Ahad, 12 April 2009

Nizar bukan menghadap, TETAPI dijemput Sultan Perak-malaysiakini

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.


"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

org Pakatan PP ..

harga air nak naik seronok ke org PR ??? dalam ekonomi tak menentu , khalifah umar pas itu nak naik harga air ??? mmg di perbodohkan betul org melayu PP ,mula2 bg air percuma kepada org miskin lepas cina ni nak naik harga air pulak !!! ini kah wajah sebenar LGE ?? penipu !!

Dahulu masa PRU 12 semasa berkempen di Pulau Pinang, DAP cukup hebat memainkan isu Tol Lebuh Raya Sg Nyior yang mengatakan ia membebankan rakyat . Mereka juga berjanji akan menghapuskan tol 50 sen itu apabila mereka memerintah Pulau Pinang tetapi tol itu masih ada seperti sekarang dan mereka memang janji kosong .

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...