Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega di sini iaitu bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak.
"Hari ini kita juga telah membuat keputusan untuk meminta JKR menyiasat bangunan-bangunan lain, termasuk stadium tertutup, lapangan terbang, dan kolam renang,
"benda-benda yang baru belaka, nampak ada benda-benda yang tak kena, kasar satu, benda yang tak betul, kita bimbang,"katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, semalam.
Katanya, beliau telah mengarahkan Exco Infrastruktur (JKR) supaya menghubungi Pengarah Jabatan Kerja Raya supaya membuat siasatan berkenaan.
Ketiga-tiga projek tersebut adalah antara projek mega yang pernah disebut oleh Ahmad sebagai projek mega yang akan dikaji semula.
Ketiga-tiga projek terbabit juga adalah 'flagship' Impian Menjadi Realiti yang dilaksanakan pada zaman bekas Menteri Besar Idris Jusoh.
Dalam sidang media yang sama, Ahmad turut mendedahkan, keadaan tidak selamat pada bumbung yang runtuh semalam telah dikesan semasa perasmian Sukma tahun lalu.
Katanya, acara majlis pembukaan melibatkan 'gimik' komando polis turun dengan tali dari bumbung, terpaksa diubah kepada turun dengan tali dari helikopter.
Ia adalah kerana, katanya, ketika pasukan tersebut cuba memasang tali untuk turun dari bumbung itu, ia bergegar dan bergoyang.
"Semasa hendak perasmian Sukma, peringkat awal, hendak diadakan acara turun dengan tali dari bumbung ke bawah,
"tapi saya dimaklumkan, semasa membuat tinjauan, dia (polis) kata dia tak yakin, tak selamat bila dia pasang dia nak turun, benda (bumbung) itu bergegar, bergoyang,
"sebab itu kita tukar (kepada) turun dari helikopter,"jelasnya.
Beliau berkata sebelum acara pembukaan Sukma juga, beliau melihat bumbung stadium itu tidak sama rata seolah-olah ada yang tidak betul.
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan