Jumaat, 12 Disember 2008

malaysia perlu tampilkan sikap sebenar


Malaysia perlu tonjol sikap terhadap Zionis

Bukan sekadar PAS, malah semua parti pembangkang berasa kecewa dengan penolakan usul membincangkan tentang kekejaman zionis di Gaza Palestin. Isu Palestin bukan sekadar isu umat Islam atau disinonimkan dengan PAS, malah usul ini meliputi persekitaran kemanusiaan sejagat.

Usul berkenaan ditolak oleh Dato’ Ronald, Timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat di mana usul berkenaan di bawa oleh Dr Mohd Puad Zakarshi ahli Parlimen BN Batu Pahat. Usul ini disokong oleh hamper semua ahli dewan rakyat demi menetapkan sikap dan pandangan Malaysia sebenar berkaitan isu keganasan Israel di Semenanjung Gaza.( Harakah 1-4 Disember 2008)

Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel . Sebarangan hubungan dengan Yahudi Amerika turut ditafsir Malaysia mengiktiraf negara Israel. Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978 , banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Dahulu Jabatan Imigresen Malaysia pernah menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan di bumi Arab Palestin yang berugama Islam. Perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya.

Tetapi kemudian Pada 6 Julai 1994 , Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman <http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tunku_Abdullah_Tuanku_Abdul_Rahman&action=edit&redlink=1> telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957.

Lebih menonjolkan lagi sikap sebenar Malaysia terhadap Zionis, Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Ramai pencinta agama yang ditahan semasa demostrasi berkenaan.

Lebih malang apabila Malaysia yang pada era Tunku menolak sebarang diplomasi dengan Israel yang dibina secara haram di atas tanah umat Islam, ia telah dirobek oleh menteri pewarisnya. Menteri Luar, Datuk Syed Hamid Albar telah mengadakan mesyuarat sulit dengan Menteri Luar Kerajaan Haram Israel, David Levy di New York 28 September 1999. Berita gempar ini dilaporkan oleh The Straits Times Singapura keluaran 28 September 1999 walaupun cuba disembunyikan oleh media mainstream pro kerajaan BN.

Perjumpaan dua menteri ini dilaporkan membincangkan kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia & Israel. Datuk Syed Hamid juga memberitahu David Levy bahawa Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucapan tahniahnya kepada ketua pengganas antarabangsa yang juga Perdana Menteri Israel, Ehud Barak di atas kemenangannya dalam pilihanraya umum negara haram tersebut.

Jika benar Malaysia ingin tegas denga isu keganasan, sejak era Tun Hussain Onn lagi, Malaysia perlu haramkan Freemanson. Freemason didsftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli. Namun begitu dalam Mastika keluaran tahun 2007 menampilkan isu bahawa Freemanson tidak pernah ada dalam senarai pendaftaran pertubuhan di Malaysia. Gerakan ini benar-benar halimunan dan tidak berani disentuh oleh sesiapa di Malaysia.

Buktinya, pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya.

Apakah sikap sebenar Malaysia terhadap Israel? Adakah hanya disebabkan kita sering bersaing dengan Singapura, Singapura pula berkait rapat dengan Isreal maka kita menunjukkan sikap anti Israel. Istilah anti Israel mungkin janggal untuk diletakkan kepada bentuk hubungan luar negara Malaysia terhadap Israel. Dalam banyak siri keganasan Zionis, hanya surat kutukan dan kenyataan akhbar sahaja yang mengiringi bantahan para pemimpin negara. Israel tidak akan merasa tekanan akibat keganasan mereka jika hubungan ekonomi dan diplomasi tidak ditutup. Islam bukanlah menganjurkan dendam dalam berhubungan, akan tetapi pengajaran terhadap zionis perlu diberikan juga.

Parlimen Malaysia sewajarnya memainkan peranan baik untuk menjadi medan perbincangan isu seia sekata ini bersama-sama. Lihat sahaja Parlimen Sepanyol yang berbahas dan akhirnya meluluskan usul agar anggota Dewan mempelajari kebenaran Islam. Ini bertujuan untuk mengerat hubungan di kalangan rakyat berbilang kaum. Malah silibus untuk YB-YB Sepanyol ini juga memuatkan silibus Islam bukan agama mata pedang. (Sumber Al Mujama’ disiarkan Harakah 8-11 Disember 2008). Negara bukan Islam boleh membuat usul pelik sebegini mengapa tidak Malaysia? Adakah terlalu sukar berbincang isu sejagat dan meluluskan bantahan terhadap Zionis?

Memorandum telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Parlimen oleh 15 NGO melalui wakil mereka Cikgu Azmi (TERAS) bersama beberapa ahli Parlimen yang menyokong usul ini. Memorandum ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan Timbalan YDP Dewan Rakyat yang menutup ruang untuk usul anti Israel.


Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...