Memaparkan catatan dengan label pengecut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengecut. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Februari 2010

GPMS - Kami sanggup Mati mempertahankan Islam dan Melayu... betoi ka?????



Bernama semalam melaporkan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.

"GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu," katanya.


Apa pun, GPMS kelihatan lebih bertamadun berbanding
Pemuda Umno yang dilaporkan mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda PR. Takat berani koyak surat, tak macho la. Debat la. Orang tua-tua kata, berani kerana benar.

Walaupun begitu, nampak tak jantan bila GPMS menolak cabaran debat itu. Takut nanti orang tuduh depa sebenarnya
Gabungan Pondan Melayu Semenanjung. Setakat ni, saya dah dengar orang kata depa sebenarnya Gabungan Penipu Melayu Semenanjung.

Tak elok la kalau GPMS buka jalan untuk orang tuduh depa macam-macam.

ZMP-;Puak-puak umngok, dpmmpp dan gpms aku nak habaq kat hampa lepaih ni hampa takpayah la nak bising-bising pasai melayu ka apa ka, bukan apa.... kan hampa ni pengecut dah takda teloq takut nak berdebat dengan pemuda pakatan.. Kata nak perjuangkan nasib orang melayu... Ni baru ajak berdebat dah kecut teloq..

Baner kat atas tu tulis sangup mati demi mempertahankan Islam dan melayu... ni baru ajak berdebat dah takot.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


Selasa, 23 Februari 2010

Comfirm Pemuda UMNO PP pengecut.....


UMNO memang bacul dan tiada maruah apabila dengan biadap telah mengoyakan surat jemputan debat yang telah di hantar oleh pemuda pakatan semalam.

Inikah ciri-ciri orang yang dikatakan memperjuangkan MELAYU tapi tiada adap??..

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Isnin, 15 Februari 2010

Video Sidang Media PKR Cabang Bayan Baru Isu Zahrain Keluar Parti 12/2/2010



Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Ahad, 14 Februari 2010

Datuk Seri Zahrain sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


Tinggalkan PKR tapi masih kekal sebagai MP yang dimenangi atas tiket PKR adalah sesuatu yang amat memalukan!...

Kalau dah mengaku diri telah menjadi sebahagian daripada 'gerombolan' yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama, amatlah wajar sekali bagi Datuk Seri (?) Zahrain Mohamed meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru!!!

Beliau yang mahu mengelakkan diri (kononnya) sebagai penjahanam kepada negara, bangsa dan agama hanya mengisytiharkan diri keluar daripada Parti PKR, tetapi masih mahu kekal sebagai Ahli Parlimen, apa maknanya semua ini Datuk Seri???

Jika setakat meletakkan jawatan dalam Parti, tetapi masih menjadi MP takda maknanya!!! Beliau patut meletakkan jawatan sebagai MP yang dimenangi hasil sokongan PKR dan PR serta pengundi-pengundi dalam Parlimen beliau...


Rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada beliau begitu kecewa dengan tindakan beliau dan mengharapkan satu Pilihan Raya Kecil diadakan bagi menguji sejauh mana pengaruh beliau tanpa sokongan PKR dan PR serta pengundi-pengundi di Pulau Pinang!!!


Letakkan jawatan Datuk Seri sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kalau berani!!!


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!



Jumaat, 12 Februari 2010

UMNO takut hilang sokongan bukan Melayu: DAP Kedah

ALOR SETAR - UMNO Kedah didakwa cuba mencetuskan sentimen perkauman di negeri ini dengan membuat propaganda supaya kaum bukan Melayu tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya beralih menyokong Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik berkata, ini menunjukkan parti itu takut kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu, termasuk bimbang akan sokongan orang Melayu terhadap PR, khususnya DAP.

“UMNO Kedah tidak senang duduk dengan senario politik di sini kerana mereka kalah banyak pada pilihan raya lalu, dan sokongan beralih kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang bukan sahaja mendapat sokongan orang Cina, tetapi juga orang Melayu,” katanya.

Guan Aik mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, baru-baru ini, mengatakan orang Cina tidak perlukan DAP untuk meningkatkan ekonomi mereka kerana sudah menerima kemajuan ekonomi ketika BN memerintah.

Setiausaha DAP Kedah itu berkata, kebimbangan ini mungkin turut menular di negeri-negeri lain dan seterusnya mendorong BN menganjurkan pelbagai program di semua peringkat bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

“Kenyataan Mohd Shafie itu menunjukkan beliau tidak sensitif dengan sentimen rakyat tempatan kerana bukan anak jati Kedah. Sepatutnya rakyat yang cakap begitu, bukannya seorang pemimpin. Ini jelas membuktikan rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat, dan kenyataan itu hanya bersifat propaganda,” katanya.

Guan Aik berkata, DAP Kedah yakin banyak lagi kerusi di kawasan yang majoriti Melayu akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

“Saya percaya program Juara Rakyat, gagasan 1Malaysia dan slogan BN Menang Kedah Senang hanyalah isu untuk mengalih perhatian rakyat bagi menutup kelemahan parti itu. Saya pasti rakyat tertanya-tanya sejauh mana kejujuran pemimpin UMNO selama ini,” katanya.

Menurutnya, UMNO Kedah tidak perlu takut pada DAP kerana parti itu sahaja tidak memungkinkan mereka untuk memerintah Kedah.

“DAP mendapat sokongan pelbagai kaum di sini, Malah hampir separuh ahli DAP Kota Darul Aman terdiri daripada orang Melayu. Oleh itu, UMNO kenalah takut bukan sahaja mereka hilang sokongan orang Cina dan India, tetapi juga sokongan orang Melayu,” katanya.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...