Khamis, 21 Mei 2009

UNMO Terengganu semakin parah-malaysiakini

Pertemuan ADUN BN dengan ketua perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammudin Hussein malam tadi belum menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di negeri itu, kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Beliau yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.

ahmad said idris jusoh terengganuDua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. 

"Tiada jalan lain (untuk penyelesaian) melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut.

"Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya.

Sebelum ini, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malam tadi, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.




!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

1 ulasan:

cu tok hijau berkata...

UNMO..??? parti HARAM baru kott..???

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...