Jumaat, 5 Jun 2009

USUL AGAMA DITOLAK DALAM PERHIMPUNAN UMNO- TENGKU ADNAN-malaysiakini



PARTI YANG BAKAL MUSNAH DI ALAM INI, UMNO MENERUSI SETIUSAHA AGONGNYA ADNAN MANSOR BERKATA USUL BERKENAAN PENDIDIKAN, EKONOMI TERMASUKLAH USUL AGAMA TIDAK AKAN DIBAHASKAN (BACA: DITOLAK). YANGA HANYA DIBAHASKAN IALAH USUL PRESIDEM (NAJIB MONGOLIA). BERIKUT IALAH BERITA YANG SAYA PETIK DARI UTUSAN MELOYA HARI INI. BEBERAPA HARI LALU AKHBAR UTUSAN DITEMPELAK OLEH MUHYIDDIN KERANA MENYIARKAN PROVOKASI PERKAUMAN. MUNGKINKAH BERITA INI SEBAGAI SINDIRAN KEPADA PARTI UMNO?

Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka.

''Saya difahamkan Datuk Seri Hishammuddin T un Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO telah menghantar surat kepada semua ketua cawangan.

''Ini bagi membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memberikan maklum balas ke atas kerangka pindaan yang telah disiapkan itu dan melihat apa bentuk perubahan yang akan dilakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian berkelompok Mesyuarat cawangan UMNO Putrajaya di sini malam semalam.

Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO adalah membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, pindaan itu turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Perubahan membabitkan kaedah pemilihan parti termasuk isu kuota dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Tengku Adnan berkata, pihaknya difahamkan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan diberikan tempoh selama sebulan untuk memberikan maklum balas mereka.

Beliau memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan berlangsung selama dua hari bagi memberi laluan kepada proses pindaan perlembagaan parti.

''Selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan tangguhkan mesyuarat untuk dijadikan Perhimpunan Agung Khas bagi kita membentangkan pindaan itu,'' katanya.

Justeru katanya, pada perhimpunan agung kali ini, hanya usul ucapan Presiden sahaja akan dibahaskan.

''Jadi usul agama, ekonomi dan pendidikan tidak akan dibahaskan,'' katanya.

Mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan, beliau berkata, satu lagi pasukan petugas dihantar hari ini bagi menyusul pasukan awal diketuai Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berada di kawasan itu sejak semalam.

UTUSAN 4 JUN 2009



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Tiada ulasan:

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...