Kata orang, pemimpin Umno ni macam orang yang kelemasan. Mereka akan berpaut apa sahaja hatta seketul taik untuk terus hidup dengan menjengoikan lubang hidungnya. Begitulah gelagat yang mereka tunjukkan dalam kemelut politik Negara. Sama ada ianya berkait dengan isu perlembagaan di Perak mahupun tentang isu nasional.
Habis segala agensi dan jentera kerajaan diguna dan diseret lagak seorang penyembelih lembu dengan ternakannya yang dicucuk hidung. Tidak cukup dengan janji manis, ugutan mereka gunakan untuk membabitkan kepala-kepala agensi kerajaan yang sepatutnya tidak memihak. Si Ketua Pengarah SPRM digunakan kes anaknya yang menjadi kapten penyeludup bahan lucah 'pedophilia'. Manakala dua YB katak Jamaludin dan Osman Jailu dengan kes rasuah duit dan bu**t yang masih dalam perbicaraan. Nanti bakal dibuang kes lah. Ingat tak bagaimana kes pengedaran dadah adik Yang Bedebah Noh Omar kat Malaysia Timur pun boleh terlepas….
Kelmarin dalam isu PPSMI, penyangak FRU dan SB telah digunakan menghenyak sekumpulan rakyat keturunan Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu demi untuk anak-anak Melayu. Ironisnya, kumpulan bersenjata yang menghalang perjuangan rakyat marhaen itu juga majoritinya keturunan Melayu!!
Apa yang diperjuangkan kelompok anti PPMSI ini melangkaui sempadan parti. Apakah mereka tidak berpuas hati dengan tekanan ekonomi yang merudum sekarang? Tentu ! Apakah mereka marahkan Najib dan gerombolannya membalun rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene dan pesawat SU-30MKM? Sudah tentu! Akan tetapi apa yang diperjuangkan mereka hari tersebut jauh lebih penting dari rasuah yang dibalun bapa Menteri. Ini soal survival anak bangsa Melayu secara khusus.
Dengan dikepalai antaranya Dato' Dr Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said, serta beberapa tokoh Bahasa yang langsung tidak mempunyai kepentingan politik. Apa yang diperjuangkan oleh mereka ini mempunyai asas dan hujah yang sungguh kuat. Kajian bebas serta contoh bagaimana bahasa ibunda adalah medium terbaik dalam penyampaian ilmu menjadi tangkal dalam gerakan itu. Semuanya adalah untuk kebaikan bangsa dan Bahasa Melayu untuk jangka panjangnya.
Namun lihatlah apa yang telah terjadi! Sepatutnya media membuat liputan dan mewar-warkan usaha murni mereka kepada khalayak. Atau sekurang-kurangnya beri ruang untuk mereka sampaikan hujah atau debat dalam mempertahankan perjuangan mereka. Sebaliknya, para pejuang itu telah dihambat dan dihamput rejim sedia ada dengan menggunakan sekumpulan Melayu haprak yang memakai topi merah. Pada halnya, anak mereka juga diulit sengsara untuk belajar ilmu dalam orang lain punya bahasa.
Ramai yang tercedera, sakit hati serta bungkam melihat bagaimana jentera yang sepatutnya menjaga orang Melayu dan rakyat pada umumnya telah membalun dan menghentam mereka, seolah-olahnya mereka adalah sekumpulan pendatang haram! Tidak sukar untuk memahami kenapa anggota bersenjata itu mengambil sikap sebegitu. Cumanya kita ternanti-nanti bila agaknya mereka akan gunakan peluru hidup dalam membodek tuan mereka, yakni pemimpin Umno!
Semalam ketika menyelak-nyelak suratkhabar, terpandang berita tentang luahan bekas pemimpin tinggi Umno Perlis Azmi Khalid yang berkahwin dengan Normala Samsudin. Beliau yang kaya raya itu dikatakan mengeluh dengan harga tol yang dibayar setiap kali keluar masuk KL dari rumahnya yang tersergam indah. Katanya, dahulu dia tidak terasa sangat kerana semuanya makan tanggung berak tong, maksudnya percuma sahaja sambil diiringi Rider! Alahai… entah kenapa itu pun dia nak bercerita dalam suratkabor?
Selama ini kita meluangkan masa atau lebihnya mencuri masa dalam mencari sesuap nasi, mengetuk papan kekunci mencurahkan rasa hati, pendapat dan pandangan manusia kecil tentang apa yang terpaksa dihadapi saban waktu dalam Negara Malaysia Boleh ini. Kita pernah bercerita tentang bagaimana pemimpin Umno ini tidak pernah mengambil tahu tentang kehidupan rakyat yang susah. Setelah tercicir dari anjung kuasa baru lah mereka terasa langit tinggi dan rendahnya. Cakap pun terkadang bunyi macam pembangkang!
Satu ketika dahulu Farid Ariffin semasa menjadi Timbalan Menteri Kesihatan tidak pernah pun berminat tentang penyakit kanser. Sebaik bersara dan mempunyai anak yang mengidap penyakit kanser, beliau menjadi kalut lalu menubuhkan NGO yang dipanggil MAKNA. (Majlis Kanser Negara). Rata dikerahnya anak muda lulusan ijazah menadah tangan mengutip derma dari pintu ke pintu. Tuan-tuan boleh bayangkan bagaimana ini berlaku dalam sebuah Negara yang gah dengan pelbagai projek rekod dunia serta amat pemurah membantu kesusahan di Negara luar!?? Memang menyedihkan..
Tatkala Chua Soi Lek pelakon video lucah itu menjadi Menteri Kesihatan, dia telah mengumumkan yang Negara punya Tabung Penyakit Kronik berjumlah RM 700 juta. Beberapa bulan kemudiannya melalak dalam akhbar marahkan rakyat kerana tidak memohon wang tabungan itu. Dalam masa yang sama tuan-tuan boleh lihat setiap hari ada sahaja manusia malang yang memohon bantuan dari penyakit kanser sehinggalah kecacatan kelahiran seperti 'hydroencephalus', Down Syndrome, dan pelbagai nama lain yang memerlukan biaya perubatan tinggi! Kenapa agaknya?
Apakah dengan itu secara halus mereka memaksa rakyat membeli polisi insurans yang kebanyakannya berkait dengan mereka juga?
Lebih sepuluh tahun lalu, seorang teman yang kebetulan bekerja di sebuah hospital di Utara pernah menceritakan kepada saya bagaimana sikap politikus yang hipokrit dan haprak. Kalau tak silap namanya YB Lim yang memarahi seorang penjaga kaunter memberi ubat kerana tidak dapat membekalkan ubatan mahal penyakit Diabetes kepada beliau.
Begini lebih kurang dialog itu, " Waa… kalau saya sebagai seorang wakil rakyat tak dapat ini obat! Apamacam dengan rakyat biase??" Menurut ceritanya, YB tersebut bercakap dengan penuh semangat seolah-olah sedang memberi ceramah politik. Lalu, kawan saya yang bekerja di situ terus sahaja menegur kerja bodoh YB itu. Kata beliau, "Eh Apek, apa pasal lu marah dia itu macam? Itu olang kerja bagi ubat sahaja. Tatak ubat, mana dia boleh kasi. Kalau ada itu obat dia mesti kasi maaa…! Sepatutnya, orang macam lu ni bercakap dalam Dewan pastikan ubat semua kasi ada dan jangan dok ceramah kat sini, ini…. dalam Dewan tidor saja! Lagi pun ubat mahal ini macam sepatutnya kasi sama orang susah la, YB macam you boleh beli sendiri maaaaa.. YB mangkuk itu pun katanya terkulat-kulat menahan malu sambil melangkah pergi.
Ini bukan scenario terpencil, bahkan meluas sebenarnya. Dengan kekayaan yang tidak terhingga dari pelbagai sumber, pemimpin rejim UmnoBn masih sanggup lagi meragut hak rakyat lain yang miskin. Sebut sahaja lah apa bidangnya. Semua dibalun semahu-mahunya. Dan ini melibatkan semua peringkat kepimpinan dalam Umno.
Mengulas sedikit tentang PPMSI, sebenarnya beberapa ketika selepas dasar itu dilancarkan, telah pun dipaparkan dalam internet, betapa keputusan peperiksaan dua matapelajaran itu jatuh merudum sebagaimana pasaran saham sekarang. Sebenarnya itu mudah difahami. Kalau untuk memahami bahasa itu sendiri sukar, bagaimana mungkin mahu dilakukan pengiraan matematik serta memahami konsep dalam Sains. Mudah kan?
Akan tetapi anda boleh melihat bagaimana hapraknya Kementerian Pelajaran apabila menunjukkan bukti pencapaian baik di sekolah seperti Bukit Bintang, St George dan seangkatannya. Memang la…Sekolah itu kebanyakannya dihadiri anak-anak Bandar yang Bahasa Inggeris sering diucapkan mereka di rumah. Hai….. bodoh betul Menteri kita.
Dan lagi tentang keputusan peperiksaan yang saban tahun mencanak gerafnya. Itu semua akibat manipulasi geraf sahaja. Turunkan geraf, keputusan pun hebat, naikkan geraf berceracak lah yang gagal.
Sepatutnya, jika benar para ahli Umno ini pencinta segala yang Melayu, mereka turun berganding bahu tanpa mengira parti memperjuangkan isu yang berkait Bahasa Melayu ini. Tak usah la dok main isu derhaka atau khianat kepada institusi Raja. Tu… TKT Mahathir Mohamed lah yang mengharu-birukan habis segala yang berkait dengan Melayu. Hangpa patut lemparkan telur tembelang ke muka si Tua itu.
Namun dari pencarian dan pembacaan di internet, tidak ada langsung NGO Umno yang turun secara rasmi. Yang sembunyi-sembunyi mungkin ada. Kenapa? Barangkali kerana tidak ada wang saguhati atau kenderaan disediakan. Sedangkan dalam masa yang sama, ahli parti pembangkang secara sukarela keluarkan belanja dan mengharungi tembakan gas dan curahan air kimia water canon. Lalu, kamu-kamu yang dalam Umno masih mengaku pejuang? Begitu juga dengan ahli PEKIDA! Piiiraahhhh……………….
Melayu hangpa rupanya boleh dijualbeli atau diperdagangkan. Lebih kurang macam pelacur lah kalau gitu. Jadi tak usah lah berkokok kamu itu pejuang dan benteng mempertahankan Ketuanan Melayu. Lagi pun konsep itu pun bukannya ada dalam Perlembagaan. Yang ada hanya Keistimewaan Melayu. Itu pun kamu udah tak sanggup membelanya!
- Dr. Nologareng
--
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
1 ulasan:
sape kate 8000 orang,
aku kira semuanya berjumlah
l3,987 orang termasuk polis, fru
dan anjing polis
Catat Ulasan