Isnin, 9 Februari 2009

beri sokongan kepada MB pakatan rakyat-malaysiakini

Semua Rakyat Negeri Perak diseru agar sama-sama datang untuk memberi sokongan kepada MB Rakyat YB Dato Sri Ir Nizar semasa beliau hadir ke pejabat MB untuk bertugas pada esok pagi jam 8.00 di hadapan pejabat MB Ipoh.
 
 
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
 
LAWAN TETAP LAWAN

5 ulasan:

Pengasas berkata...

Salam Zul,
Apa habaq. Sehatlah hendaknya.
Memang terharu dengan pengurbanan kawan-kawan kita. Saya cukup malu, umuq haja tua, pengurbanan tak dak.

yeop berkata...

Jom semua beri sokongan moral pada MB yang halal. Kita lawan pmuda umno.

Tanpa Nama berkata...

Bismillahi rahmani rahim.

Dengan penuh sedar Laksamana Bentan yang dizalimi berkata: "Raja adil, disembah. Raja zalim, disanggah"

Raja sekarang adalah manusia biasa, bukan malaikat, juga bukan nabi. Raja tidak maksum, yang tiada dosa & noda. Perhambaan keatas insan marhaen bukan syarat kesetiaan kepada raja. Manusia tak boleh mensyirikkan kuasa/hukum Allah dengan kuasa/undang2 makhluk kerana seseorang raja.

Kesilapan dan ketidakadilan raja perlu diperingatkan. Penghakiman secara "Kanggaro Court" yang dihasuti para pembesar istana merupakan "malapetaka" kepada seorang raja yang menagih kesetiaan rakyatnya. Sejarah tetap berulang. Manusia yang menjadi raja, ada yang dikeji, ada yang puji.

YB Nizar, MB Perak, berhak mempertahankan amanah rakyat kepadanya. Menyanggah segelintir manusia yang tamak kuasa dan harta.

Satu jihad yang besar untuk Allah yang Maha Besar. Menang atau Syahid. TAKBIIR!!!

zul mamak png berkata...

salam kembali Dr. alhamdulillah saya sihat... bukan tua Dr tapi lama...heheh.. amcam Dr. dah sihat ke....

Tanpa Nama berkata...

HIKMAH DISEBALIK KEMATIAN MP BUKIT GANTANG UNTUK RENUNGAN SULTAN PERAK


SALAM…

Sebagai seorang yang beragama Islam, aku mempercayai akan wujudnya hikmah dan pengajaran dalam setiap perkara/peristiwa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Dalam konteks politik di Perak akhir-akhir ini telah terhasil satu keputusan yang jelas sekali menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akibat dari Kuasa yang ada pada Sultan dan Raja-raja Melayu. Keengganan Sultan Perak mempekenankan pembubaran DUN untuk diadakan Pilihanraya negeri, kedengaran di sana sini suara Rakyat yang inginkan Rakyat membuat pilihan. Siapakah dan Bagaimanakah pilihan mereka untuk menentukan peneraju negeri mereka. Malah Sultan tetap dengan keputusannya, membayangkan bahawa keputusan Sultan tersebut adalah mutlak atau tidak terbatal. Sama ada adil atau tidak, sama ada rakyat mengeluh atau tidak, itu bukan pilihan Tuanku. Yang pastinya, keputusan Tuanku tersebut telah memulakan dimensi baru dalam ragam politik Malaysia. Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah berlaku. Semua rakyat terpanggil bersama-sama untuk belajar dan menganalisa krisis undang-undang tersebut daripada yang buta huruf hinggalah golongan akademik, masing-masing bercakap-cakap dan memulakan Tesis baru untuk kajian ilmiah mereka. Sangat menarik bukan…

Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu adalah sebahagian dari hikmah yang terdapat di dalam Peristiwa Rampasan Kuasa 6/2/2009 setelah tertubuhnya Kerajaan Haram Negeri Perak.

Pada 10/2/2009 akan berlakunya angkat sumpah Exco untuk Kerajaan Haram Negeri Perak seperti yang dijadualkan. Manakala sehari sebelumnya pada 9/2/2009 hari Isnin Negara dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen dari Perak iaitu dari Parlimen Bukit Gantang. Kenapa Sultan enggan membubarkan DUN? Kenapa Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia sebelum Exco Kerajaan Haram menggangkat sumpah? Kenapa wakil rakyat dari Perak yang meninggal dunia dan bukan dari negeri lain? Itu semua adalah urusan Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

Bagi aku, hikmah yang terdapat dari peristiwa tersebut adalah dengan keputusan MUTLAK Sultan Perak yang enggan membubarkan DUN untuk diberi pilihan kepada rakyatnya memilih pemimpin. Malah keputusan Tuanku adalah TIDAK ADIL dari pandangan rakyatnya…ramai yang kecewa…ramai yang bersedih dan lagi ramai yang rasa diperbodohkan.

Maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang ini dengan sendirinya Pilihan Raya Kecil akan berlaku sebagaimana yang dipersetujui dalam lunas-lunas demokrasi Malaysia. ALLAH S.W.T MAHA ADIL untuk hambanya, maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut rakyat telah diberi peluang untuk kembali memilih pemimpin pilihan mereka setelah dinafikan oleh Sultan Perak. Secara tersiratnya, keputusan yang terhasil dari PRK yang akan diadakan nanti akan dapat mengukur sejauh mana keputusan Tuanku Sultan Perak adalah betul dan wajar untuk kebajikan rakyatnya. Wallahualam…

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL LAGI MAHA BERKUASA.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...