Ketika Umno begitu histeria dengan aksi-aksi yang kononnya membela Raja-Raja Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan, yang mana satukah mendatangkan mudarat atau keburukan lebih besar kepada kedaulatan Raja-Raja antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini? Dalam kenyataan yang dilihat mengingatkan Umno, beliau berkata, Raja-Raja Melayu hari ini boleh dibawa ke mahkamah khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu. "Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi. Dalam kenyataannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993. Mengulas apa yang berlaku di Perak, Tengku Razaleigh berkata, isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu. Sebaliknya, kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat." Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok. Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat." Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa. Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu. Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Baru-baru ini, mahkamah khas tersebut yang membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) telah memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB._ |
Selasa, 17 Februari 2009
Rakyat Perak atau pindaan perlembagan tajaan Umno yang mudaratkan raja?-malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13...
4 ulasan:
Buat Ku Li,
Syabas dan tahniah buat Ku Li kerana anda tegas dengan pendirian anda, sedikit sebanyak anda telah memahami kehendak warga Malaysia terbanyak dan mengakui bahawasanya bukan semua Melayu/Mamak Malaysia itu adalah ahli UMNO. Dan diharap apa yang anda luahkan datangnya dari lubuk hati anda yang ikhlas tiada lain selain dari ikhlas demi perjuangan bangsa yang anda galas dari dulu hingga kini.
Anda memang seorang yang konsisten dalam perjuangan anda dan rasanya hanya anda pemimpin kalangan UMNO yang agak bebas dari skandal, kontroversi atau yang seerti dengannya.
Untuk renungan Ku Li, rakyat Malaysia terutama generasi muda memang kebanyakkannya begitu loya bila mendengar nama UMNO disebut, kenapa? Dipendekkan kata, jika anda mengejar dunia masuklah kedunia UMNO!! Mungkin ramai yang akan menafikan, tapi siapa yang kaya-raya dikalangan UMNO, pemimpinnyakah? atau ahli kebanyakkannyakah? Benarkah UMNO memperjuangkan Melayu? Jika benar mengapa setelah 50 tahun, baik di media elektronik, media cetak dan apa-apa media yang lain, bangsa mana yang sentiasa kita disajikan, mengemis untuk dihulurkan derma dan bantuan atas pelbagai nama di bumi Malaysia ini?
Ku Li, ketahuilah kini pemuda Malaysia kebanyakkannya tidak lagi buta dalam celek, tidak lagi pekak dalam mendengar dan tidak lagi bodoh dalam berakal. Ramai yang mengaji lalu mengkaji lantas menjadi lebih mengetahui.
Yakinlah, majoriti rakyat Malaysia kini menuntut keadilan HAK RAKYAT dan tidak ingin lagi diperbodohkan dari musim kapal layar berlanjutan sehingga UMNO 46 dan tidak sekali-kali oleh UMNO kini. Cukuplah ketamakkan daki dunia dari HAK RAKYAT yang telah dijajah. Kami inginkan bumi Malaysia untuk kami bukan untuk pemimpin.
Teruskan perjuangan anda memperjuangkan bangsa Melayu tidak kira dari payung mana anda berteduh dan tegapkan pendirian anda memperjuangkan undang-undang dan perlembagaan yang telah termaktub. Undang-undang dan perlembagaan bukan hanya untuk direkacipta tetapi wajib juga untuk diikuti tanpa dilanggari walau oleh mereka yang merekacipta.
salam buat semua,
dulu buat himpunan"Semarak" untuk apa?.....sapa ingat lagi....memang melayu mudah lupa!
yang tak lupa mamak...!!
salam buat semua,
dulu buat himpunan"Semarak" untuk apa?.....sapa ingat lagi....memang melayu mudah lupa!
yang tak lupa mamak...!!
salam buat semua,
dulu buat himpunan"Semarak" untuk apa?.....sapa ingat lagi....memang melayu mudah lupa!
yang tak lupa mamak...!!
Catat Ulasan