Wan Ubaidah (Exco Kelantan) semasa perbahasan di sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Janda Product Marketing selaku pengeluar dan pengedar produk Kopi JANDA menawarkan hadiah RM5,000 kepada ahli Yang Berhormat di Kelantan yang berkahwin dengan janda dalam negeri Kelantan.

Kami cukup gembira dengan saranan ini kerana dari sudut Islam, sesiapa yang ingin berpoligami digalakkan mengahwini janda. Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN, bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.

Kami harap perkara ini dipandang serius dan jangan ada mana-mana pertubuhan NGO yang cuba mempertikaikan cadangan yang baik ini termasuk dari Pergerakan Wanita MCA. Kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia baru-bary ini adalah tidak tepat.

Anugerah yang dicadangkan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami supaya memilih janda.

Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak membantu bahkan lebih mewujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan tanggungjawab sosial.

Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke belakang. Apa kajian yang wanita MCA telah buat sehingga mudah mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini?

Tetapi kita harap lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela.

Sekali lagi Kopi JANDA ingin tegaskan hadiah RM5,000 kepada wakil rakyat di Kelantan yang menyahut cabaran Ecxo tersebut dan mana-mana wakil rakyat yang berminat atau berhasrat menyahut cabaran tersebut boleh hubungi saya di talian 017-5353007 (Zulaimi).

www.politikkopijanda .blogspot.com

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Friday, October 30, 2009

Gedung Kartun di Pulau Pinang-malaysiakini


Zunar sedang menandatangan majalah GK yang di beli oleh pengunjung


Bloger Tun Saban turut membeli Majalah GK

Zunar bersama peminat kecil

YB Hj Abdul Malik Kassim ADUN Bt Maung turut bersama..

Untuk Cikgu Zul....Insaflah...... kata-kata yang bermakna....dari Zunar

Kasi pecah laaaa.......


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Thursday, October 29, 2009

Kejohanan Bola Jaring Unit Ehsan-malaysiakini


Kejohanan Bola Jaring Unit Ehsan

Unit Ehsan semakin aktif menjalankan kerja kebajikan dan sosial mengumpulkan anak muda. Baru - baru ini Unit Ehsan telah mengedarkan 8,000 topeng muka kepada jemaah Haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan yang terbaru Unit Ehsan akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka UE di Pulau Pinang.

Maklumat seperti berikut ;

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA UNIT EHSAN P.PINANG

TARIKH : 22 NOVEMBER 2009 ( AHAD )

TEMPAT : PADANG USM, GLUGOR, P.PINANG

YURAN PENYERTAAN : RM 50.00

HADIAH :

  • JOHAN - RM 300.00 + PIALA IRINGAN + MEDAL
  • N/JOHAN - RM 200.00 + MEDAL
  • KETIGA - RM 100.00 + MEDAL

SYARAT-SYARAT AM KEJOHANAN

  1. Yuran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau melalui cek atas nama PERTUBUHAN UNIT EHSAN PULAU PINANG. Penyertaan tanpa yuran tidak akan dilayan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  2. Pendaftaran pemain 8 orang : 7 orang pemain dan seorang pemain simpanan .
  3. Sistem pertandingan :- Kalah Mati. Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke pusingan kedua.

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA :

HAMIZAH BT CHE AMAT – 016-4848376

LATIFAH BT VARSHAY IBRAHIM – 017-4206246

ASWANIE BT HASHIM – 017-4060252

MARINA BT SHAFIEE – 016-4833090

NO. FAX : 04-508 3677 ATAU 04-643 7354

Wednesday, October 28, 2009

Sidang DUN Perak 28/10/09 ( video ) -malaysiakini


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Monday, October 26, 2009

"Bunga yg bakal mencetuskan konflik terbaru Malaysia dan Indonesia..-malaysiakini

Hah, Malaysia Mengklaim Bunga Raflesia Arnoldi?

BENGKULU, KOMPAS.com - Klaim Malaysia terhadap bunga Raflesia arnoldi membangkitkan semangat Kelompok Peduli Puspa Langka Desa Tebat Monok, Kabupaten Kepahiang untuk melestarikan habitat flora langka itu.
"Terus terang kami sakit hati mengetahui dari media bahwa Malaysia juga mengklaim bunga Raflesia," kata Ketua Kelompok Peduli Puspa Langka Holidin, Minggu (25/10).

Padahal, semangat masyarakat sudah berkurang untuk menjaga setiap bunga yang mekar di kawasan Hutan Lindung dan Cagar Alam Taba Penanjung. Dengan adanya klaim tersebut, anggota kelompok kembali bersemangat membersihkan kawasan dua bunga Raflesia yang mekar di perbatasan Kota Bengkulu-Kepahiang sejak dua hari terakhir. "Ada dua yang mekar, posisinya 200 meter dari jalan raya.

Sebenarnya kami tidak semangat membuka jalan karena medannya curam, tetapi mengingat klaim Malaysia atas Raflesia, semangat anggota kelompok jadi tinggi," katanya.

Holidin mengatakan satu bunga sedang mekar sempurna dan diperkirakan masih mekar hingga empat hari ke depan. Bunga yang mekar tersebut berada di kemiringan 65 derajat dengan diameter 80 cm, dan dapat dinikmati pengunjung hingga 12 hari ke depan sebelum membusuk. Satu bunga lainnya masih mulai membuka kuncup dan diperkirakan mekar sempurna enam hari lagi. Selain dua bunga tersebut, kelompok ini juga menemukan dua calon bunga sebesar bola kaki, dan lima yang sebesar bola kasti.

Diperkirakan hingga satu bulan ke depan calon bunga itu akan berbunga secara bergantian. "Jadi, pengunjung punya banyak kesempatan untuk melihat bunga ini di habitatnya langsung," katanya. Selain tujuh calon bunga tersebut, Holidin yang saat ini sedang membersihkan lokasi bunga dan merintis jalan setapak bagi pengunjung mengatakan enam inang bunga Raflesia juga menunjukkan tanda-tanda calon bunga yang biasa disebut tombol. Jumlah tombol,

belum bisa dipastikan karena pihaknya belum menghitung. "Kelihatannya banyak calon bunga yang akan muncul karena ada enam inang yang kami temukan dengan banyak tombol, atau benjolan calon bunga," katanya. Holidin dan timnya telah membuat tanda bagi pengunjung dengan memasang papan di pinggir jalan raya, dan kelompok tersebut juga telah membuka jalan setapak untuk pengunjung yang berniat menikmati flora langka itu.

sumber; kompas.com

Oleh usinwafer

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


Saturday, October 24, 2009

BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen???-malaysiakini


Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka

- mahkamah terus diperkudakan UMNO/BN

--
sumber dari Web Panas - Hangat Di Malaysia

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isu ADUN Kota Siputeh: Speaker tunggu mahkamah-malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail masih menunggu maklum balas Mahkamah di Putrajaya, berhubung tarikh sebutan kes permohonan semakan kehakiman yang dibuat terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.

Dr Abdul Isa berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima tarikh mahupun sebarang surat rasmi berhubung isu itu.

“Panel peguam yang dilantik juga belum memaklumkan perkembangan terbaru kes itu, namun ianya sedang dalam proses mendapatkan tarikh sebutan. Kerajaan Negeri sudah bersedia dari semua aspek untuk mengemukakan apa sahaja bukti yang diminta, dan akan memberi kerjasama yang sebaik mungkin,” katanya.

Dr Abdul Isa berkata, pihaknya juga tiada masalah dalam mengemukakan saksi-saksi sekiranya diperlukan bagi melancarkan proses semakan terbabit.

“Mungkin ianya mengambil masa sedikit, namun saya berharap perkara ini cepat diselesaikan, untuk melancarkan persidangan Dewan kelak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kedudukan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh telah dipanjangkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

“Jawatankuasa akan bermesyuarat pada 26 Oktober ini bagi menentukan sama ada Abu Hasan telah melanggar peraturan, selepas gagal hadir dua kali berturut-turut mesyuarat DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu,” katanya.

Berikutan itu, Abu Hasan berkemungkinan digantung tugas atau menghadiri sesi DUN pada pertengahan bulan depan.

Dr Abdul Isa yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, jawatankuasa akan menentukan sama ada Abu Hasan telah melanggar hak dan kebebasan DUN dari sudut undang-undang berikutan ketidakhadiran itu.

Pada 1 Oktober lalu, Dr Abdul Isa memfailkan permohonan semakan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan KuasaKuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta melalui firma guaman Tetuan Chooi & Co dengan menamakan Abu Hasan dan SPR sebagai responden.

Dr Abdul Isa memohon mahkamah mengeluarkan perintah mengisytiharkan Abu Hasan bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang DUN itu.

Berikutan itu, beliau selaku Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN bagi kawasan Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil, termasuk perintah injunksi untuk menghalang Abu Hasan daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

SPR pada 1 September lalu memutuskan tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas.

Sementara itu, Abu Hasan gagal dihubungi untuk diminta mengulas perkembangan berhubung kes itu.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Friday, October 23, 2009

Kedah bayar hutang kerajaan pusat RM10 juta :- Rekod Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Pimpinan PAS-malaysiakini

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/faktahutangkerajaanpasa.jpgTerbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.




'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Thursday, October 22, 2009

Health Minister of Malaysia....well done!-malaysiakini


Dear Health Minister YB Dato Liow,

You have the wrong priorities since taking over the ministry.

Instead of taking care of H1N1 you are taking care of your BiNi ( Lee Su Loo )!

Half million Ringgit worth of birthday presents you bought for your wife in January 09!

A Toyota Alphard costing 574,884.10 Ringgit. (Car number plate WSB 15)

Alas!!! Who paid for it? Axis Construction Sdn.Bhd, the company that always appear in your Ministry's winning tender list. God sent or dirty hand?

Mr. Health Minister, take care of the public's health not your bank account. You are no different from the rest of the corrupt officials that dip their fingers in the piggy bank.

Please tell us why your ministry's contractor paid for your wife's car down payment?

There was a cheque on January 2009, HLB 373727 ($ 324,884.10) from Axis Construction to the car dealer for the car WSB 15. Another cheque HLB 373727 paid to the seller. ($ 9,299.90).

Where is your clean heart? Gone to the Cigarette companies?

You also squeezed your contractor to pay for the Monthly instalments for that expensive gift to your BiNi!!

On the 19th of each month, Benny Ho of Axis construction will deposit $4,730 to your BiNi's bank account (Public Bank Saving Account Number 4487469902). Some of the check numbers are HLB 359666 and HLB 383393!

Our country is the worst hit country of H1N1 in the world, you have no idea what to do and all you care for is taking a cruise in your BiNi's ill gotten luxurious car!

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!