Rabu, 10 Disember 2008

Kereta oh Kereta







Sebentar tadi sedang saya membelek sebuah majalah tentang modifikasi kereta keluaran syarikat tempatan,saya merupakan hardcore majalah ini.Semua saya ada dari edisi biasa hingga edisi khas!memang terjaga rapi tetapi bukan ini yang saya nak bicarakan apa yang saya terkilan harga kereta di Malaysia amatlah tinggi.Sebagai contoh sebuah Honda Jazz dijual pada harga RM95 ribu hingga RM108 ribu tetapi diThailand ianya dijual tidak melebihi RM60ribu untuk model highline!!!!.Saya tertanya-tanya mengapa harga disini melampau sangat untuk kepastian saya bertemu dengan rakan saya yang juga seorang jurujual kereta baru dan terpakai.Beliau menyatakan harga tinggi itu termasuk cukai kerajaan dan hanya separuh lagi untuk harga kereta tersebut.Cuba lihat dan kira berapa banyak perbezaan jumlah itu,itu baru untuk sebuah kereta dan didalam Malaysia begitu banyak kenderaan persendirian yang didaftar yang kantoi bayar jgn kiralah itu bahkan Malaysia dibanjiri pelbagai model dari Jepun,China,Korea dan Eropah.

Sepatutnya kita sebagai rakyat boleh memiliki kereta-kereta yang hebat ini tetapi harga yang tiggi menjadi penghalang.Kemungkinan langkah menaikkan kadar cukai oleh adalah bagi menyelamatkan industri automotif tempatan seperti proton,perodua dan kumpulan naza.Proton adalah perintis kepada industri automotif negara disamping itu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat selepas itu diikuti oleh perodua.Malangnya Proton masih ketinggalan dalam isu kualiti berbanding Perodua lihat saja model proton yang melebihi 5 tahun,badan kereta terutama bumbung dah jadi berkudis berbeza dengan Perodua yang ada pun cat saja yang lusoh.Tepuk dada tanya selera.

Kita akan menuju tahun 2020 sebahgian wawasan Tun Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.Merealisasikan wawasan tersebut agak mustahil jika pekara yang remeh tidak diambil berat.Dari isu harga tinggi,cukai yang tinggi serta kualiti yang rendah,rakyat memerlukan kenderaan yang value for money serta berkualiti bukannya main tangkap muat saja.Itu baru mengenai kereta belum masuk bab sosio kehidupan,politik serta ekonomi.Saya suka mengambil contoh negara Jepun dari tahun 1957 sehingga sekarang mereka sudah ada 22 Perdana Menteri berbanding kita(berapa hah?dah lupa).Walaupun kerap bertukar P.M,polisi dan dasar kemajuan tidak pernah berubah kerana ia disokong oleh barisan pentadbiran dan dijayakan oleh rakyatnya.
Jepun sentiasa dihadapan dalam pelbagai aspek dan terus maju.Begitu juga Korea selatan mereka juga ada industri automotif tetapi mengalami masalah kualiti,kita jangan lupa siapa setiausaha agong PBB sekarang,beliau datang dari korea(sorry nama tk ingat).Kita apa yang ada??walaupun sudah dikira berjaya diperingkat dunia namun masyarakat dunia belum yakin dengan kemampuan Malaysia.Sudahlah kualiti kereta rendah dan senario politik sekarang yang carca marba secara tak langsung meletakkan kualiti pemimpin pada tahap yang rendah,maruah kehakiman turut tercalar dan kebajikan rakyat terabai.
Di Malaysia terdapat jurang perbezaan diantara yang kaya dan si miskin,sikaya boleh memandu kereta mewah,yang berpendapatan sederhana boleh beli proton waja secondhand ,yang kurang berkemampuan kemudahan pengangkutan awam disediakan tetapi keadaan bas memang hampeh!!!!.Kalau kat Jepun mereka mempunyai kemudahan pengangkutan yang terbaik jangan tanyalah apa yang mereka ada.

Saya dah letih menaip dan letih melihat keadaan negara kita,tiada apa yang boleh dibanggakan sangat.Kita masih jauh dibelakang.Risau akan nasib generasi akan datang iaitu anak-anak kita bagaimana kehidupan mereka sekiranya kita telah dijemput pulang.........adakah mereka mempunyai jaminan hidup yag selesa........fikirkan....


AGI HIDUP AGI NGELABAN

NGAP SAYOT!!!!!!




sumber maklumat dari email seorang rakan..............

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...