Sabtu, 7 Februari 2009

ISA akan diguna di Perak untuk cuci najis BN-malaysiakini

" BN telahpun memburaikan najisnya setelah sekian lama tertahan sejak PRU 12 yang lalu. Setelah senak sekian lama ditambah dua ketika di Permatang Pauh dan akhirnya di K.Terengganu, maka di Perak adalah bumi bertuah untuknya melepaskan apa sahaja yang terkandung dalam perut busuknya selama ini.

Tak tertahan rasanya sehingga 5 Februari tersemburlah segala-galanya apa yang ada dan berkesudahan pada 6 Februari apabila Raja sendiri mengesahkan, "o.k sudahlah tu, cukuplah meneran, kira habisnya terkeluar semuanya."

Busuknya bukan main akan najisnya sehingga terhidu seluruh negara dan seantaro dunia yang menjelaskan sememangnya BN dikenali betul-betul sebagai BARISAN NAJIS. 

Tak dapat dielakkan begitu marahnya rakyat kerana BN memilih Perak untuk memburaikan najisnya sehingga tak tertahan akan baunya maka terjerit-jeritlah mereka sehingga pihak Raja sendiri yang pekak telinganya, dan buta mata serta hatinya mengikut sahaja kata BN tanpa mempedulikan jeritan rakyat yang bermuntah berdarah.

Menanggung segala derita rakyat melutut kepada Raja yang enggan berbuat sesuatu untuk mengindarkan bau busuk yang tak  tertanggung semua di hidung. Apakah hidung Raja juga telah tersumbat dengan berjuta sogokan dari BN?, kata rakyat dalam tangis rintihnya kecewa sungguh kepada Raja yang selama ini menjadi lambang benaung, dan doa sejahtera setiap Jumaat dipohon.

Hari ini pula usaha untuk membersihkan najis BN telah digerakkan. Seperti dijangka, BN akan menyucikan najisnya dengan ISA. Hanya air ISA sahaja yang BN rasa penuh yakin untuk menyucikan setiap najis yang terkeluar dari perut busuknya. Itulah BN kepala BARISAN NAJIS. Tapi ingat! ISA hanya boleh menyucikan secara fizikal sahaja padahal baunya masih ada. Hanya air 3 PRK sahaja yang mampu membersihkan najis BN di Perak dengan sebersih-bersihnya."
 
Oleh hazik

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...