Hari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.Sedar atau tidak, luahan kata Hashim itu secara langsung menyatakan bahawa perlantikan MB yang dibuat oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah 'haram' hukumnya dalam 'kitab' Umno.Perbuatan ini seolah tidak merestui atau menghormati perkenan Raja Perlis, walhal sudah setahun berlalu, dan juga meludah ke muka sendiri apabila dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, isu derhaka pada kedaulatan sultan, berapi-api dimainkan oleh orang Umno sendiri.
Di Terengganu, boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.
Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?
Jangan sampai sepanduk 'Natang' dinaikkan semula di Terengganu.
Situasi sekarang ini menunjukkan masalah dalam UMNO di dua negeri tersebut kucar-kacir dan meruncing.Ianya didiamkan sepanjang pilihanraya dan semasa Paklah masih menjadi PM.Tetapi pentadbiran kerajaan pusat sudah berubah tangan dan golongan ini mula menunjukkan taring masing-masing, mungkin dengan izin PM baru iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Mungkinkah pertelagahan ini antara kem Paklah dan Najib? Tapi yang pastinya rakyat kini boleh menilai, Umno yang kuat berapi melaungkan kedaulatan raja dan sultan kini umpama 'Mohon Derhaka' pada dua Raja yang disanjungi rakyat.
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
3 ulasan:
Kemana perginya pendekar pendekar pemuda umno terutamanya dari negeri Selangor yg hebat mempertahankan kedualatan Tuanku Sultan. Sunyi saja. Sedang buat persiapan agaknya. Ha..ha..ha.. Buat persiapan mempertahankan kedudukan umno kot ???
Hoorey.... Malaysia boleh, Umno boleh, BN boleh. Bodek Najis lagi boleh... Itulah UMNO. Buat malu saje. Bila nak pohon derhaka ???
mesti melayu totok kata umno x derhaka kat raja perlis gan sultan terengganu..depa kata apa..dak aihh kami tak derhaka..kami buat2 cam mohon derhaka saja..sebab umno jenis melayu yg tak pernah derhaka..kami tak tau nak sebut mohonm semnbah derhaka..yg kami tau..kami nak DERISH NATANG!!!sapa yg kata umno jugak kata!
Catat Ulasan