Isnin, 1 Jun 2009

Mengapa Kakitangan Awam Tidak Menyokong Kerajaan?


Seperti yang kita semua maklum kerajaan BN kini cukup menjaga kebajikan kakitangan awam dengan memberi berbagai imbuhan dan keistimewaan. Bekas PM ke 5 iaitu Paklah sendiri pernah menaikan gaji kakitangan awam sehingga 35%. Ditambah pula dengan elaun cola dan lain-lain lagi. Kini PM ke 6 iaitu Najib Tun Razak juga melakukan langkah yang serupa dengan mempermudahkan kakitangan awam untuk dinaikkan pangkat dan sebagainya.

Namun mengapa masih juga ramai kakitangan awam yang tetap tidak menyokong kerajaan BN? Saya sendiri banyak melihat contoh rakan-rakan yang bekerja bersama yang pro PR. Ada juga yang menjadi ahli UMNO namun tetap menyokong PR. Antara punca-punca mengapa ramai kakitangan awam tidak menyokong kerajaan adalah kerana ketidakadilan yang wujud apabila melibatkan UMNO dan BN itu sendiri dengan jentera kerajaan. Hinggakan segala program yang melibatkan UMNO dan BN perlu diberi bantuan dan sokongan.

Ketidakadilan yang berlaku dalam jentera kerajaan inilah yang telah membuka mata kakitangan awam supaya jangan menyokong BN dan UMNO yang seringkali menyalahgunakan harta kerajaan. Seringkali kakitangan awam menjadi kuda tungangan BN dan UMNO semata-mata kepentingan politik.Jika tidak hadir, maka perlulah menjawab surat tunjuk sebab. Keadaan akan lebih buruk lagi jika ketua jabatan tersebut mempunyai kepentingan dalam UMNO atau BN. Silap gaya markah SKT akan berkuranganlah.

Oleh taufan

Selagi BN dan UMNO terus memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik, maka selagi itulah kakitangan awam yang protes akan tetap menyokong PR


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

4 ulasan:

org memali berkata...

Org2 begini amatlah rugi dunia dan akhirat kerana memakan hasil dari keringat dan usaha org2 tertentu tapi dlm masa yg sama mereka menikam dari belakang malah memburuk2kan majikan mereka .Kalau tidak suka ,berhenti dan tunggu sehingga parti mereka menang baru mohon semula . Selagi dia org bekerja di bawah majikan yg masih membayar upah dan mengambil berat ke atas kebajikan dia org wajar lah menyokong mereka .Tidak kira BN atau PR yg memerintah . Dia org menjalankan tugas untuk menyempurnakan dasar2 yg telah dibuat olih pemerintah . Sepatutnya tidak berlaku perkara yg demikian sekiranya mereka ini bersikap amanah pada tugas . Soal fahaman atau ideologi ini bukan diwaktu kerja . Sokongan dia org kepada kerajaan bolih diterjemahkan semasa pilihanraya shj

Tanpa Nama berkata...

Org memali..

Persoalan itu kerap bermain di fikiran saya... KENAPA KAKITANGAN KERAJAAN KEBANYAKANNYA TIDAK MENYOKONG KERAJAAN... saya tak paham... sepatutnya tidak berlaku... menurut bapa saudara saya yang berkerja sebagai pegawai tinggi kerajaan... hampir 80% kakitangan kerajaan menyokong pembangkang (saya tak pasti samaada dia benar2 membuat bancian)... jika nk dikira peluang pekerjaan semua berebut2 nk mintak kerja dlm kerajaan... dalam masa yang sama dikatakan kerajaan ini kejam... saya nk tanya kat mana yang kejam... nk kata tak cukup gaji elaun melambak2... sehingga berlebih (mcm pak cik saya tadi)... kalau kata dasar kerajaan dikatakan tidak sempurna.. mengapa mereka-mereka ini tidak mengubahnya... walhal mereka mempunyai 80% sokongan... atau mereka ini takut kehilangan kerja... rela bersekongkol demi perut sendiri... itu kan subahat namanya.... hukumnya HARAM... kalau betul nk berubah.. jangan kata ketua jabatan.. perdana menteri pun akan terima jika kakitangan ini mahu mengubahnya ... betul la kata nik ajis.. org bagi ambil tapi jgn sokong .... itu yang jadi panduan kot... Wallahwaalam...

pekerja swasta

..cu tuk Merah berkata...

Salam Semua,

kadang kadang kita terkeliru,akibat dari terlalunya dipolitikan kerjaya kita oleh pihak tertentu.Perbedaan sebenar diantara kaki tangan kerajaan dengan ahli politik sepatutnya jelas.
Ahli politik sipembuat dasar,pihak kerajaan yang menjalankannya,namun dinegeri perintahan PR,ada pegawai semacam tidak menyukai dasar yang dilaksanakan,melambatkan kerja dan berbagai karenan lagi.

Harapan tinggal harapan jika kita tidak mampu berubah!!!!!

serupasekala berkata...

Jangan salah tafsir "MENGAPA KAKITANGAN AWAM TIDAK MENYOKONGKERAJAAN '. Pada pandangan saya itu dinamakan demokrasi . kakitangan awam berhak memilih siapa calum yang dia suka dalam pilihanraya.Tidak semesti nya ia mesti sokong kerajaan atau pun pembangkang.saya bagi contoh ; Setiap ketua pejabat.( Ketua Pengarah atau pengarah ) sesebuah pejabat.ada yang suka dan ada yang tak suka dan yang dengki ada.inilah lumrah manusia .contoh yang paling ketara dalam menilai prestasi pekerja . mungkin sesaorang itu tak suka kepada ketua nya kerana ketua terlampau jujur dan amanah. dan ada yang tak suka kerana ketua nya terlampau tidak amanah yang rapat dengan beliau sahaja yang diberi cemerlang.
Bagitu lah dalam hal politik jangan lah kita nampak sangat kakitangan kerajaan tak sokong kerajaan . mungkin satu bab dia orang sokong dan mungkin satu bab lagi dia tak sokong.
Lagi contoh ; pernah satu masa dulu ketua setiausaha negara mengarahkan semua kakitangan kerajaan tidak dibenarkan berada di tempat ceramah pembangkang . dan ini ada terdapat berbagai tanggapan dan riaksi daripada kakitangan kerajaan .ada yang boleh terima sebab mereka tak aktif dalam politik dan tak pernah ambiltahu bab politik. tapi kalu ada yang suka dengan perkembangan [politik tanah air mesti nak dengar apa pembangkang cakap dan apa pula kerajaan cakap .mereka ini mungkin tidak dapat terima arahan yang sedemikian rupa kerana menyekat kebebasan memilih . yang mana difikir baik untuk diundi dalam pilihanraya nanti.
DALAM PILIHANRAYA SEMUA ORANG BERHAK MENGUNDI.
dalam situasi sebegini mungkin dapat dikelaskan bahawa kakitangan kerajaan tidak menyokong kerajaan.
tetapi jangan lupa pepatah telah berkata RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN LAIN.

Ini hanya pendapat saya sahaja dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun sudah mati.

Niat saya tidak hendak memperlekehkan kakitangan kerajaan tetapi inilah yang saya fikir hakikat yang berlaku yang boleh disifatkan kakitangan kerajaan cendorong kearah kerajaan atau pun kearah pembangkang.
sekian terima kasih.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...