Isnin, 31 Ogos 2009

Kenapa Irama Merdeka Tidak Sesyahdu dan Setangkap Lentok Dulu?

"
 Ya persoalannya sekarang yang paling ketara ialah "Kenapa Irama Syahdu Merdeka Tidak Setangkap Lentok Dulu?" Irama sekarang tidak ubah seperti "Teratai layu di Tasik Cini".

Setiap lagu Merdeka yang digubah komposer No 1 negara terdahulu jauh kenapa lebih menusuk sanubari rakyat? Sebagai contohnya, lagu-lagu merdeka yang digubah komposer Maha Zalim, tetap diterima dan mampu menusuk kalbu kerana liriknya ditulis penulis lirik “meletup” kategori C4 dan impaknya menikam tajam menusuk hingga ke tulang rusok Anwar Ibrahim.

Malah lagu merdeka ciptaan komposer maha slow abang ipar kepada Sir Patrik Badawi dalam irama balada islam Hadhari mampu menyentuh perasaan sejagat sehingga ke Monggolia. Kenapa irama One Malaysia ciptaan composer Maha Kejam walaupun penulis lirik asalnya sudah bebas masih tidak mampu menyentuh hati sesiapa pun termasuk Puan Rosmah?

Di mana silapnya?

Apa yang termampu dilakukan oleh Irama Merdeka One Malaysia ialah membangkitkan kemarahan yang memuncak dan mengembangkan perasaan benci antara kaum termasuk YB Sammy Vellu. Selain daripada itu Irama Merdeka One Malaysia terbaru hanya mampu mengulit keresahan dan terlalu syahdu apabila mengenangkan episod kekalahan kekalah demi kekalahan berturutan sebanyak 7 kali yang berjaya dikekalkan.

Irama Merdeka One Malaysia yang diciplak daripada irama asal One Israel hanya “gempaq” di atas kertas tetapi “hapraq” pada realitinya. Ia tidak ubah seperti duplikasi fantasia Umno melabelkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang belum pernah kenal dan bersedia melaksanakan hukum (bukan hukum-hukum) Islam. Bagaimana komposer yang tidak pernah dan belum lagi merdeka mampu menggubah sebuah lagu atau irama kemerdekaan yang berkesan?

Selamat menyambut Merdeka kepada seluruh warganegara dan bukan warganegara yang tinggal secara haram dengan harapan akan timbul satu kesedaran untuk kita sama-sama memilih irama dan rentak baru Malaysia dengan komposer yang baru dalam rancangan realiti Malaysia yang akan datang.

Masa untuk kita memilih sesuatu ciptaan sebenar Malaysia yang berkualiti dunia dan berupaya mengangkat kembali martabat serta maruah Malaysia di mata dan hati rakyat serta seluruh pelusuk dunia termasuk Moggollia yang mempunya ramai model-model cantik dan mampu berbahasa Perancis dan Rusia.

Merdeka. Merdeka. Merdeka.


'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

perakkome berkata...

salam tuan...
pasal depa nak hancurrrrrr!!!!!
kasipecahhhhhhhhhhhhhh

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...