Jumaat, 5 Mac 2010

Datuk Kalakau Untol pemimpin Dusun yang berprinsip - DSAI

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Datuk Kalakau Untol sebagai pemimpin Dusun yang berprinsip, tegas dan berani menentang arus.

Menurutnya, semangat juang yang ditunjukkan oleh Datuk Kalakau bersama penyokongnya cukup mengagumkan beliau apatah lagi mantan Senator negeri Sabah itu selama ini banyak bersabar melihat kepimpinan songsang BN di negeri Sabah.

"Datuk Kalakau seorang pemimpin Dusun Sabah yang disegani dan dihormati dan seorang yang bijak dapat membezakan 'intan dan kaca’ lalu memilih PKR sebagai wadah tempat beliau berjuang. Syabas Datuk,” Kata Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu, di Tuaran, Sabah pada malam 28 Februari lalu.

"Mahkamah Malaysia hari ini dikuasai oleh Kerajaan sepenuhnya, naik pangkat dari Kerajaan, gaji bulanan dari Kerajaan, naik gaji dari Kerajaan. Pakatan Rakyat menang PRU akan datang, kita akan ubah semua ini, agar mahkamah benar benar bersifat berkecuali, maka barulah keadilan dapat ditegakkan betul."

"Lihat penderitaan orang kampung, penderitaan pengundi-pengundi, terutama sekali rakyat Sabah, kos hidup rakyat melambung tinggi.

“Bisa Datuk Musa Aman menyuarakan kesusahan rakyat? Dapat Datuk Musa Aman menyelesaikan masalah kenaikan kos hidup rakyat?

Kalau beliau tidak dapat menolong mengatasi masalah rakyat, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 tolak calon BN dan jangan undi Musa Aman biar dia menangis tidak berair mata," nasihat Anwar kepada rakyat Sabah.

Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya diamanahkan memerintah Malaysia pada PRU akan datang, dalam tempoh dua hari gagasan itu akan memberikan hak 20 peratus hasil royalti minyak kepada negeri yang selayaknya termasuklah Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

“Pakatan Rakyat akan tolong rakyat dari hasil bumi mereka sendiri, bukan untuk diri sendiri dengan cara buat projek mega dapat komisen mewah," tegas mantan Menteri Kewangan itu.

Terdahulu, Datuk Kalakau yang sebelum menjawat pelbagai jawatan penting dalam Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), melepaskan ke semua jawatan itu dan keluar BN pada 18 Februari lalu sebelum menyertai PKR secara rasmi 10 hari kemudian.

Datuk Kalakau kini sibuk menjelajah ke seluruh negeri Sabah termasuklah menjemput MP Umno yang kini menyokong perjuangan PR, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerangkan isu berhubung hak royalti minyak yang selayaknya negeri Sabah mendapatkannya.

Pada Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat (PR) pada 19 Disember tahun lalu, PR bertekad untuk memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan petroleum mereka.

Selain itu, PR turut mencadangkan agar Suruhanjaya Di Raja diwujudkan demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu Pendatang Asing di negeri itu.

Turut menjadi dasar PR ialah menjamin Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli di Sabah dan Sarawak selain menghentikan serta-merta penindasan ke atas rakyat khasnya di kawasan Pedalamanakibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku percaya dengan tulisan empunya blog orang Sabah dah mula sokong PR sebab ni terjadi depan mata kepala aku sendiri masa kat hotel lepas aku balik kije...mamat pelayan sekolah x tinggi tu cakap jangan harap BN menang masa tu pilihan raya kecil.

Aku tanya kenapa kau marah kan Sabah BN kuat...segala harta kat Sabah ni semua orang dia dapat. Kami kat pendalaman susah nak cari kije lagi susah...kata mamat pelayan tu.

Jadi kalau mamat pelayan sekolah darjah 6 boleh fikir waras bagaimana pula dengan orang yang berpelajaran tinggi? Boleh fikir dengan waras jugak ke?

Luka Rakyat

Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam kehenin...