Selasa, 23 Jun 2009

TGNA dengan Nasa serta masaalah UG dah selesai!!!!-malaysiakini

TGNA dan NASA berdamai....

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

“Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

“Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai…itu sahaja, tiada lagi komen,” katanya ringkas.

TIADA KERAJAAAN PERPADUAN

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang yang dianggotai parti itu, DAP dan PAS hari ini sebulat suara menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Sambil menyifatkan idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai satu fitnah dan tohmahan jahat, Anwar mendakwa idea itu juga mempamer tindakan terdesak Umno.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan pemimpin pakatan pembangkang di Pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen di sini Isnin, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata, pakatan itu bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan BN bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat khususnya.

Antaranya ialah usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan reaksi mengenai penolakan cadangannya itu mendakwa ideanya itu telah disalahertikan dan dipermainkan oleh Umno bagi merenggangkan hubungan parti itu dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Umno mahupun BN membabitkan isu perpaduan selepas ini, Abdul Hadi berkata parti itu tidak akan memberikan sebarang kerjasama melainkan isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

"Tidak ada (kerjasama)...kalau itu caranya...Kita hanya berbincang tentang isu-isu tertentu, isu nasional yang penting seperti ekonomi negara dan atas sifat demokrasi kita (PAS) patut diberi hak untuk bersama dalam perbincangan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata: "Ini merupakan kenyataan bersama yang dibuat oleh pakatan pembangkang Rakyat yang menunjukan bahawa kami komited dan berbeza daripada BN."


zmp... UMNO/BN sudah mau kasi pecah la......


!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

2 ulasan:

pis berkata...

belum berkuasa tolak perpaduan. bila dah berkuasa tolak hudud sebab politik jaga hati. ya allah berilah pertunjuk kepada ulamaku.kita kena tolak umno dan PR. baru pas ada maruah--ahli pas yang asli semalaysia.

Tanpa Nama berkata...

ya allah hapuskanlah politik jaga hati yang keji ini.

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...