“Pembabitan HRP dalam pilihan raya kecil ini akan hanya memberi kelebihan sama ada kepada Pakatan Rakayat atau Barisan Nasional. Kami tidak mahu memberi kelebihan kepada mana-mana gabungan kerana mereka tidak berhak menerimanya.
“Kami tidak perlu menguji kekuatan di kalangan penyokong, mahupun menunjukkan potensi. Kami tahu kekuatan kami berdasarkan sokongan yang diterima dari seluruh negara.
Menurut HRP lagi, Pakatan Rakyat dan kerajaan BN masing-masing gagal membuktikan dasar yang mampu menyelesaikan masalah masyarakat India yang miskin.
“Kami berpendapat yang kedua-dua gabungan itu gagal membuat perubahaan terhadap kehidupan masyarakat India,' katanya.
Menurut HRP, strategi parti itu adalah untuk menawan 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi undangan negeri pada pilihan raya umum ke-13 akan datang bagi memastikan masyarakat India tidak terus dicengkam kemiskinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan