Ahad, 5 April 2009

N25 Bukit Selambau : Pendedahan Konspirasi S.Ganesan Calon BN Bkt Selambau-malaysiakini

Calon BN pada pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau, S. Ganesan terlibat dalam satu kes penipuan membabitkan 50 orang pembeli rumah di Langkawi pada 1993.

Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen padang Serai, N. gobalakrishnan pada majlis ceramah anjuran keADILan di Dewan Hock Seng, SUngai Lalang malam tadi.

Menurut Gobalakrishan, pada masa itu, Ganesan yang juga merupakan seorang peguam telah melesapkan duit bayaran pembeli-pembeli rumah berkenaan berjumlah RM200,000.

"Ganesan pada masa itu berjanji akan luluskan pinjaman perumahan dan uruskan pembelian rumah 127 orang di satu projek perumahan di Kuah langkawi. Mereka telah bayar duit kepada Ganesan. Sampai hari ini, sudah 10 tahun, 50 orang masih tidak mendapat rumah,"katanya.

Katanya, wang berkenaan sebagai bayaran kepada pihak pemaju termasuk sewa peserta yang diserahkan melalui Ganesan yang menjadi peguam bagi mereka.

Jesteru beliau menyeru kepada penduduk Bukit Selambau supaya mengenepikan pemimpin penipu seperti Ganesan dengan mengundi calon pakatan Rakyat.

Beliau berkata satu laporan Polis turut dibuat di Balai Polis Kuah,pada jam 12.53 tengahari semalam.


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...