Selasa, 19 Mei 2009

Ada lagi yang tawar diri jadi calon bebas di Penanti-malaysiakini

LAGI CALON BEBAS... Mohd Saberi Othman ketika mengadakan sidang media di Bukit Mertajam bagi mengumumkan pendiriannya untuk bertanding atas tiket calon bebas pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini.

 Seorang lagi calon bebas mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, menjadikan tiga calon telah mengesahkan untuk merebut kerusi itu.

Ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, berkata hasratnya untuk bertanding adalah kerana ingin berbakti kepada penduduk Penanti.

"Saya merupakan penduduk Kubang Semang... penduduk Penanti. Jadi saya ingin berkhidmat untuk penduduk kawasan itu tanpa mengira bangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bekas anggota tentera itu yakin akan mendapat sokongan penduduk Penanti memandangkan beliau anak jati kawasan itu.

"Saya yakin mendapat sokongan daripada penduduk di Penanti kerana saya mempunyai ramai kawan," katanya.

Sebelum ini, PKR mengumumkan pemilihan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Selain PKR, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu.

Barisan Nasional (BN) semalam mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

z.m.p : tengok songkok gaya macam orang UMNO je..... kalau ada sapa-sapa yang kenai tolong periksa sat.....

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

8 ulasan:

KK Awam berkata...

sapa tak kenai..memang la UmNO Permatang Pauh punn....yg dok sebelah dia pakai spek,baju merah tu keja jadi Guard @ anggota keselamatan di Komtar, aku pernah tengok muka dia...bertugas di tingkat 52 dan 53...

keADILan Bayan Baru™ berkata...

yaa...mamat tu sapa tak kenai..Non Pomen bekas PA TKM 1 pun kenai sangatt...UmnO karat tuuu...yg baju merah tuu...yg jadi calon Bebas lagi la UmnOnya dengan songkok ala-ala tinggi tuu...

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat muka umno si mamat ni,tak ada seri pejuang rakyat...awat kalau hang menang boleh jadi tkm p pinang ka?tengok muka2 orang keliling dia pun tak pernah nampak d tempat mengaji..?

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah no. Saya anak jati Selangor, tengok songkok ngan lubang hidung dia pun dah tahu dia tu orang amno baru! Meniaga kereta pulak! Ingat orang biasa boleh dapat AP ke? Kalau tak sendiri punya APpun dia niaga bagi pihak Ketua Bahagian ke atau Menteri ke!! Kalau tak menipu tak sah puak ni!!!

...cu tu Merah berkata...

salam,

dengar cerita UBN tak akan masuk tanding,tapi hak nak jadi calon adalah hak asasi sesaorang....

biasa la ..kalau kalah tak lah UBN diperlekehkan....pecah rekot lagi..Ajib selalu kasi peeecah

dukun misai berkata...

sejak dulu lg,nk tunjuk bagus pakai la songkok tinggi, memang cara pemakaian puak puak ubn pun,

Din berkata...

mmmmmmmmm

NoUmnO berkata...

Iras-iras macam muka ameno jer!... calon bebas nie...

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...