Memaparkan catatan dengan label letak jawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label letak jawatan. Papar semua catatan

Ahad, 14 Mac 2010

Patot la Katak ni melompat


Anda ingin tahu kenapa Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang yang meninggalkan PKR sanggup menjadi seekor katak jadi-jadian yang jijik?

Baru-baru ini, beliau telah berada di London . Bukan dia seorang sahaja kesana...

Beliau pergi bersama seluruh ahli keluarganya (isterinya, tiga anak laki-laki, anak perempuan dan menantu perempuannya) dan tinggal seminggu di Hotel Leonard dan di sebuah kediaman apartmen di Seymour Street.

Kos belanja Hotel dan tiket pesawat sahaja dianggarkan melebihi daripada RM50, 000, ke atas dan apa yang mereka habiskan masa dengan berbelanja di Oxford dan di Regent Street.

Anak lelaki Zahrain telah mendaftar di sebuah sekolah penerbangan di UK, yang berharga sekitar RM250, 000, sementara putrinya mendaftar di sebuah universiti UK dengan kos lain RM350, 000 selama tiga tahun.

Bolehkah anda sekarang melihat mengapa Zahrain harus meninggalkan PKR? Beliau sangat memerlukan wang untuk membayar semua perbelanjaan tersebut.

sumber klik disini

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 7 Mac 2010

Petisyen dari para pengundi mendesak Ahli Parlimen BEBAS Bayan Baru Letak Jawatan












Terjemahan petisyen..

Kepada : YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim

Saya pengundi di Parlimen Bayan Baru sangat marah dan kecewa atas tindakan YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim pada 12 Februari 2010 di mana YB telah mengistiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Perbuatan ini telah mengkhianati sokongan kami kepada Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Sebagai pengundi, saya menyesal mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim dalam pilihan raya umum yang lalu. Ini kerana kami, pengundi Bayan Baru mengundi Parti Keadilan Rakyat dan bukannya mengundi YB Dato' Seri Zahrain Bin Mohd Hashim sebagai Calon Bebas.

Maka dengan ini saya Pengundi Bayan Baru menuntut dengan segera agar YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pengundi Bayan Baru yang telah memberi undi kepada YB atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Tindakan keluar Parti adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah yang saya dan pengundi yang lain berikan. Tindakan ini kami hanya untuk kepentingan YB sendiri sahaja.

Oleh yang demikian saya dan Pengundi Bayan Baru dengan tegas menuntut supaya YB Dato Seri Zahrain Bin Mohd Hashim meletak jawatan serta merta sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan mengembalikan mandat kepada Pengundi Bayan Baru.

HIDUP RAKYAT

Tandatangan.

……………………..

Nama: ………………………..
No.K.P:……………………….


Suara hati pengundi Bayan Baru.


Tahniah! Sejumlah 4ribu pucuk Surat telah HABIS diisi oleh para pengundi Bayan Baru.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Rabu, 17 Februari 2010

Dr Mohd Asri - Wakil rakyat lompat parti tanggung dosa



SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.

“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpim lebih baik.

“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:

“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:

Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .

Isu ini bermula apabila tiga ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.

Terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Zahrain !!! Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 15 Februari 2010

Zahrain di hentam dalam facebook???


KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.

Kumpulan itu mendesak Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

Surat terbuka kepada Zahrain yang disertakan dalam ruangan Facebook itu menyebut, “pada 8 Mac 2008, kami mengundi anda sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR bagi bahagian pilihan raya Bayan Baru. Anda mewakili PKR dan bertanding atas tiket PKR pada masa itu.”

“Pada 12 Feb 2010, anda mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan bahawa kini sebagai Ahli Parlimen Bebas. Oleh itu, anda telah melepaskan mandat untuk mewakili kami memandangkan kami mengundi anda atas tiket PKR.

“Sebagai pengundi yang mengundi anda, kami menggesa anda mengosokongkan kerusi Bayan Baru dan mendapatkan mandat baru untuk mewakili kami sebagai wakil rakyat bebas.

“Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa kami sebagai pembayar cukai, membayar elaun dan imbuhan anda sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana anda bukan lagi mewakili kami, kami meminta anda meletakkan jawatan dengan segera.”

Pada Jumaat lalu, Zahrain berkata beliau membuat keputusan itu kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Bagaimanapun beliau sudah menegaskan bahawa akan kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh juga mencabar Zahrain dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR yang pernah keluar parti itu agar mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberipeluang kepada rakyat memilih wakil mereka.


p/s... untuk makluman ketika kes 2 ekor katak di Perak melompat ke bebas , Zahrain yang ketika itu ketua perhubungan PKR Pulau Pinang telah mengecam tindakan mereka dengan mengatakan mereka adalah ahli politik yang tidak bermaruah dan berprinsip... sekarang apa yang diucapkan kepada katak 2 ekor itu telah kena batang hidungnya sendiri yang telah mengkianati pengundi-pengundi yang telah mengundinya serta rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus untuk memenangkannya ketika PRU-12 yang sudah...

Zahrain !!! Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Video Sidang Media PKR Cabang Bayan Baru Isu Zahrain Keluar Parti 12/2/2010



Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Gambar seribu makna....


Gambar Zahrain telah diconteng dengan cat merah.... ( UNDILAH PARTI CAP KATAK TOPUI..... )


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 14 Februari 2010

Datuk Seri Zahrain sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


Tinggalkan PKR tapi masih kekal sebagai MP yang dimenangi atas tiket PKR adalah sesuatu yang amat memalukan!...

Kalau dah mengaku diri telah menjadi sebahagian daripada 'gerombolan' yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama, amatlah wajar sekali bagi Datuk Seri (?) Zahrain Mohamed meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru!!!

Beliau yang mahu mengelakkan diri (kononnya) sebagai penjahanam kepada negara, bangsa dan agama hanya mengisytiharkan diri keluar daripada Parti PKR, tetapi masih mahu kekal sebagai Ahli Parlimen, apa maknanya semua ini Datuk Seri???

Jika setakat meletakkan jawatan dalam Parti, tetapi masih menjadi MP takda maknanya!!! Beliau patut meletakkan jawatan sebagai MP yang dimenangi hasil sokongan PKR dan PR serta pengundi-pengundi dalam Parlimen beliau...


Rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada beliau begitu kecewa dengan tindakan beliau dan mengharapkan satu Pilihan Raya Kecil diadakan bagi menguji sejauh mana pengaruh beliau tanpa sokongan PKR dan PR serta pengundi-pengundi di Pulau Pinang!!!


Letakkan jawatan Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



DAP Punca Melayu Berpecah ???

Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS.  Alasannya ad...