Rabu, 7 Oktober 2009

UMNO PERASUAH 1 Malaysia-malaysiakini


"Satu Malaysia sudah tahu UMNO ialah parti korup. Lembaga Disiplin UMNO menerima lebih daripada 900 aduan rasuah politik sebelum Persidangan Agung UMNO 2009 yang lalu. Dari jumlah itu, berapa kerat sahaja yang selesai disiasat dan diambil tindakan?

Rakyat hanya mengetahui Ali Rustam disahkan melakukannya. Dia tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO tetapi terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka. Seorang lagi yang sah mengamalkan rasuah politik ialah Khairy Jamaluddin. Dia boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan menang.

Apakah natijah daripada kes-kes di atas? UMNO ialah parti korup. Perbuatan rasuah dalam UMNO yang berleluasa tidak dihiraukan oleh SPRM kerana bagi kedua-duanya rasuah halal yang sebebas-bebasnya boleh dilakukan oleh ahli-ahli UMNO semasa pemilihan pemimpin mereka.

Oleh sebab itu, rasuah yang diharamkan dalam Islam itu menjadi pujaan semua ahli UMNO. Pemujaan terhadap rasuah menyebabkan UMNO memilih Isa, seorang perasuah tegar sebagai calon mereka dalam PRK Bagan Pinang. Isa bukan sahaja terlibat dengan rasuah malahan juga menganiaya rakyat Negeri Sembilan melalui penternakan babi secara haram sehingga berlaku wabak JE di Bukit Pelanduk.

Penganiayaan itu masih segar dalam ingatan rakyat. Rakyat tidak akan memaafkan Isa atas kesengsaraan yang mereka terpaksa hadapi. Isa juga dikatakan menyembunyikan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh Najib dengan seorang selebriti. Islam melarang umatnya memilih pemimpin dalam kalangan manusia sebegini.

Kemungkaran adalah makanan ruji para pemimpin UMNO. Semua pengundi di Bagan Pinang perlu merenungi kes-kes yang disebutkan ini sebelum mengundi. Anda semua ialah pengundi yang bermaruah, pengundi yang membenci rasuah, dan pengundi yang berpegang kepada amar makruf nahi mungkar.


UNDILAH PAS.
PAS FOR ALL.
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.
KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JOM SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KITA KE BAGAN PINANG !!!

Tanpa Nama berkata...

JOM SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KITA KE BAGAN PINANG !!!

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...