Pakatan Rakyat mohon YDP Agong tangguhkan perlantikan Najib |
KUALA LUMPUR, - Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan perlantikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, yang dijadualkan jam 10 pagi esok. Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, Pakatan Rakyat memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri. Berikut disertakan surat yang dihantar ke Istana Negara: 28 Mac 2009 1 Rabiul Akhir 1430 Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Ampun Tuanku, Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa?kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata?ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan. Ampun Tuanku, MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa? sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru. Ampun Tuanku, Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya. Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Peranchis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia. Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Bagida menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini. Ampun Tuanku, Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata?ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan. Amin Ya Rabbal ?Alamin Ampun Tuanku, Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya; Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat YB Dato? Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) YB Dato? Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) YB Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP) SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT 1. YB Ahmad bin Kassim 2. YB Dato' Rashid Din 3. YB Dato' Johari Abdul 4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan 5. YB Zulkifli Nordin 6. YB Tan Tee Beng 7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim 8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff 9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri 10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj 11. YB Dr Lee Boon Chye 12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir 13. YB Amran Abdul Ghani 14. YB Saifuddin Nasution Ismail 15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad 16. YB William Leong Jee Keen 17. Yb Mohamed Azmin Ali 18. YB Zuraida Kamaruddin 19. YB Gwo-Burne Loh 20. YB Hee Loy Sian 21. YB Sivarasa a/l K Rasiah 22. YB Manikavasagam a/l Sundaram 23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid 24. YB Chua Tian Chang 25. YB Wee Choo Keong 26. YB Nurul Izzah Anwar 27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim 28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas 29. YB Azan Ismail 30. YB Fuziah Salleh SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA 31. YB Ustaz Nasir Zakaria 32. YB Haji Mahfuz Omar 33. YB Dr Mohd Hayati Othman 34. YB Firdaus Jaafar 35. YB Che Uda Che Nik 36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib 37. YB Dato? Haji Kamarudin Jaafar 38. YB Dato? Haji Abd Halim Ab Rahman 39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah 40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf 41. YB Salahuddin Haji Ayub 42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa 43. YB Muhammad Husin 44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli 45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa 46. YB Mohd Abdul Wahid Endut 47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad 48. YB Dr Che Rosli Che Mat 49. YB Khalid Abd Samad 50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud 51. YB Dr. Lo? Lo? Haji Mohd. Ghazali SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY 52. YB Lim Guan Eng 53. YB Dr.Tan Seng Giaw 54. YB Chong Eng 55. YB M.Kulasegaran 56. YB Fong Kui Lun 57. YB Tan Kok Wai 58. YB Chow Kon Yeow 59. YB Teresa Kok Suh Sim 60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy 61. YB Ngeh Koo Ham 62. YB Nga Kor Ming 63. YB Karpal Singh 64. YB Fong Po Kuan 65. YB Teo Nie Ching 66. YB Gobind Singh Deo 67. YB Chong Chieng Jen 68. YB Loke Siew Fook 69. YB Tony Pua Kiam Wee 70. YB Jeff Ooi Chuan Aun 71. YB Charles Santiago 72. YB M.Manogaran 73. YB Sim Tong Him 74. YB John Fernandez 75. YB Liew Chin Tong 76. YB Dr.Hiew King Cheu 77. YB Lim Lip Eng 78. YB Er Teck Hwa |
1 ulasan:
Kita pun kena tolong gak..
SIGN UP... Please..
PM Bersih
Catat Ulasan