SITIAWAN [1.30 am] - Gara-gara menayangkan slide "drama tragedi Sidang DUN 7 Mei", satu majlis jamuan makan malam anjuran Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang diadakan diSekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Nam Hwa dekat sini telah diganggu oleh pihak polis.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu menampilkan Speaker DUN V.Sivakumar, ADUN Sitiawan Dato' Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.
Gangguan bermula sekitar jam 11.00 malam tadi, ketika tayangan slide video berkenaan baru beberapa minit dipaparkan.
Pihak polis juga telah menangkap dua orang awam iaitu petugas yang menyediakan PA System dan Slide program berkenaan.
Mereka telah dibawa ke Balai Polis Sitiawan untuk diambil keterangan.
Ketika itu Dato' Ngeh dan 100 orang penyokong Pakatan Rakyat telah mengiringi mereka ke balai polis terbabit.
Difahamkan sekitar jam 1.00 pagi tadi, sekitar 400 orang penyokongtelah berkumpul di Balai Polis Sitiawan untuk memberikan sokongan.
Difahamkan, mereka yang ditahan telah dibawa oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
Inilah bukti jelas penyalahgunaan kuasa pihak polis yang bertugas mengikut arahan pemimpin politik tertentu. Mereka telah gagal berperanan dengan baik untuk menjaga institusi itu, malah lebih rela diperkudakan oleh pemimpin politik yang ketandusan idea dan sudah hilang kreadibiliti. Program DAP yang diadakan secara tertutup pun mereka mahu ganggu dan menimbulkan kekecohan. Inilah bukti betapa biadapnya sikap pihak berkenaan. Semua ini adalah bukti jelas campurtangan MB Haram Zambry Kadir dalam usaha menghapuskan sokongan rakyat terhadap pembangkang. Namun apa yang berlaku sebaliknya, malah rakyat lebih bersimpati kepada mereka sebenarnya]
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
2 ulasan:
sudi sudi lah menjengok blok saya
http://tintahitammy.blogspot.com
Kalau Bn tak gila kuasa tak payah rampas kerusi Speaker pakai polis, tak payah halang Orang nak tengok Sidang tersebut, tak payah takut orang nak solat hajat, Tak perlu guna samseng upahan dalam dewan yang mulia dan kalau betul2 hormat kepada rakyat.. bubarkan DUN serahkan balik kuasa memilih kerajaan kepada Rakyat..
Yang takut sangat Pilihanraya apakehal!! sampai Polis pun langgar Undang2 dan Peraturan dewan bawa masuk senjata api didalam Dewan... Tak ke gila kuasa namanya BN...
Dan satu lagi adakah Speaker yang BN lantik tu sah ? Bila dia angkat sumpah dihadapan Sultan Perak?
So memang haramlah lantikkan Speaker tu tanpa angkat sumpah didepan Sultan menampakkan UMNOlah yang gila kuasa selama ini..
Tak hormat Institusi diRaja..Tergopoh2 nak berkuasa tanpa mengikut saluran yang betul dan bermaruah..
Tiba2 pihak yang dirampas pula yang dikatakan gila kuasa ha ha memang pelik UMNO ni...
Pasal tu Peragut susah sangat nak di tangkap pasal yang disalahkan nanti yang kena ragut pasal tak berhati2 sedangkan yang menuduh itu goyang kaki sambil lewa dengan jenayah tersebut...
Alahai MelayuUMNO layu jadinya..
Catat Ulasan