Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib di media baru-baru ini bahawa kemelut politik yang berlaku di Perak sekarang ini merupakan tindakan Pakatan Rakyat bertujuan memastikan suasana politik negeri itu terus huru-hara dan memaksa Sultan Perak tunduk kepada tekanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata kenyataan bodoh lagi membodohkan.
Bekas MB Selangor yang pernah ditangkap di Australia kerana melarikan 'hasil rompakan wang rakyat Selangor' bernilai RM9 juta itu berkata, tindakan Pakatan di Perak menganggu pentadbiran kerajaan pimpinan MB yang lahir daripada rampasan kuasa, Zambry Abd. Kadir membuktikan mereka merancang penderhakaan bersiri terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Inilah kenyataan seorang seorang playboy yang pernah melarikan anak raja, anak sultannya sendiri Tengku Yah, yang dikahwininya sekejap dan kemudiannya diceraikannya. Tindakannya amat dimurkai Sultan Selangor ketika itu. Apakah beliau merasakan tindakannya itu taat setia? Di mana maruah dan air mukanya untuk bercakap tentang derhaka kepada raja?
Calon Timbalan Presiden Umno itu menuduh tanpa asas bahawa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Perak (DUN), V. Sivakumar yang menggantung keanggotaan Zambry dan enam exco kerajaan negeri serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas baru-baru ini.
Bahkan cadangan bekas MB, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang khas bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry merupakan tindakan penderhakaan bersiri kepada Sultan Perak.
Inilah bunyinya cakap seorang penderhaka yang menuduh orang lain sebagai penderhaka.
Tidakkah Menteri Luar Bandar yang pernah mendapat jolokan Mike Tyson ini sedar bahawa kemelut politik di Perak bermula apabila Umno/BN melalui Najib Tun Razak telah merasuah, mengugut dan menculik wakil Pakatan lalu merampas kuasa? Tidakkah tindakan membeli itu bermula sejak Umno/BN kalah teruk dalam PRU yang lepas? Tidakkah tindakan jahat itu berterusan terhadap Adun Pakatan negeri-negeri Selangor dan Kedah juga?
Apakah Mike tidak tahu bahawa ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Kuala Kurau Yunus Jamahri sedang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM yang suka cepat-cepat kata ada bukti kukuh) bahawa mereka telah dirasuah oleh Umno/BN sebelum ini di mana tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan demokratik Negeri Perak yang dipilih rakyat pada 8 Mac 2008 yang lepas?
Muhd Taib tidak sedarkah semua ini?
Lantaran itu jelaslah, bahawa kenyataan bekas 'menantu tunggal' sultan ini adalah terlalu bodoh lagi membodohkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan