
Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Lembaga Disiplin itu tidak adil kepada Ketua Menteri Melaka itu kerana membuat keputusan seminggu sebelum pemilihan parti sedangkan badan itu boleh bertindak lebih awal lagi.
"Kalau tanya soal kete-lusan, tindakan penyelidikan itu harus dibuat secara teliti jauh sebelum daripada proses pemilihan kerana sekarang ini bila dibuat begitu, persepsi dan tafsirannya bukan dengan motif membersihkan kekotoran politik wang dalam UMNO, motif itu mungkin dipertikai," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, persepsi negatif orang ramai termasuklah ahli UMNO bahawa keputusan lembaga itu seperti 'hukuman terpilih' tidak dapat dielak kerana masa keputusan itu dibuat beberapa hari sebelum pemilihan UMNO diadakan.
"Saya ada bercakap dengan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen mereka (UMNO) yang menyokong apa saja cara untuk membasmi politik wang dalam parti itu, tetapi berasa sangsi dengan tindakan yang dibuat (Lembaga Disiplin UMNO) itu," katanya.
Mengenai kedudukan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka, beliau berkata, perkara itu perlu di-pertimbangkan berdasarkan segala bukti dan adakah kesalahan itu bercanggah dengan undang-udang atau tidak kerana kesalahan Naib Presiden UMNO itu tidak didedahkan kepada umum secara terperinci.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay-sia (SPRM) juga sepatutnya bertindak sekiranya wujud bukti kukuh berlaku amalan rasuah.
"Tetapi ini tertakluk kepada fakta (Lembaga Disiplin UMNO), oleh kerana saya tidak ada maklumat tentang fakta, saya tidak mahu hukum," kata beliau.
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan