Selasa, 23 Jun 2009

SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI MAHYUDIN YASIN-malaysiakini




Assalamualaikum wmt. Wbkt.,

Tan Sri Mahyudin Yasin,


Terlebih dahulu saya kira terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana berjaya dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sekali lagi tahniah di ucapkan kepada Tan Sri.


Saya terpanggil untuk menghantar surat terbuka ini, setelah Tan Sri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan memegang portfolio Menteri Pendidikan Malaysia. Saya menanti-nanti tindakan Tan Sri berhubungan dengan protes rakyat kebanyakkan dan juga dikalangan sasterawan-sasterawan negara berhubung dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Mathematik dan Sains.


Semua orang sedang menantikan tindakan ini. Semua orang memfokuskan perhatian kepada Tan Sri berhubung dengan isu ini. Tiba-tiba Tan Sri dengan begitu bangga mengusulkan satu lagi masalah yang terpaksa dihadapi oleh orang melayu. Sedangkan keputusan pengunaan bahasa pengantar untuk mata pelajaran Mathematik dan Sains belum diputuskan Tan Sri mencadangkan agar mata pelajaran Bahasa Inggeris di wajibkan lulus untuk mendapat sijil SPM.


Malah pihak Tan Sri mengatakan kajian yang telah dibuat mendapati 80% daripada keluarga pelajar bersetuju dengan pendekatan itu. Betulkah pihak Tan Sri mengadakan kajian, kalau ada di mana dan siapa yang pihak Tan Sri Tanya. Cuba Tanya orang melayu di Baling, Cuba tanya orang melayu di felda, cuba tanya orang melayu di pendalaman kelantan hatta orang kampung saya yang tinggal dipinggir Bandar pun tidak setuju macam mana Tan Sri boleh kata begitu.


Saya sungguh hairan mengapa Tan Sri dan seluruh kepimpinan UMNO di semua peringkat masih lagi gagal membaca suara hati rakyat bawahan? Dasar yang Tan Sri kemukakan ini sebenarnya boleh merosakan anak bangsa sendiri. Sains dan Mathematik adalah mata pelajaran teras dan diajar dalam Bahasa Inggeris sudah menimbulkan masalah kepada para pelajar melayu khususnya di luar bandar, kini Tan Sri menambah satu lagi beban kepada anak-anak melayu.


Adakah Tan Sri dan kepimpinan UMNO sedar bahawa sudah lebih 50 tahun UMNO berjaya menunjangi BN adalah dengan kekuatan orang melayu, dan orang melayu ini majoritinya datang daripada luar bandar? Orang melayu di Bandar sudah lama tidak memberikan sokongan kepada BN/UMNO, hanya mereka yang ada kepentingan saja yang terus menyokong UMNO. Inikah balasan Tan Sri dan seluruh kepimpinan UMNO kepada mereka yang menyokong kuat UMNO selama ini?


Jangan tipu rakyat dengan mengatakan hanya Bahasa Inggeris saja yang boleh membantu Negara kita maju. Lihat Jepun, Korea Selatan dan China begitu maju malah negara-negara ini yang mengunakan bahasa ibunda merekan negara masing-masing begitu maju malah kemajuan mereka mengatasi negara-negara barat. Malah negara-negara barat seperti Perancis, German dan banyak lagi negara juga menggunakan bahasa ibunda mereka dan bukannya Bahasa Inggeris. Jadi alasan yang sering diperkatakan oleh kepimpinan negara itu hanyalah satu pembohongan bagi mengiktiraf tindakan kerajaan.


Saya sendiri hairan dengan sikap Tan Sri dan seluruh saf kepimpinan UMNO yang begitu sukar membaca naluri hati rakyak kebanyakkan di peringkat bawah. Sedarkah Tan Sri kini orang melayu sudah pandai menilai segala sikap dan tindakan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Akibat gagal membaca isi hati rakyat diperingkat bawah dan membuat segala dasar yang bukannya membantu masyarakata bawahan malah menyusahkan mengakibatkan UMNO sudah mula hilang pengaruh dikalangan orang melayu sendiri.


Sebagai bukti kawasan Parlimen Bukit Gantang adalah kubu kuat UMNO suatu masa dulu, cuba kira berapa penggal Datuk Seri Fadzil Che Wan menang di situ, tiba-tiba dalam pilihanraya lepas kerusi UMNO yang telah diserahkan kepada GERAKAN BN tewas. Dan dalam pilihanraya lepas kerusi ini diambil semula oleh UMNO juga tewas. Inilah salah satu signal yang diberikan oleh orang melayu kepada kepimpinan UMNO. Malah masih banyak tempat kubu BN/ UMNO telah gagal dipertahankan.


Begitu juga apa yang berlaku di Perak, mungkin UMNO begitu bangga berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Kejayaan kepimpinan UMNO berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan cara tidak demokratik itu sebenarnya mengundang masalah kepada UMNO dan BN itu sendiri. Rakyat dapat lihat dan menilai kerakusan kepimpinan UMNO dan majority rakyat tidak senang dengan tindakan itu.


Di kampung saya sendiri terdapat seorang pesara polis dan penyokong kuat UMNO yang telah lama dilantik menjadi JKKK telah mula membuka mulut secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan tindakan kepimpinan UMNO di Perak mengambil tapuk kekuasaan di Perak dengan cara itu. Tindakan ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat kepada UMNO dan BN. Saya terkejut dengan komen yang beliau lontarkan kepada saya.


Jika beginilah tindakan kepimpinan UMNO, saya yakin majoriti kepimpinan UMNO disemua peringkat masih gagal membaca suara hati rakyat di bawah. Kesemuanya bertindak mengikut suara hati mereka yang boleh kita ibaratkan sebagai golongan elit. Mereka langsung tidak memikirkan masalah yang dihadapi oleh golongan bawahan.


Rakyat melihat kepimpinan UMNO hanya menjaga dan memelihara kepentingan golongan pedagang atau tauke-tauke. Misalnya ketika menghadapi kemelesatan ekonomi kerajaan Malaysia langsung tidak mempedulikan kebajikan para pekerja disektor swasta terutana perkilangan. Terdapat begitu banyak kilang-kilang di negara ini yang membuang pekerja tempatan tapi masih mengaji pekerja asing di negara ini.


Sepatutnya kerajaan Malaysia memberikan syarat kepada tauke-tauke kilang ini sekiranya kemelesetan ini telah memaksa kilang-kilang-kilang membuang pekerja maka pihak pengurusan kilang tidak boleh membuang pekerja tempatan sekiranya masih ada pekerja asing di tenpat mereka. Rakyat negara ini melihat kerajaan Singapura lebih menjaga kepentingan rakyatnya apabila kemelesetan ekonomi melanda negara itu mereka telah mengarahkan semua pekerja asing dihantar pulang. Akibatnya berpuluh ribu pekerja negara ini di Singapura terpaksa balik. Kenapa kerajaan kita tidak boleh jadi macam tu?


Saya rasa cukuplah sampai di sini jika hendak ditimbul begitu banyak kepincangan yang dilakukan tanpa sedar oleh rata-rata kepimpinan BN dan UMNO. Saya amat berharap agar Tan Sri dapat menilai semula dasar pendidikan dan berikanlah tempat yang sewajarnya kepada bahasa ibunda kita. Kalau kita orang melayu sendiri tidak mahu memertabatkan bahasa sendiri kita hendak harapkan siapa lagi untuk memertabatkan bahasa kita.


Sedarkah Tan Sri kekuatan UMNO dan BN selama ini banyak didokong oleh orang melayu. Adakah ini hadiah yang diberikan oleh kepimpinan UMNO atas sokongan orang melayu selama ini. Jika begini sikap kepimpinan UMNO jangan salahkan orang melayu kalau orang melayu mula mengalih sokongan kepada parti lain.



Sekian wasalam.



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "


1 ulasan:

Unknown berkata...

inilah kepala hotak pemimpin umno yang rata2 buat keputusan tak fikif apa akibat nya, ramai orang2 besor umno sendiri tak boleh cakap english, tak sedor, ajor mereka bagi lulus dulu!
boleh dilaksanakan cadangan tu tapi sediakan infrastructure nya terlebih dulu.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...