Jumaat, 26 Disember 2008

Tak Ada Sebab Nak Undi UMNO/BN Lagi - Nik Aziz

KUALA TERENGGANU, 26 Dis - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada sebab mengapa para pengundi Kuala Terengganu perlu mengundi calun UMNO/Barisan Nasional sekali lagi.

“PAS boleh membawa pembangunan dan juga menjaga kepentingan orang Melayu. Tak perlu mengundi UMNO sekali lagi.”

“Di Kelantan PAS telah membuktikan keupayaannya (memerintah),”katanya selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco Kelantan semalam.

Beliau juga berkata PAS juga telah menerima sokongan dari kalangan bukan Islam dan bukan Melayu melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS yang mendapat sambutan hebat dari kalangan kaum Cina dan India di seluruh Negara.

“Secara logiknya mereka sepatutnya menubuhkan Kelab Penyokong UMNO, tapi mereka pilih kami (PAS) walaupun kami parti yang kecil dan miskin.

“Mereka sukarela menubuhkan Kelab Penyokong sebab mereka percaya kepada perjuangan kami (PAS),”tambah Nik Aziz.


3 ulasan:

Pengasas berkata...

Salam Zul,
Cadang nak datang jumpa kawan-kawan, tapi 7 Jan kena masuk wad dan 9 Jan operate batu karang.
Kalau tak, boleh pekena nasik kandaq.

zul mamak png berkata...

salam kembali......

x pe insyaAllah ada masa nanti boleh kita jumpa lagi..... apa pun saya doakan agar dr. selamat menjalani pembedahan itu dan semoga sempat sembuh.....

dr. nanti masuk hospital mana ya... 7 hb ni saya nak bawa ayah p check kat hukl... kalau sempat boleh saya melawat....

Pengasas berkata...

Salam Zul,
Saya di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Dijangka saya masuk sebelum 11 tengahari.
Semoga ayah Zul sehat-sehat dan tak dak apa-apa masalah kesihatan.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...