
Tambahnya pasukan peguam beliau akan memohon agar rayuan beliau akan didengar oleh panel penuh sembilan hakim. Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei. Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.
"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya. Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rauian beliau.Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan /addin
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan