Selasa, 9 Jun 2009

HENTI CAKAP SOAL KERAJAAN PERPADUAN, BENAMKAN UMNO BENAMKAN BN-malaysiakini


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/pcpaa2.jpg Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata tugas penting perlu dihadapi sekarang adalah melawan UMNO dan memenangkan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta mengalahkan UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke 13.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang menurutnya hanyalah satu teori dan tidak relevan buat masakini.

"Tugas saya dan jentera adalah lawan UMNO, lawan BN, jadi dalam pilihanraya kecil ini kita nak benamkan UMNO nak benamkan BN, bercakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini,

"tugas kita nak lawan UMNO/BN (di) Manek Urai dan nak lawan UMNO/BN (pada) pilihanraya ke 13 yang akan datang,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agong PAS, petang ini 10 Jun.

Menurutnya, soal kerajaan perpaduan memang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, namun ia tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Isu tersebut timbul, katanya, kerana mungkin ia dibangkitkan oleh pihak wartawan dalam sidang media Presiden PAS.

Katanya, walaupun Presiden PAS menyatakan ia hanya sekadar satu 'konsep', namun orang ramai telah tersalah faham membawa maksud 'PAS mahu
bekerjasama dengan UMNO'.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak membangkitkan dan menghentikan perbincangan berkaitan kerajaan perpaduan.

"Saya merayu kepada pimpinan PAS terutamanya, dan pimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membangkitkan soal kerajaan perpaduan, dan Tok Guru (Presiden PAS) dalam penggulungannya (semasa Muktamar PAS) menyebut (ia adalah) 'engagement',

"adalah salah bagi kita untuk menutup pintu kepada sebarang perbincangan untuk kepentingan negara dan untuk kepentingan masyarakat, tapi perbincangan bukan bererti (PAS) bersama dengan UMNO,


"kita bersama Pakatan Rakyat sekarang!",tegasnya.


Klik Untuk Dengar Sidang Media Dato' Mustafa Ali


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!

http://zulmamakpng.blogspot.com/

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

6 ulasan:

Lebai Mangkuk berkata...

Dalam keadaan perpecahan melayu/Islam sekarang, sudah nampak jelas kaum kafir mempermainkan melayu/Islam.

Pada mula nya mereka menyokong satu pehak, setelah mendapat kekayaan dan kuasa ekonomi, kaum kafir ini inginkan pula kuasa memerintah. Disamping itu mereka juga sedang menuntut hak2 persamaan dengan orang melayu.

Sebenarnya kaum cina sudah bersatu dalam DAP. Sedangkan kaum melayu/Islam masih berpecah - UMNO, PAS dan PKR.
PAS dan PKR pula telah menambah-kuatkan DAP.

Semasa dalam kerajaan yang memerintah sekarang kaum kafir ini mendapat kesukaran untuk menuntut kehendak2 mereka. Cara paling mudah, mereka berpaling-tadah dan menyokong pehak lain pula iaitu PAS dan PKR. Mereka dapati PAS dan PKR sanggup buat apa saja demi mendapatkan kuasa memerintah dan menghancurkan pehak lain iaitu UMNO.

Sedangkan jika PAS atau PKR dapat memerintah, sokongan kaum melayu/Islam cuma lebih kurang 30% sahaja. Ini lah yang telah berlaku di negeri Perak. Dalam kerajaan PR nya cuma ada dua orang EXCO melayu/Islam sahaja. Di P Pinang kita tak perlu cerita lagi.

Oleh kerana melayu/Islam terbahagi dua, maka dengan senang mereka mempengaruhi dan memberi sokongan pula kepada pihak yang lain. DAP memang ada harapan cerah memerintah negara dengan pertolongan PAS dan PKR.

DAP akan bersetuju memberi jawatan PM kepada PAS, PKR bagaimana pula? Timbalan PM I? dan DAP TPM II? Siapa Ahli2 EXCO nya dan menteri2 yang akan di lantik? Sudah tentu kaum kafir lebih ramai dari melayu/Islam yang menjadi menteri dan timbalan menteri nya.

Dikala ini kalau PAS ingin juga menunaikan hajat nya menubuhkan 'negara Islam', usul akan di bawa ke parlimen - bolehkah PAS mendapat sokongan dari kaum kafir?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya musuh dalam selimut yang disebutkan dalam Muktamar ke-55 PAS adalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa. Komen lebai-mangkuk pula menunjukan beliau adalah barua UMNO/BN yang suka pada permainan perkauman.

Tanpa Nama berkata...

lebai sememangnya mangkuk yg tak tau apa2...

isu perkauman dan isu ISLAM hanyalah diguna pakai ketika UMNO sedang sesak nafas...

da nak hancur, nak salahkan org lain lak..

ayuh penyokong Pakatan Rakyat, kita benamkan UMNO dari bumi Malaysia..

takbirrr...!

Tanpa Nama berkata...

Tok Pa oi. Bukan semudah itu perasaan tak puas hati mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini dapat dihentikan. Perasan akar umbi ahli Pas perlu di ambil kira. Orang yang dapat meredakan isu Kerajaan Perpaduan ini adalah Haji Hadi dan Nasarudin sendiri. Jangan lah mereka bersikap baling batu sembunyi tangan. Mereka perlu membuat perakuan kepada seluruh ahli Pas dan Pakatan Rakyat bahawa tidak akan membangkitkan lagi isu kerajaan Perpaduan ini . Kalau mereka nak juga suruh mereka keluar Pas dan masuk UMNO. Kalau mereka keluar parti pun Parti Pas akan terus kukuh. Masih ramai lagi pemimpin Pas yang dapat memimpim parti. Parti Pas kuat bukan kerana mereka tapi kerana perjuangannya mendaulatkan Islam.

amk tulen berkata...

hj hadi maksumka.....
nasa tu maksumka.....
mustafa ali ni pun satu hal...dia ingat org lupaka isu balak terhadapnya...sapa yg mulakan isu kerajaan perpaduan...bila rakyat marah...nak marah rakyat pula...macam johari kassim ugut nak letak jawatan...bila dap suruh letak jawatan nak marah dap pula....apa punya baghal....suruh berhenti cakap pasal kerajaan campuran sebab prk manek urai...lepas praya????macamana...boleh berunding pula dan umno ka....ikut suka hampalah....nak pi cium tong najis...jgn suruh rakyat pula pi cium tong najis...bukankah hadi pernah kata umno macam tong tahi(najis)...hangpa semua dah lupa ka....

...cu tuk Merah.. berkata...

Salam Semua,

Dulunya yang keluarkan isu kafir mengkafir...siapa?..sembelihan orang ubn taksah sapa?...karang apa dah jadi pula?...boleh tukar ka?

....sebenarnya mantan pm pun tak suka..kerajaan perpaduan!ajib juga tak suka,mohden lagi tak suka...
sapa yang suka ye?....aaaaaaarrrrr

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...