Khamis, 5 Februari 2009

Gempar! Umno Meroyan Jawatan MB Perak-malaysiakini

Politik negeri Perak semakin panas dan sengit dengan isu pembubaran Dun Perak yang kini terletak ditangan Sultan Perak untuk merestuinya. Kita semua berpandangan Paduka Sultan Perak seorang yang berjiwa rakyat dan pastinya mahukan negeri Perak ditadbir secara aman dengan mengambil kira parti mana yang lebih amanah dan mendapat sokongan majoriti rakyat.
Isu lompat parti di negeri Perak dalam minggu ini menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri dari gabungan PAS, DAP & PKR berjaya menguasai majoriti kerusi Dun negeri Perak sehingga tertubuhnya kerajaan baru Pakatan Rakyat Mac 2008 yang lalu.

Kini setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak yang penuh dengan keajaiban dan keunikan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Dua wakil rakyat dari PKR dan satu lagi dari DAP telahpun berpaling tadah dengan pelbagai alasan dan skandal biarpun kerajaan Pakatan Rakyat ini jauh lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Perak selama 50 tahun.

Tidak cukup dengan itu lompatnya semula Adun Bota yang bertukar parti dari BN ke PKR dan kembali semula ke UmnoBN cukup menjadikan lakonan 4 orang yang melompat ke BN ini meletakkan diri mereka sebagai orang yang duduk dilembah kehinaan.

Apa yang tidak cukup pada mereka ini semua, dengan dua orang dari mereka berjawatan exco kerajaan negeri dan seorang lagi berjawatan Timbalan Speaker Dun Perak dan paling busuk ialah Adun Bota yang berjaya melakonkan watak aparat contoh sifat munafik yang dikira sangat besar dan dasyhat.

Ingin ditegaskan disini, Pakatan Rakyat sangat berbeza dengan UmnoBN. Apa bezanya? Tuan puan semua sudah lama maklum ataupun sengaja buat tak faham.

Sekiranya keputusan Tuanku Sultan Perak memihak kepada BN, PAS bersama Paktan Rakyat sedia menerimanya dengan hati yang terbuka biarpun pahit untuk ditelan. Pastinya Allah menjadikan sesuatu itu penuh dengan hikmahnya dan PAS yakin bersama-sama Pakatan Rakyat telah mempersembahkan apa yang terbaik buat rakyat, kerana persoalan negeri adalah amanah.

Disini saya lampirkan satu cetusan rasa dari Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasrudin Hassan Tantawi berhubung persoalan BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP.

Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .

Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat...

Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .

Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .

Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .

Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .

Sekali-kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .

Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .

Ahli Politik sekelian !

Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .

Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .

Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt.

Teruskan perjuangan!!!


Sumber : Jundullah
- PAS Johor Bahru Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...