Tiba-tiba baru baru ini Datuk Seri Najib telah mengeluarkan kenyataan Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagaimanapun menegaskan, soal sama ada pilihan raya negeri itu perlu diadakan atau tidak ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak.
"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya hari Khamis.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu.
Benarkah kenyataan Datuk Seri Najib yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia? Jika benar arahkan Datuk Zamry Abdul Kadir dan wakil-wakil rakyat menarik balik segala rayuan dan saman yang dibuat, biarkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin mengadap Sultan Perak dan membubarkan DUN Perak.
Datuk Seri Najib boleh menggunakan kuasa ekskutifnya sebagai Perdana Menteri untuk menasihatkan Sultan Perak membubarkan DUN. Dalam keadaan hari ini bukan istana dan mahkamah dapat menyelesaikan kemelut politik Perak. Biar rakyat Perak yang membuat keputusan.
Jika benar selama ini BN khususnya UMNO benar-benar iklas berjuang dan menjaga kebajikan rakyat khususnya orang melayu, kenapa harus takut? Rakyat dapat membuat penilaian yang baik. Rakyat negara ini telah mendapat pendidikan yang baik hasil daripada usaha BN sendiri.
Adakah kepimpinan BN/UMNO tidak mengakui kebijaksanaan rakyatnya sendiri? Jika BN/UMNO takut bermakna BN/UMNO telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan rakyat kepada BN/UMNO.
Benarkah kepimpinan BN/UMNO berjuang ikhlas dalam usaha membantu rakyat. Memang tidak dinafikan BN/UMNO memang banyak jasanya dalam membangunkan orang melayu.
Tapi kepimpinan UMNO di zaman Tun Razak Menjadi Perdana Menteri dan ketika itu Ketua-Ketua Bahagiannya terdiri daripada para pendidik. BN/UMNO mula rosak roh perjuangannya dipertengahan zaman pemerintah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan dasar penswastaan.
Waktu itu ramai ketua-ketua UMNO bahagian hanya mengejar projek untuk bergelar jutawan segera. Ketika inilah roh perjuangan pemimpin melayu mati, mereka hanya memikirkan peluang dan projek dan jika ada sesuatu dasar yang dicadangkan oleh pucuk pimpinan walaupun mereka sedar dasar itu tidak memberikan keuntungan kepada anak bangsa mereka tetap bersetuju dan menjadi lidah penyambung kepada usaha kerajaan. Berlainan dengan kepimpinan UMNO dulu,
sautu ketika apabila Kerajaan dan Menteri Pendidikan tidak berminat membuka Sekolah Menenegah Kebangsaan maka kesemua guru yang ada dalam harakah kepimpinan UMNO meletak jawatan.
Banyak UMNO bahagian yang lumpuh dan akhirnya Kerajaan dan Menteri Pendidikan terpaksa beralah. Kita tengok sekarang ini, apabila Tun Dr. Mahathir mencadangkan pengajaran mata pelajaran sains dan mathematik dalam bahasa Inggeris. Mana ada pemimpin UMNO yang bangun bersuara menentangnya.
Hanya Datuk Aziz Deraman sebagai Ketua Pengarah DBP telah mengerakan persatuan penulis diseluruh negara untuk mendapat sejuta tanda tangan untuk di serahkan kepada Perdana Menteri, tapi langsung tidak dilayan dan Datuk Abdul Aziz Deraman langsung tidak mendapat sokongan dan dokongan pemimpin BN/UMNO.
Saya sendiri yang mempunyai ramai kenalan dikalangan kepimpinan UMNO yang bergelar guru dan saya cuba meninjau pendapat mereka.
Rata-ratanya tidak bersetuju tapi takut untuk bersuara kerana Ketua Bahagian mereka yang juga seorang korporat menyokong. Inilah yang berlaku. Inilah yang membuatkan rakyat dan orang melayu semakin kurang menyokong BN khususnya UMNO.
Yakinlah jika kepimpinan BN/UMNO sudah kehilangan roh perjuangan untuk kepentingan rakyat dan anak bangsa dan diisi dengan roh mengkayakan diri dan keluarga dan kawan-kawan maka BN/UMNO akan terus kehilangan sokongan rakyat.
utaraonline
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan