Bagi memahami ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin, khutbah perlantikan Khilafah Urrasyidin patut dijadikan sebagai panduan dalam pemilihan pemimpin.
ABU BAKAR r.a
Di dalam khutbah perlantikannya, setelah mengucapkan pujian kepada Allah dan selawat kepada RasulNya, beliau berkata:
Wahai manusia!
Aku telah diangkat menjadi khalifah tuan-tuan. Kalau berbuat baik bantulah aku. Sebaliknya kalau aku menyeleweng, luruskanlah kembali jalanku. Kebenaran adalah amanah dan kedustaan adalah khianat. Orang lemah antara kamu adalah kuat di sisiku sehingga haknya aku kembalikan kepadanya; dan orang yang kuat di antara kamu, adalah lemah di sisiku sehingga kuambil kembali daripadanya hak orang yang dirampasnya, insyaAllah.
Janganlah seorangpun di antara kamu meninggalkan jihad, kerana sesuatu kaum yang meninggalkan jihad, Allah akan menimpakan kehinaan kepada mereka. Taatlah kepadaku selama aku mentaati Allah; Apabila aku menderhakai Allah, kewajipan taatmu kepadaku tiada lagi. Tunaikanlah shalatmu,nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepadamu'.
Pidato singkat ini membentangkan dengan jelas garis panduan politik yang akan dijalankan; dijelaskannya kewajipan dan hak rakyat, di samping jaminan adanya kebebasan menggeluarkan pendapat. Ditegaskan juga bahawa kekuatan orang-orang zalim tidak akan dapat menakutkannya dalam menjalankan keadilan dan ketaatan kepada Allah. Ianya juga syarat kepatuhan rakyat kepadanya.
"Dan berikanlah kepada mereka perumpaman bahawa kehidupan dunia itu laksana hujan yang Kami turunkan dari langit, lantas tumbuh-tumbuhan di bumi menjadi subur, selanjutnya menjadi kering diterbangkan angin.Allah Maha Kuasa atas segala-galanya. Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia, sedangkan amal soleh akan kekal adalah lebih baik di sisi Tuhan engkau, bahkan harapan yang paling baik" (al-Kahfi:45-46).
UMAR AL-KHATTAB r.a
Di dalam khutbah perlantikannya yang singkat, Umar r.a. menegaskan:-
“Sesungguhnya orang Arab laksana unta yang jinak yang patuh mengikut penggembalanya. Oleh kerana itu, penggembala harus memperhatikan ke mana hendak dibawanya unta tersebut. Adapun aku, demi Tuhan Ka'bah,aku kan membawa mereka di atas jalan yang lurus..'
Khutbah Umar r.a ini telah disambut oleh seorang yang hadir di majlis tersebut dengan mengatakan mereka akan meluruskan Umar dengan mata pedang jika beliau menyeleweng!
Ini adalah satu garis kebijaksanaan yang sangat baik bagi umat Islam di masa Umaral-Khattab r.a kerana mereka sangat patuh apabila diperintah dikerjakan dan apabila dilarang dihentikan segera. Oleh kerana itu, tanggungjawab yang besar terletak atas pemimpin bagi membimbing umat yang dipimpin ke jalan yang benar dan umat yang dipimpin pula amat komited bagi mempastikan yang pemimpin tidak menyeleweng dari kebenaran.
USMAN BIN AFFAN r.a
“Sesungguhnya kita berada dalam sisa umur dunia. Oleh itu bergegaslah mengerjakan kebaikan yang telah diserukan. Kehadiran kita baik pagi atau petang dalam dunia yang penuh kepalsuan dan penipuan, maka jangan sampai hendaknya kita tertipu dengan kehidupan dunia, sehingga terlupa kepada Allah. Perhatikanlah sejarah orang masa lalu, kemudian waspadalah dan jangan lupa, kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan kita . Di mana umat manusia yang lalu mengutamakan dunia dan bergelumang dengan kesenangan di dalamnya. Bukankah mereka sudah tidak ada lagi ? Lemparkan dunia, seperti-mana Allah telah melemparkannya; dan tuntutlah akhirat, kerana Allah telah mengambil contoh perbandingan dengan firmanNya (bermaksud):
"Dan jika Kami hendak membinasakan negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami, bala bencana) kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".
ALI BIN ABI TALIB r.a
Khutbah Kahifah Ali Abi Talib pula berbunyi:
“Sesungguhnya Allah menurunkan Kitab al-Quran yang di dalamnya dijelaskan kebaikan dan kejahatan. Oleh itu ambillah kebaikan dan tinggalkanlah kejahatan. Tunaikanlah kewajipan kamu kepada Allah, nescaya Allah akan menghantar kamu ke dalam syurga. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan barang-barang larangan dan mengutamakan kehormatan orang Islam atas segala larangan serta menguatkan mereka dengan tauhid dan ikhlas. Orang Islam iaitu orang yang lidah dan tangannya tidak mengganggu manusia, kecuali dengan kebenaran. Tidak halal menyakiti seorang Muslim kecuali dengan cara yang wajib..
Inti khutbah Ali r.a ialah hendak mengembalikan umat manusia ketika itu kepada kehidupan zaman Rasul s.a.w. di mana mereka bekerja dan berjihad semata-mata kerana Allah.
Daripada khutbah-khutbah yang disampaikan oleh Khalifah ar-Rasyidin, dapat disimpulkan bahawa pemimpin dan pihak memimpin perlu berpegang teguh kepada al-Quran, al-Hadith serta Ijmak Sahabat kerana ianya sahaja yang dapat menjamin akan kehidupan yang mulia dan selamat di dunia dan di akhirat nanti agar tidak dilaknati Allah seperti yang terjadi kepada kaum 'Ad dan Thamud serta Qarun di zaman Nabi Musa a.s sebagaimana firman Allah yang telah dibentangkan tadi.
sumber: hafizmujahid
'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Luka Rakyat
Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...
-
Kes Datuk Seri Anwar sekali lagi mencabar keadilan Institusi Kehakiman Negara kita. Walaupun, terdapat banyak bukti Saiful Bukhari Azlan tid...
-
Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya. Ini selaras deng...
-
Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan